Searching...


.
21 Apr 2014
00.22 0

DILEMA MELAYU BAHAGIAN 4



DILEMA MELAYU BAHAGIAN 4

Berikut adalah sambungan dari karya TUN DR. MAHATHIR bertajuk DILEMA MELAYU:-
Silalah komen dan share, ya?!

Dilema Ekonomi Melayu
Di dalam bab ini saya cuba menyorot kembali, dan kadang kala cuba membuat kesimpulannya
terhadap sejarah ekonomi orang Melayu mengikut peringkat-peringkat masa tertentu dalam sejarah
Tanah Melayu. Usaha ini adalah untuk memberikan gambaran latar belakang kepada keadaan hari
ini.Pandangan orang Melayu terhadap kedudukan ekonomi mereka yang begitu rendah diterangkan di
sini secara objektif seperti yang dirumuskan oleh orang Melayu. Kelemahan-kelemahan orang Melayu
tidak pula dilupakan, tetapi adalah salah jika orang lain tidak turut sama dikaitkan kerana cara dan
sikap mereka dalam perkara ini. Jelasnya, kecuali kalau orang Cina khususnya sanggup menahan
perasaan mereka serta menghargai perlunya usaha untuk meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu,
maka bukan sahaja keazaman orang Melayu malah rancangan-rancangan Kerajaan juga tidak dapat
menolong mengatasi dilema ekonomi orang Melayu.
Pada masa ini sukar hendak dibayangkan negara Malaysia tanpa pekedai-pekedai Cina yang terdapat
di merata tempat. Mereka menjalankan fungsi yang kini sudah menjadi suatu kelaziman kepada
kehidupan rakyat Malaysia sehingga kita merasakan bahawa mereka seolah-olah sudah berada di
negara ini dahulu lagi. Kegiatan mereka sebagai orang tengah terdapat di seluruh dunia. Mereka bukan
sahaja menjual kepada orang ramai di seluruh negara segala keperluan harian dan barangbarang
mewah, malahan mereka juga membeli hasil-hasil daripada para pelanggan untuk dijual di lain-lain
tempat. Mereka adalah bahagian yang penting di dalam jentera ekonomi Malaysia.Meskipun begitu,
umum mengetahui bahawa pada suatu masa dahulu mereka tidak ada di sini.
Di dalam sejarah Kesultanan Melayu di Kedah, Kelantan dan Melaka memang tidak ada pekedaipekedai
Cina pada waktu itu. Kesultanan pada masa itu sudahpun mempunyai masyarakat yang
tersusun, dengan masyarakat bandar dan luar bandar serta kegiatan perdagangan di dalam dan di luar
negeri. Pemasaran hasil-hasil yang dikeluarkan, pengangkutan dan pembelian serta penjualan barangbarang
keluaran tempatan dan barang yang diimport berjalan tanpa terpaksa melalui pekedai-pekedai
Cina yang dikatakan sangat penting itu. Mungkin mereka tidak secekap atau begitu tekun seperti orangorang
Cina. Akan tetapi yang mustahaknya ialah pada zaman itu negeri-negeri tersebut telah pun
mempunyai jentera perdagangan yang teratur walaupun sistem yang dijalankan agak primitif dan
terbatas.
Sejak zaman ekonomi orang Melayu masih bebas hinggalah hari ini, telah berlaku satu rentetan
peristiwa yang akhirnya menyebabkan orang Melayu terjerumus ke dalam dilema ekonomi seperti
sekarang.
Memang telah diketahui bahawa pada zaman Kesultanan Melayu dahulu orang-orang Melayu sudah
terlibat sepenuhnya dalam bidang pemasaran, perniagaan kecil, import dan eksport dan juga
pengeluaran barang-barang. Orang Melayu juga sudah mahir dalam bidang pertukangan, pekerjaan
tangan dan juga pekerja yang mahir. Kegiatan ekonomi pada waktu itu berjalan seperti mana keadaan
sekarang ini, cuma bezanya bilangan penduduknya lebih kecil dan kawasannya lebih terhad dan tidak
terdapat orang-orang Cina.
Pekan-pekan Melayu yang awal adalah perkampungan yang terletak di persimpangan sungai atau di
kuala-kuala sungai. Pilihan ini dibuat kerana sungai dan lautan merupakan jalan perhubungan yang
utama pada waktu itu. Kuda atau kereta kuda tidak pernah wujud, dan pengangkutan jalan cuma dengan
menggunakan gajah dan kereta lembu. Kedudukan pekan-pekan tadi telah menyenangkan lagi
perjalanan dan perhubungan. Apabila manusia mengembara mereka berdagang dan terpaksa menukar
barangan atau wang. Seorang pengembara sudah tentu tidak boleh hidup tanpa membeli barangbarang
keperluan untuk dirinya.
Pekan-pekan Melayu umumnya adalah pekan pasar yang ditadbirkan oleh seorang pembesar. Rajaraja
Melayu tinggal di bandar-bandar besar, biasanya bandar pelabuhan. Istana diraja dan para
pegawai pentadbir memerlukan barangan dan perkhidmatan. Dalam keadaan begini perniagaan yang
teratur wujud dan berkembang dengan baiknya. Sewaktu orang-orang India dan Arab tiba di Tanah
Melayu, kesultanan ini sudah berkembang agak pesat di dalam bidang perniagaan dan industri, serta
mempunyai kemudahan-kemudahan dan kakitangan untuk menjalankan perniagaan eksport dan import.
Ada juga bukti-bukti yang menunjukkan bahawa raja-raja juga turut terlibat dalam perniagaan,
walaupun pada keseluruhannya kegiatan itu cuma melibatkan kutipan barangan daripada rakyat dan
menukarkan barangan itu dengan barang-barang yang dibawa oleh peniaga-peniaga luar. Dengan cara
ini raja-raja danpembesar-pembesar istana memperolehi banyak pakaian dan barang perhiasan. Baki
barangan ini dipasarkan kepada rakyat dan dengan itu rakyat juga mampu memiliki barangan yang
dibawa masuk dari luar dengan menukarkan barangan mereka.
Dengan penggunaan wang, perniagaan menjadi lebih sofistikated. Kita tidak tahu sebenarnya bilakah
mata wang mula digunakan di Tanah Melayu. Kita cuma tahu bahawa is sudah digunakan sebelum
kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu. Wang syiling yang digunakan oleh orang Melayu pada
zaman dahulu memperlihatkan pengaruh Arab dan India dan kurang sekali, kalau adapun, pengaruh
Cina. Jadi, kita boleh katakan bahawa perdagangan yang sofistikated yang menggunakan mata wang
sudah pun wujud sewaktu orang Cina datang ke Tanah Melayu.
Orang-orang Arab dan India telah mengubah corak perdagangan di negeri-negeri Melayu lama.
Mereka bukan sahaja datang untuk berniaga, sebaliknya ramai juga di antara mereka yang telah
bermastautin dan berkahwin dengan orang-orang Melayu dari golongan pembesar-pembesar istana.
Peniagapeniaga ini adalah bijak dan kaya, kalau tidak masakan mereka dapat merantau jauh dari
negeri mereka. Kalau begitu tidak hairanlah bila raja-raja Melayu mula mengakui kebolehan mereka.
Lama-kelamaan mereka semakin berpengaruh di istana-istana raja dan diterima sebagai orang
Melayu. Dengan sendirinya mereka semakin menguasai perniagaan di negara ini, malah menganggap
diri mereka sebagai orang Melayu dan bukan lagi orang asing. Dengan pengetahuan yang meluas di
bidang perniagaan serta hubungan mereka dengan orang-orang istana dan pedagang-pedagang luar
mereka turut memajukan lagi perniagaan orang-orang Melayu. Raja-raja Melayu tidak lagi terlibat
secara langsung dalam perniagaan. Mereka serta rakyat jelata telah mendapat khidmat dari peniagapeniaga
dan pekedai-pekedai yang cekap dan boleh dianggap sebangsa dengan mereka walaupun asal
keturunan mereka adalah berbeza.
Sewaktu perubahan ini berlaku, pedagang-pedagang Cina mula datang dan sebilangan kecil dari
mereka turut menetap di sini. Pada zaman Kesultanan Melaka bilangan kedatangan mereka adalah
kecil. Pedagang-pedagang Cina terpaksa bergantung kepada angin monsun pada satu-satu musim.
Oleh itu mereka terpaksa berhenti di Melaka sementara menunggu angin monsun untuk pulang ke
negara mereka. Dengan itu muncul pusat-pusat perdagangan yang dikendalikan oleh orang-orang
Cina.
Pada mulanya orang-orang Cina hanya bertindak sebagai agen kepada rakan-rakan mereka. Mereka
menjual barangan dari Negeri China dan membeli barang-barang tempatan untuk dibawa pulang ke
negeri mereka. Perniagaan mereka yang sofistikated telah menyebabkan mereka menjadi kaya dan
berpengaruh. Raja-raja mendapati orang-orang Cina berguna dan boleh memberi khidmat kepada
mereka sementara negeri menjadi kaya dan terkenal dengan aktiviti-aktiviti mereka. Mereka biasanya
mempersembahkan hadiah-hadiah yang mahal kepada golongan pemerintah, oleh itu hubungan mereka
dengan semua golongan tadi semakin rapat. Lama-kelamaan prasangka terhadap mereka telah mulai
hilang dan mereka bebas bergerak dan berniaga di mana-mana sahaja.
Lama-kelamaan bukan sahaja orang-orang Cina giat berniaga, malahan mereka yang bekerja di pusat
perniagaan di Melaka turut memulakan perniagaan kedai runcit sendiri. Kejayaan pekedai-pekedai
runcit ini menyebabkan lebih ramai lagi kemasukan pengembara-peniaga Cina. Lama-kelamaan sistem
kedai runcit ini telah menjalar ke seluruh pelusuk Tanah Melayu dan keadaan ini kekal sepanjang
zaman Kesultanan Melayu.
Ciri ini semakin menjadi-jadi dengan kedatangan orang Portugis, Belanda dan akhirnya orang British.
Kita harus ingat bahawa orang-orang Eropah datang ke Timur untuk berdagang dan bukan untuk
menakluk negeri-negeri di rantau ini. Bagaimanapun, sewaktu berniaga mereka tidak teragak-agak
melakukan segala angkara. Mereka menakluk dan mengganas. Mereka menjalin ikatan melalui
perjanjian, tetapi mereka juga yang menodai janji tersebut. Sebenarnya mereka adalah orangorang
yang tidak bertanggungjawab langsung.
Bagi orang Eropah yang tidak berhati perut peniaga Cina adalah suatu rahmat yang dicari-carikan.
Orang Cina boleh bertutur dalam bahasa tempatan dan mereka juga mempunyai segala hubungan serta
kemudahan yang membolehkan orangorang Eropah memeras kesultanan Melayu. Dalam masa yang
singkat sahaja terjalin hubungan yang baik di antara peniagapeniaga Cina dan penjajah-penjajah dari
Barat. Apabila hubungan ini semakin erat dan orang-orang Cina didapati begitu menguntungkan
mereka, kemasukan orang-orang Cina ke Tanah Melayu seolah-olah mendapat galakan dan semakin
cepat pula. Keadaan ini juga sangat menguntungkan pihak British yang telah mengambil alih kuasa
daripada orang Portugis dan Belanda. Orang Cina yang menjadi kaya di bawah perlindungan British
turut menjadi pelanggan yang utama bagi barang dagangan British. Pasaran bagi barangan British di
Tanah Melayu bertambah luas serta sangat menguntungkan.
Kedatangan peniaga-peniaga Cina ini diikuti pula oleh pekerjapekerja mahir, dan kuli-kuli yang tidak
mahir. Bagi pihak British, kedatangan orang-orang Cina dari segala lapisan dan kelas sosial bermakna
wujud sebuah masyarakat yang lebih teratur dan sofistikated serta memudahkan penjajah British
menjalankan perniagaan dan pentadbiran mereka. Walau bagaimanapun, bagi orang Melayu
kemasukan beramai-ramai ini bererti kedudukan mereka sudah terancam. Pada mulanya mereka
tersisih dari lapangan perdagangan, kemudian dalam bidang kerja-kerja mahir, dan akhirnya mereka
turut tersingkir dari kerja-kerja yang tidak mahir. Di samping itu mereka juga tersingkir dari tempat
tinggal mereka. Orang-orang Melayu terpaksa meninggalkan bandar-bandar, kecualilah kalau mereka
itu bekerja dengan Kerajaan. Apabila nilai harga tanah di bandar-bandar melambung naik, dan begitu
juga dengan berbagai sewa dan cukai, orang-orang Melayu terpaksa menjual harta mereka di bandar
Pihak British sedar akan perasaan kecewa orang Melayu sedangkan kaum-kaum lain tetap tidak
merasakan apa-apa perubahan. Tetapi pihak British menganggap perasaan kecewa orang Melayu ini
sebagai satu kesempatan yang sesuai untuk merundingkan lebih lanjut mengenai masa depan politik
negara ini. Lebih kurang pada waktu itu hubungan Cina-Melayu sedang melalui satu krisis semasa. Di
bawah pimpinan UMNO, orang Melayu telah menuntut supaya Tanah Melayu adalah untuk orang
Melayu. Sebaliknya orang-orang Cina pula telah menuntut hak kerakyatan diberikan kepada mereka
berdasarkan kelahiran mereka di negara ini.
Usaha-usaha telah dijalankan oleh Pesuruhjaya Besar bagi Asia Tenggara untuk cuba mententeramkan
kedua-dua kaum ini melalui Jawatankuasa Hubungan Kaum. Sungguhpun pemimpin-pemimpin keduadua
kaum ini dapat dipujuk tetapi ahli-ahli biasa tetap berdegil dengan pendirian mereka. Orang
Melayu tidak mahu bertolak ansur walaupun ada ura-ura untuk menjalin persaudaraan antara Cina-
Melayu. Mereka sedar akan kuasa ekonomi yang dipegang oleh orang Cina. Orang Melayu
berpendapat bahawa sekiranya kelemahan kuasa ekonomi ditambah pula dengan kelemahan kuasa
politik maka kedudukan orang-orang Melayu sudah tentu akan menjadi lebih teruk dan dikuasai oleh
orang-orang Cina. Mereka tidak yakin bahawa perasaan persefahaman dan simpati adalah benar di
kalangan orang-orang Cina.
Pada ketika inilah Pesuruhjaya Tinggi British telah mencadangkan penubuhan Lembaga Kemajuan
Kampung dan Perusahaan (RIDA) yang kemudian telah dikecam hebat. Orang Melayu telah diberitahu
bahawa Kerajaan akan menolong mereka mengatasi dilema ekonomi sekiranya mereka lebih bertolak
ansur dalam soal politik. Sejumlah 5 juta ringgit telah diperuntukkan kepada perbadanan pembangunan
yang barn ini dengan tujuan untuk memajukan perusahaan tradisional serta menolong orang-orang
Melayu dalam perniagaan dengan menyediakan modal dan nasihat kepakaran.
Dasar Kerajaan ini dapat dianggap sebagai satu langkah yang baru. Bantuan Kerajaan untuk
perniagaan memang tidak pernah dibuat sebelum itu. Memang benar firma-firma British, sama ada
firma tempatan atau yang berpusat di England, diberi keutamaan oleh Kerajaan, tetapi amalan ini
bukanlah dasar yang telah ditetapkan. Biasanya bantuan serupa ini diberikan melalui kontrak-kontrak
yang dirundingkan bukan secara rasmi tetapi dipersetujui di kelab-kelab yang eksklusif. Bagi orang
Melayu khususnya, bantuan Kerajaan yang sebenarnya tidak ada. Ini ialah kerana orang Melayu yang
ingin mencebur diri dalam perniagaan dengan kemudahan Kerajaan ataupun hendak memulakan
perusahaan seperti perlombongan atau pengangkutan akan ditanya sama ada mereka mempunyai
sebarang pengalaman dalam bidang berkenaan. Memandangkan bahawa selama ini orang Melayu telah
tersisih dari dunia perniagaan oleh orang-orang British dan Cina, sudah tentulah mereka akan
menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang pengalaman. Jawapan ini telah dijadikan
alasan mengapa orang Melayu tidak diberikan kontrak atau lesen, dan dengan tindakan ini mereka
tidak mendapat pengalaman perniagaan selama-lamanya.
Memanglah mudah difahami kenapa orang Melayu tertarik dengan idea RIDA untuk menolong mereka
dalam bidang perniagaan. Selama ini keluhan orang-orang Melayu ialah kekurangan modal. Bank yang
mereka usaha tubuhkan turut gagal. Jadi kini pihak British benar-benar mencadangkan supaya bantuan
wang dari Kerajaan diberikan kepada orang-orang Melayu sebagai modal perniagaan mereka, dan
sebagai ganjaran mereka juga diberi bimbingan dalam selok-belok perniagaan. Sikap lebih
bertanggungjawab pihak British mula mendapat perhatian. Namun begitu, bolehkah orang-orang yang
menganjurkan cadangan yang begitu murah hati dan liberal menjadi orang yang boleh diragukan
kejujuran dan keadilan mereka?
Seolah-olah ini belum cukup, pihak British menyatakan juga bahawa seorang pemimpin politik
Melayu akan mentadbirkan wang ini. Orang Melayu boleh menganggap wang sejumlah 5 juta ringgit
itu sebagai milik mereka. Mereka hanya perlu bersikap lebih liberal dan bekerjasama dengan pihak
British nescaya wang tersebut akan menjadi hak mereka. Walau bagaimana sekalipun, apabila
cengkaman ke atas ekonomi negara ini sudah kukuh mereka tidak perlu lagi bimbang kepada kuasa
politik orang-orang Cina.
Apa yang berlaku kepada RIDA sudah menjadi sejarah. RIDA telah dijalankan seolah-olah seperti
jabatan kebajikan. RIDA tidak memberikan bantuan kepada peniaga-peniaga Melayu yang
berkemampuan, sebaliknya wang diberikan kepada orang-orang kurang berada yang masih teragakagak
untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Orangorang yang menunjukkan kemampuan
mereka boleh berjaya dalam perniagaan tidak mendapat bantuan RIDA oleh kerana RIDA
berpendapat bahawa tujuannya bukanlah untuk menolong orang-orang berada menjadi lebih kaya.
Sesungguhnya, RIDA seolah-olah telah mewujudkan persaingan di antara peniaga-peniaga Melayu
yang sudah berjaya dengan peniagapeniaga Melayu yang dibantu oleh RIDA. Para peniaga baru ini
diberi bimbingan untuk menghadapi segala rintangan.
Memanglah benar ada bdang-bidang yang mana RIDA beroleh kejayaan. Akan tetapi pada
keseluruhannya kejayaan ini hanya sekadar membanttu perniagaan-perniagaan yang boleh bersaing
dengan peniaga-peniaga bukan Melayu. Bidangbidang yang RIDA berjaya, selain daripada bidang
perniagaan, ialah bidang pendidikan. Dengan bantuan RIDA ramai anak Melayu telah mendapat
pendidikan yang sesuai dengan pekerjaan di dalam firma-firma perniagaan. Sebelum itu orang-orang
Melayu hanya bergantung kepada pekerjaan dengan Kerajaan.
Pada keseluruhannya RIDA tidak dapat memenuhi janji janji yang dibuat oleh pihak British. Selepas
pihak British memperuntukkan jumlah wang itu dan melantik orang-orang Melayu untuk mentadbirkan
perbadanan ekonomi ini, mereka pun terus menarik diri. Kini mereka bebas menghabiskan masa
lapang mereka di kelab-kelab dan mengulangi amalan memberi kontrak kepada firma-firma British.
Kalau orang-orang Melayu tidak mencapai kemajuan dengan bantuan RIDA, maka itu salah orang
Melayu sendiri. Sebenarnya yang dikehendaki oleh pihak British dengan menubuhkan RIDA bukanlah
pemulihan ekonomi orang Melayu tetapi niat mereka lain sama sekali. Hasrat ini terlaksana apabila
orang-orang Melayu telah bersetuju untuk bekerjasama dengan orang-orang Cina untuk memudahkan
pengisytiharan darurat.
RIDA mungkin tidak mencapai kejayaan yang diharapharapkan, tetapi sebaliknya is telah berjaya
men-gubah cara pemikiran orang-orang Melayu di dalam kegiatan ekonomi. Ia juga telah mengikis
sama sekali anggapan bahawa Kerajaan tidak bertanggungjawab langsung untuk menolong memajukan
orang-orang Melayu dalam bidang perniagaan. Sejak itu setiap usaha orang Melayu, kalaupun tidak
mengharapkan bantuan Kerajaan, sekurang-kurangnya boleh menuntut agar Kerajaan jangan
menghalang usaha mereka dengan helah-helah seperti kurang pengalaman, kurang modal dan lain-lain
alasan. RIDA juga turut mengingatkan orang-orang bukan Melayu, terutama orang-orang Cina, bahawa
baik orang Melayu mahupun Kerajaan sudah tidak mahu melihat orang Melayu tersisih dari bidang
perdagangan di negara ini. Apabila prinsip menolong orang-orang Melayu bukan lagi dianggap
bersifat perkauman, sebaliknya diterima sebagai langkah yang perlu bagi kestabilan negara,
maka banyak lagi agensi dan cara lain telah dimulakan oleh orang-orang Melayu dan Kerajaan untuk
mengambil kesempatan dari perubahan sikap tadi. Misalnya, peruntukan yang tidak adil mengenai
tanah simpanan Melayu yang kaya dengan biji timah atau lain-lain yang boleh diambil dan ditukar
gantikan dengan tanahtanah hutan yang tidak berharga kini tidak boleh lagi dibuat tanpa diberitahu
terlebih dahulu tujuannya kepada orang Melayu. Hasilnya, perubahan dasar yang sedikit ini telah
menyelamatkan berjuta-juta ringgit wang orang Melayu.
Kerajaan juga telah menegaskan supaya peratus tertentu pekerja Melayu perlu diadakan di dalam
industri-industri baru. Tanah-tanah milik Kerajaan yang berharga di kawasan-kawasan bandar tidak
lagi dijual hanya kepada pihak yang menawarkan harga yang paling tinggi atau dijualkan kepada
orang-orang Cina atau Eropah yang lebih mengetahui tentang nilai tanah tersebut serta lebih
berkemampuan untuk mengusahakannya. Orang Melayu telah diberi peluang untuk membeli tanahtanah
ini mengikut harga yang mereka mampu atau sekurang-kurangnya membayar secara ansuran
dalam jangka waktu yang berpatutan. Kerajaan Negeri juga turut merasa bertanggungjawab untuk
menolong orang-orang Melayu seberapa yang boleh supaya mereka dapat menceburkan diri dalam
bidang perniagaan. Bagi kali pertamanya Dewan Perniagaan Melayu telah dianggap sebagai suara
peniaga-peniaga Melayu walaupun ahli-ahlinya hanya terdiri daripada peniaga-peniaga kecil atau
penjaja-penjaja.
Sewaktu berlakunya perubahan idea dan nilai-nilai ini, Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan.
Barangkali tidak keterlaluan dikatakan bahawa memang orang Melayu yang sangat-sangat inginkan
kemerdekaan. Mereka sedar bahawa sebuah Kerajaan yang mempunyai lebih suara orang Melayu akan
bersikap lebih liberal dalam usaha membantu mereka di dalam perniagaan dan lain-lain bidang.
Taukeh-taukeh jutawan Cina juga turut melihat keadaan ini. Mereka sedar bahawa mereka sudah tidak
lagi memperolehi secara mutlak hak perniagaan yang ditinggalkan oleh orang-orang British. Mereka
juga melihat berakhirnya segala muslihat dan tipu helah yang selama ini dilakukan ke atas semua
undang-undang yang kononnya melindungi orang Melayu. Mereka membayangkan empayar perniagaan
mereka akan dicerobohi. Malah ada juga setengahnya yang membayangkan penubuhan sebuah negara
sosialis Melayu di mana segala kekayaan yang mereka miliki akan diambil balik.Sebenarnya (setelah
merdeka) hanya sebahagian kecil dari harapan orang-orang Melayu dipenuhi. Lebih menakjubkan
ialah bukan sahaja segala kebimbangan taukeh-taukeh Cina tadi tidak berasas sama sekali, tetapi
sebaliknya Tanah Melayu yang merdeka telah membuka peluang yang tidak terbatas kepada orang
Cina untuk mengumpul harta.
Sebelum ini telah pun dibincangkan tentang bantuan Kerajaan yang semakin bertambah kepada orangorang
Melayu hasil daripada perubahan sikap yang disemaikan dengan tertubuhnya RIDA. Memang
tidak perlu disebutkan bahawa perubahan ini lebih menggalakkan lagi dengan tercapainya
kemerdekaan. Berbagai agensi dan rancangan Kemajuan Kerajaan-kerajaan Pusat dan Negeri,
misalnya Perbadanan Kemajuan Negeri dan kuota-kuota perniagaan pengangkutan jalan, adalah hasil
daripada kemerdekaan. Memanglah diakui bahawa Kerajaan selepas Merdeka telah banyak menolong
orang-orang Melayu dalam perniagaan dan usaha ini masih diteruskan. Kadang kala perbuatan curang
telah menggagalkan matlamat Kerajaan. Kadang-kadang cengkaman oleh syarikat-syarikat perniagaan
Cina yang bersekutu turut menggagalkan usaha ini. Biarpun begitu, kedudukan istimewa orang-orang
Melayu telah dapat menembusi, walaupun sedikit, keutuhan kedudukan ekonomi orang-orang bukan
Melayu. Baik atau tidak, orang-orang Melayu sudah tidak lagi boleh diketepikan dalam bidang
perniagaan. Salah satu hasil daripada dasar Kerajaan selepas Merdeka ialah perlantikan orang-orang
Melayu menjadi pengarah-pengarah dalam syarikat-syarikat besar milik bukan Melayu.
