Searching...


.
Tampilkan postingan dengan label ISU SEMASA. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ISU SEMASA. Tampilkan semua postingan
5 Jun 2015
23.29 0

Di sebalik pintu program Dialog dengan PM



Ini adalah re-post apa yang dah postkan dalam facebook dari seorang bernama 'fariz'. Dan mungkin dia pun repost dari rakan-rakannya yang berada di Program NGO, #nothingtohide 1MDB bersama PM, Dato Seri Najib Razak dengan NGO (dan juga lagenda Malaysia, Tun.M). Berikut adalah apa yang di repostkan itu:-


Program Dialog PM Bersama NGO ‪#‎NothingToHide‬.

Sebabkan aku ada disana biarlah aku cerita serba sedikit kronologi apa yang berlaku pagi tadi:

1) Pendaftaran memang dalam keadaan kelam kabut kerana sambutan yang luar biasa, berlebihan berbanding jemputan. Sepatutnya proram ini menjadi sebuah program tertutup dimana wakil NGO sahaja yang akan hadir berdasarkan jemputan tetapi setelah Tun M mengumumkan kehadiran beliau semalam petang maka ramai yang tak berkenaan juga turut hadir.
2) Setelah masuk ke dalam dewan keadaan dewan memang penuh sehingga hadirin bersesak sesak sekeliling pentas. Aku yang dapat invitation pun terpaksa berdiri selama 2 jam lebih.
3) Dimaklumkan yang Tun M telah datang dan menunggu di Holding Room.
4) MC membuat pengumuman pertama yang IPG telah mengeluarkan arahan agar program ini terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan semua. Tetapi pihak penganjur masih sedang berunding dengan pihak polis.
5) Dato Khairul, Pengerusi Sukaguam cuba untuk membuat pengumuman tetapi terpaksa berhenti apabila Rombongan Tun M masuk ke dalam dewan dan duduk di atas pentas. Maka pihak MC mengumumkan yang program akan ditunda dan mengizinkan Tun M berucap di atas kapisiti sendiri dan bukan dibawah kelolaan program. Tun M sedar akan perkara ini.
6) Pihak Penganjur juga sedia maklum yang sebenarnya DS Najib telah dalam perjalanan ke PWTC tetapi terpaksa membatalkan kehadiran kerana arahan pihak polis.
7) Setelah Tun M berucap selama 5-6 minit pihak polis telah datang dan menegur Tun M secara berhemah untuk menghentikan ucapan. Kemudian Tun M menjalankan PC diatas pentas bersama pihak media.

Konklusinya, There is Nothing to hide here. Sebab secara logiknya pun sesuatu situasi takkan berlaku aman jika dua penyokong berada pada satu kawasan yang sama. Diolog akan berubah menjadi Debat yang tidak akan dapat memutuskan persefahaman untuk keamanan. Hentikanlah menuding jari sama ada Tun M ataupun DS Najib.

--------------------


Admin: Polis mengatakan kawalan keselamatan yang buruk di PWTC menyebabkan PM dinasihati supaya tidak hadir. Cuma Admin terfikir, PWTC adalah sebaik-baik kawalan dan pusat UMNO BN. Kenapa pula boleh dikatakan keselamatan buruk? Ini akan membawa suatu persepsi buruk kepada PM dan PWTC yang jadi mercu tanda UMNO BN juga.  Dan takkanlah tika PM datang ke suatu tempat, escort polis tidak mengiringi dan mengawal untuk PM. Admin tak mahu panjangkan persoalan, cuma mahu kita sama2 berdoa, agar malaysia bebas dari bala bencana terutamanya selepas kita kena gempa bumi di ranau, sabah. 
25 Sep 2014
00.21 0

INFO: BRUNEI Telah Haramkan Lagu Bruno Mars

Setelah penelitian di buat, 3 ayat dari lagu IT WILL RAIN, dendangan Bruno Mars di haramkan di dendangkan di Negara Brunei. Kenyataan dari Majlis Agama Negara Brunei telah melarang mana-mana penyiar di negara itu untuk menyiarkan lagu IT WILL RAIN ini di sana kerana di khuatiri akan berlaku unsur keruntuhan akhlak dan pencanggahan akidah. Berikut adalah gambar penuh dari surat kenyataan Majlis Islam Negara Brunei


23 Sep 2014
00.28 0

ISU PANAS: Sindiket Pukau Pak Arab Mulai Kembali Menganas





Sedikit masa dulu, pernah panas berita tentang kejadian pukau yang melibatkan orang awam dan kedai-kedai tertentu yang menjadi mangsa pukau oleh beberapa sindiket dari warga asing. Apabila ianya mulai kecoh, operasi mereka mulai diam dan senyap begitu saja. Kini, mereka kembali.

Kejadian terbaru yang berlaku di KULIM, Kedah baru-baru ini mulai mendapat perhatian masyarakat. Operasi mereka cukup mudah. Mereka akan bertanya pada kita untuk menukar duit yang lebih kecil atau mahu menukar duit luar negara kepara RM50 yang kita ada.

Semasa kita sedang mahu menukar duit, mereka akan melihat laci kaunter atau beg duit kita. Pada ketika itu, kita tidak merasa apa-apa curiga, sedangkan perilaku begitu menunjukkan mereka sememangnya berniat jahat. Jika kita terus terpukau dengan ilmu sihir mereka, akhirnya kita akan berikan semua duit yang ada dalam beg duit atau laci kita dengan suka rela.

Perkara ini cukup merungsingkan kerana kebanyakkan mangsa adalah tergolongan dari golongan wanita. jadi, sila berhati-hati andai ada warga asing yang tiba-tiba menyapa anda dan mahu menukar duit dengan anda. Jika anda sedar kejadian ini, sila laporkan kepada pihak berkuasa dengan kadar segera. Sila Share matlumat ini demi kebaikan bersama


15 Sep 2014
13.14 0

ISU SEMASA: Dr. Mahathir Pandu Uji Proton IRIZ





Tun Mahathir a.k.a Bigboss Proton sendiri dah test drive kereta ini dan merupakan model pertama sejak beliau dilantik sebagai Pengerusi Proton yang baru. Kereta ini juga telah menjalani beberapa safety test dan mendapat penarafan lima bintang ANCAP. Terbaik!


11 Sep 2014
23.03 0

ISU SEMASA: Apa Nak Jadi? Soalan UPSR BOCOR lagi

 

Apa Nak Jadi? Soalan UPSR BOCOR lagi


Setelah beberapa kali soalan bocor, sudah pasti suatu method baru harus di kaji dan pembocor soalan itu harus menangungg sepenuh tanggungjawab terhadap peristiwa yang sedang berlaku ini.

“Sesiapa yang mengendalikan kertas-kertas peperiksaan ini tidak mempunyai integriti,” kata presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar.

Pendapat Akhbar dipersetujui Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed yang turut berkata pesalah sepatutnya dikenakan hukuman setimpal kerana ini bukan kali pertama kertas peperiksaan didapati bocor.

Kertas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) ada kemungkinan bocor ketika proses pemindahan kertas peperiksaan dari pencetak ke sekolah.
“Kita perlu melihat semula ‘standard operating procedure’ dan memastikan mereka yang mengendalikan kertas-kertas peperiksaan ini mempunyai integrity kerana ianya adalah posisi yang berisiko tinggi.
“Ini sangat memalukan dan telah memberi impak kepada prestij ke atas negara ini. Bilakah kita akan belajar?,” kata Akhbar, merujuk kepada insiden kertas peperiksaan bocor yang pernah berlaku pada lepas, bukan sahaja pada kertas peperiksaan UPSR tetapi juga peperiksaan kebangsaan yang lain.
6 Sep 2014
14.18 0

ISU SEMASA: Kecewa Ujian Online Kastam W41 Sesak


Pada Sabtu 6 september 2014, ramai calon yang menduduki ujian PSIKOMETRIK secara online telah kecewa kerana dari pagi hari, mereka menunggu untuk memasuki ruang soalan yang tidak kunjung tiba.

Mungkin akibat server down, ramai calon mulai mengamuk dan melepaskan rasa kecewa di facebook. Ada yang dapat akses tapi bila masuk ke ruangan seterusnya, keluar notis "Maaf.. Peperiksaan ini telah tamat.."

Lebih sedih, keluar notis sebegini:-




Jadi, apakah langkah yang harus di ambil dari kekecohan yang berlaku ini. Calon yang terlampau ramai dalam sesuatu masa akan menyebabkan server down dan crash. Bahkan, ini merupakan ujian yang penting bagi mereka yang mahu mencari kerja. Atau apakah benar 'teori konspirasi' tentang "UJIAN INI HANYALAH PENGALIH TUMPUAN. JAWATAN INI SEBENARNYA TELAH DI ISI MELALUI KABEL" 


3 Sep 2014
14.42 0

ISU SEMASA: Sabah Gempar Cahaya Tongkat Langit





cahaya merah yang terpancar di langit di pantai barat Sabah antara jam 8 hingga 10.30 malam


KOTA KINABALU: Cahaya garisan panjang yang dikatakan muncul antara jam 8 hingga 10.30 malam, kemudian tersebar meluas menerusi laman sosial serta aplikasi WhatsApp mencetuskan misteri kepada penduduk SABAH.
 

Difahamkan, cahaya itu dikatakan bukan saja dilihat sekitar daerah Putatan, Penampang dan Papar, malah didakwa kelihatan jelas di Limbang, Sarawak.

Fenomena 'Light Pillar' atau turut disebut 'Sun Pillar' itu pernah berlaku di negeri ini, namun tidak dihebohkan. Difahamkan, Light Pillar adalah fenomena optik yang dibentuk oleh pantulan cahaya bulan atau matahari ke atas hablur ais dalam atmosfera, selain terbentuk melalui sumber cahaya lain seperti lampu jalan.


Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malik Tussin, tidak menolak kemungkinan cahaya terbabit muncul disebabkan fenomena 'Light Pillar' iaitu pantulan cahaya ke atas hablur ais di awan. 

2 Sep 2014
20.00 0

ISU SEMASA: Chong Wei kecewa kerana gagal



"Saya kecewa kerana kita gagal menamatkan badi selama 37 tahun namun saya turut bersimpati dengan Chong Wei yang telah mencuba sedaya upaya untuk menang namun nasib lebih memihak kepada Chen Long," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan akhir kejohanan itu di sini.

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) hari ini memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kegagalan skuad negara menghadiahkan gelaran dunia sempena Hari Kemerdekaan ke-57, Ahad.
  
Timbalan presidennya Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata beliau kecewa dengan persembahan skuad negara pada Kejohanan Dunia BWF 2014 di sini kerana gagal mengakhiri kemarau gelaran sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1977.
  
Beliau turut bersimpati dengan nasib Datuk Lee Chong Wei yang terus kempunan untuk memenangi kejuaraan dunia sulungnya walaupun telah memberikan persembahan terbaik menentang pemain nombor dua dunia, Chen Long dari China.
  
 Bagaimanapun, beliau bangga dengan peningkatan persembahan yang dipamerkan oleh perseorangan utama wanita negara, Tee Jing Yi walaupun kalah seawal pusingan kedua kepada juara dunia baharu, Carolina Marin dari Sepanyol.
 
Pilihan kesembilan itu melakar sejarah tersendiri selepas muncul pemain Sepanyol pertama muncul juara dunia selepas mengejutkan juara Olimpik dan pilihan utama, Li Xuerui dari China dengan kemenangan 17-21, 21-17 dan 21-18.
  
Malaysia gagal meraih sebarang kejuaraan selepas sebahagian besar wakil negara termasuk pemain wanita negara tersingkir pada pusingan awal kejohanan.
  
Kejohanan Dunia 2015 bakal diadakan di Jakarta, Indonesia. Mohamad Norza berkata BAM akan terus mempertingkatkan usaha dalam mengetengahkan pemain pelapis bagi menggantikan pemain senior sedia ada.
  
Katanya skuad negara tidak boleh terus mengharapkan Chong Wei untuk terus menghadiahkan kejayaan untuk negara dalam sesuatu kejohanan.
  
Justeru, katanya BAM akan cuba mencari pelbagai kaedah untuk memastikan pemain pelapis yang sedia ada akan terus dilatih dan diberi pendedahan bagi mencari pengganti Chong Wei. - Bernama
14.29 0

ISU SEMASA: Tujuh lagi jenazah MH17 di bawa pulang

  • Jenazah mangsa MH17 kumpulan ketiga dibawa turun. - Foto Sinar Harian

 

    • SEPANG - Suasana semakin pilu apabila hujan renyai mula membasahi pekarangan Kompleks Bunga Raya. Pesawat kormersial MH19 yang membawa tujuh jenazah rakyat Malaysia dan dua rakyat Belanda serta Lima jenazah dibawa dalam keranda dan empat lagi dalam bekas abu itu memasuki pekarangan Kompleks Bunga Raya kira-kira jam 8.30 pagi. Sembilan jenazah mangsa nahas MH17 selamat selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 6.37 pagi tadi.

      Sebaik pesawat yang dipandu Kapten Azlan Aboo Bakar berhenti di hadapan khemah utama yang menempatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 dimulakan.

      Ahli keluarga dan hadirin yang hadir memberi sepenuh tumpuan di saat jenazah pertama iaitu Kapten Wan Amran Wan Hussin diturunkan daripada pesawat.

      Turut diberi penghormatan pada hari ini dua rakyat Belanda, Paul Goes dan Fan Shun Po.
      Tepat jam 8.58 pagi sebaik jenazah terakhir dimasukkan ke dalam kenderaan jenazah, hadirin diminta berdiri dan bertafakur selama seminit.

      Lima jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan dan tempat persemadian menggunakan kenderaan jenazah manakala empat jenazah lagi akan diterbangkan menggunakan dua buah helikopter EC725.

      Dua jenazah akan diterbangkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang manakala dua  jenazah ke Bukit Mertajam dan Teluk Intan.

      Bagi penerbangan ke Bukit Mertajam, jenazah terlebih dahulu dibawa ke Taman Skyline, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dengan kenderaan jenazah sebelum diterbangkan ke Bukit Mertajam.
      31 Agu 2014
      08.30 0

      ISU SEMASA: MAS akan buang 14000 kakitangannya

      KUALA LUMPUR: Antara perkara paling utama dalam pelan pengstrukturan semula 12 perkara yang diumumkan oleh Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mohktar hari ini adalah penubuhan syarikat baru (NewCo) dimana akan menjadi ‘rumah’ baru buat syarikat ‘MAS’ lama dengan perpindahan 14,000 kakitangan. Proses perpindahan itu yang termasuk operasi, aset dan liabiliti dari “MAS lama”(OldCo) kepada NewCo akan disempurnakan menjelang 1 Julai tahun 2015.

      Penstrukturan semula syarikat penerbangan negara Sistem  Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) bakal meyaksikan syarikat bermasalah itu akan mengurangkan tenaga kerjanya dari 20 ribu kaki tangan kepada 14 ribu orang, pengurangan 30 peratus dari tenaga kerja sedia ada.

      Dari 6,000 pekerja yang akan dihentikan perkhidmatan mereka, 3,500 daripadanya akan ditawarkan pekerjaan di bawah anak-anak syarikat Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) sementara selebihnya akan ditawarkan Skim Perpisahan Sukarela (VSS).


      Syarikat NewCo mensasarkan untuk kembali meraih keuntungan dalam tempoh tiga tahun dari tarikh OldCo dinyahsenarai yang disasarkan akan berlangsung akhir tahun ini. NewCo akan menyaksikan perubahan kepada model perniagaan untuk mengambil kira struktur kos operasi yang lebih rendah selain melihat penjimatan dari usaha rundingan semula dan kontrak pembekalan termasuk pelaksanaan kos buruh yang akan kembali mengfokuskan kepada laluan serantau yang lebih menguntungkan berbanding kepada laluan jarak jauh yang tidak menguntungkan.

      Di bawah pelan terbabit yang akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan, Khazanah akan memperuntukkan RM6 bilion dalam  bentuk dana pelaburan kepada NewCo secara berperingkat-peringkat dan syarat yang lebih ketat untuk tempoh tiga tahun.

      NewCo juga mensasarkan untuk kembali menyenaraikan kembali MAS dalam tempoh tiga sehingga lima tahun, iaitu dianggarkan dapat dicapai pada akhir 2017 sehingga akhir 2019.

      Dari segi kepimpinan syarikat pula, Ahmad Jauhari Yahya akan terus menerajui syarikat OldCo sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan sewaktu tempoh peralihan selama 10 bulan sehingga 1 Julai 2015, tarikh dimana NewCo disasarkan untuk mula beroperasi.

      Turut diumumkan, lembaga pengarah OldCo akan tetap beroperasi seperti biasa sehingga satu tempoh yang akan dimumkan kelak.

      Khazanah juga akan mula mencari individu yang bakal mengisi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif NewCo dengan calon-calon akan dipilih dari bakat tempatan dan antarabangsa yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang penerbangan global. Pengumuman mengenainya dijangka dibuat menjelang akhir tahun ini.
      30 Agu 2014
      13.00 0

      ISU: Remaja 15 tahun mengandung anak lelaki mati kemalangan

      KUALA TERENGGANU - selepas dihantar ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran kediaman mereka, Selasa lalu, selepas mengadu sakit perut., remaja yang merupakan pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Besut itu disahkan mengandung!

      Lebih Malang! Seorang remaja berusia 15 tahun bukan sahaja terpaksa menanggung aib apabila disahkan mengandung tujuh bulan, malah lebih malang apabila mengetahui ‘ayah’ kepada anak di dalam kandungannya itu sudah meninggal dunia April lalu akibat kemalangan.

      “Mangsa mengakui melakukan hubungan seks dengan suspek pada pertemuan pertama iaitu awal tahun ini.

      “Bagaimanapun, selepas mengetahui teman lelakinya itu meninggal dunia akibat kemalangan berhampiran Kampung Raja, Besut, April lalu, mangsa bertindak membeli alat ujian mengandung sebulan selepas itu iaitu Mei lalu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya.

      Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum itu, mangsa sudah mengetahui yang dirinya mengandung, namun mendiamkan diri kerana takut.

      Menurutnya, mangsa mendakwa berkenalan dengan suspek melalui telefon sebelum membuat keputusan berani untuk bertemu di pantai Air Tawar. Wan Abd Aziz berkata, hasil ujian menunjukkan mangsa positif mengandung, namun bertindak mendiamkan diri kerana bimbang perkara itu diketahui keluarga.

      Bagaimanapun katanya, pada pagi Selasa lalu, mangsa yang mengalami sakit perut telah dihantar ke klinik kesihatan oleh kedua orang tuanya sebelum dikejutkan dengan pengesahan doktor memaklumkan mangsa mengandung tujuh bulan.

      “Sejurus menerima maklumat itu, pegawai kesihatan bertugas membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, Besut, kira-kira jam 2.30 petang. “Kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, namun kita akan membuat beberapa penilaian memandangkan suspek sudah meninggal dunia,” katanya.
      08.00 0

      ISU SEMASA: Ramli Ms dan Alyah di soal JAIS

    • Alyah 
    •  
      Hubungan antara pengarah muzik itu dengan penyanyi Alyah terjawab hari ini apabila mereka sendiri mengesahkan yang sudah berkahwin lebih setahun lalu. KUNJUNGAN Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke kediaman mewah komposer ternama Datuk Ramli MS di Bandar Kinrara, di sini awal pagi tadi akhirnya membongkar satu 'rahsia'.

      Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai Jais datang menyiasat. Ketika kejadian kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah berada di kediaman itu.

      Menurut sumber Jais, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu. Katanya, Ramli dan Alyah akan ke Jais dalam masa terdekat untuk memberikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran.

      Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.

      Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang.
      29 Agu 2014
      13.18 0

      ISU SEMASA: Pakatan Rakyat sudah tak mahu Khalid Ibrahim

      Pakatan Rakyat sudah tak mahu Khalid Ibrahim

      Shah Alam: “Saya akan terima siapa saja yang dilantik Tuanku sebagai menteri besar dan keputusan untuk menamakan lebih daripada dua calon dari PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah amalan dilakukan untuk memilih menteri besar seperti yang pernah dilakukan Tuanku sebelum ini.
      “Saya tidak akan mencampuri dan mengambil peranan dalam pelantikan menteri besar,” Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

      Seakan merajuk, pengundurannya daripada kerusi nombor satu pentadbiran negeri itu disebabkan keengganan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat (PR) untuk terus memberikan sokongan terhadap pentadbirannya.Menjawab soalan media sambil tersenyum disambut gelak tawa oleh pegawai kerajaan negeri, Abdul Khalid memberitahu secara ringkas, “Mereka (Pakatan Rakyat) sudah tak nak saya,”.

      Abdul Khalid sebelum ini didesak pimpinan tertinggi PR khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya meletakkan jawatan, namun beliau tetap meneruskan pentadbiran kerajaan negeri walaupun berdepan kecaman termasuk daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PR sendiri.
      Mengenai tindakannya selepas ini, Abdul Khalid berkata, selepas mendengar nasihat Sultan Selangor, beliau akan terus menjadi menteri besar hingga menteri besar baru dilantik sambil dibantu empat Exco daripada PAS. Menurutnya, dalam pertemuan menghadap baginda di Istana Kayangan semalam, tiada sebarang perbincangan dilakukan bersama Tuanku mengenai kriteria calon yang akan menggantikannya.
      08.00 0

      ISU SEMASA: AKIBAT MUKA SEIRAS AYAHNYA, IBU MENDERANYA

      Foto
      Tidak tahu kerana apa, ibunya sentiasa menbencinya

      AKIBAT MUKA SEIRAS AYAHNYA, IBU MENDERANYA

      Kuala Lumpur: “Saya dilabel ibu sebagai anak sial dan dia sering meluahkan sesalan kerana tidak membunuh saya ketika saya masih bayi. Kadangkala, saya tak buat salahpun ibu akan rotan saya,” katanya.

      Demikian keluhan pemuda malang mahu dikenali sebagai Razman, 20, yang pernah mengalami pengalaman pahit didera ibu sendiri ketika kecil hanya kerana rupa parasnya seiras bapanya.

      “Saya tak tahu apa salah saya sehingga emak begitu membenci dan membuang saya sejak kecil hingga sekarang biarpun saya sudah berjaya menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi.”

      Menurutnya, selepas ibu bapanya bercerai ketika dia berusia tujuh tahun dia tinggal bersama ibu dan ketika itu bermula episod hitam di dalam hidupnya apabila ibunya selalu memukulnya biarpun hanya melakukan kesalahan kecil.

      04.20 0

      ISU SEMASA: MAS UBAH IMEJ PAKAIAN SOPAN TANPA ARAK


        Pemuda Umno meminta pengurusan baharu MAS mengkaji polisi uniform kru penerbangan.

      MAS UBAH IMEJ PAKAIAN SOPAN TANPA ARAK

       KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan melaksanakan pengambilalihan MAS melalui Khazanah Nasional Bhd untuk proses transformasi syarikat penerbangan negara itu disokong Pemuda Umno.

              Namun, Exco Pemuda Umno, Dazma Shah Daud berkata, pengurusan baharu MAS perlu buat beberapa perubahan polisi untuk buktikan transformasi itu.

      “Kami mencadangkan pengurusan MAS memberi kelonggaran atau mewajibkan pramugari beragama Islam memakai tudung dan mengenakan seragam yang menutup aurat.

      “Isu ini bukan perkara baharu, malahan ia mendapat desakan daripada kebanyakan rakyat negara ini yang mahu melihat MAS lebih menekankan aspek Islamik dalam kalangan kakitangan mereka,” katanya yang juga Pengerusi Biro Pekerja Muda.

              Katanya, usul itu akan dibawa dalam Mesyuarat Exco Pemuda Umno, hari ini.

              Dazma berkata, pengurusan MAS tidak perlu gusar tentang persepsi penumpang luar negara atau bukan Islam kerana masyarakat global kini sudah terbuka menerima pemakaian tudung dan uniform yang lebih sempurna.

              Malah kata beliau, imej dan integriti MAS akan lebih melonjak terutamanya dalam kalangan penumpang negara Islam serta akan dihormati oleh masyarakat antarabangsa.

      “Imej bertudung tidak lagi menjadi imej tabu kerana pemakaian mengikut syariat Islam itu sudah mampu diterima majoriti masyarakat global.

      “Jangan rasa takut perniagaan terjejas kerana kita kena yakin dengan ketentuan ALLAH SWT kalau kita mengikut suruhan-Nya,” katanya.

              Beliau berkata, sudah banyak syarikat penerbangan seperi Royal Brunei Airlines, Saudi Airlines dan Iran Air mewajibkan pramugari mereka memakai tudung dan ia terbukti tidak menjejaskan reputasi syarikat penerbangan tersebut.

      “Tiba masanya pengurusan baharu MAS meneliti dan mengkaji kembali polisi pemakaian uniform dalam kalangan kru penerbangan mereka.

      “Pemuda Umno pasti majoriti rakyat negara ini akan memberi sokongan sepenuhnya jika kakitangan MAS berpakaian menutup aurat dan lebih sopan,” katanya.
      22 Agu 2014
      14.49 0

      senarai jenazah mangsa tragedi pesawat MH17



      SEPANG: Berikut adalah senarai jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 warganegara Malaysia yang akan tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pada 22hb 8 2014. Negara akan berkabung seketika dalam memperingati mangsa kejadian ini. Apapun, salam takziah dari TUBEPANAS untuk seluruh keluarga mangsa tragedi

