DILEMA MELAYU BAHAGIAN 1
Pernahkah anda membaca tulisan dari Tun. Dr. Mahathir yang bertajuk Dilema Melayu yang menjadi kontroversi pada zamannya itu? Berikut adalah PENDAHULUAN dari karyanya itu:-
Silalah komen dan share, ya?! like l Share : http://bit.ly/nusanaga
---------
Pendahuluan
Pendapat awal saya mengenai masalah yang sedang dihadapi oleh orang Melayu dibentangkan untuk
pertama kalinya sewaktu menjawab cabaran yang dikemukakan oleh Profesor Ungku Aziz, Profesor
Ekonomi (sekarang Profesor Diraja dan Naib Canselor) di Universiti Malaya.
Di dalam satu seminar yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1966, ketika membincangkan sebab-sebab lemahnyapencapaian pelajar-pelajar Melayu, saya telah menyebut, antara lain, tentang pengaruh keturunan danalam sekitar sebagai faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya masalah ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa lain-lain faktor seperti dasar pelajaran, kemudahan yang tidak mencukupi,kekurangan guru serta guru yang tidak cukup terlatih turut memainkan peranan dalam meningkatkan lagi peratus kegagalan di kalangan pelajar Melayu. Namun, pada hemat saya, faktor-faktor keturunandan alam sekitar tidak boleh diketepikan begitu sahaja tanpa diberi perhatian yang serius.
Pandangan yang sedemikian pada umumnya telah tidak dipersetujui oleh peserta-peserta seminar,
terutama sekali oleh Profesor Ungku Aziz sebab pandangan tersebut dikatakan memberi takrif bahawa
orang Melayu memang pada lahiriahnya adalah bersifat inferior atau rendandiri.
Oleh kerana sifat ini
dikatakan terdapat dalam zuriat orang Melayu maka ini bermakna is kekal turun-temurun. Ini bukanlah
apa yang saya maksudkan atau apa yang telah saya rumuskan. Tujuan saya ialah mahu menumpukan
perhatian kepada beberapa faktor hakiki yang merencatkan kemajuan orang Melayu,terutama faktorfaktor
yang boleh dibaiki. Jika amalan yang dianggap kurang baik itu diketahui dan diakui oleh umum,
maka lebih mudahlah untuk mengatasinya.Pada umumnya, orang-orang Islam, termasuk orang-orang
Melayu, memang tidak dapat menerima fikiran-fikiran moden mengenai evolusi manusia. Meskipun
begitu, orang Melayu sendiri mengakui bahawa ciri-ciri tertentu dalam diri seseorang itu diturunkan
dari ibu bapa kepada anak-anak mereka. Ini dapat dilihat dalam peribahasa Melayu yang berbunyi
"Bapa borek anak rintik". Maksudnya memang nyata. Kalau begitulah keadaannya bagi seseorang
individu, maka tentunya pengaruh keturunan juga memainkan peranannya dalam perkembangan
kelompok individu dalam sesuatu kaum.
Perkara yang umumnya tidak diketahui oleh orang-orang Melayu ialah kesan pembiakan seketurunan
atau pembiakbakaan dalam. Di dalam buku ini saya cuba menerangkan bagaimana hukum genetik, yang
menentukan penyaluran ciri-ciri keturunan, dipengaruhi oleh pembiakan seketurunan dan lain-lain
amalan perkahwinan. Pemikiran yang berdasarkan kepada prinsip-prinsip sains telah banyak didapati
mengenai pembiakan seketurunan dan kesannya terhadap masyarakat manusia. Malahan Cyril Dean
Darlington, seorang ahli genetik British, di dalam bukunya “The Evolution of Men and Society”,
memberi pendapat yang ekstrem bahawa evolusi masyarakat manusia ditentukan oleh baka. Menurut
beliau, tamadun akan berkembang maju atau runtuh mengikut penentuan baka. Beliau menyatakan
bahawa apabila sesuatu golongan pemerintah berkuasa, mereka akan cuba mengekalkan kuasa mereka
melalui pembiakan seketurunan tanpa membenarkan kemasukan baka-baka barn ke dalam keturunan
mereka. Amalan begini, menurut Darlington, telah mempercepatkan kejatuhan pemerintahan Firaun,
Ptolemy dan Caesar.
Hipotesis yang menarik ini umumnya agak keterlaluan untuk diterima oleh semua orang, termasuklah
orang-orang bukan Islam. Bagaimanapun, Darlington cuma menyentuh mengenai soal perkahwinan di
antara saudara kandung, satu amalan yang tidak terdapat langsung di kalangan orang-orang Melayu.
Walau bagaimanapun, takrif moden mengenai pembiakan seketurunan termasuklah amalan
perkahwinan di antara sepupu atau kaum keluarga yang dekat. Amalan begini agak biasa berlaku di
kalangan orang-orang Melayu. Pengaruh keturunan boleh juga menimbulkan kesan yang buruk di dalam
masyarakat yang menggalakkan setiap orang berkahwin, tidak kira sama ada orang itu sihat atau tidak.
Oleh itu orang-orang yang cacat tubuh badan dan otak juga dikahwinkan dan beranak pinak.
Sesungguhnya memang diakui bahawa pembiakan seketurunan tidaklah berleluasa di dalam
masyarakat Melayu, namun tidak dapat dinafikan bahawa pembiakan begini adalah lebih kerap
berlaku di kalangan masyarakat Melayu kalau dibandingkan dengan kaum terbesar yang lain di
Malaysia — iaitu masyarakat Cina. Sebaliknya adat perkahwinan orang Cina menghalang pembiakan
seketurunan. Kalau begitu, memang wajarlah dikatakan bahawa pembiakan seketurunan dan amalan
kahwin paksa di kalangan orang-orang yang cacat telah menyebabkan peratus manusia yang gagal di
kalangan orang Melayu lebih tinggi kalau dibandingkan dengan kaum-kaum lain.Keterangan ini
diberikan sebagai men-galas serta menyokong pandangan saya itu. Walau bagaimanapun, penerangan
ini tidak pula diharapkan akan diterima dengan mudah. Implikasi pandangan begini adalah terlalu
merungsingkan sebab ia tidak pula memperlihatkan harapan bagi pemulihan yang mudah dan
cepat.Faktor-faktor alam sekitar yang mempengaruhi keadaan orang Melayu kurang kontroversinya.
Memang lebih senang kalau hendak menyalahkan faktor-faktor luaran daripada faktor-faktor dalaman.
Lagipun, alam sekitar adalah lebih senang untuk dibetulkan, dan berbeza daripada faktor keturunan, ia
memperlihatkan harapan bagi pemulihan yang mudah.Selepas membincangkan beberapa faktor yang
telah mempengaruhi evolusi orang Melayu, memangwajarlah diteruskan usaha mencari dan
menganalisa lain-lain faktor yang telah menyebabkan kedudukan orang Melayu sebegitu rupa seperti
yang terdapat sekarang ini. Rupert Emerson yang menulis darihal kuasa orang Melayu di Kedah dalam
bukunya “Malaysia”, menyatakan bahawa “(mereka) terpaksa berjuang dalam keadaan tersepit dan
selepas setiap perjuangan itu kuasa autonomi mereka hilang sedikit demi sedikit”. Perkara yang
menjadi kenyataan bagi orang-orang Melayu di Kedah ternyata kebenarannya bagi orang-orang
Melayu di negeri-negeri lain. Kini, seperti juga di masa-masa dahulu, orang Melayu mempunyai
keinginan untuk memperkukuhkan hak-hak yang diperuntukkan kepada mereka dan yang dianggap
memang milik mereka, tetapi di samping itu mereka juga mahu bersopansantun, beradab dan
bertimbang rasa terhadap hak-hak dan tuntutan orang lain. Dalam sanubari mereka terasa bahawa
walau apapun yang mereka buat dan persetujui, semuanya akan beransur-ansur terlepas dari
kekuasaan mereka; dan lamakelamaan mereka tetap kehilangan tanah air mereka sendiri. Inilah Dilema
Melayu.
Buku ini diterbitkan bukanlah dengan maksud hendak mencari kepopularan dari kalangan masyarakat
tertentu di Malaysia. Malahan, sebaliknya besar kemungkinan is akan menimbulkan rasa tidak puas
hati di kalangan golongangolongan tertentu dan kemarahan dari kalangan golongan lain. Tiada maaf
yang dipinta — apa yang saya tulis telah ditulis dengan ikhlas.
Mahathir b. Mohamad
Pondok Maharizan Batu 6, Titi Gajah
Kota Setar,Kedah 1970
0 komentar:
Posting Komentar