Searching...


.
26 Jun 2014
15.55 0

ADAKAH ANDA INDIGO?

 

star children adalah terma yang di bina untuk membezakan antara kanak-kanak biasa dan luar biasa. Seringkali Star Children ini di lihat sebagai bermasalah dan sukar di jaga. Akibatnya, mereka di anggap punyai penyakit ADHD yakni sukar untuk berkomunikasi dan terima arahan. Mereka juga suka berkata yang bukan-bukan seperti mereka punyai ayah emak di tempat lain, atau pernah hidup di suatu planet atau melihat kelibat benda bercahaya di belakangnya.
Tapi, benarkah itu adalah suatu penyakit JIWA?

Star Children adalah suatu kebangkitan secara rohaniah di kalangan kanak-kanak (tak semua) yang mempunyai kreativiti yang tinggi. Bahkan kebolehan berfikir mereka juga jauh melangkaui kanak-kanak biasa. Tetapi, kerena keistimewaan ini, mereka sering di lihat sebagai REBELLIOUS yakni yang suka memberontak dan tak dengar kata. Akibatnya, mereka sering di buli oleh rakan-rakan sebaya atau di tengki dan di herdik di rumah oleh ibu bapa. Indigo ini juga banyak penyakit. Dan penyakit mereka sukar di fahami oleh orangg sekiling. Hanya mereka yang memahami penyakit mereka dan mereka sendiri yang boleh pulihkan diri sendiri.

Jika anda menjawab lebih dari 15 "YA" daripada 20 soalan ini, bermakna anda seorang INDIGO (star children) yang di lahirkan sekitar 1970-1990an.

1- Ketika kecil anda berasakan diri anda seperti BANGSAWAN?
2- Ketika kecil anda rasa anda harus hidup di dunia kerana sesuatu misi?
3- Anda sering hadapi masalah displin dan tatacara dari kecil hingga kini?
4- Anda sering lakukan perkara berlainan dari apa yang di suruh?
5- Anda seorang yang kreatif?
6- Anda seorang yang punyai rasa simpati tinggi terhadap orang lain dan juga makhluk lain?
7- Anda suka berfikir tentang perkara abstrak seperti perihal ketuhanan, alam ghaib, Planet, falsafah dan seumpamanya?
8- Anda suka berkhayal?
9- Anda punyai abiliti seperti boleh menyembuh penyakit tanpa anda sedari?
10- Anda sering melihat entiti abstrak seperti 'cahaya di tepi anda', kabus bercahaya, dan seumpamanya?
11- Ketika kecil, anda sering di buli kerana anda tidak serasi dengan rakan-rakan anda yang lain?
12- Anda lebih suka menyendiri dari terlibat dengan masyarakat?
13- Anda akan aktif berbual bila ada rakan yang berbicara tentang falsafah, idea, perihal ghaib, planetary dan seumpamanya?
14- Anda payah untuk tidur malam bahkan aktif di waktu malam?
15- Anda cuba untuk mengenali diri sendiri kerana anda rasa anda 'berlainan' dari orang lain?
16- Anda suka memerhati kejadian alam dan sesuatu teknikal/mechnical/system?
17- Anda berasa sistem pemerintahan atau sistem dunia sekarang ini tidak sesuai untuk anda
18- Anda mudah berasa bosan bila membuat sesuatu perkara dan cuba membuat perkara lain pula?
19- Ada orang memberitahu anda bahawa pandangan mata anda seperti serigala/suka tenung/punyai aura yang kuat?
20- Anda sering mahu BUNUH DIRI bila sesuatu kehendak anda tidak di penuhi?
21- Anda berasa diri anda INDIGO?!

0 komentar: