KUALA LUMPUR: Antara perkara paling utama dalam pelan pengstrukturan semula 12 perkara
yang diumumkan oleh Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mohktar
hari ini adalah penubuhan syarikat baru (NewCo) dimana akan menjadi
‘rumah’ baru buat syarikat ‘MAS’ lama dengan perpindahan 14,000
kakitangan. Proses perpindahan itu yang termasuk operasi, aset dan
liabiliti dari “MAS lama”(OldCo) kepada NewCo akan disempurnakan
menjelang 1 Julai tahun 2015.
Penstrukturan semula syarikat penerbangan
negara Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) bakal meyaksikan
syarikat bermasalah itu akan mengurangkan tenaga kerjanya dari 20 ribu
kaki tangan kepada 14 ribu orang, pengurangan 30 peratus dari tenaga
kerja sedia ada.
Dari 6,000 pekerja yang akan dihentikan
perkhidmatan mereka, 3,500 daripadanya akan ditawarkan pekerjaan di
bawah anak-anak syarikat Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) sementara
selebihnya akan ditawarkan Skim Perpisahan Sukarela (VSS).
Syarikat NewCo mensasarkan untuk
kembali meraih keuntungan dalam tempoh tiga tahun dari tarikh OldCo
dinyahsenarai yang disasarkan akan berlangsung akhir tahun ini. NewCo
akan menyaksikan perubahan kepada model perniagaan untuk mengambil kira
struktur kos operasi yang lebih rendah selain melihat penjimatan dari
usaha rundingan semula dan kontrak pembekalan termasuk pelaksanaan kos
buruh yang akan kembali mengfokuskan kepada laluan serantau yang lebih
menguntungkan berbanding kepada laluan jarak jauh yang tidak
menguntungkan.
Di bawah pelan terbabit yang akan dilaksanakan
dalam tempoh enam bulan, Khazanah akan memperuntukkan RM6 bilion dalam
bentuk dana pelaburan kepada NewCo secara berperingkat-peringkat dan
syarat yang lebih ketat untuk tempoh tiga tahun.
NewCo juga
mensasarkan untuk kembali menyenaraikan kembali MAS dalam tempoh tiga
sehingga lima tahun, iaitu dianggarkan dapat dicapai pada akhir 2017
sehingga akhir 2019.
Dari segi kepimpinan syarikat pula, Ahmad
Jauhari Yahya akan terus menerajui syarikat OldCo sebagai Ketua
Eksekutif Kumpulan sewaktu tempoh peralihan selama 10 bulan sehingga 1
Julai 2015, tarikh dimana NewCo disasarkan untuk mula beroperasi.
Turut diumumkan, lembaga pengarah OldCo akan tetap beroperasi seperti biasa sehingga satu tempoh yang akan dimumkan kelak.
Khazanah juga akan mula mencari individu yang bakal mengisi jawatan
Ketua Pegawai Eksekutif NewCo dengan calon-calon akan dipilih dari bakat
tempatan dan antarabangsa yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang
penerbangan global. Pengumuman mengenainya dijangka dibuat menjelang
akhir tahun ini.
0 komentar:
Posting Komentar