Setiap orang tahu bahawa pengarah-pengarah Melayu ini lazimnya tidak melabur satu sen pun, ataupun
mempunyai keupayaan untuk memberi sumbangan ke arah tujuan yang terpenting, iaitu memberi
keuntungan kepada syarikat. Setiap orang tahu bahawa ada di antara orang-orang Melayu ini yang
hanya menjual nama mereka dan cuma mengambil kesempatan dari dasar kerajaan yang mahu melihat
pembahagian kekayaan yang lebih sama rata. Setiap orang tahu bahawa hakikat ini bukanlah kehendak
orang Melayu atau sesiapa pun. Meskipun begitu, setiap orang tahu bahawa memang tidak ada pilihan
lain sekiranya orang-orang Melayu perlu membiasakan diri dengan nadi perniagaan-perniagaan yang
besar, seperti yang diperlukan, untuk mengelakkan jurang perbezaan antara mereka dengan bukan
Melayu daripada tidak terus berkekalan.
Adakah kritik terhadap orang-orang Melayu yang telah menjual nama mereka kepada syarikat-syarikat
perniagaan boleh diterima sebulatnya? Sama ada baik atau tidak, berkebolehan atau tidak, dengan
adanya orang-orang Melayu dalam berbagai badan tadi bererti mereka telah mengetahui sedikit
sebanyaknya selok-belok perniagaan. Kebanyakan daripada mereka bukanlah bodoh. Mereka memang
mempunyai keupayaan untuk belajar. Ada banyak bukti yang menunjukkan bahawa orangorang itu
sudah banyak mengetahui tentang cara-cara perniagaan. Pengetahuan ini telah dapat disalurkan kepada
syarikat-syarikat baru yang ditubuhkan oleh orang-orang Melayu. Di samping itu, kehadiran mereka
dalam lembaga pengarah telah menghalang terjadinya prasangka terhadap orang-orang Melayu
umumnya, dan khususnya dalam pengambilan orang Melayu bekerja, tidak lagi seperti di masamasa
lampau. Kehadiran mereka juga telah menyebabkan orang Melayu kini tidak boleh diketepikan begitu
sahaja dalam pengambilan bekerja, dan orang Melayu sebenarnya boleh dan mampu berniaga dengan
syarikat-syarikat tersebut — suatu hakikat yang dianggap mustahil pada masa lalu.
Akibatnya, dengan kedudukan mereka itu pengarah-peng-arah ini boleh mengumpul kekayaan. Pada
mulanya hakikat ini mungkin dianggap tidak adil. Orang-orang Melayu yang segelintir ini telah
beroleh kekayaan bukan disebabkan oleh usaha sendiri, tetapi adalah basil daripada dasar Kerajaan
yang disokong oleh sebahagian besar orang Melayu yang miskin. Ini seolah-olah memberi gambaran
bahawa sokongan dari orangorang Melayu yang miskin adalah untuk memperkayakan sebilangan kecil
kaum sendiri. Padahal orang-orang Melayu yang miskin tidak mendapat barang suatu pun. Meskipun
begitu, kalaulah segelintir orang Melayu ini tidak kaya, nescaya orangorang Melayu yang miskin juga
tidak akan menikmati untungnya. Orang-orang Cina akan terus hidup dalam rumah-rumah besar dan
menganggap orang Melayu hanya layak untuk menjadi pemandu kereta mereka. Kini, apabila sudah
ada beberapa orang Melayu yang kaya, sekurang-kurangnya orang-orang Melayu yang miskin boleh
berkata bahawa nasib mereka bukan lagi semata-mata bekerja untuk orang-orang bukan Melayu yang
kaya. Kalau dipandang dari segi ego perkauman, malah ego ini masih kuat, maka perlu ada orang kaya
Melayu ini.

0 komentar: