Searching...


.
Tampilkan postingan dengan label Informasi & Teknologi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Informasi & Teknologi. Tampilkan semua postingan
31 Agu 2014
04.29 0

INFO: PESAWAT TERJUMPA CAHAYA PELIK DALAM LAUT

Penerbangan Van Heijst di kejutkan dengan suatu fenomena yang pelik. Sepanjang perjalananya dari Hongkong ke Alaska, dia dapat melihat beberapa tompokan cahaya kuning, oren, merah dan biru di bawah laut yang gelap. Ia sangat menakutkan akan tetapi menerujakan.








Ada yang berpendapat, ianya mungkin kesan gunung berapi baru di bawah laut. Dan ada juga yang berpendapat ianya mungkin UFO. Paling menakutkan adalah, komen mengenai kedatangan alien atau raksasa dari dalam laut. Apakah ianya benar? Apapun, ia merupakan suatu penerbangan yang menerujakan buat Van Heijst
29 Agu 2014
20.00 0

INFO: LAPTOP TERBARU DARI LENOVO YANG HEBAT

Foto


LAPTOP TERBARU DARI LENOVO YANG HEBAT

Kuala Lumpur : Model AIO yang diperkenalkan termasuk N300 dan C470 berharga RM1,349 dan RM1,849 dari Lenovo ini mungkin akan menjadi saingan terhebat dalam penjualan laptop jenis AIO dengan keperluan terhebat. Sementara itu, model laptop baru iaitu Y50-70, Z50-70 dan Flex 2 boleh didapati pada harga antara RM1,349 hingga RM3,999.

Lenovo memperkenalkan dua peranti semua dalam satu (AIO) dan tiga laptop harga patut yang mempunyai skrin definisi tinggi, di sini, hari ini.Selain dilengkapi sistem grafik baru, Lenovo juga mengharapkan pemprosesan Intel yang mampu menjimatkan tenaga serta bateri untuk laptop itu.


23 Agu 2014
12.46 5

Perbandingan antara Proton Iriz dan Produa Axia

PROTON IRIZ VS PRODUA AXIA

Mungkin ramai tertanya-tanya, apakah perbandingan antara dua kereta terbaru dari industri kereta negara ini. Kelihatannya, dua model terbaru ini membawa ciri kompak dan murah. Biarpun begitu, handling dan penjimatan minyak serta enjin yang mengagumkan di ambil kira dalam pembikinan kali ini. Akan tetapi, kedua model ini di keluarkan dalam masa yang boleh di katakan tersangat hampir di antara keduanya. Jadi, Berikut adalah spec dan keratan berita yang mungkin boleh membantu anda dalam memilih antara IRIZ atau AXIA.

-----------------------------------------------------------------------------------------



 PROTON IRIZ


CODE NAME Proton Compact Car (PCC) dalam segmen B, dihasilkan menerusi dua penekanan utama iaitu tahap keselamatan terbaik dan ekonomi bahan api tetapi ditawarkan pada harga mampu milik.

PCC dibangunkan menerusi platform terkini Proton menggunakan enjin terbaharu VVT bersesaran 1.3 dan 1.6 liter dengan transmisi manual serta automatik ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium.

Selain itu, PCC juga akan menggunakan omboh, blok dan injap baharu, pertama seumpamanya bagi model Proton, sekali gus bakal menampilkan model terbaik keluarannya setakat ini.

"PCC dilengkapkan dengan enam beg udara dan sistem ABS, EPS dan hill hold assist serta enjin VVT 10 peratus lebih menjimatkan minyak berbanding Campro sebelum ini," katanya dalam taklimat di sini baru-baru ini.

PCC menjana 110 kuasa kuda (hp) dan kilas 148 Nm selain mampu mencecah kelajuan lebih 180 kilometer sejam.

PCC juga akan menggunakan stereng kuasa elektrik hidraulik yang menjadikan stereng lebih ringan pada kelajuan rendah dan berat serta seimbang pada kelajuan tinggi. Harga masih tidak di dedahkan
-------------------------------------------------------------------------------------------







PRODUA AXIA



Perodua Axia 1.0 E
Pilihan varian paling rendah atau asas untuk model Axia ini hanya boleh didapati dengan transmisi manual (lima kelajuan) sahaja. Berikut ialah senarai ciri-ciri yang terdapat untuk varian ini;
  • Rim keluli 14 inci dengan penutup plastik
  • Kombinasi Lampu belakang dari LED
  • Tempat duduk jenis fabrik
  • Tingkap berkuasa elektrik
  • Indikator ECO Drive (kawalan untuk cekap bahan bakar)
  • Stereng berkuasa
  • Dua beg udara keselamatan (pemandu dan penumpang hadapan)
  • Immobiliser
Harga
  • 1.0 E Manual – RM24,900 (solid)
  • 1.0 E Manual – RM25,300 (metalik)
Perodua Axia 1.0 G
Kepada yang mahukan transmisi automatik, varian ini merupakan model terendah dengan pilihan transmisi auto. Axia 1.0 G ini turut menawarkan pilihan transmisi manual dengan lima kelajuan.
  • Rim aloi bersaiz 14 inci
  • Remote control entry and alarm
  • Sensor undur
  • Cermin sisi dengan pelarasan elektronik
  • Bilah pengelap cermin belakang serta defogger
  • Pemain CD dengan empat pembesar suara
  • Tempat duduk pemandu dengan pelarasan ketinggian
  • Kotak syiling atau kotak pelbagai guna
  • Isofix untuk tempat duduk bayi atau kanak-kanak
  • Tali pinggan kaledar dengan penggera
Harga
  • 1.0 G Manual – RM32,800 (solid)
  • 1.0 G Manual – RM33,200 (metalik)
  • 1.0 G Automatik – RM34,800 (solid)
  • 1.0 G Automatik – RM35,200 (metalik)
Perodua Axia 1.0 SE
Pilihan Axia 1.0 SE pula mempunyai elemen luaran yang berbeza berbanding dengan pilihan asas E dan G. Senarai ciri-ciri yang ditambah untuk model 1.0 SE berbanding 1.0 G;
  • Lampu hadapan jenis projektor
  • Kit badan SE dengan aero bumpers, skirt sisi serta spoiler belakang
  • Lampu kabus
  • Sensor hadapan untuk parkir
  • Gril hadapan dengan kemasan krom
  • Unit Audio dengan CD, MP3 dan sambungan Bluetooth
  • Tempat duduk jenis Semi-bucket
  • Kemasan dalaman berwarna perak dan krom
  • Hiasan tambahan untuk tombol gear dan brek tangan
  • ABS, EBD dan bantuan brek
  • Filem cermin keselamatan (Security tint film)
Harga
  • 1.0 SE Manual – RM37,900 (solid)
  • 1.0 SE Manual – RM38,300 (metalik)
  • 1.0 SE Automatik – RM40,900 (solid)
  • 1.0 SE Automatik – RM41,300 (metalik)
Perodua Axia 1.0 Advance
Pilihan varian paling tinggi atau premium ialah Perodua Axia 1.0 Advance. Maaf, varian ini cuma ditawarkan dengan transmisi automatik sahaja – tiada manual. Luaran seperti model SE, namun ada penambahan di bahagian dalaman;
  • Sistem audio dengan paparan skrin sentuh bersama DVD, Bluetooth juga GPS
  • Tempat duduk balutan kulit
  • Stereng dengan balutan kulit disamping terdapat butang kawalan audio
Harga
  • 1.0 Advance Automatik – RM44,900 (solid)
  • 1.0 Advance Automatik – RM45,300 (metalik)







21 Agu 2014
22.37 0

INFO: ARTIFAK ANEH DARI ZAMAN KUNO 2

Bumi punyai keunikan tersendiri. Begitu juga dengan manusia. Penuh dengan misteri yang sukar di rungkai. Lebih misteri lagi adalah, bila manusia modern menemui sesuatu yang di luar kajian dan kefahaman dari ketamadunan zaman dahulu yang kita anggap ianya masih premitif.

Banyak relic dan artifak pelik di jumpai dan menyamai teknologi pada zaman modern. Apakah benar teori yang mengatakan zaman dahulu sudah punyai suatu ketamadunan hebat itu benar? Berikut adalah koleksi barangan artifak aneh yang di jumpai; bahagian 2

nak tahu artifak aneh bahagian 1? DISINI

lampu mesir kuno yang menyerupai lampu zaman moden
inca stone yang kelihatan seperti death star dalam filem starwars
iranian bigfoot figurin ?!
bateri Baghdad yang famous di internet akan keanehannya
Dropa stone yang di ukir mengenai orbit planet dan matahari oleh kaum Asli Dropa

20 Agu 2014
22.33 0

INFO: ARTIFAK ANEH DARI ZAMAN KUNO

Bumi punyai keunikan tersendiri. Begitu juga dengan manusia. Penuh dengan misteri yang sukar di rungkai. Lebih misteri lagi adalah, bila manusia modern menemui sesuatu yang di luar kajian dan kefahaman dari ketamadunan zaman dahulu yang kita anggap ianya masih premitif.

Banyak relic dan artifak pelik di jumpai dan menyamai teknologi pada zaman modern. Apakah benar teori yang mengatakan zaman dahulu sudah punyai suatu ketamadunan hebat itu benar? Berikut adalah koleksi barangan artifak aneh yang di jumpai; bahagian 1

bahagian mesin yang berusia 400 juta tahun
artifak acambaro yang bertarik 2500 tahun sebelum masihi
figurin kapal terbang dari mesir kuno
antikythera mechanism; komputer kuno
assyrian nimrod kanta teleskop
pengesan gempa bumi dari china purba

15 Agu 2014
17.47 0

Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul


Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul.
Ramai yang Selalu Tersilap!
Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox
anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.

Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda.
JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila
berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse
akan nyala sekejap.

Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah
hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak
dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau
cepat rosak.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Bila nak jalan balik:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR
1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear.
Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.

Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak
tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat
di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear
terus ke R.

Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke
gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear,
kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum
berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran
mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan
tombol gear.

p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang
kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang
lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:
P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda.
gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun
handbrake tak ditarik.
R - reverse, untuk mengundur kereta anda
N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic
jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan,
gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.
D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya
butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4.
gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj
3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi
mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3
2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak
akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu
L - Low gear, gear pertama

KLIK "SHARE" SEKIRANYA INFO INI BERMANFAAT.
9 Jun 2014
18.59 0

Cara Mengetahui Jantina Komputer Atau Laptop

Cara Mengetahui Jantina Komputer Atau Laptop | Eh! Comel bukan laptop dalam gambar ni? Warna pink gituuu. Mesti jantina perempuan ni! Amboiii......... Asal laptop tu warna pink je kita dah cop jantina laptop tu perempuan. Salah tu salah... Kejap! Laptop pun ada jantina? Ha pelik kan? Agak pelik juga lah tapi memang kenyataan. Nak tahu bagaimana kita nak check jantina laptop kita? Mehhhh nak kongsi satu artikel ni.. Jemputlah baca....

-
Cara Mengetahui Jantina Komputer Atau Laptop

1. Buka Notepad/Laptop/Komputer
2. Copy ayat ni CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"
3. Ok. sekarang boleh save.. Tukar save as type kepada All Files
4. Save di destkop (senang nak ingat) Save as = love u.vbs
5. Dah save menjadi love u.vbs leh close notepad tersebut.
6. Pergi ke Destkop, then double click file love u.vbs tersebut
7. Anda akan mendengar seseorang menyebut i love u.. suara lelaki ke perempuan?
8. Kalau suara ganas tu lelaki la.. haha. begitulah sebaliknya


Selamat mencuba, jangan lupa bagitahu laptop korang jantan ke betina.. Ekeke :D
13.13 0

Rebranding New Era of Blogging


Rebranding New Era of Blogging

Hari ini kami memasuki satu fasa baharu dalam dunia blogging. Kami mahu dunia blog dalam Malaysia kita ini berkembang lebih maju dan pesat serta dihormati di mata dunia. Kami akan terus memberikan pelbagai informasi yang lebih segar kepada anda semua demi masa depan kebebasan berinternet di negara ini.

Kami komited untuk memberikan yang terbaik kepada anda semua. Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan pelbagai informasi terkini dengan telus dan tepat. Kami mahu para pembaca di negara ini agar lebih maju selangkah kehadapan daripada takuk yang lama kepada suatu perubahan era baru.

Semoga dengan perubahan blog ini akan sedikit sebanyak dapat membantu para pembaca di Malaysia mendapatkan sumber informasi terkini yang lebih telus dan tepat serta dihormati dipersada dunia.

Semoga kemunculan kami, akan memberikan satu input baharu dalam dunia blogging di Malaysia.

Hidup kebebasan berinternet dinegara kita!

-bradokapak-
CEO, Founder of Bradokapak Pte. Ltd.
Administrator of Geng Master Adsense.