Searching...


.
Tampilkan postingan dengan label malaysia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label malaysia. Tampilkan semua postingan
12 Jun 2015
11.12 0

Peta Malaysia Berubah Akibat Gempa Gunung Berapi



Mungkin ramai yang tidak tahu kenapa sejak akhir-akhir ini kita dilanda gempa bumi. Ingatkah anda beberapa tahun dulu, kita pernah dengar kisah kawasan di Janda Baik alami gegeran seperti gempa bumi. Maka ramailah berspekulasi tentang akan keluar naga dan sebagainya.

Dan baru-baru ini, kita di landa sesuatu yang tak pernah terlintas dibenak kita yakni gempa di dalam negara Malaysia sendiri. Punca gempa adalah di Ranau sabah dan kemalangan maut yang mendapat perhatian dunia ialah di Gunung Kinabalu.

Maka, ramailah mengatakan bahawa semangat Gunung telah marah kerana perbuatan sekumpulan NUDIST berbogel di puncak gunung tersebut. Apapun, adat dan kepercayaan tempatan memang tidak boleh di nafikan.

Tapi tahukah kita bahawa Malaysia sememangnya berada di tepian punca gempa bahkan sempadan dengan Lingkaran Api Gunung Berapi. Jadi mahu tidak mahu, Malaysia sememangnya terdedah dengan risiko gempa bumi dan gunung berapi walaupun ianya bukan dalam negara kita.

Dan tahukah anda bahawa Malaysia pada zaman dahulu kita berada di kawasan gunung berapi dan banyak gunung kita ini adalah gunung berapi yang mati dan tidak aktif. Tapi, andai kata di kejutkan dengan pelbagai siri gempa. Yang mati pun boleh hidup kembali dan yang tidak aktif pun boleh meletus kembali. Kita mungkin ingat letusan Yellow Stone di Amerika akan mengubah dunia, tapi mungkin ia boleh berlaku di sini. Pelbagai report telah mengatakan terdapat perubahan di sekitar Gunung Kinabalu seperti air mulai jadi panas, buih pekat keluar dari sungai dan ada batuan mengeluarkan seakan cecair lava walau sedikit saja.

Jadi, ubahlah cara kita kerana sememangnya kita berada di akhir zaman dan bumi kita sedang berubah. Malaysia kena ubah kepada kehidupan yang lebih baik lagi kerana kita tidak tahu, mungkin sekarang atau 100000 tahun lagi, peta Malaysia akan berubah sebagaimana pernah terjadi letusan hebat dulukala.
5 Jun 2015
23.29 0

Di sebalik pintu program Dialog dengan PM



Ini adalah re-post apa yang dah postkan dalam facebook dari seorang bernama 'fariz'. Dan mungkin dia pun repost dari rakan-rakannya yang berada di Program NGO, #nothingtohide 1MDB bersama PM, Dato Seri Najib Razak dengan NGO (dan juga lagenda Malaysia, Tun.M). Berikut adalah apa yang di repostkan itu:-


Program Dialog PM Bersama NGO ‪#‎NothingToHide‬.

Sebabkan aku ada disana biarlah aku cerita serba sedikit kronologi apa yang berlaku pagi tadi:

1) Pendaftaran memang dalam keadaan kelam kabut kerana sambutan yang luar biasa, berlebihan berbanding jemputan. Sepatutnya proram ini menjadi sebuah program tertutup dimana wakil NGO sahaja yang akan hadir berdasarkan jemputan tetapi setelah Tun M mengumumkan kehadiran beliau semalam petang maka ramai yang tak berkenaan juga turut hadir.
2) Setelah masuk ke dalam dewan keadaan dewan memang penuh sehingga hadirin bersesak sesak sekeliling pentas. Aku yang dapat invitation pun terpaksa berdiri selama 2 jam lebih.
3) Dimaklumkan yang Tun M telah datang dan menunggu di Holding Room.
4) MC membuat pengumuman pertama yang IPG telah mengeluarkan arahan agar program ini terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan semua. Tetapi pihak penganjur masih sedang berunding dengan pihak polis.
5) Dato Khairul, Pengerusi Sukaguam cuba untuk membuat pengumuman tetapi terpaksa berhenti apabila Rombongan Tun M masuk ke dalam dewan dan duduk di atas pentas. Maka pihak MC mengumumkan yang program akan ditunda dan mengizinkan Tun M berucap di atas kapisiti sendiri dan bukan dibawah kelolaan program. Tun M sedar akan perkara ini.
6) Pihak Penganjur juga sedia maklum yang sebenarnya DS Najib telah dalam perjalanan ke PWTC tetapi terpaksa membatalkan kehadiran kerana arahan pihak polis.
7) Setelah Tun M berucap selama 5-6 minit pihak polis telah datang dan menegur Tun M secara berhemah untuk menghentikan ucapan. Kemudian Tun M menjalankan PC diatas pentas bersama pihak media.

Konklusinya, There is Nothing to hide here. Sebab secara logiknya pun sesuatu situasi takkan berlaku aman jika dua penyokong berada pada satu kawasan yang sama. Diolog akan berubah menjadi Debat yang tidak akan dapat memutuskan persefahaman untuk keamanan. Hentikanlah menuding jari sama ada Tun M ataupun DS Najib.

--------------------


Admin: Polis mengatakan kawalan keselamatan yang buruk di PWTC menyebabkan PM dinasihati supaya tidak hadir. Cuma Admin terfikir, PWTC adalah sebaik-baik kawalan dan pusat UMNO BN. Kenapa pula boleh dikatakan keselamatan buruk? Ini akan membawa suatu persepsi buruk kepada PM dan PWTC yang jadi mercu tanda UMNO BN juga.  Dan takkanlah tika PM datang ke suatu tempat, escort polis tidak mengiringi dan mengawal untuk PM. Admin tak mahu panjangkan persoalan, cuma mahu kita sama2 berdoa, agar malaysia bebas dari bala bencana terutamanya selepas kita kena gempa bumi di ranau, sabah. 
15 Feb 2015
15.30 0

WANITA UMNO VS WANITA PAS


Video ni dah lama tubepanas buat dan tak sangka ianya masih viral. Bukan sengaja tubepanas nak api-apikan kedua belah pihak tapi kekadang kita jadi bosan dengan pergaduhan antara kedua belah pihak. apapun, di harap suatu masa nanti, kedua parti peneraju melayu ini bergabung dan cetuskan sesuatu kegagahan dalam masa kita sedang menjunam jatuh
31 Jan 2015
16.48 0

MISS NINA AJAK BERHIJAB DI KLCC



Sejak miss Nina berhijrah ni, banyak aktiviti dah dia buat. Bagus tu. Camne, tak perlu nak seksi-seksi untuk tarik orang. Pakai hijab pun dapat tarik perhatian orang pe?!

KUALA LUMPUR: Duta WHD dan sekumpulan Muslimah muda mengadakan perhimpunan yang akan diadakan bersempena sambutan itu pada 1 Februari, menurut penganjurnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Penyanyi Shazrina Azman yang lebih popular dengan nama Mizz Nina, akan berkongsi pandangan dan pengalaman dengan orang ramai sebagai pemakai 'hijab' pada Hari Hijab Sedunia (WHD) Malaysia di Taman KLCC esok.

Hari Hijab Sedunia yang diilhamkan warga New York, Nazma Khan, dan disambut di 116 negara setiap tahun sejak 2013, antara lain bertujuan memupuk toleransi dan persefahaman tentang pemakaian hijab.

Acara itu yang akan bermula pada 11 pagi, akan turut mempromosi gaya berhijab secara profesional dan diiringi pertandingan menarik.

Hadirin digalakkan membawa hijab untuk diderma kepada Muslimah yang terjejas oleh banjir di pantai timur baru-baru ini. Perkhidmatan membungkus sumbangan juga disediakan di venue sambutan itu.
- BERNAMA

link: http://www.bharian.com.my/node/32562
16.41 0

SELANGOR DAH BANGKRAP?



isk isk isk... sejak tukar MB baru ni, selangor dah mula bangkrap?! Kenapa dan apa dah jadi? Ada kaitan ke dengan perihal tukar MB baru?

KUALA LUMPUR - Mengikut kajian data  dari Jabatan Insolvensi, kes bangkrap yang direkodkan sejak 1924 hingga tahun lepas adalah 265,564 kes dengan lebih separuh iaitu sebanyak 144,474 kes direkod sepanjang tahun 2007 hingga 2014, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Kuala Lumpur pula mencatat 3,279 kes diikuti Johor Baharu (2,699 kes), Pulau Pinang (1,579 kes) dan Kedah (1,076 kes).

Selangor merekodkan kes bankrap tertinggi dengan 6,668 kes daripada jumlah 22,305 kes yang direkodkan di seluruh negara, sepanjang tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.
   
Nancy berkata, peningkatan kes bankrap dilihat ketara sejak 2007 dengan 13,238 kes direkodkan dan didaftarkan, meningkat kepada 13,855 kes (2008), 16,228 kes (2009), 18,119 (2010), 19,167 (2011), 19,575 kes (2012) dan 21,987 kes (2013).
  
Antara punca bankrap ialah kes sewa beli kenderaan yang telah meningkat dengan ketara sejak 2007 hingga tahun lepas dengan mencatat 39,082 kes, katanya. 
  
Ini diikuti pinjaman perumahan dan pinjaman peribadi yang masing-masing mencatatkan 25,616 kes dan 24,041 kes untuk tempoh lapan tahun tersebut.
  
Pekerja sektor swasta merupakan golongan terbanyak yang menghadapi kes kebankrapan dengan sebanyak 47,403 kes direkodkan sepanjang 2007 hingga 2014 diikuti peniaga (17,024 kes), pekerja sendiri (9,837 kes), professional (5,295) dan sektor awam (3,959 kes), katanya. - Bernama
23 Sep 2014
00.28 0

ISU PANAS: Sindiket Pukau Pak Arab Mulai Kembali Menganas





Sedikit masa dulu, pernah panas berita tentang kejadian pukau yang melibatkan orang awam dan kedai-kedai tertentu yang menjadi mangsa pukau oleh beberapa sindiket dari warga asing. Apabila ianya mulai kecoh, operasi mereka mulai diam dan senyap begitu saja. Kini, mereka kembali.

Kejadian terbaru yang berlaku di KULIM, Kedah baru-baru ini mulai mendapat perhatian masyarakat. Operasi mereka cukup mudah. Mereka akan bertanya pada kita untuk menukar duit yang lebih kecil atau mahu menukar duit luar negara kepara RM50 yang kita ada.

Semasa kita sedang mahu menukar duit, mereka akan melihat laci kaunter atau beg duit kita. Pada ketika itu, kita tidak merasa apa-apa curiga, sedangkan perilaku begitu menunjukkan mereka sememangnya berniat jahat. Jika kita terus terpukau dengan ilmu sihir mereka, akhirnya kita akan berikan semua duit yang ada dalam beg duit atau laci kita dengan suka rela.

Perkara ini cukup merungsingkan kerana kebanyakkan mangsa adalah tergolongan dari golongan wanita. jadi, sila berhati-hati andai ada warga asing yang tiba-tiba menyapa anda dan mahu menukar duit dengan anda. Jika anda sedar kejadian ini, sila laporkan kepada pihak berkuasa dengan kadar segera. Sila Share matlumat ini demi kebaikan bersama


18 Sep 2014
22.35 0

INFO: Tips Dan Pantang Larang Orang Tua

Sedikit tips utk yg m'cari asal usul & keturunan.

X boleh mkn ikan tapah- keturunan bgswn kampar,
x boleh mkn ikan kekacang- darah syed hussien jamadil kubra.
X boleh makan ikan pisang- darah raja2,
x boleh mkn rebung buluh betung-keturunan anak buluh betung t'masuk darah Puteri Saadong.
X boleh mkn kerbau balar & pisang raja udang-darah raja rawa.
Kahwin kena ada wrna kuning wlu secebis-anak keturunan Puteri Sangkar Bulan (sbghn keturunan Rawa, bkn semua).
Lahir kena sambut dgn kain kuning-kebanyakan ktrnn raja terselindung yg msh mengamalkan terutama yg sulit melahirkan (kebiasaan anak sulung) t'masuk menembak ke udara dgn senapang.
Buat adat b'jejak tanah- keturunan raja t'tentu cth Kelate, Phg, Jawa & Rawa (beza2 ikut adat msg2 & ada pntg larang sblm umur berjejak).

Pntg guna pinggan & gelas sumbing @ serpih (ktrnn bunian),
X boleh @ elakkan mkn labu bg keturunan pahlawan (petua x lut senjata org dlu2), labu yg dibuat sira sunnah Nabi tu adalah labu merah (labu ada mcm2 jenis).


Bagi org yg t'kena santau
perkara paling pantang ialah segala jenis rebung, nenas & belimbing asam. (Semua mknn yg bisa2 masam, tajam dan angin)
Bagi yg mgkin kena santau seteru, x boleh mkn segala jenis rebung, limau n & daging kambing, kerana akan jatuh sakit semula, sakit melarat tidak sembuh2.
Stgh org x boleh mkn bende2 gatal mcm udang, udang kering, sotong, belacan etc.
Daging kambing sunnah nabi, mknlah ia tidak haram cuba akan jd mudarat umpama racun bg org yg sudah t'kena penyakit t'tentu cth santau seteru.
Daging kambing & daging merah elok dikurangkan bg org2 yg cepat naik darah, mudah marah & pns baran.
Kurangkan mknn b'darah & cuba b'henti makan organ dalaman binatang (ati, limpa, perut etc) jika t'kena sakit misteri. Andai t'lalu suka benda2 begini, b'kemungkinan itu bknla anda.
*air gunung, air kolah masjid (terutama dari 7 masjid dlm kwsn berbeza), air zam zam, limau purut, limau kasturi, sirih dan bunga2an tropika yg wangi sgt mujarat dlm pengubatan.
15 Sep 2014
13.14 0

ISU SEMASA: Dr. Mahathir Pandu Uji Proton IRIZ





Tun Mahathir a.k.a Bigboss Proton sendiri dah test drive kereta ini dan merupakan model pertama sejak beliau dilantik sebagai Pengerusi Proton yang baru. Kereta ini juga telah menjalani beberapa safety test dan mendapat penarafan lima bintang ANCAP. Terbaik!


11 Sep 2014
23.03 0

ISU SEMASA: Apa Nak Jadi? Soalan UPSR BOCOR lagi

 

Apa Nak Jadi? Soalan UPSR BOCOR lagi


Setelah beberapa kali soalan bocor, sudah pasti suatu method baru harus di kaji dan pembocor soalan itu harus menangungg sepenuh tanggungjawab terhadap peristiwa yang sedang berlaku ini.

“Sesiapa yang mengendalikan kertas-kertas peperiksaan ini tidak mempunyai integriti,” kata presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar.

Pendapat Akhbar dipersetujui Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed yang turut berkata pesalah sepatutnya dikenakan hukuman setimpal kerana ini bukan kali pertama kertas peperiksaan didapati bocor.

Kertas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) ada kemungkinan bocor ketika proses pemindahan kertas peperiksaan dari pencetak ke sekolah.
“Kita perlu melihat semula ‘standard operating procedure’ dan memastikan mereka yang mengendalikan kertas-kertas peperiksaan ini mempunyai integrity kerana ianya adalah posisi yang berisiko tinggi.
“Ini sangat memalukan dan telah memberi impak kepada prestij ke atas negara ini. Bilakah kita akan belajar?,” kata Akhbar, merujuk kepada insiden kertas peperiksaan bocor yang pernah berlaku pada lepas, bukan sahaja pada kertas peperiksaan UPSR tetapi juga peperiksaan kebangsaan yang lain.
6 Sep 2014
14.18 0

ISU SEMASA: Kecewa Ujian Online Kastam W41 Sesak


Pada Sabtu 6 september 2014, ramai calon yang menduduki ujian PSIKOMETRIK secara online telah kecewa kerana dari pagi hari, mereka menunggu untuk memasuki ruang soalan yang tidak kunjung tiba.

Mungkin akibat server down, ramai calon mulai mengamuk dan melepaskan rasa kecewa di facebook. Ada yang dapat akses tapi bila masuk ke ruangan seterusnya, keluar notis "Maaf.. Peperiksaan ini telah tamat.."

Lebih sedih, keluar notis sebegini:-




Jadi, apakah langkah yang harus di ambil dari kekecohan yang berlaku ini. Calon yang terlampau ramai dalam sesuatu masa akan menyebabkan server down dan crash. Bahkan, ini merupakan ujian yang penting bagi mereka yang mahu mencari kerja. Atau apakah benar 'teori konspirasi' tentang "UJIAN INI HANYALAH PENGALIH TUMPUAN. JAWATAN INI SEBENARNYA TELAH DI ISI MELALUI KABEL" 


3 Sep 2014
14.42 0

ISU SEMASA: Sabah Gempar Cahaya Tongkat Langit





cahaya merah yang terpancar di langit di pantai barat Sabah antara jam 8 hingga 10.30 malam


KOTA KINABALU: Cahaya garisan panjang yang dikatakan muncul antara jam 8 hingga 10.30 malam, kemudian tersebar meluas menerusi laman sosial serta aplikasi WhatsApp mencetuskan misteri kepada penduduk SABAH.
 

Difahamkan, cahaya itu dikatakan bukan saja dilihat sekitar daerah Putatan, Penampang dan Papar, malah didakwa kelihatan jelas di Limbang, Sarawak.

Fenomena 'Light Pillar' atau turut disebut 'Sun Pillar' itu pernah berlaku di negeri ini, namun tidak dihebohkan. Difahamkan, Light Pillar adalah fenomena optik yang dibentuk oleh pantulan cahaya bulan atau matahari ke atas hablur ais dalam atmosfera, selain terbentuk melalui sumber cahaya lain seperti lampu jalan.


Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malik Tussin, tidak menolak kemungkinan cahaya terbabit muncul disebabkan fenomena 'Light Pillar' iaitu pantulan cahaya ke atas hablur ais di awan. 

2 Sep 2014
20.00 0

ISU SEMASA: Chong Wei kecewa kerana gagal



"Saya kecewa kerana kita gagal menamatkan badi selama 37 tahun namun saya turut bersimpati dengan Chong Wei yang telah mencuba sedaya upaya untuk menang namun nasib lebih memihak kepada Chen Long," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan akhir kejohanan itu di sini.

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) hari ini memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kegagalan skuad negara menghadiahkan gelaran dunia sempena Hari Kemerdekaan ke-57, Ahad.
  
Timbalan presidennya Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata beliau kecewa dengan persembahan skuad negara pada Kejohanan Dunia BWF 2014 di sini kerana gagal mengakhiri kemarau gelaran sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1977.
  
Beliau turut bersimpati dengan nasib Datuk Lee Chong Wei yang terus kempunan untuk memenangi kejuaraan dunia sulungnya walaupun telah memberikan persembahan terbaik menentang pemain nombor dua dunia, Chen Long dari China.
  
 Bagaimanapun, beliau bangga dengan peningkatan persembahan yang dipamerkan oleh perseorangan utama wanita negara, Tee Jing Yi walaupun kalah seawal pusingan kedua kepada juara dunia baharu, Carolina Marin dari Sepanyol.
 
Pilihan kesembilan itu melakar sejarah tersendiri selepas muncul pemain Sepanyol pertama muncul juara dunia selepas mengejutkan juara Olimpik dan pilihan utama, Li Xuerui dari China dengan kemenangan 17-21, 21-17 dan 21-18.
  
Malaysia gagal meraih sebarang kejuaraan selepas sebahagian besar wakil negara termasuk pemain wanita negara tersingkir pada pusingan awal kejohanan.
  
Kejohanan Dunia 2015 bakal diadakan di Jakarta, Indonesia. Mohamad Norza berkata BAM akan terus mempertingkatkan usaha dalam mengetengahkan pemain pelapis bagi menggantikan pemain senior sedia ada.
  
Katanya skuad negara tidak boleh terus mengharapkan Chong Wei untuk terus menghadiahkan kejayaan untuk negara dalam sesuatu kejohanan.
  
Justeru, katanya BAM akan cuba mencari pelbagai kaedah untuk memastikan pemain pelapis yang sedia ada akan terus dilatih dan diberi pendedahan bagi mencari pengganti Chong Wei. - Bernama
14.29 0

ISU SEMASA: Tujuh lagi jenazah MH17 di bawa pulang

  • Jenazah mangsa MH17 kumpulan ketiga dibawa turun. - Foto Sinar Harian

 

    • SEPANG - Suasana semakin pilu apabila hujan renyai mula membasahi pekarangan Kompleks Bunga Raya. Pesawat kormersial MH19 yang membawa tujuh jenazah rakyat Malaysia dan dua rakyat Belanda serta Lima jenazah dibawa dalam keranda dan empat lagi dalam bekas abu itu memasuki pekarangan Kompleks Bunga Raya kira-kira jam 8.30 pagi. Sembilan jenazah mangsa nahas MH17 selamat selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 6.37 pagi tadi.

      Sebaik pesawat yang dipandu Kapten Azlan Aboo Bakar berhenti di hadapan khemah utama yang menempatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 dimulakan.

      Ahli keluarga dan hadirin yang hadir memberi sepenuh tumpuan di saat jenazah pertama iaitu Kapten Wan Amran Wan Hussin diturunkan daripada pesawat.

      Turut diberi penghormatan pada hari ini dua rakyat Belanda, Paul Goes dan Fan Shun Po.
      Tepat jam 8.58 pagi sebaik jenazah terakhir dimasukkan ke dalam kenderaan jenazah, hadirin diminta berdiri dan bertafakur selama seminit.

      Lima jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan dan tempat persemadian menggunakan kenderaan jenazah manakala empat jenazah lagi akan diterbangkan menggunakan dua buah helikopter EC725.

      Dua jenazah akan diterbangkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang manakala dua  jenazah ke Bukit Mertajam dan Teluk Intan.

      Bagi penerbangan ke Bukit Mertajam, jenazah terlebih dahulu dibawa ke Taman Skyline, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dengan kenderaan jenazah sebelum diterbangkan ke Bukit Mertajam.
      31 Agu 2014
      08.30 0

      ISU SEMASA: MAS akan buang 14000 kakitangannya

      KUALA LUMPUR: Antara perkara paling utama dalam pelan pengstrukturan semula 12 perkara yang diumumkan oleh Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mohktar hari ini adalah penubuhan syarikat baru (NewCo) dimana akan menjadi ‘rumah’ baru buat syarikat ‘MAS’ lama dengan perpindahan 14,000 kakitangan. Proses perpindahan itu yang termasuk operasi, aset dan liabiliti dari “MAS lama”(OldCo) kepada NewCo akan disempurnakan menjelang 1 Julai tahun 2015.

      Penstrukturan semula syarikat penerbangan negara Sistem  Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) bakal meyaksikan syarikat bermasalah itu akan mengurangkan tenaga kerjanya dari 20 ribu kaki tangan kepada 14 ribu orang, pengurangan 30 peratus dari tenaga kerja sedia ada.

      Dari 6,000 pekerja yang akan dihentikan perkhidmatan mereka, 3,500 daripadanya akan ditawarkan pekerjaan di bawah anak-anak syarikat Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) sementara selebihnya akan ditawarkan Skim Perpisahan Sukarela (VSS).


      Syarikat NewCo mensasarkan untuk kembali meraih keuntungan dalam tempoh tiga tahun dari tarikh OldCo dinyahsenarai yang disasarkan akan berlangsung akhir tahun ini. NewCo akan menyaksikan perubahan kepada model perniagaan untuk mengambil kira struktur kos operasi yang lebih rendah selain melihat penjimatan dari usaha rundingan semula dan kontrak pembekalan termasuk pelaksanaan kos buruh yang akan kembali mengfokuskan kepada laluan serantau yang lebih menguntungkan berbanding kepada laluan jarak jauh yang tidak menguntungkan.

      Di bawah pelan terbabit yang akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan, Khazanah akan memperuntukkan RM6 bilion dalam  bentuk dana pelaburan kepada NewCo secara berperingkat-peringkat dan syarat yang lebih ketat untuk tempoh tiga tahun.

      NewCo juga mensasarkan untuk kembali menyenaraikan kembali MAS dalam tempoh tiga sehingga lima tahun, iaitu dianggarkan dapat dicapai pada akhir 2017 sehingga akhir 2019.

      Dari segi kepimpinan syarikat pula, Ahmad Jauhari Yahya akan terus menerajui syarikat OldCo sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan sewaktu tempoh peralihan selama 10 bulan sehingga 1 Julai 2015, tarikh dimana NewCo disasarkan untuk mula beroperasi.

      Turut diumumkan, lembaga pengarah OldCo akan tetap beroperasi seperti biasa sehingga satu tempoh yang akan dimumkan kelak.

      Khazanah juga akan mula mencari individu yang bakal mengisi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif NewCo dengan calon-calon akan dipilih dari bakat tempatan dan antarabangsa yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang penerbangan global. Pengumuman mengenainya dijangka dibuat menjelang akhir tahun ini.
      30 Agu 2014
      13.00 0

      ISU: Remaja 15 tahun mengandung anak lelaki mati kemalangan

      KUALA TERENGGANU - selepas dihantar ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran kediaman mereka, Selasa lalu, selepas mengadu sakit perut., remaja yang merupakan pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Besut itu disahkan mengandung!

      Lebih Malang! Seorang remaja berusia 15 tahun bukan sahaja terpaksa menanggung aib apabila disahkan mengandung tujuh bulan, malah lebih malang apabila mengetahui ‘ayah’ kepada anak di dalam kandungannya itu sudah meninggal dunia April lalu akibat kemalangan.

      “Mangsa mengakui melakukan hubungan seks dengan suspek pada pertemuan pertama iaitu awal tahun ini.

      “Bagaimanapun, selepas mengetahui teman lelakinya itu meninggal dunia akibat kemalangan berhampiran Kampung Raja, Besut, April lalu, mangsa bertindak membeli alat ujian mengandung sebulan selepas itu iaitu Mei lalu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya.

      Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum itu, mangsa sudah mengetahui yang dirinya mengandung, namun mendiamkan diri kerana takut.

      Menurutnya, mangsa mendakwa berkenalan dengan suspek melalui telefon sebelum membuat keputusan berani untuk bertemu di pantai Air Tawar. Wan Abd Aziz berkata, hasil ujian menunjukkan mangsa positif mengandung, namun bertindak mendiamkan diri kerana bimbang perkara itu diketahui keluarga.

      Bagaimanapun katanya, pada pagi Selasa lalu, mangsa yang mengalami sakit perut telah dihantar ke klinik kesihatan oleh kedua orang tuanya sebelum dikejutkan dengan pengesahan doktor memaklumkan mangsa mengandung tujuh bulan.

      “Sejurus menerima maklumat itu, pegawai kesihatan bertugas membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, Besut, kira-kira jam 2.30 petang. “Kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, namun kita akan membuat beberapa penilaian memandangkan suspek sudah meninggal dunia,” katanya.
      08.00 0

      ISU SEMASA: Ramli Ms dan Alyah di soal JAIS

    • Alyah 
    •  
      Hubungan antara pengarah muzik itu dengan penyanyi Alyah terjawab hari ini apabila mereka sendiri mengesahkan yang sudah berkahwin lebih setahun lalu. KUNJUNGAN Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke kediaman mewah komposer ternama Datuk Ramli MS di Bandar Kinrara, di sini awal pagi tadi akhirnya membongkar satu 'rahsia'.

      Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai Jais datang menyiasat. Ketika kejadian kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah berada di kediaman itu.

      Menurut sumber Jais, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu. Katanya, Ramli dan Alyah akan ke Jais dalam masa terdekat untuk memberikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran.

      Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.

      Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang.
      04.21 0

      ISU SEMASA: AirAsia Tawar 3 Juta Tempat Duduk Percuma

      AirAsia Tawar 3 Juta Tempat Duduk Percuma

      Kepada anda yang menanti peluang untuk bercuti atau sedang mencari tambang murah ke luar negara mahu pun destinasi tempatan, AirAsia mulai hari kini kembali dengan promosi tempat duduk percuma untuk semua destinasi.

      Tawaran tiga juta tempat duduk percuma yang melibatkan semua destinasi AirAsia dan AirAsia X ini dibuka untuk tempahan serta-merta mulai hari ini hingga 31 Ogos 2014.






      Promosi dibuka untuk tempahan penerbangan ke pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa daripada serendah RM229 untuk perjalanan jarak jauh bermula 1 Mac hingga 24 Oktober, 2015.

      Anda boleh mula menempah tempat duduk percuma anda mulai sekarang di laman rasmi AirAsia. Jom!
      29 Agu 2014
      08.00 0

      ISU SEMASA: AKIBAT MUKA SEIRAS AYAHNYA, IBU MENDERANYA

      Foto
      Tidak tahu kerana apa, ibunya sentiasa menbencinya

      AKIBAT MUKA SEIRAS AYAHNYA, IBU MENDERANYA

      Kuala Lumpur: “Saya dilabel ibu sebagai anak sial dan dia sering meluahkan sesalan kerana tidak membunuh saya ketika saya masih bayi. Kadangkala, saya tak buat salahpun ibu akan rotan saya,” katanya.

      Demikian keluhan pemuda malang mahu dikenali sebagai Razman, 20, yang pernah mengalami pengalaman pahit didera ibu sendiri ketika kecil hanya kerana rupa parasnya seiras bapanya.

      “Saya tak tahu apa salah saya sehingga emak begitu membenci dan membuang saya sejak kecil hingga sekarang biarpun saya sudah berjaya menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi.”

      Menurutnya, selepas ibu bapanya bercerai ketika dia berusia tujuh tahun dia tinggal bersama ibu dan ketika itu bermula episod hitam di dalam hidupnya apabila ibunya selalu memukulnya biarpun hanya melakukan kesalahan kecil.

      04.20 0

      ISU SEMASA: MAS UBAH IMEJ PAKAIAN SOPAN TANPA ARAK


        Pemuda Umno meminta pengurusan baharu MAS mengkaji polisi uniform kru penerbangan.

      MAS UBAH IMEJ PAKAIAN SOPAN TANPA ARAK

       KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan melaksanakan pengambilalihan MAS melalui Khazanah Nasional Bhd untuk proses transformasi syarikat penerbangan negara itu disokong Pemuda Umno.

              Namun, Exco Pemuda Umno, Dazma Shah Daud berkata, pengurusan baharu MAS perlu buat beberapa perubahan polisi untuk buktikan transformasi itu.

      “Kami mencadangkan pengurusan MAS memberi kelonggaran atau mewajibkan pramugari beragama Islam memakai tudung dan mengenakan seragam yang menutup aurat.

      “Isu ini bukan perkara baharu, malahan ia mendapat desakan daripada kebanyakan rakyat negara ini yang mahu melihat MAS lebih menekankan aspek Islamik dalam kalangan kakitangan mereka,” katanya yang juga Pengerusi Biro Pekerja Muda.

              Katanya, usul itu akan dibawa dalam Mesyuarat Exco Pemuda Umno, hari ini.

              Dazma berkata, pengurusan MAS tidak perlu gusar tentang persepsi penumpang luar negara atau bukan Islam kerana masyarakat global kini sudah terbuka menerima pemakaian tudung dan uniform yang lebih sempurna.

              Malah kata beliau, imej dan integriti MAS akan lebih melonjak terutamanya dalam kalangan penumpang negara Islam serta akan dihormati oleh masyarakat antarabangsa.

      “Imej bertudung tidak lagi menjadi imej tabu kerana pemakaian mengikut syariat Islam itu sudah mampu diterima majoriti masyarakat global.

      “Jangan rasa takut perniagaan terjejas kerana kita kena yakin dengan ketentuan ALLAH SWT kalau kita mengikut suruhan-Nya,” katanya.

              Beliau berkata, sudah banyak syarikat penerbangan seperi Royal Brunei Airlines, Saudi Airlines dan Iran Air mewajibkan pramugari mereka memakai tudung dan ia terbukti tidak menjejaskan reputasi syarikat penerbangan tersebut.

      “Tiba masanya pengurusan baharu MAS meneliti dan mengkaji kembali polisi pemakaian uniform dalam kalangan kru penerbangan mereka.

      “Pemuda Umno pasti majoriti rakyat negara ini akan memberi sokongan sepenuhnya jika kakitangan MAS berpakaian menutup aurat dan lebih sopan,” katanya.
      01.00 0

      INFO: Cemburu Punca Kuat Merajuk

       

      CEMBURU PENYEBAB KUAT MERAJUK

      The Ultimate Self-Esteem Test telah menjalankan suatu kajian dimana dari beribu-ribu wanita di seluruh dunia kini sedang mengalami masalah cemburu yang kronik. Dari perasaan cemburu ini akan mengakibatkan KUAT MERAJUK.

      Dalam satu blog, carian undian menunjukkan yang wanita lebih sinonim dengan perangai merajuk. Maklumlah fitrah kaum Hawa sentiasa inginkan perhatian. Tapi jangan tak tahu, kalau lelaki merajuk lagi teruk. Kalau ditanya pada 100 remaja, mereka berpendapat merajuk ini perlu. Kononnya mengeratkan lagi hubungan dan konklusi kepada keserasian mereka.
      Kalau si gadis merajuk, lagaknya nampak comel tapi ramai juga lelaki yang sensitif dan mudah nak merajuk. Pening juga kekasih mencari jalan untuk memujuk sebab ikut kata, lelaki lebih rumit untuk dipujuk.

      Tapi tak semua pasangan boleh tahan dengan perangai pasangan 'merajuk ' ini. Ada yang berpendapat seperti kebudak-budakkan dan tidak matang. Lebih-lebih lagi merajuk sebab lambat jawab telefon, lewat membalas SMS, keluar rumah tidak beritahu atau pun lebih kronik, nak tidur tak ucap selamat malam.

      Bukan tidak ada pasangan berpisah kerana tak tahan dengan pasangan yang suka merajuk terutama kalau merajuk kena mengambil masa berhari-hari untuk dipujuk. Pendek kata, tidak boleh tersasul sikit kalau bercakap, tahu nak merajuk saja. Naik muak jika dilayan.

      Mengikut pemerhatian umum, bila seseorang lelaki merajuk khas buat gadis-gadis yang mungkin tidak perasan, ini tanda mereka mula terasa hati.

      Mereka akan diam seribu bahasa, buat tak tahu, menolak makan dan masam muka tidak seperti kebiasaan. Kerana ego, mereka tidak akan memberitahu yang mereka sebenarnya sedang merajuk.

      Ada juga lelaki yang mengalih perasaan sakit hati atau merajuk dengan membaca surat khabar atau sebarang bacaan lain, menonton televisyen hingga lewat malam, keluar rumah tanpa beritahu dan paling klasik, matikan telefon bimbit!

      Memang si gadis akan 'gila' apabila kekasihnya hilang tanpa khabar berita. Pastikan anda tidak terlepas daripada petanda mereka merajuk jika tidak mahu timbul pula rasa sakit hati.

      Apa sebabnya mereka merajuk? Rasanya tiga sebab utama pasangan merajuk, pertama adalah cemburu. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba diambil daripada dirinya seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya. Kedua, mungkin tidak dapat apa yang diinginkan dan ketiganya, orang lain lebih hebat daripadanya.

      Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dan mungkin ada disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan itu, dia perlukan anda di sampingnya tetapi dengan cara yang sangat berbeza.