Searching...


.
Tampilkan postingan dengan label Sukan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Sukan. Tampilkan semua postingan
2 Sep 2014
20.00 0

ISU SEMASA: Chong Wei kecewa kerana gagal



"Saya kecewa kerana kita gagal menamatkan badi selama 37 tahun namun saya turut bersimpati dengan Chong Wei yang telah mencuba sedaya upaya untuk menang namun nasib lebih memihak kepada Chen Long," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan akhir kejohanan itu di sini.

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) hari ini memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kegagalan skuad negara menghadiahkan gelaran dunia sempena Hari Kemerdekaan ke-57, Ahad.
  
Timbalan presidennya Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata beliau kecewa dengan persembahan skuad negara pada Kejohanan Dunia BWF 2014 di sini kerana gagal mengakhiri kemarau gelaran sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1977.
  
Beliau turut bersimpati dengan nasib Datuk Lee Chong Wei yang terus kempunan untuk memenangi kejuaraan dunia sulungnya walaupun telah memberikan persembahan terbaik menentang pemain nombor dua dunia, Chen Long dari China.
  
 Bagaimanapun, beliau bangga dengan peningkatan persembahan yang dipamerkan oleh perseorangan utama wanita negara, Tee Jing Yi walaupun kalah seawal pusingan kedua kepada juara dunia baharu, Carolina Marin dari Sepanyol.
 
Pilihan kesembilan itu melakar sejarah tersendiri selepas muncul pemain Sepanyol pertama muncul juara dunia selepas mengejutkan juara Olimpik dan pilihan utama, Li Xuerui dari China dengan kemenangan 17-21, 21-17 dan 21-18.
  
Malaysia gagal meraih sebarang kejuaraan selepas sebahagian besar wakil negara termasuk pemain wanita negara tersingkir pada pusingan awal kejohanan.
  
Kejohanan Dunia 2015 bakal diadakan di Jakarta, Indonesia. Mohamad Norza berkata BAM akan terus mempertingkatkan usaha dalam mengetengahkan pemain pelapis bagi menggantikan pemain senior sedia ada.
  
Katanya skuad negara tidak boleh terus mengharapkan Chong Wei untuk terus menghadiahkan kejayaan untuk negara dalam sesuatu kejohanan.
  
Justeru, katanya BAM akan cuba mencari pelbagai kaedah untuk memastikan pemain pelapis yang sedia ada akan terus dilatih dan diberi pendedahan bagi mencari pengganti Chong Wei. - Bernama
14 Jul 2014
05.48 0

GERMAN MENANG WORLD CUP 2014




Taniah kepada pasukan German yang mana telah mengalahkan ARGENTINA dengan 1-0 pada minit 113 masa tambahan dari jaringan Mario Götze. Begitu sukar untuk mendapatkan gol kerana pertahanan Argentina yang kuat.


Biarpun begitu, semua tahu pasukan German ini punyai tektikal dan semangat berpasukan yang tinggi. Tidak seperti pasukan yang punyai Star Player seperti Argentina (messi), Portugal (c.ronaldo) atau Spain (torres). Pasukan german sentiasa bermain secara berpasukan. Pemain seperti Ozil, Klose, Muller akan lekat di ingatan sebagai best team win.

Pasukan german bermula bermain di Piala Dunia Brazil ini dengan suatu kejutan terbesar bila menundukkan PORTUGAL 4-0 dan memalu pasukan tuan rumah BRAZIL dengan 7-1.

Biarpun begitu, Taniah kepada Klose kerana menjadi PENJARING TERBANYAK SEPANJANG ZAMAN dengan 16 gol keseluruhan mengalahkan RONALDO dari Brazil. German, anda layak untuk menang World Cup kali ini.

Berikut adalah nama pemain GERMAN yang mungkin anda akan ingati:-

PlayerNumPosition

8
Midfielder

11
Forward

13
Midfielder

7
Midfielder

19
Midfielder

1
Goalkeeper

10
Midfielder

16
Defender

5
Defender

6
Midfielder

21
Defender

18
Midfielder

20
Defender

9
Midfielder

17
Defender

14
Midfielder

4
Defender

15
Defender

23
Midfielder

2
Defender

22
Goalkeeper

3
Defender

12
Goalkeeper
23 Jun 2014
21.31 0

Hot Pramugari China Memakai Baju Piala Dunia


Hot Pramugari China Memakai Baju Piala Dunia | Untungnya siapa yang menaiki kapal terbang ini. 

-
Hot Pramugari China Memakai Baju Piala Dunia

Jika anda biasa menaiki kapal terbang,pasti anda akan teruja jika terlihat pramugari yang cun  memakai jersi Piala Dunia. Sempena dengan musim piala dunia 2014 Brazil pihak pengurusan kapal terbang di China iaitu Luck telah mengarahkan semua pramugari mereka mengenakan pakaian jersi pasukan Brazil berikut adalah gambar pramugari kapal terbang tersebut. Tindakan ini memeriahkan lagi musim piala dunia 2014.






9 Jun 2014
13.13 0

Rebranding New Era of Blogging


Rebranding New Era of Blogging

Hari ini kami memasuki satu fasa baharu dalam dunia blogging. Kami mahu dunia blog dalam Malaysia kita ini berkembang lebih maju dan pesat serta dihormati di mata dunia. Kami akan terus memberikan pelbagai informasi yang lebih segar kepada anda semua demi masa depan kebebasan berinternet di negara ini.

Kami komited untuk memberikan yang terbaik kepada anda semua. Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan pelbagai informasi terkini dengan telus dan tepat. Kami mahu para pembaca di negara ini agar lebih maju selangkah kehadapan daripada takuk yang lama kepada suatu perubahan era baru.

Semoga dengan perubahan blog ini akan sedikit sebanyak dapat membantu para pembaca di Malaysia mendapatkan sumber informasi terkini yang lebih telus dan tepat serta dihormati dipersada dunia.

Semoga kemunculan kami, akan memberikan satu input baharu dalam dunia blogging di Malaysia.

Hidup kebebasan berinternet dinegara kita!

-bradokapak-
CEO, Founder of Bradokapak Pte. Ltd.
Administrator of Geng Master Adsense.