      Anak Kapal:
      1) Mastura Mustafa (P)
      2) Ahmad Hakimi Hanapi (L)
      3) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P)
      4) Nur Shazana Mohamed Salleh (P)
      5) Dora Shahila Kassim (P)
      6) Lee Hui Pin (P)
      7) Angeline Premila Rajandaran (P)
      8) Chong Yee Pheng (P)
      9) Azrina Yakob (P)

      Penumpang:
      1) Foo Ming Lee (L)
      2) Karamjit Singh Karnail Singh (L)
      3) Ng Qing Zheng (L)
      4) Mabel Anthony Samy (P)
      5) Paul Rajasingam Sivagnanam (L)
      6) Elisabeth Ng Lyeti (P)
      7) Ariza Ghazalee (P)
      8) Muhammad Afif Tambi (L)
      9) Noor Rahimmah Mohd Nor (P)
      10) Mohd Ali Md Salim (L)
      11) Hasni Hardi Parlan (L)
      20 Agu 2014
      14.32 0

      ISU SEMASA: ALS ICE BOX CHALLENGE MULA VIRAL DI MALAYSIA



      ALS Ice Bucket challenge adalah suatu seruan kepada orang ramai mengenai kepentingan menderma. Tidak di ketahui dari manakah ianya bermula, akan tetapi terma ALS itu di sebut-sebut. Ini kerana ia berkaitan dengan organisasi ALS yang mengkaji penyakit Amyotrophic lateral sclerosis (ALS) yang berkaitan dengan kegagalan sistem neuron bahagian otak.

      Ia menjadi viral apabila Facebook founder Mark Zuckerberg bermandikan air sejuk dalam menyahut cabaran itu. Kemudian, ia di ikuti oleh Microsoft founder Bill Gates. Seterusnya, ia jadi ikutan oleh selebriti terkenal Hollywood sehingga masuk dalam rancangan tv di sana.

      Kemudian, ia menjadi suatu aneka cara yang menghiburkan dan 'troll'. Banyak video Ice box/bucket challenge di Youtube. Kini, ia melanda Malaysia. Akan tetapi, adakah rakyat malaysia tahu mengenai ALS ICE BUCKET CHALLENGE ini atau hanya suka-suka mengikutinya kerana ianya 'seronok'?

      Berikut adalah FAIL ALS ICE BOX CHALLENGE di youtube:

      http://youtu.be/1t2zn7Ve0bw

      1 Agu 2014
      01.37 0

      STOCK INDEX MCDONALD DAN COCA-COLA JATUH MENJUNAM

      STOCK INDEX MCDONALD DAN COCA-COLA JATUH MENJUNAM



      Stock index mcdonald #MCD dan Coca-cola #KO, yang punyai share yang besar pada pembangunan negara haram ISRAEL kini menghadapi tempias yang hebat kerana, bukan saja negara islam yang mulai memboikot mereka, akan tetapi pedagang/trader yang memiliki share dalam saham mereka mulai menjual segala asset mereka di dalam share itu.

      Sejak krisis GAZA-ISRAEL mulai meruncing, aktiviti boikot mulai melanda negara islam. akan tetapi ia makin menular bila isu itu bukan saja menjadi perang politik antara dua agama dan negara, akan tetapi menjadi isu kemanusiaan.

      Bila ia melibatkan isu kemanusiaan, maka secara drastik, tak kira apa jua bangsa dan agama, mereka akan melihat israel itu sebagai suatu kejahatan yang nyata. Walauapapun media spin mereka gunakan, ia tidak mungkin akan menipu gambar bayi dan kanak-kanak yang mati tanpa sebab.

      Atas dasar kemanusiaanlah, ramai yang boikot dan pemegang saham #KO dan #MCD serta beberapa index saham yang punyai talian dengan negara israel mulai jatuh menjunak secara drastik. 

      Berikut adalah printscreen dari MT4 platform yang jelas menunjukkan index saham mcdonald dan coca-cola pasti akan menuju ke bawah untuk suatu tempoh yang lama.

      index saham cocal cola yang mungkin akan menjunam jauh ke bawah untuk suatu tempoh yang lama

      index saham mcdonal yang menjunam secara drastik pada timeframe daily
      p/s: TUBEPANAS MEMANG JARANG PERGI MCDONALD, BUKAN SEDAP SANGAT PUN. COCAL COLA LAGI LA, KEMBUNG PERUT MINUM AIR GAS. TAPI ADMIN TAK MAU HIPOKRIT, ADMIN AKUI MEMANG ADMIN ADA PERGI MCDONALD, TAPI BOLEH KIRA DENGAN JARI LA BERAPA KALI PERGI KE SITU UNTUK TEMPOH HAYAT ADMIN
      18 Jul 2014
      00.20 0

      ISU PANAS: PESAWAT MALAYSIA DI TEMBAK JATUH DI UKRAINE [bergambar]




      17hb julai 2014, Ukraine- Pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines (MAS) telah di tembak jatuh di udara UKRAINE berdekatan dengan sempadan RUSIA. Pesawat MH17 yang membawa seramai 295 penumpang yang bermula dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah di sahkan mati.

      Pesawat malang itu telah di tembak dari Buk launcher pada ketinggian 33,000 kaki tinggi. Adakah ini suatu kesilapan teknikal atau memang ianya sengaja di lepaskan oleh pihak tentera Ukraine. Jika ini benar, maka Ukraine akan hadapi tentangan seluruh dunia kerana melibatkan pesawat dari negara lain dalam kancah perang politik antara Ukraine-Rusia.


      Bagaimanapun, pihak tentera Ukraine menafikan hal ini berkaitan dengan mereka dan kini ia menyebabkan hubungan rusia-ukraine makin renggang. Rusia juga menafikan tembakan itu dari pihak mereka. Yang pasti, ianya bermula dari sempadan Ukraine/rusia. Adakah ini bermakna, ada pihak ketiga yang sengaja menyembur api di antara kedua negara akan tetapi melibatkan suatu pihak yang tiada kena mengena dalam kancah perang yakni Malaysia?!


      Isu ini menjadi isu hangat selepas kehilangan pesawat MH370 yang hilang pada awal tahun 2014 yang lalu. Kali ini, pesawat MH77 pula menjadi mangsa dan jatuhnya pada 17/7/2014 (7/7/7). Adakah ini suatu kebetulan atau ritual?

      sumber: http://nypost.com/2014/07/17/malaysian-passenger-plane-repordetly-crashes-in-ukraine/






      16 Jul 2014
      22.52 0

      REMAJA CINA TIDAK DI PEDULI RAKYAT DI BANTU RIDER MELAYU

      RIDER MELAYU TOLONG REMAJA CINA YANG TIDAK DI PEDULIKAN ORANG RAMAI DI LEBUHRAYA KESAS

      LEBUHRAYA KESAS, 6.30 petang - ketika orang ramai sedang berpusu-pusu untuk pulang ke rumah mengejar waktu berbuka puasa, ada beberapa remaja cina telah mengalami kemalangan di jalan berdekatan stadium bukit jaliludin hasab.
      Kemalangan terjadi mungkin kerana mereka berlanggar sesama sendiri. Akibatnya, mereka tersadai di Leburaya itu dalam jangka masa yang lama. Tiada siapa pun peduli kan mereka.


      Kemudian, seorang pemuda melayu di kenali sebagai Ah Chaprovic (bukan nama sebenar) datang kepada mereka dan menghulurkan bantuan sepatutnya. Ternyata selama mereka di situ, tiada yang sudi untuk menolong remaja cina itu. Kemungkinan orang ramai tidak mahu terlepas waktu berbuka atau atas dasar rasis. Ada juga yang berhentikan kenderaan mereka akan tetapi hanya sekadar bertanya dan 'blah' begitu saja.


      Ah Chaprovic menelefon ambulan dan menolong remaja berkenaan hingga ke kedai moto berhampiran. Biarpun begitu, ambulan hanya tiba selepas setengah jam selepas panggilan di buat. Walaupun tiada luka teruk, kejadian ini membuktikan di dalam hati rakyat malaysia masih ada perasaan rasis, pentingkan diri sendiri dan tidak kisahkan orang lain. Biarpun begitu, akan ada anak bangsa yang melempar jauh rasa rasis dan sifat berkepentingan itu.







      Nasihat Ah Chaprovic; " rider jgn pilih bangsa..sok lusa kita jatuh org lain gak angkat." Apa komen anda tentang kejadian ini. Walaupun tidak se'viral' isu kak long kiki CDM25 herdik apek tua, tapi isu ini 100% terbalik dari isu yang sedang panas itu.

      KAKLONG KIKI #CDM25 harus belajar dan contohi AH CHAPROVIC erti kemanusiaan. TUBEPANAS PRIHATIN, ANDA BAGAIMANA?!