CEMBURU PENYEBAB KUAT MERAJUK
The Ultimate Self-Esteem Test telah menjalankan suatu kajian dimana dari beribu-ribu wanita di seluruh dunia kini sedang mengalami masalah cemburu yang kronik. Dari perasaan cemburu ini akan mengakibatkan KUAT MERAJUK.Dalam satu blog, carian undian menunjukkan yang wanita lebih sinonim dengan perangai merajuk. Maklumlah fitrah kaum Hawa sentiasa inginkan perhatian. Tapi jangan tak tahu, kalau lelaki merajuk lagi teruk. Kalau ditanya pada 100 remaja, mereka berpendapat merajuk ini perlu. Kononnya mengeratkan lagi hubungan dan konklusi kepada keserasian mereka.
Tapi tak semua pasangan boleh tahan dengan perangai pasangan 'merajuk ' ini. Ada yang berpendapat seperti kebudak-budakkan dan tidak matang. Lebih-lebih lagi merajuk sebab lambat jawab telefon, lewat membalas SMS, keluar rumah tidak beritahu atau pun lebih kronik, nak tidur tak ucap selamat malam.
Bukan tidak ada pasangan berpisah kerana tak tahan dengan pasangan yang suka merajuk terutama kalau merajuk kena mengambil masa berhari-hari untuk dipujuk. Pendek kata, tidak boleh tersasul sikit kalau bercakap, tahu nak merajuk saja. Naik muak jika dilayan.
Mengikut pemerhatian umum, bila seseorang lelaki merajuk khas buat gadis-gadis yang mungkin tidak perasan, ini tanda mereka mula terasa hati.
Mereka akan diam seribu bahasa, buat tak tahu, menolak makan dan masam muka tidak seperti kebiasaan. Kerana ego, mereka tidak akan memberitahu yang mereka sebenarnya sedang merajuk.
Ada juga lelaki yang mengalih perasaan sakit hati atau merajuk dengan membaca surat khabar atau sebarang bacaan lain, menonton televisyen hingga lewat malam, keluar rumah tanpa beritahu dan paling klasik, matikan telefon bimbit!
Memang si gadis akan 'gila' apabila kekasihnya hilang tanpa khabar berita. Pastikan anda tidak terlepas daripada petanda mereka merajuk jika tidak mahu timbul pula rasa sakit hati.
Apa sebabnya mereka merajuk? Rasanya tiga sebab utama pasangan merajuk, pertama adalah cemburu. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba diambil daripada dirinya seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya. Kedua, mungkin tidak dapat apa yang diinginkan dan ketiganya, orang lain lebih hebat daripadanya.
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dan mungkin ada disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan itu, dia perlukan anda di sampingnya tetapi dengan cara yang sangat berbeza.
0 komentar:
Posting Komentar