Searching...


.
Tampilkan postingan dengan label Artis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Artis. Tampilkan semua postingan
23 Jun 2014
17.01 0

Anak Pelakon Azhar Sulaiman Ditampar 10 Kali Oleh Guru


Anak Pelakon Azhar Sulaiman Ditampar 10 Kali Oleh Guru | Terkejut juga admin membaca berita ini. Baca selanjutnya.
-
Anak Pelakon Azhar Sulaiman Ditampar 10 Kali Oleh Guru.
Bising artis seorang ini apabila seorang guru didakwa telah menampar anaknya 10 kali. Anak pelakon Azhar Sulaiman di tampar Cikgu 10 kali. Berita ini heboh apabila pelakon Azhar Sulaiman telah menyiarkan perkara ini di lawan status facebooknya. Anaknya yang bernama Andika Rees dikatakan telah ditampar oleh guru sebanyak 10 kali. Teruk juga ya ? Punca anak pelakon ini ditampar didapat diketahui lagi sehingga lah bapa kepada anak ini bertemu dan bertanya kepada guru tersebut.

Admin nak tegur sedikit cara orang kita menyelesaikan masalah. Pertama,buat kecoh di laman facebook dahulu, barulah pergi siasat perkara sebenar. Kedua, bergaduh dilaman sosial bagai tiada lagi peluang untuk bersemuka,berbincang untuk menyelesaikan masalah. 


Admin doakan pelakon ini dapat menyelesaikan masalah ini dengan baik dan profesional. 


18 Jun 2014
17 Jun 2014
19.11 0

Peminat Ajak Nabila Huda Tukar Agama


Peminat Ajak Nabila Huda Tukar Agama | Pasti ramai yang memberi perhatian kepada berita hiburan ini. Teruskan membaca.
-
Peminat Ajak Nabila Huda Tukar Agama

Gempar hari ini tercetus satu berita tentang peminat kepada Nabila Huda mengajak beliau menukar agama. Perkara ini berlaku di laman sosial Instagram. Perkara ini biasa berlaku kerana peminat artis sekarang memang bertindak mengikut perasaan tanpa memikirkan sensitiviti agama. Hal ini berlaku kerana mereka mungkin terlalu berfikiran terbuka sehingga melanggar batas dan sanggup mempermainkan isu agama.

Kepada Nabila Huda, admin harap beliau teguh dengan agama islam yang mulia dan melindungi diri daripada ajakan seperti ini.
12 Jun 2014
10.28 0

Felixia Yeap Bercinta Dengan Lelaki Melayu



Felixia Yeap Bercinta Dengan Lelaki Melayu
-
FELIXIA YEAH BERCINTA DENGAN LELAKI MELAYU

Berita buruk buat kaum Adam di luar sana yang mempunyai impian untuk mengorat bekas model Playboy yang kini telah berhijab, Felicia Yeap. Admin hampir bunuh diri apabila membaca artikel ini.

Berdasarkan pemerhatian kami di laman sosial Instagram Felicia yang kini semakin aktif berlakon, hatinya sudah pun dicuri oleh seseorang jejaka melayu.

Dipercayai segala-galanya bermula sejak dua bulan lalu apabila Felicia menerima sejambak bunga pertama daripada jejaka dikenali sebagai MR R.

Sejak itu semakin banyak gambar dikongsikan Felicia bersama kekasih hatinya itu.
Paling ketara jejaka itu istimewa buat Felicia apabila dia memuatnaik status berbunyi, “Me and my driver. Hopefully would drive me all the way to “J”.

Kesemua gambar Felicia bersama Mr R juga dilihat diletakkan hashtag #withlove #cintahati dan #rnr. Admin tidak dapat meneruskan lagi bercerita tentang Felixia Yeap ini. Semoga bahagia hendaknya. 




9 Jun 2014
13.13 0

Rebranding New Era of Blogging


Rebranding New Era of Blogging

Hari ini kami memasuki satu fasa baharu dalam dunia blogging. Kami mahu dunia blog dalam Malaysia kita ini berkembang lebih maju dan pesat serta dihormati di mata dunia. Kami akan terus memberikan pelbagai informasi yang lebih segar kepada anda semua demi masa depan kebebasan berinternet di negara ini.

Kami komited untuk memberikan yang terbaik kepada anda semua. Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan pelbagai informasi terkini dengan telus dan tepat. Kami mahu para pembaca di negara ini agar lebih maju selangkah kehadapan daripada takuk yang lama kepada suatu perubahan era baru.

Semoga dengan perubahan blog ini akan sedikit sebanyak dapat membantu para pembaca di Malaysia mendapatkan sumber informasi terkini yang lebih telus dan tepat serta dihormati dipersada dunia.

Semoga kemunculan kami, akan memberikan satu input baharu dalam dunia blogging di Malaysia.

Hidup kebebasan berinternet dinegara kita!

-bradokapak-
CEO, Founder of Bradokapak Pte. Ltd.
Administrator of Geng Master Adsense.