Searching...


.
Tampilkan postingan dengan label politik. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label politik. Tampilkan semua postingan
5 Jun 2015
23.29 0

Di sebalik pintu program Dialog dengan PM



Ini adalah re-post apa yang dah postkan dalam facebook dari seorang bernama 'fariz'. Dan mungkin dia pun repost dari rakan-rakannya yang berada di Program NGO, #nothingtohide 1MDB bersama PM, Dato Seri Najib Razak dengan NGO (dan juga lagenda Malaysia, Tun.M). Berikut adalah apa yang di repostkan itu:-


Program Dialog PM Bersama NGO ‪#‎NothingToHide‬.

Sebabkan aku ada disana biarlah aku cerita serba sedikit kronologi apa yang berlaku pagi tadi:

1) Pendaftaran memang dalam keadaan kelam kabut kerana sambutan yang luar biasa, berlebihan berbanding jemputan. Sepatutnya proram ini menjadi sebuah program tertutup dimana wakil NGO sahaja yang akan hadir berdasarkan jemputan tetapi setelah Tun M mengumumkan kehadiran beliau semalam petang maka ramai yang tak berkenaan juga turut hadir.
2) Setelah masuk ke dalam dewan keadaan dewan memang penuh sehingga hadirin bersesak sesak sekeliling pentas. Aku yang dapat invitation pun terpaksa berdiri selama 2 jam lebih.
3) Dimaklumkan yang Tun M telah datang dan menunggu di Holding Room.
4) MC membuat pengumuman pertama yang IPG telah mengeluarkan arahan agar program ini terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan semua. Tetapi pihak penganjur masih sedang berunding dengan pihak polis.
5) Dato Khairul, Pengerusi Sukaguam cuba untuk membuat pengumuman tetapi terpaksa berhenti apabila Rombongan Tun M masuk ke dalam dewan dan duduk di atas pentas. Maka pihak MC mengumumkan yang program akan ditunda dan mengizinkan Tun M berucap di atas kapisiti sendiri dan bukan dibawah kelolaan program. Tun M sedar akan perkara ini.
6) Pihak Penganjur juga sedia maklum yang sebenarnya DS Najib telah dalam perjalanan ke PWTC tetapi terpaksa membatalkan kehadiran kerana arahan pihak polis.
7) Setelah Tun M berucap selama 5-6 minit pihak polis telah datang dan menegur Tun M secara berhemah untuk menghentikan ucapan. Kemudian Tun M menjalankan PC diatas pentas bersama pihak media.

Konklusinya, There is Nothing to hide here. Sebab secara logiknya pun sesuatu situasi takkan berlaku aman jika dua penyokong berada pada satu kawasan yang sama. Diolog akan berubah menjadi Debat yang tidak akan dapat memutuskan persefahaman untuk keamanan. Hentikanlah menuding jari sama ada Tun M ataupun DS Najib.

--------------------


Admin: Polis mengatakan kawalan keselamatan yang buruk di PWTC menyebabkan PM dinasihati supaya tidak hadir. Cuma Admin terfikir, PWTC adalah sebaik-baik kawalan dan pusat UMNO BN. Kenapa pula boleh dikatakan keselamatan buruk? Ini akan membawa suatu persepsi buruk kepada PM dan PWTC yang jadi mercu tanda UMNO BN juga.  Dan takkanlah tika PM datang ke suatu tempat, escort polis tidak mengiringi dan mengawal untuk PM. Admin tak mahu panjangkan persoalan, cuma mahu kita sama2 berdoa, agar malaysia bebas dari bala bencana terutamanya selepas kita kena gempa bumi di ranau, sabah. 
29 Agu 2014
13.18 0

ISU SEMASA: Pakatan Rakyat sudah tak mahu Khalid Ibrahim

Pakatan Rakyat sudah tak mahu Khalid Ibrahim

Shah Alam: “Saya akan terima siapa saja yang dilantik Tuanku sebagai menteri besar dan keputusan untuk menamakan lebih daripada dua calon dari PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah amalan dilakukan untuk memilih menteri besar seperti yang pernah dilakukan Tuanku sebelum ini.
“Saya tidak akan mencampuri dan mengambil peranan dalam pelantikan menteri besar,” Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Seakan merajuk, pengundurannya daripada kerusi nombor satu pentadbiran negeri itu disebabkan keengganan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat (PR) untuk terus memberikan sokongan terhadap pentadbirannya.Menjawab soalan media sambil tersenyum disambut gelak tawa oleh pegawai kerajaan negeri, Abdul Khalid memberitahu secara ringkas, “Mereka (Pakatan Rakyat) sudah tak nak saya,”.

Abdul Khalid sebelum ini didesak pimpinan tertinggi PR khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya meletakkan jawatan, namun beliau tetap meneruskan pentadbiran kerajaan negeri walaupun berdepan kecaman termasuk daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PR sendiri.
Mengenai tindakannya selepas ini, Abdul Khalid berkata, selepas mendengar nasihat Sultan Selangor, beliau akan terus menjadi menteri besar hingga menteri besar baru dilantik sambil dibantu empat Exco daripada PAS. Menurutnya, dalam pertemuan menghadap baginda di Istana Kayangan semalam, tiada sebarang perbincangan dilakukan bersama Tuanku mengenai kriteria calon yang akan menggantikannya.
12 Jul 2014
21.09 1

GAMBAR PRO ZIONIST DAN ANTI-BOIKOT ISRAEL

Tika kebanyakkan umat islam sedang bersedih dan marah dengan serangan tidak berperikemanusiaan oleh zionist israel, ada juga di kalangan umat islam, ulama dan jugak rakyat malaysia yang tidak menyukai anti-israel ini bahkan ada yang marah-marah. Berikut adalah koleksi mereka yang pro-zionist dalam kancah Gaza ini.







9 Jun 2014
18.51 0

Dendam Amerika Pada Tun Mahathir Yang Ramai Tidak Tahu


Dendam Amerika Pada Tun Mahathir Yang Ramai Tidak Tahu | Admin percaya pasti ramai belum tahu lagi kisah ini. Dan admin akan cerita dari sumber yang admin dapat di sebuah blog yang terkenal juga di Malaysia ini. Baca selanjutnya
  Dendam Amerika Pada Tun Mahathir Yang Ramai Tidak Tahu


Pada tahun 1988, apabila Negara dari Benua Afrika itu Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negaranya, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri dalam bidang itu. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi sebuah syarikat yang dikenali TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan sebelum bermulanya.

Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.

Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.

Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.

Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.

Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.

Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.

Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.

Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.

PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.

Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.

Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.

Nota : Memang berani betul Tun Dr Mahathir ini. Apapun kita doakan beliau sihat sejahtera dan dipanjangkan umur Mudah-mudahan. Apa pun Tun Dr Mahathir merupakan seorang yang telah berjaya banyak kepada negara kita yang tercinta ini.

13.13 0

Rebranding New Era of Blogging


Rebranding New Era of Blogging

Hari ini kami memasuki satu fasa baharu dalam dunia blogging. Kami mahu dunia blog dalam Malaysia kita ini berkembang lebih maju dan pesat serta dihormati di mata dunia. Kami akan terus memberikan pelbagai informasi yang lebih segar kepada anda semua demi masa depan kebebasan berinternet di negara ini.

Kami komited untuk memberikan yang terbaik kepada anda semua. Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan pelbagai informasi terkini dengan telus dan tepat. Kami mahu para pembaca di negara ini agar lebih maju selangkah kehadapan daripada takuk yang lama kepada suatu perubahan era baru.

Semoga dengan perubahan blog ini akan sedikit sebanyak dapat membantu para pembaca di Malaysia mendapatkan sumber informasi terkini yang lebih telus dan tepat serta dihormati dipersada dunia.

Semoga kemunculan kami, akan memberikan satu input baharu dalam dunia blogging di Malaysia.

Hidup kebebasan berinternet dinegara kita!

-bradokapak-
CEO, Founder of Bradokapak Pte. Ltd.
Administrator of Geng Master Adsense.
16 Mei 2014
20.39 0

ISU SEMASA: TARIF ELEKTRIK NAIK LAGI ?


tubepanas.blogspot.com
adakah ini suatu kebenaran atau suatu penipuan?

Baru-baru, perdana menteri membuat kenyataan di mana tarif TNB harus di naikkan bagi mengelak TNB dari kerugian. Ia sebenarnya teramat bertentangan dengan kenyataan media tentang keuntungan bersih TNB pada akhir tahun 2013, sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan. Apakah benar TNB sedang mengalami kerugian sedangkan kenyataan dari TNB pula berlainan?

Jika ini di teruskan, ia amat pedih buat rakyat kerana tika ekonomi yang tidak berapa baik ini, rakyat terus di tindas dan di perah keringat seboleh mungkin demi survival kerajaan di masa genting. Seolah-olah tiada lagi survivor kit untuk pihak kerajaan dalam menangani krisis ekonomi yang bakal melanda.

Kita dapat lihat, tarif elektrik terus naik dengan pelbagai alasan, sedangkan dalam pada yang sama, pelbagai pembaziran terus di lakukan. Seperti yang terbaru, sistem bacaan elektrik di naik taraf dan dalam masa yang sama, tarif juga di naikkan. Jika hal sebegini terus di ulang siar, kemarahan rakyat pasti tidak akan di simpan lagi.

TNB punyai mandotori pengurusan tenaga di Malaysia dan dalam masa yang sama, mereka cuba terus memberikan yang terbaik untuk rakyat. Akan tetapi, kemungkinan ketirisan pembelanjaan dan keinginan untuk mencapai sesuatu taraf antarabangsa menyebabkan TNB mengeluarkan dana yang banyak, sekaligus menyebabkan mereka terpaksa naikkan tarif bil elektrik. Ini menyebabkan rakyat terus tertekan. Apakah mungkin suatu masa nanti, semua elektrik ini tidak mahu di guna pakai, masa itu barulah TNB akan beri tenaga percuma pada rakyat?!

----------

ULASAN PANAS:
Orang dah buat FREE ENERGY GENERATOR, tapi kalau dapat tahu dek kerajaan atau orang berkepentingan, mampus kena tembak
13 Mei 2014
11.14 0

KRISIS MB TERENGGANU




KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali Taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah mengisytiharkan keluar dari parti tersebut. Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepada Astro AWANI.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya  berkuatkuasa hari ini.


Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ketika dihubungi Malaysiakini awal pagi ini mengesahkan beliau bersama ADUN Ajil Ghazali Taib mengisytihar keluar Umno dan menjadi ADUN Bebas.

Ahmad yang juga ADUN Kijal berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.

"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri saya kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri.
"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya," katanya bagi menjawab soalan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas.

Ditanya mengapa mengheret soal perkahwinan anaknya sehingga berbuat demikian, Ahmad berkata: "Saya ada prinsip. Anak saya nak kenduri, kalau boleh bagi kenduri selesai. Tapi jadi begini. Saya tidak ada masalah, saya boleh terima (pertukaran MB)," katanya.

Menurutnya lagi, Ahmad berkata beberapa ADUN lagi dijangka akan mengambil langkah yang sama sepertinya. Bagaimanapun, beliau tidak menyebut jumlah dan siapa yang terlibat untuk berbuat demikian. "Insya-Allah ada lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi.

credit: AWANI


-------------

Ulasan Panas:
Jika gitu, Mat Said antara yang cerdik lah bak kata tun Mahathir...erm~ 
Nampaknya Najib dan MB ganu ini punyai masalah tersendiri. Jika tidak, mat said tak akan buat keputusan begini.
9 Mei 2014
00.11 0

Manifesto Kerajaan BN (2013 - 2018)

 
_tubepanas.blogspot.com
Manifesto Kerajaan BN untuk sesi 2013 - 2018


Manifesto Barisan Nasional 1 : Kos Sara Hidup

-BR1M dinaikkan kepada RM1,200 untuk isi rumah; RM600 untuk orang bujang.
-Baucar Buku 1Malaysia dinaikkan sehingga RM300; Bantuan Persekolahan dinaikkan kepada RM150.
-Harga kereta akan diturunkan antara 20 hingga 30 peratus secara berperingkat dengan menyemak semula Dasar Automotif Nasional.
-Kedai Rakyat 1Malaysia akan ditambah.
-Klinik 1Malaysia akan dibuka dalam kawasan padat penduduk.
-Pusat Jagaan Harian 1Malaysia akan ditambah untuk ibu bapa bekerja.
-Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20% dengan jaminan bandwidth internet
-Dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas akan dibentuk.

Manifesto Barisan Nasional 2 : Keselamatan Awam

-4,000 anggota polis akan ditambah setiap tahun.
-5,000 kenderaan tambahan untuk Unit Rondaan Bermotosikal PDRM.
-Angkatan Tentera Malaysia akan ditingkatupaya untuk menangani ancaman luar.
-Suruhanjaya Polis akan diperkuatkan.
-Sistem 6P akan digunakan untuk mengekang kemasukkan pendatang asing tanpa izin.
-Program SafeCam akan diwujudkan.
-50,000 anggota Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis akan ditambah untuk membantu PDRM.

Manifesto Barisan Nasional 3 : Pendidikan

-Membawa Malaysia ke tahap “kategori tiga teratas” dalam sistem pendidikan terbaik dunia.
-Memperbaiki penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar; menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah.
-Meneruskan peruntukkan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh.
-Merombak institut-institut perguruan dan menaikkan syarat pengambilan guru pelatih.
-Memperuntukkan RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas.
-Mentransformasi sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah 20% kemasukan pelajar.
-420,000 guru akan dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi.
-Menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus pengajian tinggi awam.

Manifesto Barisan Nasional 4 : Perumahan

-Membina 1,000,000 rumah mampu milik; 500,000 buah rumah PR1MA.
-Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20% di bawah harga pasaran.
-Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai.
-Membantu pemilik rumah berpendapatan rendah untuk memperbaiki rumah mereka.
-Menggantikan kawasan setinggan dengan perumahan tetap yang selesa.
-Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet.
-Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000.

Manifesto Barisan Nasional 5 : Pembangunan Bandar

-Mewujudkan Kementerian baharu untuk menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar.
-Menambah perwakilan NGO dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan.
-Menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja.
-Membina kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar.
-Memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan mencukupi.
-Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan.

Manifesto Barisan Nasional 6 : Kesihatan

-Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon – Utara, Selatan, Timur dan Barat di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.
-Mewujudkan kemudahan awam untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk berkepadatan tinggi.
-Melaksanakan sistem kad prihatin kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bagi membolehkan mereka mendapat diskaun harga untuk ubat-ubatan tertentu.
-Memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan pesakit kronik.

Manifesto Barisan Nasional 7 : Pengangkutan Awam

-Mengembangkan perkhidmatan Sistem Bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya.
-Terus memperluaskan sistem rel MRT, LRT dan Komuter.
-Membina Terminal Bas, Rel dan Teksi Bersepadu di semua pekan dan bandar.
-Menyusun semula laluan bas untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan memudahkan rakyat.
-Meningkatkan jumlah permit teksi individu.
-Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar.

Manifesto Barisan Nasional 8 : Memerangi Rasuah

-Meningkatkan ketelusan dalam prosedur perolehan Kerajaan dengan mendedahkan kontrak kepada awam.
-Memberi kuasa kepada SPRM menerusi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM yang akan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan dan pengambilan kakitangan.
-Memberikan penekanan yang sama rata terhadap siasatan dan tindakan yang dilakukan ke atas pemberi dan penerima rasuah.
-Akses yang cepat kepada Laporan Audit Prestasi Ketua Audit Negara untuk tindakan segera.
-Menubuhkan Mahkamah Seksyen Khas Rasuah dan Mahkamah Tinggi tambahan untuk kes-kes rasuah.
-Melaksanakan aku janji integriti untuk Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

Manifesto Barisan Nasional 9 : Luar Bandar

-Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah.
-Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.
-Melaksanakan konsep Kampung Abad ke-21 bagi melonjak transformasi luar bandar.
-Membina 6,300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3 juta penduduk.
-Menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.
-Memperluaskan bekalan air bersih untuk 320,000 rumah di seluruh negara.
-Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 80,000 di Sabah dan 80,000 di Sarawak.
-Menggalak pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara.

Manifesto Barisan Nasional 10 : Sumber Semula Jadi

-Menawarkan insentif kewangan kepada premis komersial dan persendirian yang melabur dalam sumber-sumber teknologi hijau.
-Memulihara sungai dan anak sungai.
-Memulihara hutan dan melaksanakan program penanaman semula hutan.
-Menguatkuasa undang-undang yang lebih ketat dan dikemas kini untuk -mencegah kegiatan penerokaan haram.
-Menggunakan teknologi hijau dalam pengurusan sisa pepejal.

Manifesto Barisan Nasional 11 : Belia

-Memperuntukkan tabung, latihan dan insentif kepada belia yang mahu melakukan usaha niaga komersial.
-Menyediakan ruang komersial di dalam kompleks beli-belah selama sehari pada setiap bulan untuk golongan belia mempamerkan dan memasarkan produk kreatif dan perkhidmatan mereka.
-Mewujudkan inkubator bagi memupuk kualiti kepimpinan dan kreativiti.
-Mewujudkan lebih banyak lokasi WiFi percuma terutama di kawasan luar bandar dan separa bandar.
-Melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa, dan mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat.
-Mengkaji semula undang-undang berkaitan hiburan untuk promosi seni persembahan dan kebudayaan.

