Pakatan Rakyat sudah tak mahu Khalid Ibrahim
Shah Alam: “Saya akan terima siapa saja yang dilantik Tuanku sebagai menteri besar dan keputusan untuk menamakan lebih daripada dua calon dari PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah amalan dilakukan untuk memilih menteri besar seperti yang pernah dilakukan Tuanku sebelum ini.“Saya tidak akan mencampuri dan mengambil peranan dalam pelantikan menteri besar,” Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Seakan merajuk, pengundurannya daripada kerusi nombor satu pentadbiran negeri itu disebabkan keengganan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat (PR) untuk terus memberikan sokongan terhadap pentadbirannya.Menjawab soalan media sambil tersenyum disambut gelak tawa oleh pegawai kerajaan negeri, Abdul Khalid memberitahu secara ringkas, “Mereka (Pakatan Rakyat) sudah tak nak saya,”.
Abdul Khalid sebelum ini didesak pimpinan tertinggi PR khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya meletakkan jawatan, namun beliau tetap meneruskan pentadbiran kerajaan negeri walaupun berdepan kecaman termasuk daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PR sendiri.
0 komentar:
Posting Komentar