Searching...


.
12 Jul 2014
23.08 0

INFO: ALAM ITU TENAGA PENYIMPAN MAKLUMAT



Alam ini penuh dengan tenaga. Udara, api, elektrik, magnet, fikiran, dan sebagainya. Prinsip keabadian tenaga tidak boleh dimusnahkan, tapi boleh dipindahkan atau ditukar bentuk. Tenaga juga boleh dipendam. Maklumat (fikiran manusia) juga suatu tenaga dan alam ini pula bertindak sebagai perakam tenaga. Maknanya alam ini juga bertindak sebagai perakam maklumat.

Setiap maklumat atau data yang datang dari semua makhluk (manusia, jin, malaikat, haiwan, dan lain-lain) dan fenomena alam telah terakam dengan kemas sejak dari hari pertama alam ini sempurna dicipta. Maklumat ini pula bukan sekadar angka atau keterangan, tapi juga dalam bentuk visual dan bunyi, malah dalam bentuk virtual reality. Dengan kata lain turut melibatkan deria rasa, bau, dan sentuhan.

Upload dan Download Maklumat
Alam sebagai perakam maklumat. Apabila berfikir atau melakukan aktiviti, manusia akan membebaskan gelombang fikiran dan ini disimpan oleh alam. Alam sememangnya dicipta begitu oleh Ilahi. Sains, sejarah, bahasa, idea, perasaan, teori, angan-angan, mimpi, dan apa saja akan dirakam oleh alam atau upload maklumat, kemudian melalui penyelarasan yang sesuai maklumat yang terakam tadi boleh diterima atau download oleh pihak lain, tanpa batasan masa, jarak, atau dimensi.

Satu contoh yang mungkin sesuai. Ada sekumpulan manusia, sekitar 7 hingga 8 orang. Telah diberi satu masalah dan diminta memberi idea penyelesaian dalam masa tertentu. Apabila setiap seorang diminta memberi pendapat, kita mendapati 8 orang tadi punyai penyelesaian yang hampir sama. Mungkin tidak 100% sama, tapi intinya hampir sama.

Apa yang ingin saya tekankan bahawa tenaga (maklumat) yang dirakam oleh alam tadi bukan saja boleh diperoleh melalui gerakan, info, suara, idea, dan sebagainya. Tapi juga dalam bentuk virtual reality, dalam bentuk pengalaman mengembara seolah-olah berada di sana tanpa batasan jarak dan masa. Jadi sentiasa pekalah terhadap apa yang ALAM MAHU BERITAHU kepada anda, baik dari dalam diri anda atau alam luar diri anda.

0 komentar: