Searching...


.
Tampilkan postingan dengan label article. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label article. Tampilkan semua postingan
26 Jul 2017
16.49 1

KENCING MANIS BOLEH MEMBUNUH

KENCING MANIS BOLEH MEMBUNUH!

Jika dahulu, kita selalu beranggapan bahawa penyakit jantung merupakan pembunuh NO. 1 dunia. Namun, dengan kemajuan teknologi sekarang, penyakit jantung boleh dirawat pada peringkat awal. Bahkan, melalui pembedahan, pesakit jantung masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Selari dengan kemajuan ini, pola penyakit kronik juga berubah. Kita sedar atau tidak, penyakit ‘silent killer’ kini bukan lagi penyakit jantung, tetapi penyakit kencing manis atau diabetes.

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh National Health and Morbidity Survey 2015, peratusan rakyat Malaysia yang menghidapi penyakit kencing manis meningkat kepada 17.5 peratus pada tahun 2015 berbanding tahun 1996 yang hanya 11.6 peratus [1]. Peningkatan peratusan ini sebenarnya selari dengan peningkatan kadar peratusan masyarakat kita yang mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti.

Lebih mengejutkan lagi ialah ramai di antara kita yang tidak sedar sebenarnya mereka menghidapi penyakit kencing manis. Ini kerana, ramai di antara kita masih lagi menyangka yang penyakit kencing manis ini hanya menyerang golongan veteran seperti pak cik-pak cik yang sudah pencen, bekas tentera yang meluangkan masa bermain dam aji di warung kopi, atau warga tua yang berusia 50 tahun ke atas.

Sedangkan pola penyakit kencing manis kini sudah pun berubah. Dan perubahan ini sangat ketara dan membimbangkan kerana orang muda yang berusia seawal 30-an juga boleh menghidap sakit kencing manis. Perubahan pola penyakit kronik ini dipengaruhi oleh beberapa faktor yang kita sendiri secara sedar sering kita amalkan dalam kehidupan seharian.

Budaya melepak di kedai makan sehingga larut malam, habit makan process food dan fast food seperti nugget, sosej, kentang dan pengambilan gula yang melebihi 10 sudu dalam satu hari. Budaya yang sudah menjadi kebiasaan dan dianggap normal inilah yang menyebabkan ramai golongan muda bahkan kanak-kanak sudah menghidapi penyakit kencing manis stage 1 dan 2. Potensi menghidap kencing manis lebih tinggi jika seseorang itu sering mengambil minuman bergas yang mengandungi gula yang tinggi.

Lebih membimbangkan, penyakit kencing manis ini merupakan kesan sampingan yang bermula dengan masalah berat badan berlebihan atau obesitI. Seseorang yang obes berisiko untuk mendapat penyakit yang digelar penyakit 3 serangkai, iaitu kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Ketiga-tiga penyakit ini saling bersangkut-paut. Tidak hairanlah jika rakyat Malaysia merupakan penghidap penyakit kencing manis tertinggi di Asia Tenggara. Melalui statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia berada di tangga ke-10 di dunia dengan jumlah penghidap kencing manis teramai [2].

Penyakit kencing manis ini berlaku apabila organ pankreas manusia tidak dapat menghasilkan insulin. Pankreas merupakan organ badan yang akan menghasilkan insulin apabila badan menghantar isyarat menunjukkan kadar peningkatan glukos atau gula dalam saluran darah secara tiba-tiba. Bila kita makan, glukos yang terdapat dalam makanan tersebut akan ditukar menjadi tenaga dan disimpan sebagai lemak [3].

Namun, bagi pesakit kencing manis, organ pankreas mereka tidak lagi mampu untuk menghasilkan insulin yang diperlukan. Kesannya, glukos yang terdapat di dalam darah tadi tidak dapat diserap masuk ke dalam sel-sel badan dan juga tisu badan. Bila badan kita sudah tak lagi sensitif dengan peningkatan glukosa dalam darah dan insulin tidak dapat dihasilkan dengan baik, maka glukosa tadi akan kekal di dalam saluran darah dan berlakulah peningkatan kadar gula dalam badan. Dari situ akan terjadinya simptom-simpton lain akibat jangkitan kencing manis seperti luka sukar sembuh, mata mengalami rabun / silau, sering pening kepala dan juga peningkatan darah (bacaan blood pressure meningkat).

Penyakit kencing manis ini digelar ‘silent killer’ kerana penyakit ini boleh membuatkan penghidapnya rabun atau lebih teruk lagi buta, mengalami komplikasi buah pinggang, jangkitan luka yang tidak sembuh yang akhirnya akan menyebabkan kecacatan kekal, sakit jantung dan strok. Lebih menyedihkan lagi, penyakit kencing manis ini tidak boleh di ubati dengan perubatan moden tetapi ia hanya mampu di kawal melalui ubat-ubatan atau suntikan insulin kekal untuk seumur hidup.   Dalam Bahasa mudahnya, pesakit kencing manis akan bergantung hidup pada ubat-ubatan untuk sepanjang hayat kerana organ pankreas yang tidak lagi mampu berfungsi dengan baik. Hanya dengan menukar gaya hidup melalui kawalan pengambilan gula dan suntikan insulin atau pengambilan pil, pesakit kencing manis boleh menikmati kehidupan seharian seperti biasa.

BAGAIMANA MENGELAK DARIPADA TERKENA PENYAKIT KENCING MANIS?

Seperti yang kita sedia maklum, punca utama penyakit kencing manis adalah berpunca daripada pengambilan gula berlebihan dalam badan pada setiap hari. Kadar gula maksima yang sesuai untuk badan dalam sehari hanyalah sekitar 6 sudu teh sahaja. Apabila kita mengambil makanan atau minuman yang mengandungi kandungan gula melebihi 6 sudu teh sehari, maka dari sinilah kita akan mula terdedah kepada penyakit kencing manis.

Secara perlahan-lahan, organ pankreas dalam badan kita akan mengecut dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Ketika itu kadar insulin dalam badan kita akan berkurangan dan bermulalah kencing manis dalam kehidupan kita.

Untuk mengelakkan masalah kencing manis ini, terdapat beberapa cara antaranya dengan mengurangkan pengambilan gula harian anda. Cuba kurangkan sehabis mungkin kadar gula yang anda ambil setiap hari. Sekiranya anda pergi ke kedai makan, pesan minuman yang kurang gula atau pesan minuman buah-buahan tanpa gula. Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau 2 liter sehari bagi membantu buah pinggang anda berfungsi dengan baik dan membantu melancarkan proses perkumuhan dalam badan anda.

Namun, bagi sesetengah orang, agak sukar bagi mereka untuk mengurangkan pengambilan kadar gula. Ada kalanya seseorang itu akan mengalami masalah seperti menggigil, kekejangan otot dan rasa tidak senang duduk atau seperti ingin pitam kerana kekurangan gula dalam badan. Kebiasaannya pesakit yang sedang dalam risiko awal kencing manis akan mengalami simptom seperti ini. Sekiranya anda salah seorang yang mengalami simptom seperti ini, maka anda boleh menggantikan pengambilan gula kepada pengambilan pemanis semulajadi stevia. Dipasaran terdapat pelbagai produk yang telah dijual yang menggunakan 100% bahan semulajadi diproses daripada daun stevia.  

GANTIKAN PENGAMBILAN GULA DENGAN STEEVYA!

Antaranya adalah jenama STEEVYA. Produk yang dihasilkan oleh bumiputera dan disahkan selamat digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta melalui beberapa ujikaji makmal dan disahkan TIADA bahan merbahaya. Produk STEEVYA ini juga merupakan produk stevia cecair pertama yang mengandungi Vitamin C didalamnya yang mana vitamin C ini berfungsi sebagai ejen imunisasi badan dalam membantu pertumbuhan sel-sel badan. Seperti yang kita ketahui, penghidap kencing manis akan berhadapan dengan masalah luka sukar sembuh. Maka dengan pengambilan vitamin C yang mencukupi, maka sel badan dapat membantu merawat luka-luka yang terjadi tadi.

Dalam keaadaan kegawatan ekonomi, untuk membeli stevia yang agak mahal dipasaran adalah berat bagi mereka yang mempunyai kekurangan dari segi kewangan. Namun, dengan adanya produk STEEVYA, maka tiada lagi masalah bagi semua individu untuk berubah menjadi lebih sihat. Kerana, produk STEEVYA ini dijual pada harga yang amat berpatutan.

Hanya dengan RM 49.00 sahaja, anda boleh mendapat sebotol stevia semulajadi dengan 50ml yang mana sebotol ini sudah mencukupi untuk kegunaan sekeluarga selama 2 - 3 minggu (berdasarkan penggunaan 2x sehari bagi 3 ahli keluarga).

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang STEEVYA? Layari website ini: www.steevya.net Ingin membeli secara online produk STEEVYA? Layari: www.steevya.com

Masih sempat untuk anda semua melakukan langkah pencegahan dalam badan anda. Gantikan penggunaan gula kepada penggunaan STEEVYA yang lebih baik dan bebas kalori serta selamat. Jagalah kesihatan anda. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman, gantikan dengan STEEVYA.

-
Selamat mencuba!

.

TESTIMONI STEEVYA

 
   
   
   
   
 
15 Feb 2015
15.30 0

WANITA UMNO VS WANITA PAS


Video ni dah lama tubepanas buat dan tak sangka ianya masih viral. Bukan sengaja tubepanas nak api-apikan kedua belah pihak tapi kekadang kita jadi bosan dengan pergaduhan antara kedua belah pihak. apapun, di harap suatu masa nanti, kedua parti peneraju melayu ini bergabung dan cetuskan sesuatu kegagahan dalam masa kita sedang menjunam jatuh
31 Jan 2015
16.48 0

MISS NINA AJAK BERHIJAB DI KLCC



Sejak miss Nina berhijrah ni, banyak aktiviti dah dia buat. Bagus tu. Camne, tak perlu nak seksi-seksi untuk tarik orang. Pakai hijab pun dapat tarik perhatian orang pe?!

KUALA LUMPUR: Duta WHD dan sekumpulan Muslimah muda mengadakan perhimpunan yang akan diadakan bersempena sambutan itu pada 1 Februari, menurut penganjurnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Penyanyi Shazrina Azman yang lebih popular dengan nama Mizz Nina, akan berkongsi pandangan dan pengalaman dengan orang ramai sebagai pemakai 'hijab' pada Hari Hijab Sedunia (WHD) Malaysia di Taman KLCC esok.

Hari Hijab Sedunia yang diilhamkan warga New York, Nazma Khan, dan disambut di 116 negara setiap tahun sejak 2013, antara lain bertujuan memupuk toleransi dan persefahaman tentang pemakaian hijab.

Acara itu yang akan bermula pada 11 pagi, akan turut mempromosi gaya berhijab secara profesional dan diiringi pertandingan menarik.

Hadirin digalakkan membawa hijab untuk diderma kepada Muslimah yang terjejas oleh banjir di pantai timur baru-baru ini. Perkhidmatan membungkus sumbangan juga disediakan di venue sambutan itu.
- BERNAMA

link: http://www.bharian.com.my/node/32562
15 Sep 2014
13.14 0

ISU SEMASA: Dr. Mahathir Pandu Uji Proton IRIZ





Tun Mahathir a.k.a Bigboss Proton sendiri dah test drive kereta ini dan merupakan model pertama sejak beliau dilantik sebagai Pengerusi Proton yang baru. Kereta ini juga telah menjalani beberapa safety test dan mendapat penarafan lima bintang ANCAP. Terbaik!


11 Sep 2014
23.03 0

ISU SEMASA: Apa Nak Jadi? Soalan UPSR BOCOR lagi

 

Apa Nak Jadi? Soalan UPSR BOCOR lagi


Setelah beberapa kali soalan bocor, sudah pasti suatu method baru harus di kaji dan pembocor soalan itu harus menangungg sepenuh tanggungjawab terhadap peristiwa yang sedang berlaku ini.

“Sesiapa yang mengendalikan kertas-kertas peperiksaan ini tidak mempunyai integriti,” kata presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar.

Pendapat Akhbar dipersetujui Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed yang turut berkata pesalah sepatutnya dikenakan hukuman setimpal kerana ini bukan kali pertama kertas peperiksaan didapati bocor.

Kertas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) ada kemungkinan bocor ketika proses pemindahan kertas peperiksaan dari pencetak ke sekolah.
“Kita perlu melihat semula ‘standard operating procedure’ dan memastikan mereka yang mengendalikan kertas-kertas peperiksaan ini mempunyai integrity kerana ianya adalah posisi yang berisiko tinggi.
“Ini sangat memalukan dan telah memberi impak kepada prestij ke atas negara ini. Bilakah kita akan belajar?,” kata Akhbar, merujuk kepada insiden kertas peperiksaan bocor yang pernah berlaku pada lepas, bukan sahaja pada kertas peperiksaan UPSR tetapi juga peperiksaan kebangsaan yang lain.
3 Sep 2014
14.42 0

ISU SEMASA: Sabah Gempar Cahaya Tongkat Langit





cahaya merah yang terpancar di langit di pantai barat Sabah antara jam 8 hingga 10.30 malam


KOTA KINABALU: Cahaya garisan panjang yang dikatakan muncul antara jam 8 hingga 10.30 malam, kemudian tersebar meluas menerusi laman sosial serta aplikasi WhatsApp mencetuskan misteri kepada penduduk SABAH.
 

Difahamkan, cahaya itu dikatakan bukan saja dilihat sekitar daerah Putatan, Penampang dan Papar, malah didakwa kelihatan jelas di Limbang, Sarawak.

Fenomena 'Light Pillar' atau turut disebut 'Sun Pillar' itu pernah berlaku di negeri ini, namun tidak dihebohkan. Difahamkan, Light Pillar adalah fenomena optik yang dibentuk oleh pantulan cahaya bulan atau matahari ke atas hablur ais dalam atmosfera, selain terbentuk melalui sumber cahaya lain seperti lampu jalan.


Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malik Tussin, tidak menolak kemungkinan cahaya terbabit muncul disebabkan fenomena 'Light Pillar' iaitu pantulan cahaya ke atas hablur ais di awan. 

2 Sep 2014
20.00 0

ISU SEMASA: Chong Wei kecewa kerana gagal



"Saya kecewa kerana kita gagal menamatkan badi selama 37 tahun namun saya turut bersimpati dengan Chong Wei yang telah mencuba sedaya upaya untuk menang namun nasib lebih memihak kepada Chen Long," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan akhir kejohanan itu di sini.

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) hari ini memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kegagalan skuad negara menghadiahkan gelaran dunia sempena Hari Kemerdekaan ke-57, Ahad.
  
Timbalan presidennya Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata beliau kecewa dengan persembahan skuad negara pada Kejohanan Dunia BWF 2014 di sini kerana gagal mengakhiri kemarau gelaran sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1977.
  
Beliau turut bersimpati dengan nasib Datuk Lee Chong Wei yang terus kempunan untuk memenangi kejuaraan dunia sulungnya walaupun telah memberikan persembahan terbaik menentang pemain nombor dua dunia, Chen Long dari China.
  
 Bagaimanapun, beliau bangga dengan peningkatan persembahan yang dipamerkan oleh perseorangan utama wanita negara, Tee Jing Yi walaupun kalah seawal pusingan kedua kepada juara dunia baharu, Carolina Marin dari Sepanyol.
 
Pilihan kesembilan itu melakar sejarah tersendiri selepas muncul pemain Sepanyol pertama muncul juara dunia selepas mengejutkan juara Olimpik dan pilihan utama, Li Xuerui dari China dengan kemenangan 17-21, 21-17 dan 21-18.
  
Malaysia gagal meraih sebarang kejuaraan selepas sebahagian besar wakil negara termasuk pemain wanita negara tersingkir pada pusingan awal kejohanan.
  
Kejohanan Dunia 2015 bakal diadakan di Jakarta, Indonesia. Mohamad Norza berkata BAM akan terus mempertingkatkan usaha dalam mengetengahkan pemain pelapis bagi menggantikan pemain senior sedia ada.
  
Katanya skuad negara tidak boleh terus mengharapkan Chong Wei untuk terus menghadiahkan kejayaan untuk negara dalam sesuatu kejohanan.
  
Justeru, katanya BAM akan cuba mencari pelbagai kaedah untuk memastikan pemain pelapis yang sedia ada akan terus dilatih dan diberi pendedahan bagi mencari pengganti Chong Wei. - Bernama
14.29 0

ISU SEMASA: Tujuh lagi jenazah MH17 di bawa pulang

  • Jenazah mangsa MH17 kumpulan ketiga dibawa turun. - Foto Sinar Harian

 

    • SEPANG - Suasana semakin pilu apabila hujan renyai mula membasahi pekarangan Kompleks Bunga Raya. Pesawat kormersial MH19 yang membawa tujuh jenazah rakyat Malaysia dan dua rakyat Belanda serta Lima jenazah dibawa dalam keranda dan empat lagi dalam bekas abu itu memasuki pekarangan Kompleks Bunga Raya kira-kira jam 8.30 pagi. Sembilan jenazah mangsa nahas MH17 selamat selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 6.37 pagi tadi.

      Sebaik pesawat yang dipandu Kapten Azlan Aboo Bakar berhenti di hadapan khemah utama yang menempatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 dimulakan.

      Ahli keluarga dan hadirin yang hadir memberi sepenuh tumpuan di saat jenazah pertama iaitu Kapten Wan Amran Wan Hussin diturunkan daripada pesawat.

      Turut diberi penghormatan pada hari ini dua rakyat Belanda, Paul Goes dan Fan Shun Po.
      Tepat jam 8.58 pagi sebaik jenazah terakhir dimasukkan ke dalam kenderaan jenazah, hadirin diminta berdiri dan bertafakur selama seminit.

      Lima jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan dan tempat persemadian menggunakan kenderaan jenazah manakala empat jenazah lagi akan diterbangkan menggunakan dua buah helikopter EC725.

      Dua jenazah akan diterbangkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang manakala dua  jenazah ke Bukit Mertajam dan Teluk Intan.

      Bagi penerbangan ke Bukit Mertajam, jenazah terlebih dahulu dibawa ke Taman Skyline, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dengan kenderaan jenazah sebelum diterbangkan ke Bukit Mertajam.
      29 Agu 2014
      20.00 0

      INFO: LAPTOP TERBARU DARI LENOVO YANG HEBAT

      Foto


      LAPTOP TERBARU DARI LENOVO YANG HEBAT

      Kuala Lumpur : Model AIO yang diperkenalkan termasuk N300 dan C470 berharga RM1,349 dan RM1,849 dari Lenovo ini mungkin akan menjadi saingan terhebat dalam penjualan laptop jenis AIO dengan keperluan terhebat. Sementara itu, model laptop baru iaitu Y50-70, Z50-70 dan Flex 2 boleh didapati pada harga antara RM1,349 hingga RM3,999.

      Lenovo memperkenalkan dua peranti semua dalam satu (AIO) dan tiga laptop harga patut yang mempunyai skrin definisi tinggi, di sini, hari ini.Selain dilengkapi sistem grafik baru, Lenovo juga mengharapkan pemprosesan Intel yang mampu menjimatkan tenaga serta bateri untuk laptop itu.


      13.18 0

      ISU SEMASA: Pakatan Rakyat sudah tak mahu Khalid Ibrahim

      Pakatan Rakyat sudah tak mahu Khalid Ibrahim

      Shah Alam: “Saya akan terima siapa saja yang dilantik Tuanku sebagai menteri besar dan keputusan untuk menamakan lebih daripada dua calon dari PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah amalan dilakukan untuk memilih menteri besar seperti yang pernah dilakukan Tuanku sebelum ini.
      “Saya tidak akan mencampuri dan mengambil peranan dalam pelantikan menteri besar,” Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

      Seakan merajuk, pengundurannya daripada kerusi nombor satu pentadbiran negeri itu disebabkan keengganan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat (PR) untuk terus memberikan sokongan terhadap pentadbirannya.Menjawab soalan media sambil tersenyum disambut gelak tawa oleh pegawai kerajaan negeri, Abdul Khalid memberitahu secara ringkas, “Mereka (Pakatan Rakyat) sudah tak nak saya,”.

      Abdul Khalid sebelum ini didesak pimpinan tertinggi PR khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya meletakkan jawatan, namun beliau tetap meneruskan pentadbiran kerajaan negeri walaupun berdepan kecaman termasuk daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PR sendiri.
      Mengenai tindakannya selepas ini, Abdul Khalid berkata, selepas mendengar nasihat Sultan Selangor, beliau akan terus menjadi menteri besar hingga menteri besar baru dilantik sambil dibantu empat Exco daripada PAS. Menurutnya, dalam pertemuan menghadap baginda di Istana Kayangan semalam, tiada sebarang perbincangan dilakukan bersama Tuanku mengenai kriteria calon yang akan menggantikannya.
      04.20 0

      ISU SEMASA: MAS UBAH IMEJ PAKAIAN SOPAN TANPA ARAK


        Pemuda Umno meminta pengurusan baharu MAS mengkaji polisi uniform kru penerbangan.

      MAS UBAH IMEJ PAKAIAN SOPAN TANPA ARAK

       KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan melaksanakan pengambilalihan MAS melalui Khazanah Nasional Bhd untuk proses transformasi syarikat penerbangan negara itu disokong Pemuda Umno.

              Namun, Exco Pemuda Umno, Dazma Shah Daud berkata, pengurusan baharu MAS perlu buat beberapa perubahan polisi untuk buktikan transformasi itu.

      “Kami mencadangkan pengurusan MAS memberi kelonggaran atau mewajibkan pramugari beragama Islam memakai tudung dan mengenakan seragam yang menutup aurat.

      “Isu ini bukan perkara baharu, malahan ia mendapat desakan daripada kebanyakan rakyat negara ini yang mahu melihat MAS lebih menekankan aspek Islamik dalam kalangan kakitangan mereka,” katanya yang juga Pengerusi Biro Pekerja Muda.

              Katanya, usul itu akan dibawa dalam Mesyuarat Exco Pemuda Umno, hari ini.

              Dazma berkata, pengurusan MAS tidak perlu gusar tentang persepsi penumpang luar negara atau bukan Islam kerana masyarakat global kini sudah terbuka menerima pemakaian tudung dan uniform yang lebih sempurna.

              Malah kata beliau, imej dan integriti MAS akan lebih melonjak terutamanya dalam kalangan penumpang negara Islam serta akan dihormati oleh masyarakat antarabangsa.

      “Imej bertudung tidak lagi menjadi imej tabu kerana pemakaian mengikut syariat Islam itu sudah mampu diterima majoriti masyarakat global.

      “Jangan rasa takut perniagaan terjejas kerana kita kena yakin dengan ketentuan ALLAH SWT kalau kita mengikut suruhan-Nya,” katanya.

              Beliau berkata, sudah banyak syarikat penerbangan seperi Royal Brunei Airlines, Saudi Airlines dan Iran Air mewajibkan pramugari mereka memakai tudung dan ia terbukti tidak menjejaskan reputasi syarikat penerbangan tersebut.

      “Tiba masanya pengurusan baharu MAS meneliti dan mengkaji kembali polisi pemakaian uniform dalam kalangan kru penerbangan mereka.

      “Pemuda Umno pasti majoriti rakyat negara ini akan memberi sokongan sepenuhnya jika kakitangan MAS berpakaian menutup aurat dan lebih sopan,” katanya.
      22 Agu 2014
      14.49 0

      senarai jenazah mangsa tragedi pesawat MH17



      SEPANG: Berikut adalah senarai jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 warganegara Malaysia yang akan tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pada 22hb 8 2014. Negara akan berkabung seketika dalam memperingati mangsa kejadian ini. Apapun, salam takziah dari TUBEPANAS untuk seluruh keluarga mangsa tragedi

      Anak Kapal:
      1) Mastura Mustafa (P)
      2) Ahmad Hakimi Hanapi (L)
      3) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P)
      4) Nur Shazana Mohamed Salleh (P)
      5) Dora Shahila Kassim (P)
      6) Lee Hui Pin (P)
      7) Angeline Premila Rajandaran (P)
      8) Chong Yee Pheng (P)
      9) Azrina Yakob (P)

      Penumpang:
      1) Foo Ming Lee (L)
      2) Karamjit Singh Karnail Singh (L)
      3) Ng Qing Zheng (L)
      4) Mabel Anthony Samy (P)
      5) Paul Rajasingam Sivagnanam (L)
      6) Elisabeth Ng Lyeti (P)
      7) Ariza Ghazalee (P)
      8) Muhammad Afif Tambi (L)
      9) Noor Rahimmah Mohd Nor (P)
      10) Mohd Ali Md Salim (L)
      11) Hasni Hardi Parlan (L)
      20 Agu 2014
      14.32 0

      ISU SEMASA: ALS ICE BOX CHALLENGE MULA VIRAL DI MALAYSIA



      ALS Ice Bucket challenge adalah suatu seruan kepada orang ramai mengenai kepentingan menderma. Tidak di ketahui dari manakah ianya bermula, akan tetapi terma ALS itu di sebut-sebut. Ini kerana ia berkaitan dengan organisasi ALS yang mengkaji penyakit Amyotrophic lateral sclerosis (ALS) yang berkaitan dengan kegagalan sistem neuron bahagian otak.

      Ia menjadi viral apabila Facebook founder Mark Zuckerberg bermandikan air sejuk dalam menyahut cabaran itu. Kemudian, ia di ikuti oleh Microsoft founder Bill Gates. Seterusnya, ia jadi ikutan oleh selebriti terkenal Hollywood sehingga masuk dalam rancangan tv di sana.

      Kemudian, ia menjadi suatu aneka cara yang menghiburkan dan 'troll'. Banyak video Ice box/bucket challenge di Youtube. Kini, ia melanda Malaysia. Akan tetapi, adakah rakyat malaysia tahu mengenai ALS ICE BUCKET CHALLENGE ini atau hanya suka-suka mengikutinya kerana ianya 'seronok'?

      Berikut adalah FAIL ALS ICE BOX CHALLENGE di youtube:

      http://youtu.be/1t2zn7Ve0bw

      9 Agu 2014
      00.47 0

      INFO: IMAGE OBOR-OBOR DI LAUTAN BIRU

      Mungkin kita dah terbiasa melihat obor-obor di sesuatu kawasan dan kita tak tertarik padanya. Akan tetapi, untuk para jurugambar bawah laut, mereka teruja dengan keindahan obor-obor yang terbang di dalam air laut ini. Ini kerana, di dalam laut, obor-obor akan memantulkan cahaya sebenar pada lapisan kulit mereka dan menyebabkan ia memantul warna laut pada dirinya. Lantas menimbulkan rasa ujub dan indah pada alam lautan. Saksikan:-





      8 Agu 2014
      00.45 0

      INFO: GUNUNG BERAPI IJEN BERLAVA UNGU

      Pernah saksikan lava berwarna ungu dan bercahay tika gelap? Tak pernah? Ianya wujud dan dah berlaku. Ianya berlaku pada Gunung Berapai Ijen Indonesia di mana ianya melelehkan lava berwarna ungu dan bercahaya waktu malam. Ianya terjadi kerana tindak balas kimia yang bercampur dengan pati tanah di permukaan gunung. Berikut adalah gambar lava ungu tersebut:-






      7 Agu 2014
      00.27 0

      INFO: KEINDAHAN TERUMBU KARANG YANG TAK TERFIKIRKAN

      Terumbu karang mungkin pada bayangan anda, adalah suatu batu yang keras dan tidak cantik. Akan tetapi, di dasar laut sana, ianya sungguh unik, lembut dan seakan dedaunan di bawah laut. Kerana itulah destinasi perlancongan seperti Sabah, Sarawak dan mana-mana tempat yang melindungi terumbun karang ini menjadi pusat snorkeling. Saksikankan keindahan itu di TUBEPANAS:-








      1 Agu 2014
      01.37 0

      STOCK INDEX MCDONALD DAN COCA-COLA JATUH MENJUNAM

      STOCK INDEX MCDONALD DAN COCA-COLA JATUH MENJUNAM



      Stock index mcdonald #MCD dan Coca-cola #KO, yang punyai share yang besar pada pembangunan negara haram ISRAEL kini menghadapi tempias yang hebat kerana, bukan saja negara islam yang mulai memboikot mereka, akan tetapi pedagang/trader yang memiliki share dalam saham mereka mulai menjual segala asset mereka di dalam share itu.

      Sejak krisis GAZA-ISRAEL mulai meruncing, aktiviti boikot mulai melanda negara islam. akan tetapi ia makin menular bila isu itu bukan saja menjadi perang politik antara dua agama dan negara, akan tetapi menjadi isu kemanusiaan.

      Bila ia melibatkan isu kemanusiaan, maka secara drastik, tak kira apa jua bangsa dan agama, mereka akan melihat israel itu sebagai suatu kejahatan yang nyata. Walauapapun media spin mereka gunakan, ia tidak mungkin akan menipu gambar bayi dan kanak-kanak yang mati tanpa sebab.

      Atas dasar kemanusiaanlah, ramai yang boikot dan pemegang saham #KO dan #MCD serta beberapa index saham yang punyai talian dengan negara israel mulai jatuh menjunak secara drastik. 