Manifesto Barisan Nasional 12 : Keselamatan Sosial

-Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pengkalan data yang bersepadu.
-Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum.
-Mengubah Brickfields di Kuala Lumpur menjadi zon mesra golongan buta.
-Mewujudkan mahkamah khas yang mempunyai status yang sama dengan -Mahkamah Tinggi, untuk menyelesaikan isu-isu tanah pribumi.
-Menyediakan lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan komuniti pribumi dan meningkatkan bilangan pengambilan pribumi ke dalam pendidikan vokasional, kolej dan universiti.
-Menyediakan tabung untuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berdaftar dan gerakan masyarakat sivil.

Manifesto Barisan Nasional 13 : Ekonomi


-Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trillion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi.
-Mencapai pendapatan per kapita AS$15,00 (RM45,000) menjelang 2020.
-Menyediakan insentif khas untuk perniagaan inovatif dan kreatif.
-Melaksanakan dasar yang adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk dasar menyokong pertumbuhan, penglibatan besar-besaran sektor swasta dan pembangunan pasaran modal.
-Mempertingkatkan agenda Bumiputera termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak menerusi penyediaan peluang-peluang perniagaan, ekosistem yang kukuh (misalnya kemudahan pinjaman dan latihan) dan sokongan institusi.
-Membuat pembaharuan dalam struktur cukai sedia ada ke arah sistem percukaian yang lebih terbuka serta mengurangkan cukai individu dan korporat secara berperingkat-peringkat.
-Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.
-Menyediakan dana saham amanah RM500 juta untuk meningkatkan pegangan ekuiti komuniti India kepada sekurang-kurangnya 3%.
-Menubuhkan sebuah Unit Khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat India.
-Meningkatkan akses kredit mikro untuk semua rakyat Malaysia, termasuk RM100 juta diperuntukkan kepada penjaja dan peniaga kecil.

Manifesto Barisan Nasional 14 : Wanita

-Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional.
-Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina.
-Menyediakan lebih banyak peluang perniagaan dan ruang bagi menambah pendapatan untuk wanita supaya mereka lebih berkeupayaan untuk berdikari.
-Mewujudkan lebih banyak insentif untuk inisiatif bekerja dari rumah, dengan penekanan yang lebih besar kepada golongan ibu tunggal.
-Membuka pusat-pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat Kerajaan dan Syarikat -Berkaitan Kerajaan (GLC) serta menggalakkan sektor swasta untuk melakukan perkara yang sama.
-Mengetatkan undang-undang untuk mencegah kejadian penderaan dan gangguan seksual di rumah dan di tempat kerja.

Manifesto Barisan Nasional 15 : Keharmonian

-Mendukung Islam sebagai agama Persekutuan serta mempromosikan syiar dan syariat Islam mengikut prinsip Maqasid Syariah.
-Memastikan agama-agama lain diamalkan dalam suasana amandan harmoni.
Isu-isu berkaitan dengan golongan bukan Islam diletakkan di bawah bidang kuasa seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
-Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
-Menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat.
-Meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat.
-Menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada institusi-institusi agama berdaftar dan rumah-rumah ibadat.
-Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru Kafa dengan menyediakan gaji berasaskan perkhidmatan dan kenaikan gaji.
-Menyediakan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok.

Manifesto Barisan Nasional 16 : Dasar Luar Negara

-Berjuang untuk penubuhan sebuah negara Palestin.
-Menyokong usaha menjadikan ASEAN sebuah komuniti ekonomi menjelang tahun 2015.
-Berusaha memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa--Bangsa Bersatu bagi memainkan peranan utama dalam keamanan serantau dan -keselamatan antarabangsa melalui dasar kesederhanaan.
-Meningkatkan hubungan ekonomi dan kepentingan bilateral dengan negara rakan dagang utama dan ekonomi negara sedang membangun.
-Membentuk Dasar Laut yang menyokong kepentingan-kepentingan strategik politik, ekonomi dan keselamatan kita.
-Mengetuai usaha menentang jenayah-jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah.
-Memperbanyakkan program outreach kemanusiaan di wilayah-wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, Selatan Thailand, Mindanao dan di mana sahaja.

Manifesto Barisan Nasional 17 : Perkhidmatan Awam

-Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam – termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3% kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji dilakukan.
-Melanjutkan tempoh kontrak para pegawai dan menyerap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan tetap.
-Memperluaskan Pusat Transformasi Bandar ke semua bandar dan pekan utama.
-“Merakyatkan Perkhidmatan Awam” bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang.
-Menambah baik kaunter perkhidmatan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan depan memperluaskan perkhidmatan online untuk urusan pembayaran dan permohonan.
-Memperkenalkan program-program pengambilan pekerja untuk memastikan keseimbangan antara kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan.
-Memberikan perhatian yang istimewa kepada golongan kurang upaya.