adakah ini suatu kebenaran atau suatu penipuan? |
Baru-baru, perdana menteri membuat kenyataan di mana tarif TNB harus di naikkan bagi mengelak TNB dari kerugian. Ia sebenarnya teramat bertentangan dengan kenyataan media tentang keuntungan bersih TNB pada akhir tahun 2013, sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan. Apakah benar TNB sedang mengalami kerugian sedangkan kenyataan dari TNB pula berlainan?
Jika ini di teruskan, ia amat pedih buat rakyat kerana tika ekonomi yang tidak berapa baik ini, rakyat terus di tindas dan di perah keringat seboleh mungkin demi survival kerajaan di masa genting. Seolah-olah tiada lagi survivor kit untuk pihak kerajaan dalam menangani krisis ekonomi yang bakal melanda.
Kita dapat lihat, tarif elektrik terus naik dengan pelbagai alasan, sedangkan dalam pada yang sama, pelbagai pembaziran terus di lakukan. Seperti yang terbaru, sistem bacaan elektrik di naik taraf dan dalam masa yang sama, tarif juga di naikkan. Jika hal sebegini terus di ulang siar, kemarahan rakyat pasti tidak akan di simpan lagi.
TNB punyai mandotori pengurusan tenaga di Malaysia dan dalam masa yang sama, mereka cuba terus memberikan yang terbaik untuk rakyat. Akan tetapi, kemungkinan ketirisan pembelanjaan dan keinginan untuk mencapai sesuatu taraf antarabangsa menyebabkan TNB mengeluarkan dana yang banyak, sekaligus menyebabkan mereka terpaksa naikkan tarif bil elektrik. Ini menyebabkan rakyat terus tertekan. Apakah mungkin suatu masa nanti, semua elektrik ini tidak mahu di guna pakai, masa itu barulah TNB akan beri tenaga percuma pada rakyat?!
----------
ULASAN PANAS:
Orang dah buat FREE ENERGY GENERATOR, tapi kalau dapat tahu dek kerajaan atau orang berkepentingan, mampus kena tembak
0 komentar:
Posting Komentar