Ketahui jenis naga dan jangan terkeliru |
Berikut adalah jenis-jenis naga
WYVERN
Lukisan DINOSOR + bersayap + bertangan, ia adalah di kenali sebagai WYVERN. Seperti gambar di bawah ini. Ia banyak di negara barat. Ia bersimbolkan kekuatan, ketegasan, Hak milik dan diraja. Ia juga di gelar sebagai TWO LEGS DRAGON.
Wyvern adalah Naga yang berkaki dua dan bersayap seperti dinosor |
1st Duke of MarlBoro yang mengunakan Wyvern sebagai lambang kekuatan mereka |
WESTERN DRAGON / THE BEAST
Manakala, lukisan seperti di bawah ini, DINOSOR + BERSAYAP + BERKAKI 2 + BERTANGAN 2, ianya NAGA EROPAH atau juga di kenali sebagai THE BEAST. Ia melambangkan kejahatan kerana mempunyai kelebihan dalam perbuatan sihir seperti boleh menyembur api, kulit kalis pedang dan api, air liur yang beracun, cakaran yang boleh menyebabkan mangsa berhalusinasi dan mati. Kerana itulah, banyak filem barat, kita saksikan mereka cuba membunuh NAGA ini. Barang siapa membunuh naga, seolah-olah telah membunuh satu raja yang tersangat hebat. Tiap sesuatu dari tubuh naga boleh memberi kelebihan pada sang pembunuh itu. Kulit, gigi, kuku, sayap dan sebagainya boleh menyebabkan seseorang itu kebal dari pedang, api, perbuatan sihir dan magik. Apapun, ianya hanya dalam mitos semata-mata. Yang pasti, tema naga memang punyai niche yang kuat sepanjang zaman. Antaranya seperti DRAGON BALL Z ini atau PENAMPAK NAGA DI KUALA LUMPUR ini?
Pembunuh Naga akan di kenang sebagai Pahlawan yang berani dan legenda |
SERPENT / EASTERN DRAGON
Seterusnya, adalah NAGA ULAR. Yang ini tersangat masyur di kalangan negara timur seperti CHINA, KOREA, JEPUN bahkan MALAYSIA, INDONESIA dan sebagainya.
ULAR + TIDAK BERSAYAP + BERMISAI + BERJANGGUT + PUNYAI 4 KAKI (TANGAN), itulah criteria naga dari timur ini. Naga timur ini milik sifat magikal yang pelbagai bahkan di kelaskan mengikut warna-warna tertentu. Nusanaga pernah mendengar lagenda PANJI SEMERANG yang di katakan membawa attribute Naga mengikut pengelasan color. Warna MERAH bermaksud PAHLAWAN, WARNA PUTIH bermaksud ALIM ULAMA, WARNA HITAM bermaksud PANGLIMA (berkaitan dengan ilmu kebatinan), WARNA HIJAU bermaksud ILMUAN berkaitan dengan alam, WARNA BIRU berkaitan dengan ILMU SAINS/TEKNOLOGI/KAJIAN HIKMAH, WARNA KUNING berkaitan dengan DIRAJA.
Naga timur bercirikan ular(serpent) yang memilik kuasa magikal |
Gerbang Naga di Surabaya Indonesia |
Ada juga di kaitkan dengan tunggangan sang raja dan juga dewa. Sebab itu di kaitkan naga dengan objek astronomi seperti Planet, Bulan, Bintang, Matahari dan sebagainya. Pendek kata, apa yang di kaitkan dengan orbit atau pusing serta putaran alami, pasti berkaitan dengan NAGA ini. Apapun, jangan tersilap 'naga' pula. Kenali, adakah ia NAGA ULAR, NAGA EROPAH (DINOSOR) atau WYVERN. Sekian.
0 komentar:
Posting Komentar