Searching...


.
26 Jul 2017
16.49 1

KENCING MANIS BOLEH MEMBUNUH

KENCING MANIS BOLEH MEMBUNUH!

Jika dahulu, kita selalu beranggapan bahawa penyakit jantung merupakan pembunuh NO. 1 dunia. Namun, dengan kemajuan teknologi sekarang, penyakit jantung boleh dirawat pada peringkat awal. Bahkan, melalui pembedahan, pesakit jantung masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Selari dengan kemajuan ini, pola penyakit kronik juga berubah. Kita sedar atau tidak, penyakit ‘silent killer’ kini bukan lagi penyakit jantung, tetapi penyakit kencing manis atau diabetes.

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh National Health and Morbidity Survey 2015, peratusan rakyat Malaysia yang menghidapi penyakit kencing manis meningkat kepada 17.5 peratus pada tahun 2015 berbanding tahun 1996 yang hanya 11.6 peratus [1]. Peningkatan peratusan ini sebenarnya selari dengan peningkatan kadar peratusan masyarakat kita yang mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti.

Lebih mengejutkan lagi ialah ramai di antara kita yang tidak sedar sebenarnya mereka menghidapi penyakit kencing manis. Ini kerana, ramai di antara kita masih lagi menyangka yang penyakit kencing manis ini hanya menyerang golongan veteran seperti pak cik-pak cik yang sudah pencen, bekas tentera yang meluangkan masa bermain dam aji di warung kopi, atau warga tua yang berusia 50 tahun ke atas.

Sedangkan pola penyakit kencing manis kini sudah pun berubah. Dan perubahan ini sangat ketara dan membimbangkan kerana orang muda yang berusia seawal 30-an juga boleh menghidap sakit kencing manis. Perubahan pola penyakit kronik ini dipengaruhi oleh beberapa faktor yang kita sendiri secara sedar sering kita amalkan dalam kehidupan seharian.

Budaya melepak di kedai makan sehingga larut malam, habit makan process food dan fast food seperti nugget, sosej, kentang dan pengambilan gula yang melebihi 10 sudu dalam satu hari. Budaya yang sudah menjadi kebiasaan dan dianggap normal inilah yang menyebabkan ramai golongan muda bahkan kanak-kanak sudah menghidapi penyakit kencing manis stage 1 dan 2. Potensi menghidap kencing manis lebih tinggi jika seseorang itu sering mengambil minuman bergas yang mengandungi gula yang tinggi.

Lebih membimbangkan, penyakit kencing manis ini merupakan kesan sampingan yang bermula dengan masalah berat badan berlebihan atau obesitI. Seseorang yang obes berisiko untuk mendapat penyakit yang digelar penyakit 3 serangkai, iaitu kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Ketiga-tiga penyakit ini saling bersangkut-paut. Tidak hairanlah jika rakyat Malaysia merupakan penghidap penyakit kencing manis tertinggi di Asia Tenggara. Melalui statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia berada di tangga ke-10 di dunia dengan jumlah penghidap kencing manis teramai [2].

Penyakit kencing manis ini berlaku apabila organ pankreas manusia tidak dapat menghasilkan insulin. Pankreas merupakan organ badan yang akan menghasilkan insulin apabila badan menghantar isyarat menunjukkan kadar peningkatan glukos atau gula dalam saluran darah secara tiba-tiba. Bila kita makan, glukos yang terdapat dalam makanan tersebut akan ditukar menjadi tenaga dan disimpan sebagai lemak [3].

Namun, bagi pesakit kencing manis, organ pankreas mereka tidak lagi mampu untuk menghasilkan insulin yang diperlukan. Kesannya, glukos yang terdapat di dalam darah tadi tidak dapat diserap masuk ke dalam sel-sel badan dan juga tisu badan. Bila badan kita sudah tak lagi sensitif dengan peningkatan glukosa dalam darah dan insulin tidak dapat dihasilkan dengan baik, maka glukosa tadi akan kekal di dalam saluran darah dan berlakulah peningkatan kadar gula dalam badan. Dari situ akan terjadinya simptom-simpton lain akibat jangkitan kencing manis seperti luka sukar sembuh, mata mengalami rabun / silau, sering pening kepala dan juga peningkatan darah (bacaan blood pressure meningkat).

Penyakit kencing manis ini digelar ‘silent killer’ kerana penyakit ini boleh membuatkan penghidapnya rabun atau lebih teruk lagi buta, mengalami komplikasi buah pinggang, jangkitan luka yang tidak sembuh yang akhirnya akan menyebabkan kecacatan kekal, sakit jantung dan strok. Lebih menyedihkan lagi, penyakit kencing manis ini tidak boleh di ubati dengan perubatan moden tetapi ia hanya mampu di kawal melalui ubat-ubatan atau suntikan insulin kekal untuk seumur hidup.   Dalam Bahasa mudahnya, pesakit kencing manis akan bergantung hidup pada ubat-ubatan untuk sepanjang hayat kerana organ pankreas yang tidak lagi mampu berfungsi dengan baik. Hanya dengan menukar gaya hidup melalui kawalan pengambilan gula dan suntikan insulin atau pengambilan pil, pesakit kencing manis boleh menikmati kehidupan seharian seperti biasa.

BAGAIMANA MENGELAK DARIPADA TERKENA PENYAKIT KENCING MANIS?

Seperti yang kita sedia maklum, punca utama penyakit kencing manis adalah berpunca daripada pengambilan gula berlebihan dalam badan pada setiap hari. Kadar gula maksima yang sesuai untuk badan dalam sehari hanyalah sekitar 6 sudu teh sahaja. Apabila kita mengambil makanan atau minuman yang mengandungi kandungan gula melebihi 6 sudu teh sehari, maka dari sinilah kita akan mula terdedah kepada penyakit kencing manis.

Secara perlahan-lahan, organ pankreas dalam badan kita akan mengecut dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Ketika itu kadar insulin dalam badan kita akan berkurangan dan bermulalah kencing manis dalam kehidupan kita.

Untuk mengelakkan masalah kencing manis ini, terdapat beberapa cara antaranya dengan mengurangkan pengambilan gula harian anda. Cuba kurangkan sehabis mungkin kadar gula yang anda ambil setiap hari. Sekiranya anda pergi ke kedai makan, pesan minuman yang kurang gula atau pesan minuman buah-buahan tanpa gula. Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau 2 liter sehari bagi membantu buah pinggang anda berfungsi dengan baik dan membantu melancarkan proses perkumuhan dalam badan anda.

Namun, bagi sesetengah orang, agak sukar bagi mereka untuk mengurangkan pengambilan kadar gula. Ada kalanya seseorang itu akan mengalami masalah seperti menggigil, kekejangan otot dan rasa tidak senang duduk atau seperti ingin pitam kerana kekurangan gula dalam badan. Kebiasaannya pesakit yang sedang dalam risiko awal kencing manis akan mengalami simptom seperti ini. Sekiranya anda salah seorang yang mengalami simptom seperti ini, maka anda boleh menggantikan pengambilan gula kepada pengambilan pemanis semulajadi stevia. Dipasaran terdapat pelbagai produk yang telah dijual yang menggunakan 100% bahan semulajadi diproses daripada daun stevia.  

GANTIKAN PENGAMBILAN GULA DENGAN STEEVYA!

Antaranya adalah jenama STEEVYA. Produk yang dihasilkan oleh bumiputera dan disahkan selamat digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta melalui beberapa ujikaji makmal dan disahkan TIADA bahan merbahaya. Produk STEEVYA ini juga merupakan produk stevia cecair pertama yang mengandungi Vitamin C didalamnya yang mana vitamin C ini berfungsi sebagai ejen imunisasi badan dalam membantu pertumbuhan sel-sel badan. Seperti yang kita ketahui, penghidap kencing manis akan berhadapan dengan masalah luka sukar sembuh. Maka dengan pengambilan vitamin C yang mencukupi, maka sel badan dapat membantu merawat luka-luka yang terjadi tadi.

Dalam keaadaan kegawatan ekonomi, untuk membeli stevia yang agak mahal dipasaran adalah berat bagi mereka yang mempunyai kekurangan dari segi kewangan. Namun, dengan adanya produk STEEVYA, maka tiada lagi masalah bagi semua individu untuk berubah menjadi lebih sihat. Kerana, produk STEEVYA ini dijual pada harga yang amat berpatutan.

Hanya dengan RM 49.00 sahaja, anda boleh mendapat sebotol stevia semulajadi dengan 50ml yang mana sebotol ini sudah mencukupi untuk kegunaan sekeluarga selama 2 - 3 minggu (berdasarkan penggunaan 2x sehari bagi 3 ahli keluarga).

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang STEEVYA? Layari website ini: www.steevya.net Ingin membeli secara online produk STEEVYA? Layari: www.steevya.com

Masih sempat untuk anda semua melakukan langkah pencegahan dalam badan anda. Gantikan penggunaan gula kepada penggunaan STEEVYA yang lebih baik dan bebas kalori serta selamat. Jagalah kesihatan anda. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman, gantikan dengan STEEVYA.

-
Selamat mencuba!

.

TESTIMONI STEEVYA

 
   
   
   
   
 

1 komentar:

Pupuk Cabe Rawit mengatakan...

can I drink it even if I have high blood pressure?