Searching...
-
-
Sep 25, 2014
12:21 AM 0

INFO: BRUNEI Telah Haramkan Lagu Bruno Mars

Setelah penelitian di buat, 3 ayat dari lagu IT WILL RAIN, dendangan Bruno Mars di haramkan di dendangkan di Negara Brunei. Kenyataan dari Majlis Agama Negara Brunei telah melarang mana-mana penyiar di negara itu untuk menyiarkan lagu IT WILL RAIN ini di sana kerana di khuatiri akan berlaku unsur keruntuhan akhlak dan pencanggahan akidah. Berikut adalah gambar penuh dari surat kenyataan Majlis Islam Negara Brunei


Sep 23, 2014
12:28 AM 0

ISU PANAS: Sindiket Pukau Pak Arab Mulai Kembali Menganas





Sedikit masa dulu, pernah panas berita tentang kejadian pukau yang melibatkan orang awam dan kedai-kedai tertentu yang menjadi mangsa pukau oleh beberapa sindiket dari warga asing. Apabila ianya mulai kecoh, operasi mereka mulai diam dan senyap begitu saja. Kini, mereka kembali.

Kejadian terbaru yang berlaku di KULIM, Kedah baru-baru ini mulai mendapat perhatian masyarakat. Operasi mereka cukup mudah. Mereka akan bertanya pada kita untuk menukar duit yang lebih kecil atau mahu menukar duit luar negara kepara RM50 yang kita ada.

Semasa kita sedang mahu menukar duit, mereka akan melihat laci kaunter atau beg duit kita. Pada ketika itu, kita tidak merasa apa-apa curiga, sedangkan perilaku begitu menunjukkan mereka sememangnya berniat jahat. Jika kita terus terpukau dengan ilmu sihir mereka, akhirnya kita akan berikan semua duit yang ada dalam beg duit atau laci kita dengan suka rela.

Perkara ini cukup merungsingkan kerana kebanyakkan mangsa adalah tergolongan dari golongan wanita. jadi, sila berhati-hati andai ada warga asing yang tiba-tiba menyapa anda dan mahu menukar duit dengan anda. Jika anda sedar kejadian ini, sila laporkan kepada pihak berkuasa dengan kadar segera. Sila Share matlumat ini demi kebaikan bersama


12:01 AM 0

INFO: Fesyen Rambut Zaman 80an

Pasti ramai yang di besarkan pada era tahun 1980an - 1990an pernah lihat fesyen rambut sebegini di dalam filem-filem hollywood bahkan terdapat di Malaysia juga. Fesyen ini di kenali sebagai MULLET HAIR STYLE. Jika generasi kini lihat fesyen ini, mereka akan gelak kerana ianya begitu pelik. Akan tetapi, itulah ironinya. Sama seperti fesyen zaman kini, andai generasi 20 tahun lagi meliaht fesyen era 2010an ini, pasti mereka akan sindir sinis juga. KARMA ALAM








Sep 22, 2014
11:56 PM 0

INFO: Mawar Hitam yang Unik Dari Turki

Mungkin kita beranggapan rose/mawar hitam adalah sesuatu yang mungkin tidak wujud bahkan hanya ada di dalam fantasi novel atau kisah-kisah dongeng. Tapi, tahukah anda, mawar hitam ini benar-benar wujud dan hanya ada 1 kawasan sahaja yang menawarkan mawar hitam ini?

Ianya dari turki, hanya bergembang tika musim bunga. Namanya adalah Turkish Halfeti Roses.


Sep 21, 2014
11:52 PM 0

INFO: Kek Kahwin yang Gagal

Mungkin bagi pasangan yang baru berkahwin, pastinya mahukan satu kek perkahwinan yang sedap dan hebat di pandang. Berkahwin hanya sekali orang kata. Jadi, kek kahwin pun kenalah 'once in life time'. Tapi, jika apa yang di idamkan failed, apa reaksi kita ye? Berikut adalah kek kahwin yang failed:-








Sep 18, 2014
10:35 PM 0

INFO: Tips Dan Pantang Larang Orang Tua

Sedikit tips utk yg m'cari asal usul & keturunan.

X boleh mkn ikan tapah- keturunan bgswn kampar,
x boleh mkn ikan kekacang- darah syed hussien jamadil kubra.
X boleh makan ikan pisang- darah raja2,
x boleh mkn rebung buluh betung-keturunan anak buluh betung t'masuk darah Puteri Saadong.
X boleh mkn kerbau balar & pisang raja udang-darah raja rawa.
Kahwin kena ada wrna kuning wlu secebis-anak keturunan Puteri Sangkar Bulan (sbghn keturunan Rawa, bkn semua).
Lahir kena sambut dgn kain kuning-kebanyakan ktrnn raja terselindung yg msh mengamalkan terutama yg sulit melahirkan (kebiasaan anak sulung) t'masuk menembak ke udara dgn senapang.
Buat adat b'jejak tanah- keturunan raja t'tentu cth Kelate, Phg, Jawa & Rawa (beza2 ikut adat msg2 & ada pntg larang sblm umur berjejak).

Pntg guna pinggan & gelas sumbing @ serpih (ktrnn bunian),
X boleh @ elakkan mkn labu bg keturunan pahlawan (petua x lut senjata org dlu2), labu yg dibuat sira sunnah Nabi tu adalah labu merah (labu ada mcm2 jenis).


Bagi org yg t'kena santau
perkara paling pantang ialah segala jenis rebung, nenas & belimbing asam. (Semua mknn yg bisa2 masam, tajam dan angin)
Bagi yg mgkin kena santau seteru, x boleh mkn segala jenis rebung, limau n & daging kambing, kerana akan jatuh sakit semula, sakit melarat tidak sembuh2.
Stgh org x boleh mkn bende2 gatal mcm udang, udang kering, sotong, belacan etc.
Daging kambing sunnah nabi, mknlah ia tidak haram cuba akan jd mudarat umpama racun bg org yg sudah t'kena penyakit t'tentu cth santau seteru.
Daging kambing & daging merah elok dikurangkan bg org2 yg cepat naik darah, mudah marah & pns baran.
Kurangkan mknn b'darah & cuba b'henti makan organ dalaman binatang (ati, limpa, perut etc) jika t'kena sakit misteri. Andai t'lalu suka benda2 begini, b'kemungkinan itu bknla anda.
*air gunung, air kolah masjid (terutama dari 7 masjid dlm kwsn berbeza), air zam zam, limau purut, limau kasturi, sirih dan bunga2an tropika yg wangi sgt mujarat dlm pengubatan.
4:03 AM 0

INFO: Nabi-nabi di Langit tika peristiwa isra mikraj

Langit Pertama:Rasulullah saw. dan Jibril masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan nabi Adam a.s. Langit Kedua: Nabi saw dan Jibril naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan nabi 'Isa a.s dan nabi Yahya a.s. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan nabi Yusuf a.s. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan nabi Idris a.s. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan nabi Harun a.s yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil. Langit Keenam:Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan nabi-nabi. Seterusnya dengan nabi Musa a.s. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibril) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul- Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah saw, nabi Ibrahim a.s. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga yaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, nabi Irahim a.s bersabda, "Sampaikan salamku kepada umahmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanaman- ya ialah lima kalimah, yaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibril masuk ke dalam Baitul-Makmur dan sholat. (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah). Tangga Kedelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu : Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata- permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah s.a.w dapat menyaksikan pula sungai al-Kautsar yang terus masuk ke syurga.

Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan:Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, yaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh:Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul- Arbab lalu dapat bertemu Allah Subhanahu wa Taala, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul- Nya: Allah S.W.T: Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S.W.T Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji- panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Sep 17, 2014
7:09 PM 0

ISU SEMASA: Tentera US Makan Budu Di Kelantan

Mungkin ramai yang terkejut bila kedatangan tentera Amerika ke negeri Terenganu baru-baru ini mengundang pelbagai spekulasi. Akan tetapi, ia sebenarnya adalah eksais ketenteraan yang telah lama di jalankan. Mungkin kerana ia baru terlepas ke pengetahuan umum, jadi event ini menjadi sedikit gempar. Eksais tentera bersama ATM Malaysia di adakan di Negeri Kelantan. Selesai saja eksais ini, mereka di jamu dengan kebudayaan kelantan. Berikut adalah gambar yangs empat di rakam (sumber: CutiKelantan )