Searching...


.
18 Apr 2014
23.17 0

ANALISA GBP/USD





ANALISA GBP/USD

Ini adalah kali pertama saya publish analisa saya yang tak seberapa. Saya newbie je. Masih baru dalam dunia forex. Tetapi, tika dalam dunia ini, saya mulai dapat melihat peranan money exchange/tukaran wang asing atau singkatan FOREX dalam mengukuh lemahkan sesuatu ekonomi negara.
Dari ekonomi negara, ia berkaitan dengan sistem politik dan perundangan negara tersebut. Dari situ, ia mengawal eco-sosial rakyat. Dalam mengawal eco-sosial itu, ia di kendalikan oleh pihak militari dan polis. Justeru itu, ia berkaitan dengan keselamatan negara. Oleh yang demikian, FOREX sememangnya sesuatu yang cukup berkuasa.

Ingat zaman kemelesatan ekonomi 1999? Malaysia di landa krisis ekonomi kerana seorang pedagang besar (ikan jerung) bernama GEORGE SOROS? Baru-baru ni pada bulan 2, dia 'pam' duit ke dalam AUS (australia). Tak sampai 2 jam, dia dapat Trillion Dollar. Tapi, yang azabnya; pair Australia vs US dollar jatuh kaw-kaw pada hari itu.
Yahudi menguasai dunia FOREX. Bukannya FOREX di buat oleh Yahudi. Kena faham tu. Yahudi kuasai dagangan mata wang asing kerana mereka punyai aset. Melayu ada aset tetapi banyak habis ke tempat lain. Bab tu malas nak sembang kat sini, kang jadi debat.

Kami ikan bilis dalam dunia FOREX ni, cuma nak ambil 0.00000001% dari TRILLION DOLLAR yang di niagakan dalam pasaran antarabangsa. Walau nak ambil sikit, tu pun tetap rugi jugak. Adat berniaga begitulah. Berniaga ada barangnya. Wang itulah barangnya. Kedainya dalam komputer kami. Pelanggannya dari serata dunia. Kami jual USD, pembeli dari GBP akan datang membeli.
Mereka jual GBP, kami pun tukar dengan USD. Begitulah dengan pair-pair lain.

Baiklah, ini adalah analisa GBP vs USD dari saya dari TimeFrame WEEKLY.
Kenapa Weekly? Ini kerana saya cuba melihat pola pergerakkan GU ini, samada sudah abis RANGE Uptrand atau belum. Ternyata, ia menghampiri penghabisan UPTREND. Maka, saya lakukan analisa mengikut kefahaman dan teknikal saya.

Teknik saya ni pakai FIBO saje. Tetapi dah di uah suai. Saya memanggilnya STARGUARD (start to guard). Guna TrendLine sikit. Masa entry nanti, mungkin pakai ZIGZAG dan MA 55. Kenapa MA 55? Kerana MA 50 adalah pembahagi market. Jadi, saya perlukan lagi 5% untuk konpemkan trend. Jika market melepasi MA55, maka ia valid SELL atau BUY.
Tetapi, bukan setakat itu. haruslah ia di validkan lagi dengan pelbagai strategi lain. Lain orang lain strateginya. Apapun, analisis GU ini sesuai untuk para SWINGER.




Dari rajah:-
1- Pada minggu 2 dan 3 bulan APRIL, market akan menurun sehingga 1.6630-1.6620
2- Akhir bulan APRIL market akan naik sehingga 1.68-1.72
3- Setelah mencapai HIGHEST, dia akan mulai menurun (NOTA: Jika market meneruskan arah melepasi 1.71, maka segala analisa ini tidak VALID lagi)
4- Market akan turun sehingga 1.65 - 1.56
5- Kemudian, ia akan melakukan market correction yakni naik kembali sehingga paras 1.62-1.65
6- Kemudian, ia akan turun kembali sehingga paras 1.57 - 1.50
7- Jika market melepasi 1.49, maka market valid DOWN TREND sehingga 1.47 - 1.42 untuk melakukan DOUBLE BOTTOM, sebelum terbang kembali
8- Jika market mulai naik kembali, besar kemungkinan ia akan TERBANG sehingga paras 1.76 - 1.96

Apapun, ia cuma analisa dari seorang yang tiada pengalaman. Jadi cuba rujuk kepada para masta dan sifu anda. Sebarang kerugian akibat dari analisa ini tidak di tanggung oleh saya. Saya buat analisa berdasarkan ilmu saya. Anda kena lah compare dengan ilmu dan teknikal anda juga. MM (money management) sila jaga. Berhati-hati bila TRADE. Ingat, JANGAN MAIN FOREX, NIAGA FOREX.
Kuasa di tangan anda. TAYOR BAYOR SAYOR. Wassalam

0 komentar: