ISU SEMASA: MUSIM SOALAN TROLL DI MALAYSIA
Pernahkah anda menbaca soalan-soalan sebegini yang tiada kaitan dengan topik yang di bincangkan seperti:-
Betul ke sabun cuci Joy berupaya membasuh pinggan dari Malaysia ke Singapura?
Kenapa ultraman tidak bawa powerbank ketika menjelma jadi ultraman sedangkan dia tahu dia hanya boleh jadi ultraman selama 3 minit sahaja?
Benarkah jika tiada kicap jalen, semua urusan kena dibatalkan dan dihentikan serta merta?
Benarkah Dragon Ball ada 7 biji semuanya?
Dol ngan Minah sapa yang mati dulu?( Kes berat)
terbaru: saya cuma nak bertanya; andai nobita dapat straight A dalam peperiksaan, apa akan jadi pada doraemon. adakah dia akan di hantar pulang ke kilang? (kredit to Aixa Adli)
Adakah ini musim soalan troll yang gila dan selamba dari warga Malaysia untuk ceriakan suasana atau ianya akan jadi suatu lawak bodoh yang akan di kritik hebat?
Biarpun begitu, ada juga yang mahu buat soalan-soalan sendiri akan tetapi bila tak di VIRALkan ianya nampak menyampah. Tapi, andai ia menjadi viral dan ramai menjawabnya, ia akan jadi bahan gelak ketawa bersama. Apapun, troll, troll jugak, sensitiviti kena jaga beb.
Apapun, ada yang menjawab persoalan di atas; ini jawapan dari genius itu (tak tahu siapa):-
1) Betul ke sabun cuci Joy berupaya membasuh pinggan dari Malaysia ke Singapura?
Jawapan: berlaku khilaf dan ia mempunyai dua pendapat berdasarkan situasi masing-masing.
a) Diorang cuma keliling Bukit Jalil je dan belum sampai ke singapura. Dan ukuran yang dilakukan ialah 6.8km yang bersamaan dengan panjang jalan start dari nak masuk tambak johor hinggalah ke kastam Singapura.
b) Jika benar pun mereka susun pinggan dari Johor ke Singapura, pihak kastam Singapura mungkin tak benarkan pinggan-pinggan tu melepasi sempadan kerana mereka tiada passport yang sah.
2) Kenapa ultraman tidak bawa powerbank ketika menjelma jadi ultraman sedangkan dia tahu dia hanya boleh jadi ultraman selama 3 minit sahaja?
Jawapan: Bateri yang dipakai oleh ultraman ialah dari jenis batu Kryptonite, yang tak boleh dicas secara manual, ianya akan tercas secara semula jadi selepas dibiarkan beberapa tempoh selepas ultraman jadi manusia balik. Arus elektrik dari powerbank tidak mampu untuk meresap dan mengecas batu tersebut pada capsul ultraman.
Adapun dakwaan mengatakan ultraman hanya boleh menjelma 3 minit sahaja adalah tidak benar bagi semua ultraman kerana ada ultraman yang boleh menjelma lebih lama dan ada yang selama-lamanya tubuh dia ultraman.
3) Benarkah jika tiada kicap jalen, semua urusan kena dibatalkan dan dihentikan serta merta?
Jawapan: Ya, benar, semua urusan di kilang syarikat Jalen kena diberhentikan serta merta. Tapi urusan itu tidak melibatkan pihak lain.
4) Benarkah Dragon Ball ada 7 biji semuanya?
Jawapan: tidak benar dan sangat salah. Kerana dragon ball ada 14 biji yang sebenar-benarnya. 7 dari bumi dan 7 dari planet nameck yang dibawa Pikor (komik) atau Picollo (kartun).
5) Benarkah jika menggunakan produk kecantikan di Televisyen akan menyebabkan orang kata pada kita "monggelnyaaaa..."
Jawapan: bergantung kepada tahap minda orang-orang yang berkata begitu
6) Dol ngan Minah sapa yang mati dulu?( Kes berat)
Jawapan: Sebenarnya Dol and Minah tidak wujud ia hanyalah khayalan org yang ajukan soalan tersebut dimana ia menghidapi penyakit Schizophrenia yang mempunyai ciri2 yang jelas dan ada pada orang yg betanyakan soalan tersebut. Antara ciri-cirinya adalah seperti terdapat ganguan dalam perasaan,pemikiran dan tingkahlaku seseorg. Punca terjadi penyakit Schizophrenia adalah kesan drp gaya permakanan cadburry yang tidak seimbang dan permahaman dari segi lanjiauu yg tidak dpt difahami oleh kosa kata pada perkataan tersebut. Kebiasaanya penyakit Schizophrenia berlaku apabila amran update statusnya difacebook.
PERHATIAN: Kepada sesiapa yang bertanyakan soalan diatas dinasihatkan perlu mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan di:
Hospital Bahagia Ulu Kinta,
31250 Tanjung Rambutan,
Perak Darul Ridzuan
Telefon: 05-5332333-7
Fax: 05-5331350 (Pej Pengarah),
05-5333551 (Pentadbiran),
05-5333624 (Kewangan),
05-5333195 (Farmasi - Stor)
Emel: hbuk@moh.gov.my
0 komentar:
Posting Komentar