      Berikut adalah printscreen dari MT4 platform yang jelas menunjukkan index saham mcdonald dan coca-cola pasti akan menuju ke bawah untuk suatu tempoh yang lama.

      index saham cocal cola yang mungkin akan menjunam jauh ke bawah untuk suatu tempoh yang lama

      index saham mcdonal yang menjunam secara drastik pada timeframe daily
      p/s: TUBEPANAS MEMANG JARANG PERGI MCDONALD, BUKAN SEDAP SANGAT PUN. COCAL COLA LAGI LA, KEMBUNG PERUT MINUM AIR GAS. TAPI ADMIN TAK MAU HIPOKRIT, ADMIN AKUI MEMANG ADMIN ADA PERGI MCDONALD, TAPI BOLEH KIRA DENGAN JARI LA BERAPA KALI PERGI KE SITU UNTUK TEMPOH HAYAT ADMIN
      27 Jul 2014
      14.54 0

      TIPS ADSENSE 5 FOREX VS ADSENSE





      FOREX VS GOOGLE ADSENSE

      forex:
      -bukan perkara senang dan mudah, kena belajar banyak. bukannye, arini masuk entry, esok dah kaya.. takdenyer
      -belajar sampai lebam tntg chart dan pergerakan market. aku sendiri pun hampir 2 tahun belajar forex
      -tamak mmg kau rugi besar. forex ni kena sentiasa berhati-hati dan train kita supaya sentiasa bersyukur dgn apa yg ada. ko dpt sikit, ko sujud syukur sbb bukan mudah nak dpt income
      - takat ni aku dpt withdraw 2-3 kali. tp lost adalah lebih byk dari untung. tp aku tetap dgn forex sbb aku rasa forex adalah jalan untuk gandakan duit.. bukan buat duit..
      -invest duit: maksudnya, ko ada modal usd100, so, ko nak gandakan usd10 setiap hari.. tu pun dah byk. modal ko tak terjejas, tiap2 hari ko makan usd10. market berjalan 5 hari sehari. so, usd50 dah ko dpt seminggu
      - lagi besar modal, lagi byk untung ko dpt. tp kalau tamak, ko rugi besar
      - lagi tips forex, DI SINI

      adsense:
      - simple
      - ko kena update blog tiap hari
      - sakit hatinya ialah, ko kena sentiasa ikut adsense policy. kena byk bersabar
      - aku buat blog sejak 2008 lagi, dan aku dpt 1st earning usd100 pada tahun 2013. tak giler lama ke tu
      - adsense ni ko kena byk tau pasal SEO, niche dan penjanaan traffic
      - bila ko master 3 perkara ni, maka idup ko dah stabil. earning akan masuk tiap2 hari
      - tugas ko, cuma perlu update blog sekurang2nya 1 post 1 hari. minimum...
      - sakit kepalanya: ko nak update blog tu.. mana ko nak cari input.. mana ko nak dptkan idea.. mmg sakit kepala tang ni


      so, forex vs adsense?
      no pain no gain
      dua2 leh jana duit dan dua2 perlu ko kerja kuat. sama la ko kerja siang hari, dan buat parttime malamnya.. dua2 kena kerja keras.. samala dgn forex  n adsense.. cumanya, kerja keras ko adalah pada otak ko.. kerja keras pada minda untuk lihat chart atau update blog n improve SEO blog
      16 Jul 2014
      14.47 0

      ISU PANAS: KIKI DAN STERING LOCK

      perempuan mengamuk di Kuantan Pahang menjadi kes polis


      PADAH PEREMPUAN MENGAMUK KINI KIKI SUDAH FEMES

      Apabila video tentang seorang perempuan di Kuantan yang mengamuk dan memukul kereta seorang cina tua kerana melanggar sedikit kereta barunya, kini dia menjadi terkenal akibat troll oleh masyarakat 'prihatin' Malaysia.

      Kini, isu ini telah menjadi kes polis. SUMBER
      Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat wanita yang bertindak ganas terhadap seorang lelaki tua ketika kemalangan di Kuantan, Pahang selepas rakaman video kejadian itu menjadi viral sejak petang semalam.

      Berikut adalah koleksi troll yang sempat TUBEPANAS ambil:-

















      Jadi, berhati-hatilah di jalan raya dan berhati-hati lah ketika marah. Silap langkah, anda akan femes seperti kiki ini juga. Salam ramadhan dan selamat hari raya dari TUBEPANAS