Searching...


.
Tampilkan postingan dengan label Hiburan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Hiburan. Tampilkan semua postingan
14 Feb 2015
15.21 1

7 FAKTA DARI FILEM LUCY ANDA TIDAK MAHU TAHU



Anda pernah menonton filem LUCY? Dan anda mengamok kerana filemnya memperbodohkan anda? Atau anda sebenarnya yang bodoh? Berikut adalah intipati filem lucy yang anda mungkin tak faham (dan tubepanas ulang cerita ni 3-4 kali) untuk fahamkannya:-

1- LUCY merupakan kisah bagaimana manusia berkembang dari satu fasa ke satu fasa dan kini manusia sedang alami 'kebangkitan' ke fasa baru

2- LUCY boleh di katakan cerita anti-darwinism

3- LUCY juga 'mungkin' nama pendek untuk LUCYfer /lucifer yakni azazil, jin yang di angkat menjadi ketua malaikat di langit sebelum era manusia tetapi engkar bila ADAM di ciptakan.

4- Fakta mengenai manusia mengunakan 10% itu tak betul kerana manusia telah mengunakan 100% kapisiti otaknya KECUALI manusia tidak mampu menguasai 100% cuma hanya 10% sahaja dari pengunaan otak.

5- Di akhir cerita, LUCY telah melihat bagaimana bumi tercipta yakni dari perlanggaran sebuah planet dan menghasilkan bumi. Ia di gelar TIAMAT dan ia ada di dalam mitos Sumeria.

6- Angkasa seumpama lautan yang mana di visualkan benih-benih manusia ini 'turun' dari langit.

7- Akhir cerita di tunjukkan LUCY menjadi sebuah Thumb Drive. Jika anda saksikan teliti thumb drive itu, anda akan perhatikan ia seumpama kotak penyimpan angkasa dan bintang. Ia adalah metafora kepada semua ini hanyalah data-data sahaja. Alam nyata adalah hologram. Ia adalah dari teori quantum physic - cosmology


31 Jan 2015
16.48 0

MISS NINA AJAK BERHIJAB DI KLCC



Sejak miss Nina berhijrah ni, banyak aktiviti dah dia buat. Bagus tu. Camne, tak perlu nak seksi-seksi untuk tarik orang. Pakai hijab pun dapat tarik perhatian orang pe?!

KUALA LUMPUR: Duta WHD dan sekumpulan Muslimah muda mengadakan perhimpunan yang akan diadakan bersempena sambutan itu pada 1 Februari, menurut penganjurnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Penyanyi Shazrina Azman yang lebih popular dengan nama Mizz Nina, akan berkongsi pandangan dan pengalaman dengan orang ramai sebagai pemakai 'hijab' pada Hari Hijab Sedunia (WHD) Malaysia di Taman KLCC esok.

Hari Hijab Sedunia yang diilhamkan warga New York, Nazma Khan, dan disambut di 116 negara setiap tahun sejak 2013, antara lain bertujuan memupuk toleransi dan persefahaman tentang pemakaian hijab.

Acara itu yang akan bermula pada 11 pagi, akan turut mempromosi gaya berhijab secara profesional dan diiringi pertandingan menarik.

Hadirin digalakkan membawa hijab untuk diderma kepada Muslimah yang terjejas oleh banjir di pantai timur baru-baru ini. Perkhidmatan membungkus sumbangan juga disediakan di venue sambutan itu.
- BERNAMA

link: http://www.bharian.com.my/node/32562
25 Jun 2014
19.07 0

Lelaki Bodoh Gara Gara Putus Cinta Toreh Lengan Sampai Berdarah


Lelaki Bodoh Gara Gara Putus Cinta Toreh Lengan Sampai Berdarah | Satu lagi manusia yang memalukan kaum lelaki. Baca selanjutnya.

Lelaki Bodoh Gara Gara Putus Cinta Toreh Lengan Sampai Berdarah.

Kes seperti kerap berlaku dikalangan remaja di Malaysia, biasanya perempuan yang bertindak seperti ini. Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Rezza Sharul memuat naik dua gambar #sadisnya yang boleh dilabelkan sebagai tindakan yang tidak matang.Rezza yang kecewa dipercayai baru saja putus cinta bertindak menoreh lengannya dengan pisau (tak tau la pisau lipat ka, pisau cukur getah) sehingga menampakan pendarahan yang teruk.

Pada caption gambarnya itu, Rezza berkata dia sanggup buat begitu demi cinta dan orang yang dia sayangi. Namun perhubungan cinta yang berlangsung selama 6 tahun itu putus di tengah jalan. Akibatnya, dia kecewa dan merana + dia bencikan perempuan.


"air mata yang mampu padamkan api di hati. Air mata yang selalu hadir di setiap hati kita terluka. Hanya air mata yang selalu temani hati yang terluka. Saya suka menangis sebab hanya tangisan yang mampu hilangkan sakit hati yang kau berikan.."



Pakai gelang Metallica, tapi kecundang disebabkan chingey~ Rock dalam hati ada taman ni.. adoyai~ Haha~ Budak zaman sekarang ni, bercinta mengalahkan Romeo. Sanggup cederakan diri semata-mata untuk tunjukkan kepada si dia yang kononnya mereka setia. Apa kejadahnya? Kalau si dia tu isteri yang sah, takpelah juga. Nasihat admin, bercinta biarlah berpada-pada, kalau dah tak ada jodoh, cubalah redha dan bertenang dengan ketentuan Allah SWT.
23 Jun 2014
17.01 0

Anak Pelakon Azhar Sulaiman Ditampar 10 Kali Oleh Guru


Anak Pelakon Azhar Sulaiman Ditampar 10 Kali Oleh Guru | Terkejut juga admin membaca berita ini. Baca selanjutnya.
-
Anak Pelakon Azhar Sulaiman Ditampar 10 Kali Oleh Guru.
Bising artis seorang ini apabila seorang guru didakwa telah menampar anaknya 10 kali. Anak pelakon Azhar Sulaiman di tampar Cikgu 10 kali. Berita ini heboh apabila pelakon Azhar Sulaiman telah menyiarkan perkara ini di lawan status facebooknya. Anaknya yang bernama Andika Rees dikatakan telah ditampar oleh guru sebanyak 10 kali. Teruk juga ya ? Punca anak pelakon ini ditampar didapat diketahui lagi sehingga lah bapa kepada anak ini bertemu dan bertanya kepada guru tersebut.

Admin nak tegur sedikit cara orang kita menyelesaikan masalah. Pertama,buat kecoh di laman facebook dahulu, barulah pergi siasat perkara sebenar. Kedua, bergaduh dilaman sosial bagai tiada lagi peluang untuk bersemuka,berbincang untuk menyelesaikan masalah. 


Admin doakan pelakon ini dapat menyelesaikan masalah ini dengan baik dan profesional. 


18 Jun 2014
17 Jun 2014
19.11 0

Peminat Ajak Nabila Huda Tukar Agama


Peminat Ajak Nabila Huda Tukar Agama | Pasti ramai yang memberi perhatian kepada berita hiburan ini. Teruskan membaca.
-
Peminat Ajak Nabila Huda Tukar Agama

Gempar hari ini tercetus satu berita tentang peminat kepada Nabila Huda mengajak beliau menukar agama. Perkara ini berlaku di laman sosial Instagram. Perkara ini biasa berlaku kerana peminat artis sekarang memang bertindak mengikut perasaan tanpa memikirkan sensitiviti agama. Hal ini berlaku kerana mereka mungkin terlalu berfikiran terbuka sehingga melanggar batas dan sanggup mempermainkan isu agama.

Kepada Nabila Huda, admin harap beliau teguh dengan agama islam yang mulia dan melindungi diri daripada ajakan seperti ini.
12 Jun 2014
10.28 0

Felixia Yeap Bercinta Dengan Lelaki Melayu



Felixia Yeap Bercinta Dengan Lelaki Melayu
-
FELIXIA YEAH BERCINTA DENGAN LELAKI MELAYU

Berita buruk buat kaum Adam di luar sana yang mempunyai impian untuk mengorat bekas model Playboy yang kini telah berhijab, Felicia Yeap. Admin hampir bunuh diri apabila membaca artikel ini.

Berdasarkan pemerhatian kami di laman sosial Instagram Felicia yang kini semakin aktif berlakon, hatinya sudah pun dicuri oleh seseorang jejaka melayu.

Dipercayai segala-galanya bermula sejak dua bulan lalu apabila Felicia menerima sejambak bunga pertama daripada jejaka dikenali sebagai MR R.

Sejak itu semakin banyak gambar dikongsikan Felicia bersama kekasih hatinya itu.
Paling ketara jejaka itu istimewa buat Felicia apabila dia memuatnaik status berbunyi, “Me and my driver. Hopefully would drive me all the way to “J”.

Kesemua gambar Felicia bersama Mr R juga dilihat diletakkan hashtag #withlove #cintahati dan #rnr. Admin tidak dapat meneruskan lagi bercerita tentang Felixia Yeap ini. Semoga bahagia hendaknya. 




9 Jun 2014
13.13 0

Rebranding New Era of Blogging


Rebranding New Era of Blogging

Hari ini kami memasuki satu fasa baharu dalam dunia blogging. Kami mahu dunia blog dalam Malaysia kita ini berkembang lebih maju dan pesat serta dihormati di mata dunia. Kami akan terus memberikan pelbagai informasi yang lebih segar kepada anda semua demi masa depan kebebasan berinternet di negara ini.

Kami komited untuk memberikan yang terbaik kepada anda semua. Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan pelbagai informasi terkini dengan telus dan tepat. Kami mahu para pembaca di negara ini agar lebih maju selangkah kehadapan daripada takuk yang lama kepada suatu perubahan era baru.

Semoga dengan perubahan blog ini akan sedikit sebanyak dapat membantu para pembaca di Malaysia mendapatkan sumber informasi terkini yang lebih telus dan tepat serta dihormati dipersada dunia.

Semoga kemunculan kami, akan memberikan satu input baharu dalam dunia blogging di Malaysia.

Hidup kebebasan berinternet dinegara kita!

-bradokapak-
CEO, Founder of Bradokapak Pte. Ltd.
Administrator of Geng Master Adsense.