Pelajar Pakai Purdah Semasa Exam Dihalau Keluar
Pelajar Pakai Purdah Semasa Exam Dihalau Keluar
-
Seorang pelajar perempuan Universiti Malaya(UM) naik berang apabila tindakan kakitangan Univerisit Malaya mengarahkan beliau menanggalkan purdah. Zulaikha Adam diaarah supaya keluar dewan peperiksaan untuk menanggalkan purdah ketika beliau sibuk menjawab peperiksaan.
Zulaikha mempertikaikan tindakan tersebut kerana tiada papan notis yang mengatakan "No Niqab " dan tiada amaran lisan sebelum memasuki dewan peperiksaan. Tindakan ini boleh menjejaskan tumpuan beliau untuk menjawab peperiksaan.
Beliau juga mempersoalkan tentang mengapa pelajar yang berpakaian seksi tidak dikenakan tindakan oleh pihak universiti.
Untuk makluman anda semua, memang timbul isu bimbang berlaku penipuan identiti semasa menjawab peperiksaan. Diharap ada cara yang terbaik untuk memastikan hak memakai purdah ini dapat diamalkan disamping kes penipuan identiti juga tidak berlaku supaya kedua pihak berpuas hati.
0 komentar:
Posting Komentar