Searching...


.
31 Agu 2014
08.30 0

ISU SEMASA: MAS akan buang 14000 kakitangannya

KUALA LUMPUR: Antara perkara paling utama dalam pelan pengstrukturan semula 12 perkara yang diumumkan oleh Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mohktar hari ini adalah penubuhan syarikat baru (NewCo) dimana akan menjadi ‘rumah’ baru buat syarikat ‘MAS’ lama dengan perpindahan 14,000 kakitangan. Proses perpindahan itu yang termasuk operasi, aset dan liabiliti dari “MAS lama”(OldCo) kepada NewCo akan disempurnakan menjelang 1 Julai tahun 2015.

Penstrukturan semula syarikat penerbangan negara Sistem  Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) bakal meyaksikan syarikat bermasalah itu akan mengurangkan tenaga kerjanya dari 20 ribu kaki tangan kepada 14 ribu orang, pengurangan 30 peratus dari tenaga kerja sedia ada.

Dari 6,000 pekerja yang akan dihentikan perkhidmatan mereka, 3,500 daripadanya akan ditawarkan pekerjaan di bawah anak-anak syarikat Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) sementara selebihnya akan ditawarkan Skim Perpisahan Sukarela (VSS).


Syarikat NewCo mensasarkan untuk kembali meraih keuntungan dalam tempoh tiga tahun dari tarikh OldCo dinyahsenarai yang disasarkan akan berlangsung akhir tahun ini. NewCo akan menyaksikan perubahan kepada model perniagaan untuk mengambil kira struktur kos operasi yang lebih rendah selain melihat penjimatan dari usaha rundingan semula dan kontrak pembekalan termasuk pelaksanaan kos buruh yang akan kembali mengfokuskan kepada laluan serantau yang lebih menguntungkan berbanding kepada laluan jarak jauh yang tidak menguntungkan.

Di bawah pelan terbabit yang akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan, Khazanah akan memperuntukkan RM6 bilion dalam  bentuk dana pelaburan kepada NewCo secara berperingkat-peringkat dan syarat yang lebih ketat untuk tempoh tiga tahun.

NewCo juga mensasarkan untuk kembali menyenaraikan kembali MAS dalam tempoh tiga sehingga lima tahun, iaitu dianggarkan dapat dicapai pada akhir 2017 sehingga akhir 2019.

Dari segi kepimpinan syarikat pula, Ahmad Jauhari Yahya akan terus menerajui syarikat OldCo sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan sewaktu tempoh peralihan selama 10 bulan sehingga 1 Julai 2015, tarikh dimana NewCo disasarkan untuk mula beroperasi.

Turut diumumkan, lembaga pengarah OldCo akan tetap beroperasi seperti biasa sehingga satu tempoh yang akan dimumkan kelak.

Khazanah juga akan mula mencari individu yang bakal mengisi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif NewCo dengan calon-calon akan dipilih dari bakat tempatan dan antarabangsa yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang penerbangan global. Pengumuman mengenainya dijangka dibuat menjelang akhir tahun ini.
04.29 0

INFO: PESAWAT TERJUMPA CAHAYA PELIK DALAM LAUT

Penerbangan Van Heijst di kejutkan dengan suatu fenomena yang pelik. Sepanjang perjalananya dari Hongkong ke Alaska, dia dapat melihat beberapa tompokan cahaya kuning, oren, merah dan biru di bawah laut yang gelap. Ia sangat menakutkan akan tetapi menerujakan.








Ada yang berpendapat, ianya mungkin kesan gunung berapi baru di bawah laut. Dan ada juga yang berpendapat ianya mungkin UFO. Paling menakutkan adalah, komen mengenai kedatangan alien atau raksasa dari dalam laut. Apakah ianya benar? Apapun, ia merupakan suatu penerbangan yang menerujakan buat Van Heijst
30 Agu 2014
22.54 0

Piala Malaysia: Keputusan 30/08/14

Piala Malaysia: Keputusan perlawanan

(Kumpulan B)
Sarawak 1 Perak 1 Gol: SRK - Mokhtar (m61), PRK - Marco Tulio Lopes Silva (m77)

Terengganu 2 Kedah 2
Gol: TRG - Ashari Shamsuddin (m37) Ismail Faruqi (m79), KDH - Baddrol Bakhtiar (m45+4) Namkung Woong (m69)

(Kumpulan D)
PDRM 1 Selangor 1
Gol: PDRM - Alafi Mahmud (m85), SEL -Andik Vermansyah (m12)

Sime Darby 2 T-Team 1
Gol: Mateo Roskam (m15) Dzulfahmi Abdul Hadi (m28), TT - Jimmy Mulisa (m49)
13.00 0

ISU: Remaja 15 tahun mengandung anak lelaki mati kemalangan

KUALA TERENGGANU - selepas dihantar ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran kediaman mereka, Selasa lalu, selepas mengadu sakit perut., remaja yang merupakan pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Besut itu disahkan mengandung!

Lebih Malang! Seorang remaja berusia 15 tahun bukan sahaja terpaksa menanggung aib apabila disahkan mengandung tujuh bulan, malah lebih malang apabila mengetahui ‘ayah’ kepada anak di dalam kandungannya itu sudah meninggal dunia April lalu akibat kemalangan.

“Mangsa mengakui melakukan hubungan seks dengan suspek pada pertemuan pertama iaitu awal tahun ini.

“Bagaimanapun, selepas mengetahui teman lelakinya itu meninggal dunia akibat kemalangan berhampiran Kampung Raja, Besut, April lalu, mangsa bertindak membeli alat ujian mengandung sebulan selepas itu iaitu Mei lalu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum itu, mangsa sudah mengetahui yang dirinya mengandung, namun mendiamkan diri kerana takut.

Menurutnya, mangsa mendakwa berkenalan dengan suspek melalui telefon sebelum membuat keputusan berani untuk bertemu di pantai Air Tawar. Wan Abd Aziz berkata, hasil ujian menunjukkan mangsa positif mengandung, namun bertindak mendiamkan diri kerana bimbang perkara itu diketahui keluarga.

Bagaimanapun katanya, pada pagi Selasa lalu, mangsa yang mengalami sakit perut telah dihantar ke klinik kesihatan oleh kedua orang tuanya sebelum dikejutkan dengan pengesahan doktor memaklumkan mangsa mengandung tujuh bulan.

“Sejurus menerima maklumat itu, pegawai kesihatan bertugas membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, Besut, kira-kira jam 2.30 petang. “Kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, namun kita akan membuat beberapa penilaian memandangkan suspek sudah meninggal dunia,” katanya.
08.00 0

ISU SEMASA: Ramli Ms dan Alyah di soal JAIS

  • Alyah 
  •  
    Hubungan antara pengarah muzik itu dengan penyanyi Alyah terjawab hari ini apabila mereka sendiri mengesahkan yang sudah berkahwin lebih setahun lalu. KUNJUNGAN Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke kediaman mewah komposer ternama Datuk Ramli MS di Bandar Kinrara, di sini awal pagi tadi akhirnya membongkar satu 'rahsia'.

    Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai Jais datang menyiasat. Ketika kejadian kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah berada di kediaman itu.

    Menurut sumber Jais, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu. Katanya, Ramli dan Alyah akan ke Jais dalam masa terdekat untuk memberikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran.

    Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.

    Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang.
    04.21 0

    ISU SEMASA: AirAsia Tawar 3 Juta Tempat Duduk Percuma

    AirAsia Tawar 3 Juta Tempat Duduk Percuma

    Kepada anda yang menanti peluang untuk bercuti atau sedang mencari tambang murah ke luar negara mahu pun destinasi tempatan, AirAsia mulai hari kini kembali dengan promosi tempat duduk percuma untuk semua destinasi.

    Tawaran tiga juta tempat duduk percuma yang melibatkan semua destinasi AirAsia dan AirAsia X ini dibuka untuk tempahan serta-merta mulai hari ini hingga 31 Ogos 2014.






    Promosi dibuka untuk tempahan penerbangan ke pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa daripada serendah RM229 untuk perjalanan jarak jauh bermula 1 Mac hingga 24 Oktober, 2015.

    Anda boleh mula menempah tempat duduk percuma anda mulai sekarang di laman rasmi AirAsia. Jom!
    29 Agu 2014
    20.00 0

    INFO: LAPTOP TERBARU DARI LENOVO YANG HEBAT

    Foto


    LAPTOP TERBARU DARI LENOVO YANG HEBAT

    Kuala Lumpur : Model AIO yang diperkenalkan termasuk N300 dan C470 berharga RM1,349 dan RM1,849 dari Lenovo ini mungkin akan menjadi saingan terhebat dalam penjualan laptop jenis AIO dengan keperluan terhebat. Sementara itu, model laptop baru iaitu Y50-70, Z50-70 dan Flex 2 boleh didapati pada harga antara RM1,349 hingga RM3,999.

    Lenovo memperkenalkan dua peranti semua dalam satu (AIO) dan tiga laptop harga patut yang mempunyai skrin definisi tinggi, di sini, hari ini.Selain dilengkapi sistem grafik baru, Lenovo juga mengharapkan pemprosesan Intel yang mampu menjimatkan tenaga serta bateri untuk laptop itu.


    13.18 0

    ISU SEMASA: Pakatan Rakyat sudah tak mahu Khalid Ibrahim

    Pakatan Rakyat sudah tak mahu Khalid Ibrahim

    Shah Alam: “Saya akan terima siapa saja yang dilantik Tuanku sebagai menteri besar dan keputusan untuk menamakan lebih daripada dua calon dari PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah amalan dilakukan untuk memilih menteri besar seperti yang pernah dilakukan Tuanku sebelum ini.
    “Saya tidak akan mencampuri dan mengambil peranan dalam pelantikan menteri besar,” Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    Seakan merajuk, pengundurannya daripada kerusi nombor satu pentadbiran negeri itu disebabkan keengganan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat (PR) untuk terus memberikan sokongan terhadap pentadbirannya.Menjawab soalan media sambil tersenyum disambut gelak tawa oleh pegawai kerajaan negeri, Abdul Khalid memberitahu secara ringkas, “Mereka (Pakatan Rakyat) sudah tak nak saya,”.

    Abdul Khalid sebelum ini didesak pimpinan tertinggi PR khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya meletakkan jawatan, namun beliau tetap meneruskan pentadbiran kerajaan negeri walaupun berdepan kecaman termasuk daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PR sendiri.
    Mengenai tindakannya selepas ini, Abdul Khalid berkata, selepas mendengar nasihat Sultan Selangor, beliau akan terus menjadi menteri besar hingga menteri besar baru dilantik sambil dibantu empat Exco daripada PAS. Menurutnya, dalam pertemuan menghadap baginda di Istana Kayangan semalam, tiada sebarang perbincangan dilakukan bersama Tuanku mengenai kriteria calon yang akan menggantikannya.
    08.00 0

    ISU SEMASA: AKIBAT MUKA SEIRAS AYAHNYA, IBU MENDERANYA

    Foto
    Tidak tahu kerana apa, ibunya sentiasa menbencinya

    AKIBAT MUKA SEIRAS AYAHNYA, IBU MENDERANYA

    Kuala Lumpur: “Saya dilabel ibu sebagai anak sial dan dia sering meluahkan sesalan kerana tidak membunuh saya ketika saya masih bayi. Kadangkala, saya tak buat salahpun ibu akan rotan saya,” katanya.

    Demikian keluhan pemuda malang mahu dikenali sebagai Razman, 20, yang pernah mengalami pengalaman pahit didera ibu sendiri ketika kecil hanya kerana rupa parasnya seiras bapanya.

    “Saya tak tahu apa salah saya sehingga emak begitu membenci dan membuang saya sejak kecil hingga sekarang biarpun saya sudah berjaya menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi.”

    Menurutnya, selepas ibu bapanya bercerai ketika dia berusia tujuh tahun dia tinggal bersama ibu dan ketika itu bermula episod hitam di dalam hidupnya apabila ibunya selalu memukulnya biarpun hanya melakukan kesalahan kecil.

    04.20 0

    ISU SEMASA: MAS UBAH IMEJ PAKAIAN SOPAN TANPA ARAK


      Pemuda Umno meminta pengurusan baharu MAS mengkaji polisi uniform kru penerbangan.

    MAS UBAH IMEJ PAKAIAN SOPAN TANPA ARAK

     KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan melaksanakan pengambilalihan MAS melalui Khazanah Nasional Bhd untuk proses transformasi syarikat penerbangan negara itu disokong Pemuda Umno.

            Namun, Exco Pemuda Umno, Dazma Shah Daud berkata, pengurusan baharu MAS perlu buat beberapa perubahan polisi untuk buktikan transformasi itu.

    “Kami mencadangkan pengurusan MAS memberi kelonggaran atau mewajibkan pramugari beragama Islam memakai tudung dan mengenakan seragam yang menutup aurat.

    “Isu ini bukan perkara baharu, malahan ia mendapat desakan daripada kebanyakan rakyat negara ini yang mahu melihat MAS lebih menekankan aspek Islamik dalam kalangan kakitangan mereka,” katanya yang juga Pengerusi Biro Pekerja Muda.

            Katanya, usul itu akan dibawa dalam Mesyuarat Exco Pemuda Umno, hari ini.

            Dazma berkata, pengurusan MAS tidak perlu gusar tentang persepsi penumpang luar negara atau bukan Islam kerana masyarakat global kini sudah terbuka menerima pemakaian tudung dan uniform yang lebih sempurna.

            Malah kata beliau, imej dan integriti MAS akan lebih melonjak terutamanya dalam kalangan penumpang negara Islam serta akan dihormati oleh masyarakat antarabangsa.

    “Imej bertudung tidak lagi menjadi imej tabu kerana pemakaian mengikut syariat Islam itu sudah mampu diterima majoriti masyarakat global.

    “Jangan rasa takut perniagaan terjejas kerana kita kena yakin dengan ketentuan ALLAH SWT kalau kita mengikut suruhan-Nya,” katanya.

            Beliau berkata, sudah banyak syarikat penerbangan seperi Royal Brunei Airlines, Saudi Airlines dan Iran Air mewajibkan pramugari mereka memakai tudung dan ia terbukti tidak menjejaskan reputasi syarikat penerbangan tersebut.

    “Tiba masanya pengurusan baharu MAS meneliti dan mengkaji kembali polisi pemakaian uniform dalam kalangan kru penerbangan mereka.

    “Pemuda Umno pasti majoriti rakyat negara ini akan memberi sokongan sepenuhnya jika kakitangan MAS berpakaian menutup aurat dan lebih sopan,” katanya.
    01.00 0

    INFO: Cemburu Punca Kuat Merajuk

     

    CEMBURU PENYEBAB KUAT MERAJUK

    The Ultimate Self-Esteem Test telah menjalankan suatu kajian dimana dari beribu-ribu wanita di seluruh dunia kini sedang mengalami masalah cemburu yang kronik. Dari perasaan cemburu ini akan mengakibatkan KUAT MERAJUK.

    Dalam satu blog, carian undian menunjukkan yang wanita lebih sinonim dengan perangai merajuk. Maklumlah fitrah kaum Hawa sentiasa inginkan perhatian. Tapi jangan tak tahu, kalau lelaki merajuk lagi teruk. Kalau ditanya pada 100 remaja, mereka berpendapat merajuk ini perlu. Kononnya mengeratkan lagi hubungan dan konklusi kepada keserasian mereka.
    Kalau si gadis merajuk, lagaknya nampak comel tapi ramai juga lelaki yang sensitif dan mudah nak merajuk. Pening juga kekasih mencari jalan untuk memujuk sebab ikut kata, lelaki lebih rumit untuk dipujuk.

    Tapi tak semua pasangan boleh tahan dengan perangai pasangan 'merajuk ' ini. Ada yang berpendapat seperti kebudak-budakkan dan tidak matang. Lebih-lebih lagi merajuk sebab lambat jawab telefon, lewat membalas SMS, keluar rumah tidak beritahu atau pun lebih kronik, nak tidur tak ucap selamat malam.

    Bukan tidak ada pasangan berpisah kerana tak tahan dengan pasangan yang suka merajuk terutama kalau merajuk kena mengambil masa berhari-hari untuk dipujuk. Pendek kata, tidak boleh tersasul sikit kalau bercakap, tahu nak merajuk saja. Naik muak jika dilayan.

    Mengikut pemerhatian umum, bila seseorang lelaki merajuk khas buat gadis-gadis yang mungkin tidak perasan, ini tanda mereka mula terasa hati.

    Mereka akan diam seribu bahasa, buat tak tahu, menolak makan dan masam muka tidak seperti kebiasaan. Kerana ego, mereka tidak akan memberitahu yang mereka sebenarnya sedang merajuk.

    Ada juga lelaki yang mengalih perasaan sakit hati atau merajuk dengan membaca surat khabar atau sebarang bacaan lain, menonton televisyen hingga lewat malam, keluar rumah tanpa beritahu dan paling klasik, matikan telefon bimbit!

    Memang si gadis akan 'gila' apabila kekasihnya hilang tanpa khabar berita. Pastikan anda tidak terlepas daripada petanda mereka merajuk jika tidak mahu timbul pula rasa sakit hati.

    Apa sebabnya mereka merajuk? Rasanya tiga sebab utama pasangan merajuk, pertama adalah cemburu. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba diambil daripada dirinya seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya. Kedua, mungkin tidak dapat apa yang diinginkan dan ketiganya, orang lain lebih hebat daripadanya.

    Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dan mungkin ada disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan itu, dia perlukan anda di sampingnya tetapi dengan cara yang sangat berbeza.
    28 Agu 2014
    20.04 0

    INFO: MINUM AIR KOSONG MAMPU HALANG FAKTOR PENYAKIT

    FotoBANYAKKAN minum air kosong.


    MINUM AIR KOSONG MAMPU HALANG FAKTOR PENYAKIT

    Tidak perlu mengamalkan senaman khusus tetapi langkah kecil yang diambil hari ini mampu memberi manfaat besar kepada kesihatan dan membantu mengekalkan kecergasan.

    Sering makan di luar juga faktor yang meningkatkan risiko penyakit antaranya kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung kerana pengambilan terlalu banyak garam dan gula. Ramai yang tidak ada masa untuk bersenam dek kesibukan bekerja di pejabat hingga mengabaikan soal kesihatan.

    Kesihatan adalah kekayaan, begitulah yang menjadi pegangan segelintir orang. Sememangnya kata-kata itu benar kerana sekiranya kita sering jatuh sakit, mana mungkin kita boleh bekerja, apatah lagi mencari kehidupan yang lebih selesa.

    Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Langkahkecilmanfaatbesar/Article
    13.00 0

    ISU SEMASA: Bayi 15 Bulan maut kerana tersepit

    FotoKERETA dipandu mangsa terbalik selepas cuba memotong lori simen.




    Bagan Serai: Bayi berusia 15bulan telah maut dalam sebuah kemalangan di Kilometer 177, Lebuhraya Utara-selatan dari arah utara pada hari ini.. Bayi tersebut telah maut kerana tersepit di dalam kenderaannya yang di naiki keluarga mangsa setelah gagal mengawal kenderaan.

    Dalam kejadian jam 6.15 pagi, mangsa, Ariq Syahmi Abdul Karim maut di tempat kejadian selepas kenderaan Nissan Sentra yang dipandu bapanya, Abdul Karim Abu Bakar, 38, hilang kawalan selepas gagal memotong sebuah lori simen sebelum terbabas.

    Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian Deputi Superintendan Mohd Radzuan Bachik berkata, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbalik ke sebelah kanan jalan sebelum sebuah kenderaan Toyota Hiace milik Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Batu Kurau yang dalam perjalanan menghadiri satu sesi perbicaraan di Kangar, Perlis dikatakan tidak sempat mengelak dan merempuh kenderaan terbabit.

    Kemalangan itu menyebabkan bayi berkenaan yang dipercayai berada di pangkuan ibunya, Mimi Suhaila Wahab, 36, maut akibat tersepit di tempat kejadian manakala seorang kakak mangsa, Amirah Sofea, 9, mengalami cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Parit Buntar sebelum dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

    sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Matitersepitdipangkuanibu//Article
    10.16 0

    Pesawat ATR60 Malindo Air di tunda kerana bom

    PASUKAN polis mengawal kawasan pelepasan pesawat Malindo Air.

    Pesawat Malindo Air di tunda kerana bom

    Difahamkan, pesawat ATR60 itu sepatutnya berlepas jam 3.40 petang, namun ditunda selepas juruterbang memaklumkan perkara itu kepada menara kawalan selepas menerima aduan anak kapal.

    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, kejadian itu berlaku ketika seorang pramugari melakukan pemeriksaan kedua ke atas penumpang.

    “Ia prosedur biasa apabila penumpang melepasi pintu masuk, pramugari membuat pemeriksaan pas.

    “Bagaimanapun seorang penumpang tidak berpuas hati dan berpendapat pemeriksaan tidak perlu dilakukan berulang kali kerana mereka bukan membawa bom,” katanya dalam sidang media, semalam.

    Azmi berkata, perkataan ‘bom’ adalah sensitif terutama membabitkan pesawat yang akan berlepas dengan 37 penumpang termasuk seorang bayi.

    Katanya, sepasukan anggota polis dari Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan (K9) diarahkan melakukan pemeriksaan rapi ke atas pesawat, anak kapal dan semua penumpang.

    “Semua penumpang dan anak kapal diarahkan turun dan masuk ke bilik khas, manakala pesawat berkenaan ditunda ke kawasan berasingan di lapangan terbang ini untuk pemeriksaan,” katanya.

    Menurutnya operasi yang tamat jam 7.15 malam itu mengesahkan pesawat berkenaan selamat dan semua penumpang berlepas dengan pesawat lain jam 9.30 malam.

    “Kami akan terus menjalankan siasatan mengikut Seksyen 70 (1) Peraturan Penerbangan Awam dan setakat ini butiran lengkap semua penumpang sudah diperoleh untuk membantu siasatan,” katanya.

    Sementara itu, Malindo Air dalam kenyataannya mengesahkan kejadian itu dan berkata ia prosedur biasa yang dilakukan semua penerbangan sekiranya terdapat aduan berhubung ancaman bom.
    27 Agu 2014
    22.52 0

    ISU: ROSMAH TERIMA ANUGERAH MINANGKABAU

     
    ISTERI Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dipakaikan selendang adat oleh Bonda Kandung sempena Pemberian Gelaran Kehormatan yang membawa gelaran Puan Puti Reno pada Jamuan Adat Melewakan Gelar Kehormatan di Istana Adityawarman sempena lawatan rasmi tiga hari ke Padang Sumatera Barat, hari ini. - Foto BERNAMA

    PADANG, Indonesia: Datin Seri Rosmah Mansor mendapat pengiktirafan apabila beliau dianugerah darjah tertinggi suku minangkabau baru-baru ini.
    Rosmah menerima 'Darjah Kebesaran Kerabat Yang DiPertuan Gadih Minang' yang membawa gelaran Puan Puti Reno, membawa maksud puteri tertinggi dalam kerabat Minangkabau.
    Penganugerahan yang berlangsung di Istana Adityawarman itu dilakukan dengan penuh istiadat Minangkabau yang dihadiri pewaris kerabat Minangkabau termasuk Raja Alam Pagaruyung Sutan Mohamad Taufik.
    Sebagai simbolik penganugerahan, Rosmah dipakaikan selendang seorang daripada pewaris wanita Istana Pagaruyung dan bagi kesesuaian majlis Rosmah turut berpakaian Minangkabau, lengkap dengan tengkuluk yang biasanya dipakai oleh kerabat diraja zaman silam.
    Ketika ditemui pemberita selepas acara itu, Rosmah berkata beliau amat terharu dan gembira dengan penerimaan serta anugerah yang diberikan apatah lagi ia bagaikan pulang ke kampung halaman kerana ibu bapanya berketurunan Minangkabau.
    Ibu bapa Rosmah berasal dari Sari Lama yang terletak di salah satu daerah di Sumatera Barat.
    "Saya berasa gembira kerana diterima dan diberi gelaran sebagai salah seorang keluarga diraja di Pagaruyung. Saya juga terharu kerana walaupun saya tidak pernah datang ke tanah Minangkabau, saya dapat menjiwai bahawa inilah tempat asal nenek moyang saya.
    "Saya rasa seperti pulang ke kampung tetapi ini bukanlah bermakna saya melupakan Malaysia. Saya rasa ini merupakan detik permulaan pada diri saya dan ia pengalaman baru," katanya.
    Beliau berharap dengan anugerah dan kekeluargaan yang terjalin, hubungan antara Indonesia dan Malaysia akan bertambah kukuh dan erat.
    "Saya berharap kita tidaklah besar-besarkan perkara atau perselisihan faham. Yang mustahaknya kita harus mencari kesamaan antara satu sama lain kerana kita adalah serumpun.
    "Kita berdoa bersama supaya dengan penghormatan yang diberikan kepada saya hari ini, akan membawa satu lembaran baru atau kita dapat lihat lebih lagi keakraban dan persahabatan," katanya.
    Sementara itu, Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim, berkata anugerah itu menjadi satu sejarah kerana Rosmah adalah satu-satunya wanita dari negara luar yang menerima darjah sedemikian.
    Beliau juga berharap penganugerahan itu akan merancakkan lagi hubungan antara kedua negara dan memberi impak positif dalam pelbagai sudut terutama budaya dan adat.
    Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, dan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.
    Terdahulu, wakil Lembaga Adat Minangkabau Padang berkata, anugerah itu dikurniakan kepada Rosmah kerana kebaikan dan kesungguhan beliau memartabatkan budaya Minangkabau di Malaysia.
    - BERNAMA
    04.29 0

    ISU SEMASA: KONSPIRASI PANDA CHINA KE MALAYSIA

    Minggu ini ramai yang naik angin kerana Kerajaan Malaysia telah menghabiskan jutaan ringgit untuk menempatkan 2 ekor panda dari China ke Malaysia yang menelan belanja melebihi 2 juta ringgit.

    Maka, banyaklah perlian di buat dalam minggu ini seperti frasa "panda di aircondkan, rakyat di miskinkan". Memang benar, ianya menelan banyak duit rakyat untuk menempatkan panda terbabit, tetapi tahukah anda bahawa kisah panda ini punyai maksud tersirat?

    Ia melebihi dari sekadar sewaan Panda China ke Malaysia saja. Ia adalah tanda diplomasi China kepada Malaysia. Tetapi, di sini ada suatu persoalan penting, kenapa China sanggup memberikan 2 ekor panda itu kepada Malaysia sedangkan China memang terkenal dengan sifat kedekutnya.

    Pada bulan April yang lalu, Obama telah datang ke Asia Tenggara bagi mengukuhkan ekonominya dengan memetrai perjanjian TTPA. Tetapi, ianya tak di sambut baik oleh kebanyakkan negara. Kerana itu, hendak atau tidak, hanya proksi USA sahaja yang akan mengikut telunjuk Obama itu. Dan ternyata, Malaysia seakan-akan berada di tengah-tengah antara dua tembok besar, antara China dan USA.

    Jadi, untuk counter attack dasar USA itu, China bersetuju untuk memberikan dua ekor panda untuk di jaga di Malaysia. Ia simbolik kepada 'engkau jaga ini, maka kami jaga engkau'.

    Mereka yang tahu eknomi semasa, akan tahu bahawa China kini sedang menuju kepada menjadi kuasa utama ekonomi dunia. Sebarang perubahan dasar ekonomi China, akan melumpuhkan ekonomi USA.

    Kerana itulah USA cuba menawan hati pemimpin di rantau asia tenggara dengan sesi lawatan Obama baru-baru ini. Di samping itu juga, ia mengukuhkan penguasaan militari di rantau ini dengan menempatkan lebih banyak militari di kawasan hot spot di perairan Filipina.

    Bulan Mei, China mula buat onar. Dasar China yang tamak (sudah pasti, kerana mereka sedang menuju menjadi kuasa ekonomi dunia), mula mengugat keselamatan perairan Vietnam dan Filipina. Ini menimbulkan riaksi yang negatif dari kedua buah negara. Kemudian, dengan selamba, China membuat kenyataan 'bersedia untuk berperang dengan Vietnam dan Filipina'.

    Jadi, ternyata kini, Filipina, vietnam adalah musuh China. Kini, China cuba mengusik-gusik Malaysia dan Singpore pula. Panda ini adalah ujian buat Malaysia, Sebarang perkara buruk terjadi pada Panda ini, maka, adalah hadiah tersedap dari China untuk Malaysia. Malaysia yang jenis berdiplomasi ini memang kena banyak bersabar.
    26 Agu 2014
    22.17 0

    Antara pemakanan nabi yang kita hindari

    Kita sering di nasihatkan dengan tips2 pemakanan seperti jangan makan daging kambing. Tapi tahukah anda, itulah pemakanan anjuran nabi. Berikut adalah pemakanan yang kita salah faham akan khasiatnya

    1.Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

    2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

    3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

    4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

    5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

    6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
    25 Agu 2014
    15.49 0

    TIPS: MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W DAN KHASIATNYA

    MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

    1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

    2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

    3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

    4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

    5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

    6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

    7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

    8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

    9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

    10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

    11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~
    07.28 0

    KEPUTUSAN EPL 25-08-2014

    EPL: Keputusan 25/08/2014-

    Hull City 1 Stoke City 1
    Gol: Nikica Jelavic (m42) Ryan Shawcross (m83)

    Tottenham Hotspurs 4 Queens Park Rangers 0
    Gol: Nacer Chadli (m12/37) Eric Dier (m30) Emmanuel Adebayor (m65)

    Sunderland 1 Manchester United 1 Gol: Jack Rodwell (m30), Juan Mata (m17)
    00.38 0

    ASTRO BIKIN ONAR, RUPANYA KERANA TERBAKAR

    ASTRO BIKIN ONAR, RUPANYA KERANA TERBAKAR

    Ramai yang PANAS, bila ASTRO bikin onar. kita bayar astro bil sebulan dekat RM200, tetiba dapat channel serupa macam channel njoi yang percuma sahaja. lepas tu call centre semua tak berjawab. dekat twitter https://twitter.com/astroonline, cakap benda seperti di atas, dah lama pula itu, malam minggu tutup channel channel best. Kenapa jadi begitu?



    Pihak ASTRO menjawab begini:


    Pada 24 OGOS 2014 jam lebih kurang 1800, satu kejadian kebakaran kecil berlaku di bilik bateri bahagian barat bangunan Astro Bukit Jalil,Kuala Lumpur.
    Ulasan: Kejadian disyaki akibat litar pintas semasa pertukaran saluran elektrik dari saluran TNB ke peti saluran elektrik sokongan Astro akibat cuaca hujan dan kilat. Keadaan dapat dikawal dengan bantuan pasukan bomba dari Bukit Jalil yang memadam kebakaran tersebut dengan menggunakan alat pemadam api. Setakat ini pihak pengurusan ASTRO belum membuat laporan polis dan tiada apa2 kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku.
    24 Agu 2014
    15.30 0

    Bagaimana membantu ultraman yang hanya boleh bertahan selama 3 minit sahaja

    SOALAN:
    Aixa Adli Saya cuma nak tnya, kenapa ultraman tak bawak Power Bank semasa melawan raksasa kalau dah tahu dia hanya boleh berlawan selama 3 minit saja di bumi?

    JAWAPAN:
    Shfzr Mohd Aixa Adli,, ape kata awak sahaja yang ciptakan powerbank untuk Ultraman tu.. harum nama Malaysia kalau awak boleh buat powerbank 15,000,000 watt


    JAWAPAN BALAS:
    Aixa Adli power bank 15,000 bersaiz 15cm x 10cm.
    maka, saya memerlukan 1000 power bank 15000MAH yang di letakkan sekali dan di ikat dengan getah. masukkan dalam saku dan di sangkut pada pinggang ultramen. rajahnya seperti berikut




    03.36 0

    Keputusan Piala Malaysia 23hb 8 2014

    Piala Malaysia:
    Keputusan perlawanan

    (Kumpulan A) -
    Pahang 2 FELDA United 3
    Gol: Phg - Azammudin Akil (m23) Matias Conti (m59),
    Felda - Edward Junior Wilson (m17/64)) Shukor Adan (m77)

    JDT II 2 Lions XII 1
    Gol: JDT II - Shafiq Shaharudin (m21) Fandi Ahmad (m81),
    Lions - Hafiz Sujad (m51)

    (Kumpulan B) -
    Terengganu 2 Perak 1
    Gol: Trg - Abdul Manaf Mamat (m29) Norfarhan Mohammad (m50),
    Prk - Mohd Nazri Mohd Kamal (m42)

    Sarawak 1 Kedah 2
    Gol: Srwk - Ryan Griffiths (m50),
    Kdh -Mohamad Farhan Roslan (m32) Billy Mehmet (90+6)

    (Kumpulan C) -
    Pulau Pinang 1 JDT 3
    Gol: JDT - Amri Yahyah (m13), Safiq Rahim (m14), Pereira Diaz (m67),
    PP - Lee Gil Hoon (m65)

    ATM 0 Kelantan 3
    Gol: Kel - Francis Forkey Doe (m51) Mohd Badhri Radzi (m60/89)

    (Kumpulan D) -
    PDRM 4 T-Team 1
    Gol: PDRM - Bobby Gonzalez (m12/67) Ali Ashfaq (m24) Chad Souza (m84),
    TT- Jimmy Mulisa (m88)

    Sime Darby 0 Selangor 2
    Gol: Sel - Paulo Rangel (m18) Hazwan Bakri (m34)
    03.31 0

    EPL full result 23-08-2014

    EPL full result 23-08-2014-

    Aston Villa 0 Newcastle United 0

    Chelsea 2 Leicester 0
    Gol: Diego Costa (m62) Eden Hazard (m77)

    Crystal Palace 1 West Ham United 3 Gol: CP - Marouane Chamakh (m48), WH -Mauro Zarate (m34) Stewart Downing (m37) Carlton Cole (m62) -

    Southampton 0 West Bromwich 0

    Swansea City 1 Burnley 0 Gol: Nathan Dyer (m23)
    00.16 0

    DIPAKSA MENIKAHI PEREMPUAN CANTIK



    DIPAKSA MENIKAHI PEREMPUAN CANTIK

    Seminggu lagi, aku akan menikah, tetapi hari ini aku masih di sini, kota besar, sendiri mengenangkan nasib. Tidak ada wang, tidak ada kereta, tidak ada kerja, tidak ada apa-apa selain, telefon murah, dan oh... telefon aku juga tidak punya kredit.

    Sewa rumah pun belum aku bayar, tetapi aku akan menikah lagi seminggu. Majlisnya sederhana, bernikah dengan gadis kampung sebelah, di rumah ibu gadis itu, dan aku tidak kenal lagi siapa gadis itu. Orang tua aku yang mengaturkannya, dan aku masih terfikir-fikir, mengapa orang tua gadis itu, sanggup mengahwinkan anaknya dengan seorang lelaki seperti aku.

    Aku lelaki yang apabila ditanya apa kerjanya, aku tidak tahu bagaimana harus menjawab. Aku memang bekerja tetapi, kerja sambilan di hotel, tolong kawan-kawan yang meniaga online di internet, ada sesekali mengikuti seminar MLM, dan banyak waktu duduk di rumah sewa, menatap akhbar mencari kerja.

    Lalu, atas sebab apa ibu bapa gadis itu, sanggup menikahkan anaknya kepada aku, dan hantaran kahwinnya, cuma senaskah Al Quran, dan mas kahwin cuma RM80.00. Lebih menghairkan, semua kenduri ditanggung oleh keluarga si gadis.

    Mengapa? Bertambah aku tidak mengerti, apabila, orang tua gadis itu, mengahwinkan aku dengan anak perempuannya yang cantik, yang bertudung litup. Ya, aku ada melihat gambarnya, dan atas sebab kecantikan itulah, aku walaupun dengan semua kehairanan itu, aku setuju juga dengan perkahwinan yang diatur keluarga ini. Ditambah cerita, perempuan itu lulusan universiti luar negara, berkerja sebagai pegawai kerajaan yang gajinya, cukup bagi membayar ansuran kereta BMW.

    Pada mulanya, aku fikir aku ibarat tikus yang jatuh ke dalam guni beras, tetapi ketika majlis semakin hampir, aku mula terfikir, ada perkara yang disembunyikan. Adakah gambar yang diberi sama dengan wajah aslli perempuan itu? Adakah perempuan itu sebenarnya ibu tunggal? Atau yang paling menakutkan aku, perempuan itu sedang mengandungkan anak orang lain, dan aku menjadi 'pak sanggup'. Lalu, daripada sinilah kisah aku ini bermula.

    ***

    Tengah hari itu aku nekad pulang ke kampung. Aku nekad, menyiasar latar belakang bakal isteri, dan mengapa ibu bapanya, sanggup melepaskan anaknya kepada lelaki seperti aku. Cuma tidak pasti, apakah cara untuk menyiasat, dan semasa di dalam bas aku kira beruntung, duduk di sebelah seorang lelaki yang peramah.

    Kepada lelaki itu aku bertanya, “Bagaimana mahu tahu latar belakang bakal isteri kita?”
    “Senang sangat. Kalau dia ada FB, buka FB dia, atau taip sahaja nama penuhnya di internet. Nanti adalah maklumat tentang dia. Kalau susah sangat, pergi tempat kerja dia, tanya kawan-kawan dia, atau tanya jiran-jiran dia.”

    Untuk menyiasat tentang tunang aku itu di internet, nama penuhnya pun aku tidak tahu. Aku cuma diberitahu, namanya, Sarimah. Berapa ramai orang nama Sarimah di internet? Lalu aku ambil nasihat kedua lelaki itu, tanya rakan-rakan sekerjanya, dan mujur aku tahu gadis itu bekerja di pejabat KEMAS di pekan.

    Sampai sahaja di kampung, aku pinjam motosikal ayah, terus ke pejabat KEMAS. Aku tidak tahu apa jawatannya, tetapi pejabat sebesar itu, berapa ramai sangatlah orang namanya sama. Tetapi agak tidak logik pula aku terus masuk ke pejabat dan bertanya berkenaan bakal isteri. Lalu akhirnya aku ambil keputusan menunggu dan memerhati di seberang jalan.

    Aku fikir, mungkin pada waktu makan tengah hari, Sarimah dan wakan-kawannya akan keluar dan, apabila sudah cam wajah kawan-kawannya, semasa balik nanti boleh tanya tentang Sarimah. Itulah rancangan aku, rancangan yang diatur kemas. Lalu aku pun duduklah di atas motosikal menghadap pejabat kemas yang cuma setingkat.

    Kemudiannya datang pula rasa menyesal, sebab pada jam 11 pagi, cuaca sudah terik. Di situ pula belum ada pokok yang rendang, kerana semuanya baru sahaja dicantas dahannya. Sudah panas terik, pengawal keselamatan di luar pejabat pula asyik meninjau-ninjau. Bukan pengawal keselamatan, malah orang yang lalu lalang di situ turut memerhati.

    Aku lupa, ini pekan kecil, jadi segala perbuatan yang bukan kebiasaan akan menjadi perhatian. Perbuatan aku, yang duduk di hadapan pejabat kemas adalah bukan perkara biasa. Nampak terlalu aneh.

    Akhirnya, aku semakin berasa menyesal kerana dari jauh aku lihat seorang perempuan keluar dari pejabat. Semakin dekat perempuan itu, semakin aku berasa berdebar. Wajahnya semakin jelas, dengan tudung kuning cair dan baju kurung biru muda. Dia adalah bakal isteri aku, yang aku cuma kenal namanya sebagai Saramih. Hanya itu.

    Aku fikir, mahu sahaja menghidupkan motosikal dan kemudiannya terus pergi dari situ tetapi semuanya sudah terlambat apabila Sarimah berkata, “Awak Salman?”

    Aku memberikan senyuman yang paling terpaksa pernah saya buat. Lebih terpaksa daripada senyum terpaksa apabila bertemu dengan cikgu semasa sekolah dahulu.
    “Ya, saya. Awak boleh cam?”

    “Kawan di pejabat yang beritahu, ada lelaki di sebearang jalan. Mereka mengusik saya, mungkin saya kenal, dan saya mula perasan wajah awak sama dengan gambar yang emak saya beri.”
    Satu pejabat perasan aku menunggu di hadapan pejabat? Teruk betul cara aku mahu menyiasat. Kemudian pantas aku memerhatikan wajah Sarimah, dan ternyata wajah aslinya jauh lebih cantik daripada wajah pada gambar. Mungkin sebab itu gambar pasport. Orang tua dia pun satu, ambillah gambar lain. Ini tidak gambar pasport anak dia pula. Enhtah-entah, emak ayah aku pun berikan gambar pasport aku. Ketika itu juga aku rasa berdebar. Sebab, seingat aku semasa aku bergambar pasport, aku baru sahaja bangun tidur.

    Aku perhatikan pula perutnya, tetapi tidak nampak ada apa-apa tanda perempuan mengandung. Pada ketika aku memerhati itu, aku perasan dia terus silangkan tangannya di perutnya dan terus aku berasa malu. Mesti dia perasan aku pandang perutnya, dan entah apalah dalam fikirannya sekarang.
    Kemudiannya, aku perasaan lagi yang Sarimah ini perempuan yang berani. Berani untuk keluar berjumpa dengan aku. Kalau perempuan lain, tentu mereka tidak berani. Barulah aku sedar, inilah pertemuan pertama aku dengan bakal isteri aku. Pertemuan dalam keadaan yang agak aneh.
    Selepas pertanyaan itu, kami tiba-tiba diam. Kami hanya berdiri di tepi jalan raya, sambil memandang ke arah yang sebenarnya agak aneh untuk dipandang. Aku memandang ke arah pokok dan Sarimah memandang ke arah motosikal ayah aku.

    Aku tahu, ini keadaan yang tidak betul dan aku sebagai lelaki perlu menunjukkan contoh yang baik kepada bakal isteri aku. Jadi, selepas puas berfikir dan memberanikan diri, aku berkata, “Sudah makan?”
    “Saya diet.”
    Nasib baik dia kata dia diet. Bagaimana kalau dia kata, marilah kita makan, memang aku akan jahanam sebab di dalam dompet aku cuma ada lima ringgit. Mana cukup. Selepas itu, keadaan kembali sepi.

    “Saya mahu masuk pejabat balik,” kata Sarimah sopan dan membuatkan aku lega.
    “Saya pun mahu balik,” balas aku, dan rupa-rupanya lega aku tidak lama.
    “Malam ini jemputlah datang rumah.”
    “Datang rumah awak?”
    “Ya, makan malam dengan keluarga saya.”
    Aku diam. Berdebar-debar.
    “Jemputlah sekali ayah dan emak awak kalau mereka tidak ada halangan.”
    “Baiklah, selepas maghrib saya saya sampai.”

    ***

    Sepanjang perjalanan balik aku berasa tidak puas hati dengan diri aku. Mengapa aku tiba-tiba menjadi kaku. Sepatutnya, pada waktu itulah aku banyak tanya bagi menyiasat mengapa dia dan keluarga dia memilih aku.

    Cuma malam ini aku berasa sedikit gerun. Alamat rumah Sarimah, aku boleh tanya ayah aku, tetapi adakah aku patut bawa ayah dan emak aku sekali? Tidak.. tidak.... Bukannya aku tidak tahu, biasanya kalau emak ada sekali, habis semua rahsia anak dia ceritakan. Seronok betul cerita rahsia anaknya.
    Lagipula aku ada banyak rahsia yang tidak patut Sarimah dan emak ayahnya tahu. Rahsia yang aku paling takut emak akan beritahu adalah, hampir setiap bulan aku masih lagi meminta duit daripada emak aku. Memang memalukan tetapi untuk pergi seorang diri pula, memang aku tidak yakin.
    Akhirnya, aku ada idea paling bernas. Aku terus melencong ke rumah kawan lama aku, Rudy. Bukan setakat kawan lama, tetapi juga kawan karib. Aku yakin dia ada di rumah, kerana dia juga senasib dengan aku, belum ada kerja tetap. Bezanya, dia bertarung hidup di kampung, dan aku bertarung hidup di kota.

    Sampai sahaja di rumah Rudy, aku lihat Rudy sedang duduk di tangga sambil bermain gitar. Itulah kemahiran Rudy yang aku sangat cemburu. Aku tidak pandai bermain gitar dan akibatnya.... oh... ada lagi rupanya kemahiran Rudy yang aku tidak ada. Rudy pandai mengorat gadis dengan bermain gitar, dan Rudy sangat berani berhadapan dengan perempuan, tidak seperti aku. Itulah akibatnya, aku tidak ada keyakinan apabila berhadapan dengan perempuan.
    “Lama tak nampak,” kata Rudy sebaik aku duduk di sebelahnya.
    “Taklah lama mana. Baru dua bulan lebih.”
    “Lamalah tu.”

    Aku diam, dan cuba mendengarkan petikan gitar lagu rock kapak, 'Suci Dalam Debu'. Aku cuba menyusun ayat, bagi mengajak dia menemani aku malam ini, tetapi belum ada ayat yang bagus.
    “Aku dengar seminggu lagi kau nak kahwin. Kau tak jemput pun aku,” kata Rudy, dan itu secara tidak langsung memberikan aku jalan bagi melaksanakan rancangan aku.
    “Ini majlis sebelah pihak perempuan, jadi mereka jempur sebelah perempuan sahaja.”
    “Sebelah lelaki bila?”

    Aku diam, kerana aku tidak tahu bila. Sebab dengan kewangan aku sekarang, hidang mi goreng kepada tetamu pun aku tidak mampu.
    “Tengoklah. Kalau ada kad aku sampai ke rumah kau, kau pergilah.”
    Rudy semakin merancakkan petikan gitarnya. Kini lagu Adele pula, 'Someone like you'. Entah mengapa, lagu yang temanya kecewa sahaja dia mainkan petang ini.
    “Dia cantik tak?” Rudy memandang dengan senyuman penuh berharap.
    “Cantik.”

    “Macam mana kau jumpa dia?” Senyuman Rudy kini semakin tinggi harapannya. Harapan jenis apa aku tidak tahu. Mungkin harapan untuk melihat aku bahagia. Walaupun aku berasa seperti tidak logik pula harapan itu wujud daripada Rudy.

    “Ayah dan emak aku jodohkan. Aku terima sahaja.”
    “Kau tidak pernah jumpa dia?”
    “Baru tadi.”
    “Memang dia cantik?”
    “Memang cantik.”
    Rudy kini memperlihatkan pula wajah orang yang sedang gusar dan berfikir panjang.
    “Apa kerja dia?”
    “Pengawai di KEMAS. Aku tidak tahu jawatannya. Tetapi emak aku kata, pegawai tinggi juga.”
    “Hmm... dia cantik, kerja bagus tetapi dia mahu kahwin dengan kau. Hairan.”
    Aku menelan liur. Nampaknya Rudy juga sudah perasan sesuatu yang tidak kena. Dia pandang wajah aku.

    Rudy menyambung, “Kau pun, bukannya kacak pun. Hairan-hairan.”
    Aku tersenyum pahit. Aku akui, aku memang tidak kacak dan itu pun sebenarnya merisaukan aku juga.
    “Kau tidak hairan?” soal Rudy.
    “Memang aku hairan.”
    “Kau sudah periksa latar belakang perempuan itu?”
    Aku pandang wajah Rudy. Akhirnya peluang aku tiba.
    “Malam ini kau ikut aku. Temankah aku ke rumah tunang aku.”
    “Buat apa?” Rudy memandang hairan.
    “Dia ajak aku makan malam di sana. Jumpa dengan ayah dan emaknya. Waktu itu aku fikir baru hendak siasat latar belakangnya.”
    “Jadi kau pergilah sendiri.” Rudy kembali menyambung memetik gitar.
    “Kau bukan tidak tahu aku. Aku segan. Aku perlukan kau temankan aku. Lagipun kau berani, mungkin kau boleh tolong siasat-siasat juga.”
    “Siasat-siasat? Macam mana?”

    “Tanyalah apa-apa soalan yang patut. Engkaukah berpengalaman dalam dunia percintaan. Mestilah tahu.”
    Akhirnya selepas lama aku pujuk, Rudy pun setuju.

    ***

    Malam itu, walaupun aku sudah salin alamat daripada ayah aku, tetap jugalah aku sesat. Aku sampai, selepas isyak, bukannya selepas maghrib. Aku lihat makanan sudah sedia terhidang di atas meja, dan nampak sudah sejuk. Mungkin perut Sarimah dan orang tuanya juga sudah lapar.
    “Maafkan saya sebab lambat.”

    “Tidak mengapa, masuklah,” kata seorang lelaki yang sebaya ayah aku. Mungkin dia adalah ayah Sarimah dan bakal ayah mertua aku.
    “Ooo... inilah Salman. Ayah kamu kata kamu akan balik lusa, cepat pula kamu balik,” tegur seorang perempuan pula, yang aku yakin adalah emak Sarimah.
    “Ada hal sedikit,” balas aku dan kemudian berkata, “Kenalkan ini kawan saya Rudy. Emak dan ayah saya tidak dapat datang.”

    Kemudiannya, Sarimah keluar dari dapur dengan dan dia kelihatan sangat cantik. Terpegun aku dan aku sempat melihat wajah Rudy yang ikut terpegun.
    “Untunglah kau,” bisik Rudy.
    Selepas makan, kami duduk pula di ruang tamu dan pada waktu itulah, aku jeling-jeling Rudy supaya mula menjalankan kerjanya.

    “Salman beritahu, yang ini kali pertama dia berjumpa dengan pak cik dan mak cik. Malah dengan Sarimah pun baru semalam berjumpa,” kata Salman memulakan bicara dan aku mula berdebar-debar.
    “Ya, kali pertama berjumpa. Sebelumnya, kami lihat wajahnya dalam gambar pasport yang emak dia beri,” jawab ayah Sarimah.

    Aku semakin berdebar-debar. Emak aku beri gambar pasport? Ah, sudah! Matilah aku.
    “Tidak sangka, orang betulnya, kacak juga,” sambung emak Sarimah pula.
    Aku mula berasa pipi aku panas. Jarang betul orang puji aku kacak. Kalau puji kacak pun, ada makna di sebaliknya. Entah-entah emak Sarimah pun cuma mahu menjaga hati.
    “Itulah saya hairan. Sebab Salman beritahu, orang tua dia yang aturkan. Tidak sangka, zaman sekarang masih ada lagi perkahwinan yang diatur oleh orang tua. Apa rahsianya pak cik?” Rudy memang tidak menunggu lama. Terus sahaja dia bertanya sambil ketawa-ketawa kecil. Jadi, walaupun soalan itu serius, tetapi ia nampak seperti bergurau.

    “Tidak ada rahsia apapun. Salman tidak beritahu kamu?”
    Rudy pandang aku, kemudian dia padang ayah Sarimah dan menggeleng.
    Terus aku kata, “Sebenarnya saya pun tidak tahu apa-apa.”
    “Kamu tidak tanya ayah dan emak kamu?”
    Pada waktu itulah, aku mula berasa menyesal. Ya, aku tidak tanya pun ayah dan emak aku mengapa dia pilih Sarimah. Yang aku tahu, emak aku cuma tanya, “Mahu emak carikan kamu jodoh?” Aku pun terus kata, “Boleh.” Tahu-tahu, dua minggu selepas itu, aku sudah bertunang dan dalam masa sebulan akan berkahwin. Itupun tunang guna duit emak aku. Memalukan betul.
    “Saya tidak tanya.”

    Ayah Sarimah mula ketawa kecil.
    “Begini, saya dan ayah kamu itu memang sudah lama kenal. Suatu hari, borak-borak di kedai kopi, kami bercerita tentang anak masing-masing, kemudiannya terus bercerita berkenaan jodoh, dan akhirnya, terus kepada rancangan mahu menjodohkan anak masing-masing. Selepas itu, inilah yang terjadi,” jelas ayah Sarimah.

    “Begitu sahaja pak cik? Mudahnya!” Rudy nampak terkejut, dan aku pun sebenarnya agak terkejut juga. Ya, mudahnya.
    Emak dan ayah Sarimah hanya tersenyum lebar.
    Ayahnya berkata, “Tidaklah semudah itu. Kami pun mahu yang terbaik untuk anak bongsu kami. Kami pun ada siasat latar belakang Salman.”

    “Jadi pak cik tahu yang Salman ini menganggur dan tidak ada duit?” soal Rudy dan membuatkan aku geram tetapi dalam masa yang sama berasa sangat malu. Tiba-tiba aku berdoa supaya tubuh aku menjadi kecil, supaya senang aku menyorok bukan sahaja muka, tetapi seluruh tubuh aku di balik bantal.
    “Tahu,” jawab ayah Sarimah sambil ketawa kecil lagi.
    “Jadi?” Rudy menyoal sambil memusingkan tangan kanannya. Aku dapat agak Rudy sebenarnya mahu kata, “Jadi, mengapa masih pilih Salman?” Mungkin kerana tidak sampai hati, dia cuma buat isyarat tangan sahaja. Ya, aku tahu betul sebab sudah lama aku kenal Rudy.
    “Itulah yang diberitahu oleh ayahnya. Katanya, anak dia tidak kacak, tidak ada kerja tetap, dan malah, bulan-bulan masih minta duit daripada emaknya. Tetapi, daripada situlah pak cik tahu, Salman ini akan menjadi suami yang baik.” Ayah Sarimah tidak lagi tersenyum, sebaliknya memandnag aku dengan wajah serius. Aku pula terus tunduk malu. Malunya aku. Rupa-rupanya mereka sudah tahu yang aku ini minta duit bulan-bulan daripada emak aku.

    “Jadi?” Rudy sekali lagi menggerak-gerakkan tangannya.
    “Ayahnya juga memberitahu, anak dia akan menelefon kampung, paling kurang dua kali seminggu. Dan, walaupun dia tidak ada pekerjaan tetap, kerjanya pun tidak menentu dengan gaji yang kecil tetapi setiap kali mendapat gaji, ayahnya memberitahu, dia tidak pernah lupa memberikan sedikit kepada emaknya. Walaupun cuma RM50. Jadi, bayangkan walaupun hampir tiap-tiap bulan dia tidak cukup duit, tetapi dia masih ada perasaan bagi membantu orang tua. Itulah namanya tanggungjawab!”
    Aku tergamam. Aku sebenarnya tidak menyangka ayah aku menceritakan perkara itu juga kepada ayah Sarimah.

    “Ooo... tanggungjawab,” Hanya itu kata Rudy sambil mengangguk-angguk
    Ayah Sarimah menyambung, “Tanggungjawab itu, bukan bermakna apabila kita kaya sahaja kita perlu ada tanggungjawab. Tanggungjawab itu adalah sesuatu yang kita pegang semasa kita susah dan semasa kita senang. Lalu, dalam rumahtangga, bukan selamanya senang. Lebih banyak masa susahnya. Jadi, pak cik akan berasa lega, kerana tahu anak pak cik berada dalam tangan lelaki yang bertanggungjawab.”

    “Betul juga pak cik. Lagipun Salman ini, setahu saya dia tidak pernah tinggal sembahyang dan tidak ada girlfriend sebab takut perempuan,” tambah Rudy yang membuatkan aku tersipu-sipu. Tidak sangka Rudy memuji aku.

    “Sembahyang itulah perkara utama yang pak cik tanya daripada ayah dia, dan girlfriend pun pak cik ada tanya.” Ayah Sarimah kembali ketawa kecil.
    “Susah mahu cari orang seperti pak cik pada zaman ini. Zaman sekarang, semua mahu menantu kaya,” tambah Rudy lalu aku nampak wajahnya tiba-tiba murung. Mungkin dia sedang bercerita tentang dirinya secara tidak sedar.

    “Semasa pak cik mengahwini ibu Sarimah, hidup pak cik pun susah. Pak cik juga orang susah, cuma bekerja sebagai kerani, sedangkan ibu Sarimah itu anak orang kaya kampung. Alhamdulillah, keluarga isteri pak cik jenis yang terbuka. Lalu, mengapa pak cik tidak memberi peluang kepada orang yang susah, sedangkan pak cik dahulu pun diberi peluang. Yang utama, sebab dia susah bukan kerana dia malas, tetapi belum sampai rezeki. Besar bezanya, orang malas dengan orang yang belum ada rezeki. Kalau susah sebab duduk rumah dan tidur berguling-guling, memang pak cik tidak terima juga,” jelas ayah Sarimah dengan panjang lebar.

    Aku berasa mula sedikit lega. Tidak sangka betul aku, begitu fikiran ayah dan emak Sarimah. Perlahan-lahan, perasaan malu aku itu mula berkurang. Perlahan-lahan juga, curiga aku kepada Sarimah ikut berkurang.

    “Anak pak cik pun hebat juga. Dia ikut kata pak cik. Zaman sekarang, biasanya semuanya sudah ada boyfriend dan girlfriend,” kata Rudy. Aku tahu, Rudy juga sedang memasang umpan bagi mengetahui latar belakang Sarimah pula. Aku kembali berdebar-debar.

    “Alhamdulillah. Pak cik sangat bersyukur diberi anak sebegitu. Mulanya, pak cik khuatir juga, tetapi selepas seminggu, Sarimah kata setuju. Cuma pak cik tidak tahu sebab apa dia setuju, mungkin Salman boleh tanya dia sendiri selepas nikah nanti,” kata ayah Sarimah, lalu dia, isterinya dan Rudy ketawa bersama. Tinggal aku dan Sarimah sahaja yang duduk terdiam-diam malu. Sempat aku menjeling Sarimah, dan bertanya dalam hati, “Mengapa kamu setuju dengan lelaki seperti aku?'

    ***

    Alhamdulillah. Allah permudahkan kerja kami. Aku sudah sah menjadi suami kepada Sarimah, dan selepas bersalaman dengan Sarimah, gentar dan malu aku kepada Sarimah mula berkurang. Malah aku mula memanggil dia, 'sayang'. Lalu selepas kenduri, kini aku dan Sarimah sudah berada di dalam bilik, berdua-duan untuk pertama kalinya.

    Aku masih ingat pertanyaan aku dalam hati, pada malam aku bertemu ayah dan emak Sarimah. Kini pertanyaan dalam hati itu aku luahkannya dengan lidah, “Sayang, mengapa sayang setuju untuk bernikah dengan lelaki seperti abang? Lelaki yang belum tentu masa depannya, dan mungkin juga membuat sayang derita.”

    Tidak sangka, pertanyaan melalui lidah aku menjadi lebih panjang dan detail pula berbanding pertanyaan dalam hati.
    Sarimah yang waktu itu sedang duduk malu-malu, memandang aku lalu menyalami tangan aku, dan berkata, “Ampuni Sarimah bang, ampuni Sarimah.”
    Aku mula berdebar-debar dan tidak sedap hati.
    “Ampuni apa sayang?”
    “Sebab, Sarimah sebenarnya sempat curiga juga dengan abang. Sarimah sempat tidak yakin dengan abang. Malah Sarimah minta tolong kawan Sarimah, yang kebetulan tinggal berhampiran abang di kota supaya menyiasat latar belakang abang. Malah, Sarimah juga solat iskhtikarah hanya kerana ragu-ragu kepada abang.”

    Debar aku kembali menurun. Rupa-rupanya, Sarimah lebih dahulu menyiasat latar belakang aku? Malunya aku. Tetapi sekarang dia sudah jadi isteri aku, lalu aku angkat kepalanya dan pandang ke arah matanya.

    “Abang ampunkan. Abang pun minta maaf, sebab abang pun pernah juga berasa curiga kepada sayang.”

    Sarimah tersenyum. Bukan senyum manis biasa, tetapi senyuman seorang perempuan yang bahagia, dan senyuman itu sangat ajaib kerana ikut membuatakan aku berasa bahagia. Mungkin inilah perasaan, bahagia yang datang daripada kelakuan kita yang membahagiakan orang lain. Tetapi persoalan aku tadi masih belum terjawab sepenuhnya.

    “Jadi, apa kata kawan sayang?” lanjut aku mahu tahu. Risau juga kawan dia cakap yang bukan-bukan.

    “Katanya, abang ini kerja tidak tetap. Motosikal pun pinjam motosikal kawan, tetapi katanya dia sentiasa melihat abang membaca ruangan akhbar mencari kerja, menghantar surat, dan sentiasa memeriksa peti surat. Maksudnya, abang ini seorang yang rajin berusaha. Katanya lagi, dia tidak pernah nampak abang keluar dengan mana-mana perempuan. Solat pun abang buat berjemaah di surau.”

    Aku mula tersipu-sipu. Jadi bagi mengelak lebih tersipu-sipu, aku bertanya, “Tetapi orang secantik sayang takkan tidak ada orang mahu. Pasti ramai yang mahukan sayang, dan mungkin pasti juga yang ada sudah menghantar rombongan meminang.”
    Sarimah sekali lagi tersenyum.
    “Ya, memang ramai lelaki yang cuba dekat dengan Sarimah, tetapi Sarimah sangat takut. Sebab, teringat kepada kakak Sarimah?”
    “Mengapa dengan kakak, sayang?” soal aku segera.

    Sarimah pun bercerita panjang lebar, dan tahulah aku yang kakak dia sudah meninggal. Kakak Sarimah dahulu juga seorang perempuan cantik, dan ramai lelaki yang mahukan dia. Akhirnya, dia kahwin dengan lelaki pilihan hatinya sendiri. Lelaki yang kacak, berpelajaran tinggi, dan bekerja yang gajinya lumayan. Sayangnya, selepas setahun berkahwin, suami kakaknya mula berubah kerana belum mendapat anak. Mula balik lewat dan sering marah-marah.

    Malah, apabila suami kakaknya dibuang kerja kerana krisis ekonomi, hidup mereka menjadi susah dan, suami kakaknya juga semakin besar perubahannya. Dia sudah tidak balik berhari-hari, apabila balik pula, hanya bagi meminta wang, marah-marah dan memberi sepak terajang. Kemudian pecahlah rahsia, rupa-rupanya suami kakaknya itu sudah ada perempuan lain. Lalu pada hari itu, dengan hati yang kusut, kakak Sarimah gagal mengawal keretanya lalu kemalangan dan meninggal dunia. Akhir ceritanya itu, terus aku genggam tangan Sarimah erat-erat.

    “Sebab itulah, Sarimah takut bagi menerima mana-mana lelaki dalam hidup Sarimah. Malah, Sarimah juga sebenarnya sudah mengamanahkan ayah dan ibu mencari lelaki yang sesuai untuk Sarimah. Biar tidak kaya, biar tidak kacak, tetapi lelaki itu mampu membahagiakan hidup dengan kasih-sayang dan mendamaikan hati dengan agama.”

    Akhirnya, semuanya sudah jelas. Mengapa ayah dan ibu Sarimah memilih lelaki seperti aku, dan mengapa Sarimah menerima aku dalam hidupnya. Genggaman tangan aku semakin kuat.
    “Abang... jaga Sarimah. Jaga dan mohon jangan lukakan hati Sarimah. Mohon bang,” rayu Sarimah dan aku anmpak matanya mula ada air mata yang berkolam, dan kemudiannya air itu tumpah. Segera aku menyeka air mata Sarimah.

    “Abang, bukan lelaki terbaik, dan abang tidak mampu berjanji menjadi suami yang terbaik untuk sayang. Abang cuma mampu berjanji, abang berusaha menjadi lelaki yang terbaik itu, dan berusaha menjadi suami yang terbaik untuk sayang,” kata aku perlahan, dan Sarimah terus memeluk aku, dan aku perasan, bahu aku sudah basah dengan air mata Sarimah.

    Tulisan:tuan bahruddin bekri
    23 Agu 2014
    22.03 0

    PICATRIX BUKU RAMALAN DARI CENDIKIAWAN ARAB




    Picatrix atau ghayat al hakim adalah sebuah buku alchemy...walaupun ramai yang mengatakan ia adalah buku ilmu astrologi dan magik...

    ini kerana selain menjelaskan ilmu astronomi berdasarkan al qur'an dan al hadith...buku ini juga menerangkan cara2 memanggil jin, syaitan dan malaikat yang menjaga planet2 di dalam sistem cekarawala...ia ditulis oleh cendikiawan ilmu matematik islam terkenal dari andalusia, maslama ibn ahmad al-majriti...merupakan antara sumber tertua mengenai spirit2 yang menjaga planet yang dipanggil sebagai angels...

    picatrix di alih ke dalam bahasa sepanyol dari arab pada 1256 oleh raja alphonso ke 10 dari castille..raja alphonso kemudiannya memganugerahkan satu pertiga daripada kekayaan kepada knight templars kerana berjaya membawa picatrix dan lain2 grimoire (buku2 sihir) kepada baginda...atas agenda mencari picatrix dan lain2 grimoire...

    knight templars melancarkan ekspedisi dengan tujuan menggali solomon's temple atau haikal sulaiman di baitul muqaddis untuk mencari kitab2 sihir kuno...geoffrey of monmouth kemudian menamakan koleksi picatrix dan lain2 grimoire yang diperolehi knight templars sebagai 'holy grail'...picatrix diharamkan di eropah selama beberapa kurun kerana pengajaran ilmu hitam yang terkandung di dalamnya amat merbahaya...

    antaranya ialah cara2 membuat 'baphomet head'...ini melibatkan tindakan memenggal kepala seorang pemuda dan menjerukkan kepala dalam rendaman darah dalam sebuah balang kaca...balang kaca disimpan dalam kotak diperbuat daripada perak dengan darah si mati dan beberapa auns opium...

    kemudian spirit2 planet akan dipuja dengan bacaan mantera tertentu untuk mendiami kepala tersebut...balang mengandungi kepala ini disimpan di dalam tanah...dalam acara2 magis kepala baphomet akan dipuja dalam majlis yang rumit dan rahsia...kepala diaju pelbagai soalan dan ia mampu bercakap melalui perantaraan spirit2 planet yang mendiami kepala itu...

    kepala baphomet akan menceritakan rahsia2 dari langit dan peristiwa2 yang bakal berlaku pada masa depan...majlis pemujaan selalu diadakan di lokasi2 rahsia knight templars di london, paris, south france...kepala baphomet merupakan alat paling berharga milik ahli2 sihir yang berkhidmat di bawah raja2 dan elit bangsawan eropah pada zaman pertengahan (middle ages 450 sm - 1450 sm)...
    12.46 5

    Perbandingan antara Proton Iriz dan Produa Axia

    PROTON IRIZ VS PRODUA AXIA

    Mungkin ramai tertanya-tanya, apakah perbandingan antara dua kereta terbaru dari industri kereta negara ini. Kelihatannya, dua model terbaru ini membawa ciri kompak dan murah. Biarpun begitu, handling dan penjimatan minyak serta enjin yang mengagumkan di ambil kira dalam pembikinan kali ini. Akan tetapi, kedua model ini di keluarkan dalam masa yang boleh di katakan tersangat hampir di antara keduanya. Jadi, Berikut adalah spec dan keratan berita yang mungkin boleh membantu anda dalam memilih antara IRIZ atau AXIA.

    -----------------------------------------------------------------------------------------



     PROTON IRIZ


    CODE NAME Proton Compact Car (PCC) dalam segmen B, dihasilkan menerusi dua penekanan utama iaitu tahap keselamatan terbaik dan ekonomi bahan api tetapi ditawarkan pada harga mampu milik.

    PCC dibangunkan menerusi platform terkini Proton menggunakan enjin terbaharu VVT bersesaran 1.3 dan 1.6 liter dengan transmisi manual serta automatik ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium.

    Selain itu, PCC juga akan menggunakan omboh, blok dan injap baharu, pertama seumpamanya bagi model Proton, sekali gus bakal menampilkan model terbaik keluarannya setakat ini.

    "PCC dilengkapkan dengan enam beg udara dan sistem ABS, EPS dan hill hold assist serta enjin VVT 10 peratus lebih menjimatkan minyak berbanding Campro sebelum ini," katanya dalam taklimat di sini baru-baru ini.

    PCC menjana 110 kuasa kuda (hp) dan kilas 148 Nm selain mampu mencecah kelajuan lebih 180 kilometer sejam.

    PCC juga akan menggunakan stereng kuasa elektrik hidraulik yang menjadikan stereng lebih ringan pada kelajuan rendah dan berat serta seimbang pada kelajuan tinggi. Harga masih tidak di dedahkan
    -------------------------------------------------------------------------------------------







    PRODUA AXIA



    Perodua Axia 1.0 E
    Pilihan varian paling rendah atau asas untuk model Axia ini hanya boleh didapati dengan transmisi manual (lima kelajuan) sahaja. Berikut ialah senarai ciri-ciri yang terdapat untuk varian ini;
    • Rim keluli 14 inci dengan penutup plastik
    • Kombinasi Lampu belakang dari LED
    • Tempat duduk jenis fabrik
    • Tingkap berkuasa elektrik
    • Indikator ECO Drive (kawalan untuk cekap bahan bakar)
    • Stereng berkuasa
    • Dua beg udara keselamatan (pemandu dan penumpang hadapan)
    • Immobiliser
    Harga
    • 1.0 E Manual – RM24,900 (solid)
    • 1.0 E Manual – RM25,300 (metalik)
    Perodua Axia 1.0 G
    Kepada yang mahukan transmisi automatik, varian ini merupakan model terendah dengan pilihan transmisi auto. Axia 1.0 G ini turut menawarkan pilihan transmisi manual dengan lima kelajuan.
    • Rim aloi bersaiz 14 inci
    • Remote control entry and alarm
    • Sensor undur
    • Cermin sisi dengan pelarasan elektronik
    • Bilah pengelap cermin belakang serta defogger
    • Pemain CD dengan empat pembesar suara
    • Tempat duduk pemandu dengan pelarasan ketinggian
    • Kotak syiling atau kotak pelbagai guna
    • Isofix untuk tempat duduk bayi atau kanak-kanak
    • Tali pinggan kaledar dengan penggera
    Harga
    • 1.0 G Manual – RM32,800 (solid)
    • 1.0 G Manual – RM33,200 (metalik)
    • 1.0 G Automatik – RM34,800 (solid)
    • 1.0 G Automatik – RM35,200 (metalik)
    Perodua Axia 1.0 SE
    Pilihan Axia 1.0 SE pula mempunyai elemen luaran yang berbeza berbanding dengan pilihan asas E dan G. Senarai ciri-ciri yang ditambah untuk model 1.0 SE berbanding 1.0 G;
    • Lampu hadapan jenis projektor
    • Kit badan SE dengan aero bumpers, skirt sisi serta spoiler belakang
    • Lampu kabus
    • Sensor hadapan untuk parkir
    • Gril hadapan dengan kemasan krom
    • Unit Audio dengan CD, MP3 dan sambungan Bluetooth
    • Tempat duduk jenis Semi-bucket
    • Kemasan dalaman berwarna perak dan krom
    • Hiasan tambahan untuk tombol gear dan brek tangan
    • ABS, EBD dan bantuan brek
    • Filem cermin keselamatan (Security tint film)
    Harga
    • 1.0 SE Manual – RM37,900 (solid)
    • 1.0 SE Manual – RM38,300 (metalik)
    • 1.0 SE Automatik – RM40,900 (solid)
    • 1.0 SE Automatik – RM41,300 (metalik)
    Perodua Axia 1.0 Advance
    Pilihan varian paling tinggi atau premium ialah Perodua Axia 1.0 Advance. Maaf, varian ini cuma ditawarkan dengan transmisi automatik sahaja – tiada manual. Luaran seperti model SE, namun ada penambahan di bahagian dalaman;
    • Sistem audio dengan paparan skrin sentuh bersama DVD, Bluetooth juga GPS
    • Tempat duduk balutan kulit
    • Stereng dengan balutan kulit disamping terdapat butang kawalan audio
    Harga
    • 1.0 Advance Automatik – RM44,900 (solid)
    • 1.0 Advance Automatik – RM45,300 (metalik)