Searching...


.
28 Agu 2014
13.00 0

ISU SEMASA: Bayi 15 Bulan maut kerana tersepit

FotoKERETA dipandu mangsa terbalik selepas cuba memotong lori simen.




Bagan Serai: Bayi berusia 15bulan telah maut dalam sebuah kemalangan di Kilometer 177, Lebuhraya Utara-selatan dari arah utara pada hari ini.. Bayi tersebut telah maut kerana tersepit di dalam kenderaannya yang di naiki keluarga mangsa setelah gagal mengawal kenderaan.

Dalam kejadian jam 6.15 pagi, mangsa, Ariq Syahmi Abdul Karim maut di tempat kejadian selepas kenderaan Nissan Sentra yang dipandu bapanya, Abdul Karim Abu Bakar, 38, hilang kawalan selepas gagal memotong sebuah lori simen sebelum terbabas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian Deputi Superintendan Mohd Radzuan Bachik berkata, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbalik ke sebelah kanan jalan sebelum sebuah kenderaan Toyota Hiace milik Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Batu Kurau yang dalam perjalanan menghadiri satu sesi perbicaraan di Kangar, Perlis dikatakan tidak sempat mengelak dan merempuh kenderaan terbabit.

Kemalangan itu menyebabkan bayi berkenaan yang dipercayai berada di pangkuan ibunya, Mimi Suhaila Wahab, 36, maut akibat tersepit di tempat kejadian manakala seorang kakak mangsa, Amirah Sofea, 9, mengalami cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Parit Buntar sebelum dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Matitersepitdipangkuanibu//Article

0 komentar: