Searching...


.
Tampilkan postingan dengan label Berita Terkini. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Berita Terkini. Tampilkan semua postingan
26 Jul 2017
16.49 1

KENCING MANIS BOLEH MEMBUNUH

KENCING MANIS BOLEH MEMBUNUH!

Jika dahulu, kita selalu beranggapan bahawa penyakit jantung merupakan pembunuh NO. 1 dunia. Namun, dengan kemajuan teknologi sekarang, penyakit jantung boleh dirawat pada peringkat awal. Bahkan, melalui pembedahan, pesakit jantung masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Selari dengan kemajuan ini, pola penyakit kronik juga berubah. Kita sedar atau tidak, penyakit ‘silent killer’ kini bukan lagi penyakit jantung, tetapi penyakit kencing manis atau diabetes.

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh National Health and Morbidity Survey 2015, peratusan rakyat Malaysia yang menghidapi penyakit kencing manis meningkat kepada 17.5 peratus pada tahun 2015 berbanding tahun 1996 yang hanya 11.6 peratus [1]. Peningkatan peratusan ini sebenarnya selari dengan peningkatan kadar peratusan masyarakat kita yang mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti.

Lebih mengejutkan lagi ialah ramai di antara kita yang tidak sedar sebenarnya mereka menghidapi penyakit kencing manis. Ini kerana, ramai di antara kita masih lagi menyangka yang penyakit kencing manis ini hanya menyerang golongan veteran seperti pak cik-pak cik yang sudah pencen, bekas tentera yang meluangkan masa bermain dam aji di warung kopi, atau warga tua yang berusia 50 tahun ke atas.

Sedangkan pola penyakit kencing manis kini sudah pun berubah. Dan perubahan ini sangat ketara dan membimbangkan kerana orang muda yang berusia seawal 30-an juga boleh menghidap sakit kencing manis. Perubahan pola penyakit kronik ini dipengaruhi oleh beberapa faktor yang kita sendiri secara sedar sering kita amalkan dalam kehidupan seharian.

Budaya melepak di kedai makan sehingga larut malam, habit makan process food dan fast food seperti nugget, sosej, kentang dan pengambilan gula yang melebihi 10 sudu dalam satu hari. Budaya yang sudah menjadi kebiasaan dan dianggap normal inilah yang menyebabkan ramai golongan muda bahkan kanak-kanak sudah menghidapi penyakit kencing manis stage 1 dan 2. Potensi menghidap kencing manis lebih tinggi jika seseorang itu sering mengambil minuman bergas yang mengandungi gula yang tinggi.

Lebih membimbangkan, penyakit kencing manis ini merupakan kesan sampingan yang bermula dengan masalah berat badan berlebihan atau obesitI. Seseorang yang obes berisiko untuk mendapat penyakit yang digelar penyakit 3 serangkai, iaitu kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Ketiga-tiga penyakit ini saling bersangkut-paut. Tidak hairanlah jika rakyat Malaysia merupakan penghidap penyakit kencing manis tertinggi di Asia Tenggara. Melalui statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia berada di tangga ke-10 di dunia dengan jumlah penghidap kencing manis teramai [2].

Penyakit kencing manis ini berlaku apabila organ pankreas manusia tidak dapat menghasilkan insulin. Pankreas merupakan organ badan yang akan menghasilkan insulin apabila badan menghantar isyarat menunjukkan kadar peningkatan glukos atau gula dalam saluran darah secara tiba-tiba. Bila kita makan, glukos yang terdapat dalam makanan tersebut akan ditukar menjadi tenaga dan disimpan sebagai lemak [3].

Namun, bagi pesakit kencing manis, organ pankreas mereka tidak lagi mampu untuk menghasilkan insulin yang diperlukan. Kesannya, glukos yang terdapat di dalam darah tadi tidak dapat diserap masuk ke dalam sel-sel badan dan juga tisu badan. Bila badan kita sudah tak lagi sensitif dengan peningkatan glukosa dalam darah dan insulin tidak dapat dihasilkan dengan baik, maka glukosa tadi akan kekal di dalam saluran darah dan berlakulah peningkatan kadar gula dalam badan. Dari situ akan terjadinya simptom-simpton lain akibat jangkitan kencing manis seperti luka sukar sembuh, mata mengalami rabun / silau, sering pening kepala dan juga peningkatan darah (bacaan blood pressure meningkat).

Penyakit kencing manis ini digelar ‘silent killer’ kerana penyakit ini boleh membuatkan penghidapnya rabun atau lebih teruk lagi buta, mengalami komplikasi buah pinggang, jangkitan luka yang tidak sembuh yang akhirnya akan menyebabkan kecacatan kekal, sakit jantung dan strok. Lebih menyedihkan lagi, penyakit kencing manis ini tidak boleh di ubati dengan perubatan moden tetapi ia hanya mampu di kawal melalui ubat-ubatan atau suntikan insulin kekal untuk seumur hidup.   Dalam Bahasa mudahnya, pesakit kencing manis akan bergantung hidup pada ubat-ubatan untuk sepanjang hayat kerana organ pankreas yang tidak lagi mampu berfungsi dengan baik. Hanya dengan menukar gaya hidup melalui kawalan pengambilan gula dan suntikan insulin atau pengambilan pil, pesakit kencing manis boleh menikmati kehidupan seharian seperti biasa.

BAGAIMANA MENGELAK DARIPADA TERKENA PENYAKIT KENCING MANIS?

Seperti yang kita sedia maklum, punca utama penyakit kencing manis adalah berpunca daripada pengambilan gula berlebihan dalam badan pada setiap hari. Kadar gula maksima yang sesuai untuk badan dalam sehari hanyalah sekitar 6 sudu teh sahaja. Apabila kita mengambil makanan atau minuman yang mengandungi kandungan gula melebihi 6 sudu teh sehari, maka dari sinilah kita akan mula terdedah kepada penyakit kencing manis.

Secara perlahan-lahan, organ pankreas dalam badan kita akan mengecut dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Ketika itu kadar insulin dalam badan kita akan berkurangan dan bermulalah kencing manis dalam kehidupan kita.

Untuk mengelakkan masalah kencing manis ini, terdapat beberapa cara antaranya dengan mengurangkan pengambilan gula harian anda. Cuba kurangkan sehabis mungkin kadar gula yang anda ambil setiap hari. Sekiranya anda pergi ke kedai makan, pesan minuman yang kurang gula atau pesan minuman buah-buahan tanpa gula. Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau 2 liter sehari bagi membantu buah pinggang anda berfungsi dengan baik dan membantu melancarkan proses perkumuhan dalam badan anda.

Namun, bagi sesetengah orang, agak sukar bagi mereka untuk mengurangkan pengambilan kadar gula. Ada kalanya seseorang itu akan mengalami masalah seperti menggigil, kekejangan otot dan rasa tidak senang duduk atau seperti ingin pitam kerana kekurangan gula dalam badan. Kebiasaannya pesakit yang sedang dalam risiko awal kencing manis akan mengalami simptom seperti ini. Sekiranya anda salah seorang yang mengalami simptom seperti ini, maka anda boleh menggantikan pengambilan gula kepada pengambilan pemanis semulajadi stevia. Dipasaran terdapat pelbagai produk yang telah dijual yang menggunakan 100% bahan semulajadi diproses daripada daun stevia.  

GANTIKAN PENGAMBILAN GULA DENGAN STEEVYA!

Antaranya adalah jenama STEEVYA. Produk yang dihasilkan oleh bumiputera dan disahkan selamat digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta melalui beberapa ujikaji makmal dan disahkan TIADA bahan merbahaya. Produk STEEVYA ini juga merupakan produk stevia cecair pertama yang mengandungi Vitamin C didalamnya yang mana vitamin C ini berfungsi sebagai ejen imunisasi badan dalam membantu pertumbuhan sel-sel badan. Seperti yang kita ketahui, penghidap kencing manis akan berhadapan dengan masalah luka sukar sembuh. Maka dengan pengambilan vitamin C yang mencukupi, maka sel badan dapat membantu merawat luka-luka yang terjadi tadi.

Dalam keaadaan kegawatan ekonomi, untuk membeli stevia yang agak mahal dipasaran adalah berat bagi mereka yang mempunyai kekurangan dari segi kewangan. Namun, dengan adanya produk STEEVYA, maka tiada lagi masalah bagi semua individu untuk berubah menjadi lebih sihat. Kerana, produk STEEVYA ini dijual pada harga yang amat berpatutan.

Hanya dengan RM 49.00 sahaja, anda boleh mendapat sebotol stevia semulajadi dengan 50ml yang mana sebotol ini sudah mencukupi untuk kegunaan sekeluarga selama 2 - 3 minggu (berdasarkan penggunaan 2x sehari bagi 3 ahli keluarga).

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang STEEVYA? Layari website ini: www.steevya.net Ingin membeli secara online produk STEEVYA? Layari: www.steevya.com

Masih sempat untuk anda semua melakukan langkah pencegahan dalam badan anda. Gantikan penggunaan gula kepada penggunaan STEEVYA yang lebih baik dan bebas kalori serta selamat. Jagalah kesihatan anda. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman, gantikan dengan STEEVYA.

-
Selamat mencuba!

.

TESTIMONI STEEVYA

 
   
   
   
   
 
12 Jun 2015
11.12 0

Peta Malaysia Berubah Akibat Gempa Gunung Berapi



Mungkin ramai yang tidak tahu kenapa sejak akhir-akhir ini kita dilanda gempa bumi. Ingatkah anda beberapa tahun dulu, kita pernah dengar kisah kawasan di Janda Baik alami gegeran seperti gempa bumi. Maka ramailah berspekulasi tentang akan keluar naga dan sebagainya.

Dan baru-baru ini, kita di landa sesuatu yang tak pernah terlintas dibenak kita yakni gempa di dalam negara Malaysia sendiri. Punca gempa adalah di Ranau sabah dan kemalangan maut yang mendapat perhatian dunia ialah di Gunung Kinabalu.

Maka, ramailah mengatakan bahawa semangat Gunung telah marah kerana perbuatan sekumpulan NUDIST berbogel di puncak gunung tersebut. Apapun, adat dan kepercayaan tempatan memang tidak boleh di nafikan.

Tapi tahukah kita bahawa Malaysia sememangnya berada di tepian punca gempa bahkan sempadan dengan Lingkaran Api Gunung Berapi. Jadi mahu tidak mahu, Malaysia sememangnya terdedah dengan risiko gempa bumi dan gunung berapi walaupun ianya bukan dalam negara kita.

Dan tahukah anda bahawa Malaysia pada zaman dahulu kita berada di kawasan gunung berapi dan banyak gunung kita ini adalah gunung berapi yang mati dan tidak aktif. Tapi, andai kata di kejutkan dengan pelbagai siri gempa. Yang mati pun boleh hidup kembali dan yang tidak aktif pun boleh meletus kembali. Kita mungkin ingat letusan Yellow Stone di Amerika akan mengubah dunia, tapi mungkin ia boleh berlaku di sini. Pelbagai report telah mengatakan terdapat perubahan di sekitar Gunung Kinabalu seperti air mulai jadi panas, buih pekat keluar dari sungai dan ada batuan mengeluarkan seakan cecair lava walau sedikit saja.

Jadi, ubahlah cara kita kerana sememangnya kita berada di akhir zaman dan bumi kita sedang berubah. Malaysia kena ubah kepada kehidupan yang lebih baik lagi kerana kita tidak tahu, mungkin sekarang atau 100000 tahun lagi, peta Malaysia akan berubah sebagaimana pernah terjadi letusan hebat dulukala.
31 Jan 2015
16.48 0

MISS NINA AJAK BERHIJAB DI KLCC



Sejak miss Nina berhijrah ni, banyak aktiviti dah dia buat. Bagus tu. Camne, tak perlu nak seksi-seksi untuk tarik orang. Pakai hijab pun dapat tarik perhatian orang pe?!

KUALA LUMPUR: Duta WHD dan sekumpulan Muslimah muda mengadakan perhimpunan yang akan diadakan bersempena sambutan itu pada 1 Februari, menurut penganjurnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Penyanyi Shazrina Azman yang lebih popular dengan nama Mizz Nina, akan berkongsi pandangan dan pengalaman dengan orang ramai sebagai pemakai 'hijab' pada Hari Hijab Sedunia (WHD) Malaysia di Taman KLCC esok.

Hari Hijab Sedunia yang diilhamkan warga New York, Nazma Khan, dan disambut di 116 negara setiap tahun sejak 2013, antara lain bertujuan memupuk toleransi dan persefahaman tentang pemakaian hijab.

Acara itu yang akan bermula pada 11 pagi, akan turut mempromosi gaya berhijab secara profesional dan diiringi pertandingan menarik.

Hadirin digalakkan membawa hijab untuk diderma kepada Muslimah yang terjejas oleh banjir di pantai timur baru-baru ini. Perkhidmatan membungkus sumbangan juga disediakan di venue sambutan itu.
- BERNAMA

link: http://www.bharian.com.my/node/32562
20 Agu 2014
01.01 0

MALAYSIA BERKABUNG 22HB OGOS 2014

Hari Berkabung Malaysia.- 22/08/2014 - Utk makluman

i. Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari berkenaan;
ii. semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan;
iii. pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang. Bagi yang berugama Islam dan terlibat secara langsung, mereka digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih)/selendang hitam; dan
iv. pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan.

Bahagian Istiadat JPM
#sebarkan 


16 Jul 2014
22.52 0

REMAJA CINA TIDAK DI PEDULI RAKYAT DI BANTU RIDER MELAYU

RIDER MELAYU TOLONG REMAJA CINA YANG TIDAK DI PEDULIKAN ORANG RAMAI DI LEBUHRAYA KESAS

LEBUHRAYA KESAS, 6.30 petang - ketika orang ramai sedang berpusu-pusu untuk pulang ke rumah mengejar waktu berbuka puasa, ada beberapa remaja cina telah mengalami kemalangan di jalan berdekatan stadium bukit jaliludin hasab.
Kemalangan terjadi mungkin kerana mereka berlanggar sesama sendiri. Akibatnya, mereka tersadai di Leburaya itu dalam jangka masa yang lama. Tiada siapa pun peduli kan mereka.


Kemudian, seorang pemuda melayu di kenali sebagai Ah Chaprovic (bukan nama sebenar) datang kepada mereka dan menghulurkan bantuan sepatutnya. Ternyata selama mereka di situ, tiada yang sudi untuk menolong remaja cina itu. Kemungkinan orang ramai tidak mahu terlepas waktu berbuka atau atas dasar rasis. Ada juga yang berhentikan kenderaan mereka akan tetapi hanya sekadar bertanya dan 'blah' begitu saja.


Ah Chaprovic menelefon ambulan dan menolong remaja berkenaan hingga ke kedai moto berhampiran. Biarpun begitu, ambulan hanya tiba selepas setengah jam selepas panggilan di buat. Walaupun tiada luka teruk, kejadian ini membuktikan di dalam hati rakyat malaysia masih ada perasaan rasis, pentingkan diri sendiri dan tidak kisahkan orang lain. Biarpun begitu, akan ada anak bangsa yang melempar jauh rasa rasis dan sifat berkepentingan itu.







Nasihat Ah Chaprovic; " rider jgn pilih bangsa..sok lusa kita jatuh org lain gak angkat." Apa komen anda tentang kejadian ini. Walaupun tidak se'viral' isu kak long kiki CDM25 herdik apek tua, tapi isu ini 100% terbalik dari isu yang sedang panas itu.

KAKLONG KIKI #CDM25 harus belajar dan contohi AH CHAPROVIC erti kemanusiaan. TUBEPANAS PRIHATIN, ANDA BAGAIMANA?!
27 Jun 2014
12.08 0

Luahan Hati Individu Pertama Menjumpai Adik Firdaus


Luahan Hati Individu Pertama Menjumpai Adik Firdaus | Insan ini sangat terharu apabila pertama kali adik Firdaus. Mari baca luahan hatinya.

Luahan Hati Individu Pertama Menjumpai Adik Firdaus

Adakah anda tahu siapakah insan pertama yang menemui adik Muhammad Firdaus Dullah ? Menerusi video yang tersebar di WhatsApp, kita dapat melihat bagaimana individu pertama yang menemui adik Muhammad Firdaus Dullah, 15, beristighfar beberapa kali sebaik sahaja melihat tubuh remaja OKU di salah sebuah bilik yang diperiksa penguatkuasa Imigresen, Sabtu lalu.Individu tersebut adalah Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman.Menerusi akhbar Sinar Harian, Faizal berkongsi pengalamannya ketika mula-mula melihat keadaan Muhammad Firdaus. Ternyata hingga ke hari ini, beliau masih berasa marah dan kecewa mengenang perbuatan dilakukan terhadap remaja OKU tersebut.

Berikut luahan hatinya:

Ketika dia dijumpai tubuhnya hanya tinggal tulang. Perutnya langsung tidak berisi.Malah paling menyedihkan dia ditinggalkan di sebuah bilik kosong yang kotor dan berbau busuk.Sehingga kini, saya masih gagal membendung rasa marah. Kecewa dan segala macam perasaan timbul setiap kali terkenang adik Muhammad Firdaus Dullah. Saya tidak sanggup memikirkan seorang anak kurang upaya dibiarkan dalam keadaan sebegitu rupa.

Semuanya bermula selepas menerima maklumat daripada jawatankuasa rumah pangsa Taman Semarak Nilai berhubung lambakan warga asing yang tinggal di situ.Jadi saya melakukan operasi dan rumah Firdaus merupakan antara rumah yang menjadi sasaran.Ketika menghampiri rumah terbabit kami mendapati hanya pintu besi yang berkunci.Dari luar saya tolak pintu rumah. Ketika itu hati saya dapat rasa ada orang yang sedang bersembunyi di dalam kerana lampu tidak ditutup.

Saya cuba memanggil beberapa kali namun tidak disahut sesiapa. Jadi saya arahkan pintu besi rumah terbabit dipecahkan.Pemeriksaan dilakukan di setiap sudut rumah. Salah sebuah pintu bilik di rumah itu tertutup seolah-olah ada seseorang bersembunyi di dalam. Ketika itu jam sekitar 2.30 pagi.Namun ketika pintu bilik itu ditolak saya terus beristighfar panjang.Saya terlihat satu susuk kecil. Saya seperti melihat rangka bernyawa.Dia sedang baring beralaskan lantai. Sedangkan lantai itu bergelumang dengan najis dan sisa makanan.

Ada sebuah kerusi roda dan sebiji bantal ditinggalkan. Firdaus yang pada awalnya baring, bangun dan merenung saya. Saya lihat ada najis keras melekat di rambutnya. Air mata saya mula bergenang. Hampir menitis.Tiada perasaan jijik. Bau busuk dan hamis pula seperti hilang tiba-tiba. Malah seolah bau wangi syurga mula meresap hidung.Apa yang timbul hanya rasa belas. Saya hampiri tubuh kurus itu. Saya usap kepalanya. Hati saya terlalu sebak.

Melihat keadaannya yang kurus kering, saya percaya dia sudah lama tidak menyentuh makanan.
Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana perasaan menjadi orang pertama melihat Firdaus?
Jawapan saya, hanya mereka yang tidak mempunyai hati sahaja tidak sedih melihat Firdaus.
Sebab itu saya terus mengusap kepala dia kerana saya betul-betul tidak sangka dia yang tidak berupaya dibiarkan hidup dalam keadaan yang sangat menyedihkan.Tapi sampai sekarang pun saya masih berfikir kenapa saya digerakkan ke situ?

Syukur ALLAH gerakkan hati ini ke sana. Seandainya tidak, mungkin sehingga hari ini tiada sesiapa pun tahu derita hidup remaja OKU bernama Firdaus.Mungkin Firdaus akan terus menderita seorang diri. Syukur kepada ALLAH semakin bertambah.Saya gembira lihat perubahan Firdaus. Keadaannya jauh lebih baik berbanding ketika mula dijumpai. Saya bersyukur dia kini dapat segala yang diperlukan. Cukuplah derita yang dia tanggung selama ini…

Semoga semua pihak mengambil pengajaran daripada perkara yang telah berlaku ini. Cuba bayangkan perkara seperti ini berlaku kepada ahli keluarga kita.
11.03 0

Gambar Isteri Awie Dipukul Teruk


Gambar Isteri Awie Dipukul Teruk | Mesti korang tak percaya tengok gambar.

Gambar Isteri Awie Dipukul Teruk

Gambar ini menunjukkan individu yang didakwa isteri kepada penyayi Awie. Apa yang telah berlaku ? Rozana Misbun kelihatan agak teruk yang dikatakan dipukul seseorang. 



Sumber menyebut bahawa hal ini ada kaitan dengan Awie yang dikatakan seorang kaki pukul tetapi berdasarkan gambar ini belum cukup bukti untuk membuktikan Awie bersalah.







26 Jun 2014
00.07 0

Peraduan Gambar Kucing Akhbar Tempatan Kejam


Peraduan Gambar Kucing Akhbar Tempatan Kejam |Tersentuh hati admin apabila tengok gambar ini. Baca selanjutnya.

Peraduan Gambar Kucing Akhbar Tempatan Kejam

Gempar hari ini apabila Kelab Kucing Malaysia meminta Harian Metro memberi penjelasan mengenai foto yang dipilih sebagai pemenang dalam sebuah peraduan kongsi gambar akhbar itu pada Isnin, yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak ketawa bersama seekor kucing yang ditanam hingga paras kepala.

Dalam emelnya kepada Astro AWANI, Presiden kelab tersebut Khalid Rashid atau dikenali sebagai Pak Rashid berkata, ianya sangat melampau walaupun tujuannya adalah untuk bergurau.

“Melampau sangat walaupun tujuannya bergurau tapi banyak benda lain yang boleh dijadikan bahan gurauan bukan bergambar seperti ini.

“Ini namanya menyeksakan haiwan dan bukanlah satu yang melucukan tapi menyedihkan,” katanya. Pak Rashid turut mempersoalkan tahap pemikiran pengadil yang memilih gambar tersebut kerana tidak berfikir akan baik dan buruknya gambar tersebut.

Mengakhiri kenyataan itu, Pak Rashid yang mewakili ahli-ahli Kelab Kucing Malaysia  dan para peminat kucing meminta agar pihak akhbar memberi penjelasan kenapa gambar tersebut sangat istimewa sehingga sanggup dikeluarkan di dalam akhbar.
Kelab tersebut turut memberi pandangan agar pihak berkenaan memohon maaf kepada  pencinta haiwan sedunia.

Harian Metro pada Isnin melalui sisipan Variasi mempamerkan gambar tiga kanak-kanak beraksi dengan wajah kelakar bersama seekor kucing yang ditimbus dengan pasir sehingga ke paras kepala.
Pertandingan tersebut mengkehendaki peserta menghantar foto yang mempunyai nilai berita dan pemenang diberikan RM50 dalam bentuk kredit, lapor Astro Awani.

Admin harap perkara seperti ini tidak berulang lagi dan jangan terlepas pandang isu yang berkaitan dengan isu yang menimbulkan kemarahan pecinta kucing.



23 Jun 2014
22.26 0

GARA-GARA DEDAH HAL MH370 SHARIFAH SOFEA TENAT DISANTAU


GARA-GARA DEDAH HAL MH370 SHARIFAH SOFEA TENAT DISANTAU | Belum lagi reda isu MH370. Terkini pula tentang berita pramugari Sharifah Sofea. Baca selanjutnya.
-
GARA-GARA DEDAH HAL MH370 SHARIFAH SOFEA TENAT DISANTAU

Begitu sensitif isu MH370 sehingga  Sharifah Sofea telah disantau gara-gara membuat pendedahan ‘berani mati’ mengenai maklumat terkini berkenaan kehilangan pesawat MAS penerbangan MH370. Namun tidak pasti apakah maklumat yang telah beliau dedahkan.



Berikut kenyataan yang dikeluarkan beliau sebelum ini yang menyatakan kebimbangan tentang perbuatan khianat santau yang cuba dihantar kepadanya dan cerita terkini tentang keadaan beliau yang ditulis oleh ‘saudara terdekat’ beliau di wall fb beliau.

Jika info ini benar, harap Sofea dilindungi Nya. Jika info ini tidak benar sila perbetulkannya. Persoalannya, pihak yang manakah yang sanggup menghantar santau kepada pramugari secantik ini ?
22 Jun 2014
22.59 0

Percaya Atau Tidak Ini Gambar Ibu Budak OKU


Percaya Atau Tidak Ini Gambar Ibu Budak OKU
-
Percaya Atau Tidak Ini Gambar Ibu Budak OKU

Terkini, gambar ibu remaja OKU telah didedahkan oleh pengguna facebook. Bergantung kepada anda untuk menilai sama ada benar beliau menyatakan keadaan hidupnya yang susah dan tidak ada pihak yang sudi menjaga anaknya yang dikategori sebagai OKU atau beliau secara sengaja membiarkan sahaja anaknya dalam keadaan yang sedemikian.

Apa sepatutnya rakyat Malaysia buat ? Sedar tanggungjawab kita semua sebagai ibubapa,sebagai ahli komuniti dalam masyarakat. Bukan sahaja mengkritik tetapi saling mengambil berat dalam kehidupan masyarakat, mengambil berat tentang jiran kita. Semoga perkara ini tidak akan berulang lagi.





19 Jun 2014
15.19 0

Kejam Sanggup Cungkil Mata Kanak-Kanak Untuk Dijual


Kejam Sanggup Cungkil Mata Kanak-Kanak Untuk Dijual | Sampai hati betul mereka sanggunp cungkil mata kanak-kanak semata-mata mahu dapatkan wang.
-
Kejam Sanggup Cungkil Mata Kanak-Kanak Untuk Dijual
Admin sungguh sedih apabila membaca berita ini. Seorang kanak-kanak dicungkil matanya selepas dilapor diculik oleh seorang penyeludup organ.Anggota keluarga menemui kanak-kanak berkenaan berlumuran darah tiga hingga empat jam selepas dia hilang ketika bermain di luar rumah.Mata mangsa ditemui berhampiran tetapi korneanya hilang, menunjukkan seorang penyeludup organ bertanggungjawab terhadap serangan ngeri itu.

“Mukanya berlumuran darah ketika ditemui. Matanya dicungkil,” kata bapa mangsa kepada Televisyen Shanxi.

Rakaman televisyen itu menunjukkan bahagian mata mangsa yang berbalut dibawa keluar dari bilik pembedahan dan ditempatkan di sebuah katil hospital, meraung kesakitan sementara anggota keluarganya menangis di sisi katil.

Budak itu didiberi dadah menyebabkan dia tidak sedarkan diri sebelum penyerang mencungkil matanya, lapor stesen televisyen CCTV menerusi lamannya di Sina Weibo, versi Twitter China.

Budak itu bermain bersendirian di luar rumahnya apabila dia diculik petang kelmarin. Ibu bapanya menyedari dia hilang selepas memanggilnya untuk masuk ke rumah kira-kira jam 8 malam. Selepas dia tidak muncul, ibu bapanya melancarkan gerakan mencari dengan dibantu oleh sanak saudara lain dan akhirnya menemuinya di sebuah padang berhampiran, kira-kira tiga jam kemudian.

“Kami tidak menyedari matanya hilang apabila menemuinya. Kami menyangka dia jatuh dan cedera di muka,” kata bapa mangsa.

Kehilangan mata mangsa hanya diketahu apabila dia dirawat di hospital.

Perdagangan organ secara haram didorong oleh permintaan yang begitu banyak. Kira-kira 300,000 orang menunggu giliran untuk menjalani pembedahan pemindahan organ sedangkan hanya 10,000 pembedahan dilakukan setiap tahun.

Pengajarannya, anda telah membaca sendiri tentang kes penculikan organ yang telah berlaku di China, perkara ini juga berlaku dinegara kita cuma kes kekerapan kes ini berlaku adalah kurang. Sebelum terlambat, para ibubapa diharapkan menjaga dan memantau pergerakan anak-anak supaya mereka berada dalam keadaan yang selamat.



14.29 1

Ramai Tertipu Tentang Naga Putih



Ramai Tertipu Tentang Naga Putih | Sebelum tertipu tentang Naga Putih dijumpai di Johor, baik anda siasat dan baca terlebih dahulu.
-
Ramai Tertipu Tentang Naga Putih

Ini kisah sebenar tentang Naga Putih yang disebarkan di media sosial dan perkara ini telah lama tersebar. Mudahnya kita ditipu.



13 Jun 2014
10.38 1

Fareeda Di Doa Agar Dapat Keturunan Pengemis


Fareeda Di Doa Agar Dapat Keturunan Pengemis| Pelbagai kontroversi yang timbul mengenai tudung Fareeda sejak akhir-akhir ini. Baca selanjutnya.
-
FAREEDA DI DOA AGAR DAPAT KETURUNAN PENGEMIS

Hanya kerana kecewa dan gagal mendapatkan tudung Fareeda pada 7 Jun yang lalu, Salina Abu Zar secara terbuka mendoakan anak cucu dua pasangan sweet ini menjadi pengemis dan tidur di kaki 5 bagi merasai apa yang dirasakan oleh peminat-peminat Fareeda yang terpaksa beratur panjang dan lama semata-mata ingin mendapatkan tudung baru Fareeda.



Ini berikutan ketiadaan stok seperti yang dijanjikan. 

Katanya lagi, peminat Fareeda sanggup berbaris panjang, berpeluh, sampai pengsan pun ada tetapi akhirnya tertipu dengan janji manis mereka. Lantas Mawar dan Fizo dilabelkan sebagai beruk dan kuat menipu.



Perkara seperti ini patutnya dapat dielakkan. Sudah tentu Fareeda tahu bahawa apa saja keluaran terbaru Fareeda pasti akan mendapat sambutan hangat. Jadi, sediakanlah stok yang mencukupi.

Rakyat Malaysia apabila hampir tiba musim perayaan memang sensitif dia naik mendadak sedikit, tudung punya pasal sanggup mendoakan perkara yang tidak baik kepada orang lain.


9 Jun 2014
18.50 0

Kes Senior Ragging Junior Di UPM Trauma


Kes Senior Ragging Junior Bo gel Di Universiti Putra Malaysia Trauma | Tersebarnya sebuah video dan gambar apabila 7 orang perempuan di Ragging dan di paksa bo gel oleh 10 orang senior di UPM di anggap selesai. Baca selanjutnya...

-
Kes Senior Ragging Junior Bo gel Di Universiti Putra Malaysia Trauma

7 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dakwa di 'ragging' oleh 10 orang pelajar senior sehingga menjatuhkan maruah mereka dengan melakukan perkara yang tidak senonoh di hostel universiti berkenaan.

Kejadian berlaku pada jam 4 pagi pada khamis lepas. 7 pelajar malang itu dipaksa berbogel dan hanya memakai seluar dalam sementara pelajar senior terbabit merakam gambar mereka menggunakan telefon bimbit. 

Mereka juga dipaksa menyentuh alat sulit masing-masing dan puti ng sambil menari mengikut rentak muzik. Lebih teruk lagi, pelajar terbabit dipaksa merokok dan jika ingkar, pelajar senior akan diapa-apakan. Tidak tahan dengan tindakan keji pelajar senior itu, 7 pelajar berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Serdang pada keesokan harinya. 

Ekoran dari kejadian memalukan itu, 7 pelajar malang itu berada dalam keadaan trauma dan enggan hadir ke kelas kerana bimbang akan diapa-apakan oleh 10 pelajar senior terbabit selagi tiada tindakan tegas dari pihak UPM bagi membendung kejadian itu yang terus berlaku.


Kes buli membabitkan 10 pelajar senior dan tujuh pelajar junior Universiti Putra Malaysia (UPM) Khamis lalu dianggap selesai selepas kedua-dua pihak bertemu dan memohon maaf atas kesalahan dilakukan.

Nota : Apapun pekara ini dah selesai tak payah nak besar-besarkan lagi. Pihak UPM pon dah ambil tindakan yang sepatutnya supaya pekara macam ini tidak berulang lagi.

Sumber
13.13 0

Rebranding New Era of Blogging


Rebranding New Era of Blogging

Hari ini kami memasuki satu fasa baharu dalam dunia blogging. Kami mahu dunia blog dalam Malaysia kita ini berkembang lebih maju dan pesat serta dihormati di mata dunia. Kami akan terus memberikan pelbagai informasi yang lebih segar kepada anda semua demi masa depan kebebasan berinternet di negara ini.

Kami komited untuk memberikan yang terbaik kepada anda semua. Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan pelbagai informasi terkini dengan telus dan tepat. Kami mahu para pembaca di negara ini agar lebih maju selangkah kehadapan daripada takuk yang lama kepada suatu perubahan era baru.

Semoga dengan perubahan blog ini akan sedikit sebanyak dapat membantu para pembaca di Malaysia mendapatkan sumber informasi terkini yang lebih telus dan tepat serta dihormati dipersada dunia.

Semoga kemunculan kami, akan memberikan satu input baharu dalam dunia blogging di Malaysia.

Hidup kebebasan berinternet dinegara kita!

-bradokapak-
CEO, Founder of Bradokapak Pte. Ltd.
Administrator of Geng Master Adsense.