Searching...


.
4 Mei 2014
02.32 0

SYILING PULAU NANGKA BUKAN HARTA KARUN

tubepanas.blogspot.com
Syiling pertama yang di jumpai

tubepanas.blogspot.com
Gambar close_up
 Pada pukul 11.15 malam sebelum permit melakukan operasi di Pulau Nangka tamat, pihak syarikat yang bertanggungjawab mengorek pintu gua telah mendedahkan penemuan syiling emas bertulisan majapahit di kawasan pengalian itu.

Tetapi, setelah isu penemuan itu di besarkan, ternyata duit syiling itu bukanlah sisa harta karun akan tetapi syiling yang boleh di beli dari Indonesia dan internet. Bahkan pihak sejarah masih belum mengistiharkan penemuan itu shahih.

Berikut adalah laporan dari UTUSAN MALAYSIA.
DUA keping artifak dari tembaga berbentuk syiling lama yang dijumpai di Pulau Nangka semenjak berita penemuan dan pencarian harta karun di pulau tersebut menjadi bualan ramai di Melaka, semalam.

MELAKA 1 Mei - Penemuan dua artifak semasa proses pencarian harta karun yang dijalankan syarikat Smart Partnership International (M) Sdn. Bhd. di Pulau Nangka malam tadi masih belum boleh disahkan mempunyai kaitan dengan harta karun bernilai tinggi di pulau tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek negeri, Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata, kedua-dua artifak dipercayai tembaga berbentuk duit syiling itu perlu diserahkan terlebih dahulu kepada Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) untuk dianalisis bagi memastikan nilainya.
Menurutnya, kedua-dua artifak berkenaan juga dikatakan tidak mempunyai nilai tinggi seperti harta karun di pulau tersebut namun kajian perlu dijalankan sebelum diisytiharkan.
"Buat masa ini, kerajaan negeri masih belum boleh mengisytiharkan penemuan dua artifak tersebut sebagai harta karun sehinggalah harta karun sebenar berupa emas ditemui nanti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa membuat lawatan singkat bagi melihat dua artifak yang ditemui di tapak pencarian harta karun di Pulau Nangka, di sini hari ini.
Yang hadir sama Kurator Perzim, Nurman Mohd. Baroldin dan wakil Jabatan Warisan Negara, Ahmad Rashidi Abdul Ghani.
Artifak pertama dijumpai syarikat tersebut semasa menjalankan kerja mencari harta karun kira-kira pada pukul 11.15 malam tadi sebelum disusuli penemuan kedua pada pukul 11.30 malam.
Abdul Ghafaar yang juga Pengerusi Pembangunan Pulau Besar berkata, penemuan tersebut memberi petanda positif bahawa usaha syarikat berkenaan sejak le­bih empat bulan lalu semakin hampir menjadi kenyataan.
Justeru katanya, kerajaan nege­ri memberi tempoh lanjutan bagi syarikat tersebut untuk meneruskan pencarian kerana kerja yang dijalankan sudah berada di tahap ak­hir walaupun permit mereka berkahir semalam.
"Atas budi bicara, kita memberi peluang kepada Smart Partnership International (M) Sdn. Bhd. untuk menghabiskan kerja fasa kedua mencari harta karun tersebut dan jika tidak berjaya maka mereka perlu keluar (tamatkan pencarian)," ujarnya.
Sementara itu, beliau menjelaskan kerajaan negeri juga tidak menghalang syarikat kedua yang dijanjikan mengambil alih kerja tersebut untuk turut sama menjalankan kerja pencarian harta karun di pulau itu bermula esok.
"Bagaimanapun, syarikat kedua perlu bertemu kerajaan negeri terlebih dahulu kerana ada syarat yang perlu dipatuhi jika mahu memulakan kerja pencarian termasuk tidak boleh mencari di kawasan yang telah diusahakan syarikat pertama," jelasnya.
Sementara itu, Nurman membe­ritahu, pihaknya akan menjalankan kajian terhadap dua kepingan artifak berbentuk syiling itu bagi me­ngetahui statusnya secara terperinci sebelum dirujuk semula kepada kerajaan negeri.
"Namun begitu, tempoh kajian terhadap syiling berkenaan bergantung kepada keadaan makmal dan dijangkakan mengambil masa lama," katanya.

----------------

 Perihal Pualau Nangka dah di war-warkan dalam blog NUSANAGA tentang keunikan dan wujudkan suatu tinggalan ketamadunan lama. ANda boleh layarinya di SINI

tubepanas.blogspot.com
kalau syiling ini telah di beli dan di campakkan di lokasi, agaknya apa fikiran anda dengan tindakan sebegitu? Malukan kalau kantoi~
tubepanas.blogspot.com
kan dah kantoi. aduyai~

Berikut adalah syiling yang punyai pattern yang sama, di jual di internet. Apakah ada unsur sabotaj dalam penemuan syiling itu atau ianya suatu dayausaha pihak syarikat untuk menyambung permit pembongkaran harta karun di Pulau Nangka? Jika ianya benar beli dan di campakkan di situ atas niat-niat tertentu, maka.. SHAME ON YOU !!!


Kan dah kena, penyamun dengan Penyangak


0 komentar: