Searching...


.
13 Jul 2014
23.19 0

INFO: CARA UNTUK ASTRAL TRAVEL MERAGA SUKMA




Anda tahu apa itu ASTRAL TRAVEL?
Astral Travel adalah suatu tahap kesadaran anda yang boleh keluar dari tubuh anda ketika tidur. Anda bukan mati akan tetapi ruh anda berupaya untuk keluar dari badan dan merayau dan menyelongkar alam tanpa batasan fizikal. Anda boleh terbang, lompat bahkan teleport ke merata tempat. Bagaimana cara untuk lakukannya, ini caranya:-

Langkah Pertama
Relakskan badan. Jadikan badan betul-betul relaks. Cuba berbaring di dalam sebuah bilik yang tiada cahaya,dan sunyi. Bernafaslah dalam dalam dan hembusnya perlahan lahan. Lakukan beberapa kali dan anda akan benar benar relaks.

Langkah Kedua
Ini adalah keadaan yang mana anda akan menjadikan setengah tidur. Setengah tidur bukan bermakna mengantuk atau tidur terus. Hal setengah tidur ini anda Cuma dapat rasakan melalui latihan yang berulang-ulang.
Caranya adalah anda cuba untuk konsentrasi pada satu objek dengan mata yang tertutup

Langkah ketiga
Setelah mengalami keadaan setengah tidur, terus kosongkan fikiran anda. Ini antara tahap yang sukar. Kosongkan sekosong kosongnya. Bola mata anda harus dalam keadaan static, jangan ke kiri atau ke kanan. Dan cubalah lihat pola warna yang aneh ketika dalam keadaan ini. Pola pola warna tersebut adalah neuron neuron warna yang sedang beristirehat

Langkah keempat
Ini merupakan proses vibrasi. Proses yang mana fikiran kita akan menjadi diri kita. Jasad akan ditinggalkan. Berikut adalah kaedah bagaimana untuk mendapatkan keadaan ini. Jangan pakai jam, gelang, kalung, rantai, kalau boleh, tanggalkan semua aksesori Buat diruangan yang gelap Berbaring arah kiblat Pakai baju yang longgar Cari tempat sunyi Mulakan tahap relaks Berikan saranan minda seperti, “Hai diri, berehatlah” Bernafas menggunakan mulut atau hidung atau gabungan Konsentrasi satu titik di atas kepala Terus kuatkan tingkat konsentrasi

Langkah Kelima
Sama dengan latihan vibrasi, Cuma tukarkan titik titik poin konsentrasi dari kepala hingga ke hujung kaki. Lakukannya hingga kita mampu mengawal vibrasi tersebut

Langkah keenam
Teruskan konsentrasi, dan bayangkan diri anda akan meninggalkan jasad secara menyeluruh. Jangan ragu-ragu dan terus bayangkan anda akan meninggalkan jasad anda. Ingat, kawalan pemikiran adalah poin utama dalam perjalanan astral

Langkah Ketujuh
Sekiranya anda mampu melihat jasad anda sedang berbaring, maka anda telahpun Berjaya dalam meraga sukma. Beritahu diri anda bahawa anda adalah amat ringan hingga boleh terbang. Sekiranya mahu pulang, niatkan sahaja.

0 komentar: