Sejak miss Nina berhijrah ni, banyak aktiviti dah dia buat. Bagus tu. Camne, tak perlu nak seksi-seksi untuk tarik orang. Pakai hijab pun dapat tarik perhatian orang pe?!
KUALA
LUMPUR: Duta WHD dan sekumpulan Muslimah muda mengadakan perhimpunan yang akan diadakan bersempena
sambutan itu pada 1 Februari, menurut penganjurnya dalam satu kenyataan
di sini hari ini.
Penyanyi Shazrina Azman yang lebih popular dengan nama Mizz Nina, akan berkongsi pandangan dan pengalaman dengan orang ramai sebagai pemakai 'hijab' pada Hari Hijab Sedunia (WHD) Malaysia di Taman KLCC esok.
Hari Hijab Sedunia yang diilhamkan warga New York, Nazma Khan, dan disambut di 116 negara setiap tahun sejak 2013, antara lain bertujuan memupuk toleransi dan persefahaman tentang pemakaian hijab.
Acara itu yang akan bermula pada 11 pagi, akan turut mempromosi gaya berhijab secara profesional dan diiringi pertandingan menarik.
Hadirin digalakkan membawa hijab untuk diderma kepada Muslimah yang terjejas oleh banjir di pantai timur baru-baru ini. Perkhidmatan membungkus sumbangan juga disediakan di venue sambutan itu.
- BERNAMA
link: http://www.bharian.com.my/node/32562

0 komentar:
Posting Komentar