Searching...


.
28 Agu 2014
10.16 0

Pesawat ATR60 Malindo Air di tunda kerana bom

PASUKAN polis mengawal kawasan pelepasan pesawat Malindo Air.

Pesawat Malindo Air di tunda kerana bom

Difahamkan, pesawat ATR60 itu sepatutnya berlepas jam 3.40 petang, namun ditunda selepas juruterbang memaklumkan perkara itu kepada menara kawalan selepas menerima aduan anak kapal.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, kejadian itu berlaku ketika seorang pramugari melakukan pemeriksaan kedua ke atas penumpang.

“Ia prosedur biasa apabila penumpang melepasi pintu masuk, pramugari membuat pemeriksaan pas.

“Bagaimanapun seorang penumpang tidak berpuas hati dan berpendapat pemeriksaan tidak perlu dilakukan berulang kali kerana mereka bukan membawa bom,” katanya dalam sidang media, semalam.

Azmi berkata, perkataan ‘bom’ adalah sensitif terutama membabitkan pesawat yang akan berlepas dengan 37 penumpang termasuk seorang bayi.

Katanya, sepasukan anggota polis dari Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan (K9) diarahkan melakukan pemeriksaan rapi ke atas pesawat, anak kapal dan semua penumpang.

“Semua penumpang dan anak kapal diarahkan turun dan masuk ke bilik khas, manakala pesawat berkenaan ditunda ke kawasan berasingan di lapangan terbang ini untuk pemeriksaan,” katanya.

Menurutnya operasi yang tamat jam 7.15 malam itu mengesahkan pesawat berkenaan selamat dan semua penumpang berlepas dengan pesawat lain jam 9.30 malam.

“Kami akan terus menjalankan siasatan mengikut Seksyen 70 (1) Peraturan Penerbangan Awam dan setakat ini butiran lengkap semua penumpang sudah diperoleh untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Malindo Air dalam kenyataannya mengesahkan kejadian itu dan berkata ia prosedur biasa yang dilakukan semua penerbangan sekiranya terdapat aduan berhubung ancaman bom.

0 komentar: