Searching...


.
20 Apr 2014
23.22 0

DILEMA MELAYU BAHAGIAN 3


DILEMA MELAYU BAHAGIAN 3

Berikut adalah sambungan dari karya TUN DR. MAHATHIR bertajuk DILEMA MELAYU:-
Silalah komen dan share, ya?!

Pengaruh Keturunan dan Alam Sekitar Ke atas Bangsa Melayu
Bagaimanakah faktor-faktor keturunan memberi kesan terhadap kemajuan bangsa Melayu di
Semenanjung Tanah Melayu? Belum pernah dijalankan satu kajian yang saintifik mengenai perkara ini.
Barangkali lebih bijak jika perkara ini dibiarkan begitu sahaja kerana kalau dikaji juga mungkin hal
ini akan menyebabkan orang Melayu patah semangat. Meskipun begitu, memandangkan bahawa faktorfaktor
keturunan adalah amat penting dalam perkembangan sesuatu bangsa, eloklah dilihat serba
sedikit mengenai hal ini supaya dengan pemahaman yang lebih baik dan terperinci dalam hal ini
bolehlah difahami dan sedikit sebanyak mengatasi kesan tidak baik dari faktor-faktor ini.
Tulisan ini bukanlah satu kajian yang saintifik. Paling hampir ia cuma merupakan suatu tekaan cerdas
sahaja. Semoga ia akan membangkitkan satu minat barn mengenai perkara ini dan mungkin akan
membawa satu kajian saintifik yang menyeluruh tentang teori-teori yang dikemukakan. Setidaktidaknya
tulisan ini diharap akan menarik perhatian umum kepada perkara yang penting ini.Satu
perkara yang telah diterima umum ialah faktor-faktor keturunan memainkan peranan yang penting
dalam perkembangan sesuatu kaum. Ia tidak memerlukan kepakaran seorang ahli sains untuk
menyatakan hal ini. Agak ternyata, kalau ciriciri dari bapa diperturunkan kepada anaknya, maka ciriciri
kaum semestinya juga diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Andainya
proses ini tidak berlaku maka satu kaum yang amat berlainan akan muncul dalam tiap-tiap generasi.
Bagaimanapun, memandangkan bahawa ciri-ciri kaum dapat dilihat dalam tiap-tiap generasi, seperti
juga dengan ciriciri keluarga, maka kita boleh menganggap bahawa ciri tersebut adalah ciri-ciri
keturunan.
Manusia sudah lama sedar dan menerima hakikat, malahan sebelum pengajian sains menumpukan
perhatian kepada sifatsifat semula jadi manusia, bahawa anak-anak mesti mewarisi beberapa sifat
yang terdapat pada nenek moyang mereka. Sifat yang paling ketara ialah raut muka. Wajah kanakkanak
memang dijangkakan dan lazimnya mirip raut muka salah seorang dari ibu bapanya atau dari
kedua-duanya sekali. Meskipun begitu, persamaan ini tidak sahaja melibatkan bentuk fizikal sematamata.
Malahan kadang-kadang perwatakan, kecerdasan mental dan citarasa juga mengikuti ibu bapa
mereka. Walaupun demikian, persamaan ini tidaklah sepenuhnya. Beberapa ciri adalah agak
berlebihan manakala ciri-ciri lain hanya mempunyai sedikit persamaan. Kadang kalanya ada pula ciriciri
yang bercantum, dan ada kalanya ciri-ciri dari kedua ibu bapa mereka tidak ada langsung.
Memandangkan pemerhatian oleh manusia biasa terlalu singkat waktunya dan tidak pula mendalam,
maka usaha ini terpaksalah diserahkan kepada ahli-ahli sains untuk mengkaji lebih lanjut darihal
keturunan. Ahli sains yang paling terkemuka dalam bidang ini ialah Gregor Johann Mendel. Beliau
telah mengkaji secara sistematik kewujudan faktor-faktor keturunan dan bagaimana berlakunya
penyaluran baka. Penemuanpenemuan beliau telah pun diterima secara meluas. Secara ringkas Hukum
Mendel menyatakan bahawa zuriat itu bukanlah merupakan jenis perantaraan antara kedua-dua baka
ibu bapa, tetapi menurut hukum yang lazim, baka salah seorang dari ibu bapa itu adalah lebih
menonjol dalam zuriat yang dilahirkan. Hukum ini adalah penting kerana ia menolak konsep lazim
yang menyatakan bahawa zuriat hendaklah merupakan perwatakan yang lebih sederhana dari sifat-sifat
utama kedua-dua ibu bapa.
Hukum Mendel dijelaskan dengan baiknya dalam percubaan membiak tikus putih dan tikus coklat.
Kalau satu siri ujikajian dijalankan, maka pembiakan di antara tikus putih dan tikus coklat tidak akan
menghasilkan tikus bertompok atau putihcoklat, sebaliknya hasil yang paling banyak ialah tikus-tikus
putih. Bagaimanapun, kalau tikus putih generasi pertama ini dibiakkan sesama jenisnya, maka zuriat
yang dihasilkan bukanlah semuanya tikus putih, tetapi terdapat juga tikus-tikus coklat dengan nisbah
tiga tikus putih bagi tiap-tiap seekor tikus coklat. Fakta yang diterangkan di sini ialah warna putih
lebih ketara dalam generasi pertama. Namun begitu, walaupun tikus-tikus generasi pertama berwarna
putih, ia juga mempunyai faktor coklat yang tersorok yang boleh disalurkan kepada generasi yang
berikutnya. Akan tetapi, faktor coklat ini adalah lemah dan fakta ini menunjukkan bahawa hanya
terdapat seekor tikus coklat bagi tiap-tiap empat ekor tikus generasi kedua.
Bagi manusia, perkara yang agak sama boleh dilihat apabila seorang yang balar berkahwin dengan
seorang yang mempunyai warna kulit yang biasa. Zuriat dari perkahwinan itu pada zahirnya adalah
normal. Akan tetapi apabila mereka ini berkahwin dengan zuriat yang agak normal dan orang balar,
maka seorang dari tiap-tiap empat orang yang dilahirkan dari generasi kedua adalah balar. Jadi ibu
bapa balar adalah resesif. Jika seorang balar berkahwin dengan seorang balar, maka semua zuriatnya
adalah balar. Faktor resesif itu tidaklah dilahirkan oleh sebarang faktor yang dominan dan muncul
tiap-tiap kali. Walaupun Hukum Mendel boleh digunakan dalam kebanyakan contoh, namun hukum itu
tidaklah universal. Di kalangan ibu bapa yang mempunyai ciri-ciri yang dominan tetapi bertentangan,
satu percampuran akan berlaku. Sifat-sifat yang berbeza dan yang tidak terdapat pada kedua-dua ibu
bapa akan timbul dalam zuriat mereka. Meskipun begitu, ini amat jarang dan hanya sekali sekala
berlaku.
Semua contoh ini hanya tertumpu kepada satu ciri. Walau bagaimanapun, binatang dan juga manusia
mewarisi berbagai sifat dan ciri dari ibu bapa masing-masing. Perkara yang hams dipersoalkan di sini
ialah sejauh manakah ciri-ciri ibu bapa ini diwariskan kepada keturunan mereka? Lebih-lebih lagi,
sejauh manakah sifat-sifat yang kurang nyata seperti kecerdasan, kerajinan, kepintaran, dan lain-lain
itu diwarisi? Oleh kerana sifatsifat dominan tidak hanya terikat pada salah seorang ibu bapa, sudah
tentulah zuriat itu akan mewarisi ciri-ciri dominan dari kedua-dua ibu bapa. Jika kedua-dua ibu bapa
mempunyai faktor-faktor resesif yang sama is juga akan diturunkan kepada zuriatnya.
Dalam proses evolusi keluarga faktor keturunan memainkan peranan yang penting. Perkahwinan di
antara pasangan lelaki dan perempuan yang mempunyai ciri-ciri dominan yang baik ternyata akan
menghasilkan zuriat yang lebih baik. Sementara itu, perkahwinan di antara pasangan lelaki dan
perempuan yang mempunyai ciri resesif dan ciri yang kurang baik akan menghasilkan zuriat yang
resesif. Sebaliknya pula, perkahwinan di antara orang yang mempunyai ciri-ciri dominan yang baik
dengan orang yang mempunyai ciri resesif akan menghasil lebih ramai zuriat yang mempunyai ciri-ciri
yang baik.
Ciri dominan selalunya akan mengatasi ciri-ciri yang resesif. Oleh itu jika kedua-dua ibu bapa
mempunyai berbagai ciri dominan, maka zuriatnya ternyata akan mempunyai percampuran semua ciri
yang dominan dari kedua-dua ibu bapanya. Zuriat yang paling baik ialah hasil dari ibu bapa yang
mempunyai ciri-ciri dominan yang berbeza. Kaum keluarga yang dekat lazimnya menyerupai antara
satu sama lain, oleh itu besar kemungkinan mereka mempunyai ciri-ciri resesif yang sama. Dengan itu
perkahwinan di dalam kaum keluarga ini tidak akan menghasilkan zuriat yang baik. Sebaliknya, orang
yang tidak ada pertalian darah mempunyai banyak ciri yang berbeza.
Oleh itu perkahwinan di antara orang-orang ini akan menghasilkan zuriat yang lebih baik sebab
mereka akan mewarisi ciri-ciri dominan yang baik dari kedua-dua ibu bapa mereka, sementara itu
ciri-ciri yang resesif akan pupus.
Bagaimanakah alam sekitar mempengaruhi perkembangan dan evolusi sesuatu kaum? Sebelum melihat
sesuatu kaum itu secara lebih menyeluruh, elok kiranya ditinjau perkembangan sebuah keluarga
terlebih dahulu. Umum mengetahui bahawa manusia belajar melalui pengalaman dan semakin banyak
pengalamannya maka bertambahlah pengetahuannya. Manusia juga akan menyesuaikan dirinya dengan
keadaan alam sekelilingnya. Namun lebih penting lagi ialah manusia biasanya belajar dari
pengalaman orang lain dan meniru tauladan mereka. Penyesuaian ini boleh berlaku dengan tidak
disedari, tetapi is juga boleh dipelajari secara sedar. Lama kelamaan, pembelajaran secara sedar
mula mengatasi pembelajaran secara intuitif, kecualilah dalam perkara asas. Pada hari ini peluang
untuk mempelajari sesuatu boleh dikatakan tidak terbatas, tetapi keupayaan seseorang untuk
mempelajari sesuatu itu agak berbeza-beza. Sudah sememangnya ada orang yang boleh menimba lebih
banyak pengetahuan daripada orang lain. Perbezaan ini nampaknya lahir daripada ciri-ciri semula
jadi.
Alam sekitar turut memainkan peranan yang penting dalam membentuk diri seseorang, keluarganya dan
kaumnya. Di samping faktor keturunan, alam sekitar adalah faktor yang sangat penting dalam
membentuk perkembangan manusia dari segi fizikal, mental dan psikologi. Oleh kerana beberapa
sebab, tidaklah dapat diterima teori Darwin yang terkandung dalam bukunya Origin of the Species.
Meskipun begitu, ada beberapa saranannya yang boleh dipertimbangkan. Bila setengahsetengah teori
itu dipakai untuk menerangkan kedudukan manusia pada peringkat-peringkat akhir perkembangannya,
teori tersebut ada logiknya. Kehidupan di dunia ini penuh cabarannya. Sejak zaman dahulu lagi tidak
henti-henti terdapat pembunuhan dan pemusnahan di setiap pelusuk dunia. Gigitan serangga misalnya
boleh mengakibatkan maut, samalah seperti akibat letupan born atom. Orang yang terselamat dari
segala bahaya adalah mereka yang tahu mengelakkan diri dari bahaya. Oleh itu orang yang pintar dan
rajin berusaha sahaja yang dapat mengelakkan diri dari bahaya. Sementara itu orang yang leka dan
bodoh akan musnah di pertengahan jalan.
Oleh kerana ciri-ciri boleh disalurkan dari satu generasi ke satu generasi lain, manusia haruslah
sentiasa bertambah bijak dan lebih menyesuaikan diri dengan alam sekitar. Proses penyesuaian ini
berlaku terus menerus, generasi demi generasi, dan dalam tiap-tiap generasi mereka yang lemah dan
tidak berupaya untuk hidup dalam alam sekitarnya akan terhapus dan hilang peluang untuk terus
membiak. Proses memusnahkan jenis yang lemah dari segi mental dan fizikal akan berterusan sehingga
lahir baka yang bijak bukan sahaja sekadar dapat menyesuaikan dirinya dengan alam sekitar tetapi
juga dapat menggunakan alam sekitar untuk keperluannya. Oleh itu manusia telah mula melangkah
keluar dari kehidupan di dalam gua dan membina tempat-tempat perlindungan sendiri. Akhirnya
tempat-tempat perlindungan ini menjadi lebih kompleks dan besar seperti bandar-bandar kita
sekarang.
Kesan keturunan dan alam sekitar ke atas manusia adalah saling berkaitan serta saling menyokong satu
sama lain. Perkembangan sesuatu keluarga atau kaum hendaklah mengikut garis-garis yang telah
ditetapkan oleh keadaan alam sekitar dan juga oleh penyaluran ciri-ciri ibu bapa kepada anakanaknya.
Penyaluran ini boleh berlaku hanya bila keadaan alam sekitar itu sesuai. Kajian darihal alam
sekitar manusia adalah sangat kompleks lagi sukar, oleh itu saranan-saranan yang dibuat dalam kajian
yang ringkas ini tidaklah menyeluruh.
Alam sekitar manusia terdiri daripada berbagai faktor dan biasanya tiap-tiap faktor ini saling
memberi kesan kepada faktor yang lain. Untuk mengkaji secara lebih teratur eloklah dilihat unsurunsur
utama dalam alam sekitar satu per satu. Namun demikian, perlu diingatkan bahawa tiap-tiap
unsur ini Bering berkaitan rapat dan saling bergantung antara satu sama lain. Kalau hendak dikaji
perkembangan orang Melayu di Tanah Melayu, terlebih dahulu hendaklah dikaji kedudukan alam
Tanah Melayu dan melihat akan kesannya terhadap orang Melayu.
Tanah Melayu adalah tanah semenanjung dan terdapat sungai-sungai yang mengalir dari banjaran
gunung di tengahtengah semenanjung itu, dan dikelilingi pula oleh tanah-tanah yang rata dan berpaya.
Orang Melayu yang menduduki Tanah Melayu pada masa dahulu mungkin mendapati dataran yang
bermula dari kaki gunung atau tebing-tebing sungai hingga ke pantai begitu subur dan senang diteroka
melalui sungai. Bahan makanan mudah diperolehi dan ditanam di dataran ini, begitu pula ikan dan
daging, agaknya tidaklah sukar untuk mendapatkannya. Kawasan tanah tinggi diliputi hutan yang tebal
dan sukar diterokai, lagipun berkeliaran binatang-binatang buas. Usaha bercucuk tanam juga sukar
dijalankan di kawasan tanah tinggi ini. Di samping itu, dengan adanya tanah subur yang luas di
kawasan dataran, maka tidaklah perlu bagi mereka untuk tinggal di bukit-bukit atau di gunung-gunung.
Oleh itu kebanyakan orang Melayu tinggal di kawasan dataran, menjadi petani dan nelayan. Mereka
tinggal di tebing-tebing sungai, bercucuk tanam di kawasan dataran yang merentang hingga di kaki
gunung. Sungai-sungai menjadi jalan perhubungan mereka yang utama, dan juga sumber ikan di
samping sebagai tempat menghanyutkan segala sampah-sarap. Orang Melayu mengembara melalui
jalan laut dari satu kuala ke satu kuala. Dengan demikian pekan-pekan utama mereka terletak di kualakuala
sungai ataupun di persimpangan sungai-sungai yang besar.
Dari penemuan-penemuan sejarah ternyata bahawa petempatan awal orang-orang Melayu adalah di
dataran Negeri Kedah dan negeri-negeri utara atau di pantai timur. Bahagian selatan Tanah Melayu
lebih banyak dilitupi bukit-bukau, oleh itu tidak ramai orang tinggal di kawasan tersebut sehinggalah
orangorang dari Sumatera dan Jawa datang untuk membuka kawasankawasan baru. Meskipun begitu,
petempatan-petempatan ini juga terdapat di dataran-dataran kecil yang sesuai untuk tanaman padi.
Kemudian, lautan yang menjadi jalan perhu-bungan orang-orang Melayu di kawasan pesisir turut
menjadi saluran kedatangan peniaga-peniaga asing, kemudian kaumkaum pendatang dan akhirnya
penjajah-penjajah ke Tanah Melayu.
Dengan demikian keadaan alam telah mempengaruhi orangorang Melayu untuk menetap di kawasankawansan
dataran. Tanah dataran masih banyak dan mereka tidak perlu bercucuk tanam atau tinggal di
bukit-bukit. Di dataran tropika yang subur ini terdapat banyak sumber makanan yang dianggarkan
cukup untuk menampung jumlah penduduk yang masih tidak ramai bilangan di Tanah Melayu pada
waktu itu. Usaha-usaha mencari makanan dapat dilakukan dengan mudah tanpa kemahiran yang luar
biasa. Pendeknya alam keliling menjamin keperluan makanan yang mencukupi untuk menampung
seluruh penduduk sepanjang tahun. Kelaparan dan kebuluran yang sentiasa mengancam negeri-negeri
lain, seperti Negeri China, tidak terdapat di Tanah Melayu. Dalam keadaan begini maka semua orang
dapat terus hidup. Malahan mereka yang paling lemah dan paling malas juga boleh hidup dengan
selesa dan dapat berkahwin dan beranak pinak. Dalam keadaan yang begini tidak dapat hendak
dikatakan bahawa cuma mereka yang paling kuat dapat terus hidup. Oleh kerana terdapat banyaknya
bahan makanan maka orang yang lemah juga akan dapat terus hidup.
Sebilangan besar orang Melayu terlibat di dalam penanaman padi, iaitu satu pekerjaan bermusim.
Kerja-kerja yang sebenarnya hanya memakan masa selama dua bulan, hasilnya dapat menampung
bekalan hidup untuk selama setahun. Hakikat ini hanya benar pada zaman dahulu sewaktu penduduk
negara ini masih belum ramai manakala tanah untuk bercucuk tanam masih banyak. Masa lapang
mereka begitu banyak. Malah selepas selesai mengerjakan tanaman lain pun, masa lapang mereka
masih banyak. Iklim negeri ini yang panas dan lembab juga tidak begitu menggalakkan bagi kerjakerja
yang berat ataupun daya pemikiran yang lebih aktif. Oleh itu penduduknya, kecuali sebilangan
kecil, lebih suka duduk rehat-rehat atau berbual-bual dengan jiran tetangga dan rakan-rakan mereka.
Kegiatan pertanian tidak menggalakkan tumbuhnya sebuah masyarakat yang besar. Orang Melayu
hanya tinggal dalam kampung-kampung yang kecil ataupun di ladang atau sawah milik mereka.
Perhubungan sosial antara mereka adalah terbatas. Oleh itu kemudahan-kemudahan khidmat untuk
masyarakat setempat tidak begitu penting bagi mereka. Pembahagian tenaga kerja dan pengkhususan
kerja adalah terhad oleh kerana kebanyakan petani dapat memenuhi kehendak ataupun keperluan asas
mereka. Meskipun kebanyakan orang Melayu adalah petani dan tinggal di dataran-dataran yang subur,
pekan-pekan kecil turut membangun di persimpangan sungai dan kuala-kuala sungai di mana orang
Melayu menjadi nelayan atau menjalankan perniagaan kecil. Pekan-pekan yang lebih besar ialah
tempat tinggal raja-raja dan pembesar-pembesar tempatan.Penduduk di bandar-bandar kecil ini hidup
lebih sofistikated serta teratur daripada para petani. Tukang-tukang yang mahir, para cendekiawan,
peniaga-peniaga dan juga pentadbirpentadbir hidup dalam satu masyarakat yang mempunyai hubungan
yang erat di bawah naungan raja-raja. Keadaan ini lebih jauh berbeza daripada cara hidup para petani
biasa yang merupakan bahagian besar masyarakat Melayu. Hubungan sosial antara penduduk pekan
dan petani-petani adalah terbatas manakala perkahwinan di antara kedua-dua belah pihak juga jarang
berlaku.
Asalnya orang-orang Melayu memuja segala rupa semangat. Agama Hindu dan Islam dibawa masuk
dari luar. Agamaagama ini dibawa masuk oleh pedagang-pedagang Arab dan Hindu. Mereka ini bukan
sahaja datang untuk berniaga tetapi ada juga mereka yang turut menetap di bandar-bandar serta
berkahwin dengan orang-orang Melayu dari kerabat ternama di pekan-pekan tersebut. Lama-kelamaan
keluarga-keluarga dari hasil perkahwinan campuran ini telah menjadi kaya dan sangat berpengaruh.
Oleh itu perbezaa.i ekonomi dan sosial di antara penduduk pekan dan penduduk desa semakin ketara.
Penduduk desa mendapati sukar untuk mencontohi cara hidup orangorang di pekan.
Pengaruh agama Islam ke atas orang Melayu adalah sangat besar. Bahasa dan budaya Arab yang
merupakan sebahagian dari agama Islam telah dipelajari oleh orang Melayu dan ini telah
menyebabkan berlakunya perubahan yang besar dalam cara hidup mereka. Ahli-ahli Bahasa Melayu
telah mengubah-suaikan huruf-huruf Arab dan ini telah menambahkan lagi kenal huruf di kalangan
orang-orang Melayu. Ini membuka jalan kepada orang-orang Melayu untuk mempelajari falsafah dan
sains dari Timur Tengah. Malangnya, perubahan pendidikan dan budaya yang dibawa oleh agama
Islam lebih tertumpu kepada kawasan-kawasan bandar. Cuma kemudian barn guru-guru yang
berpindah ke kawasan luar bandar mula mendirikan sekolah-sekolah agama, tetapi pengajaran mereka
hanya tertumpu kepada hal ehwal agama semata-mata. Falsafah dan sains tidak dapat diterima dengan
mudah. Pengaruh adat dan kepercayaan animisme tadi masih kuat di kalangan penduduk luar bandar
dan halangan ini membatasi penyebaran ajaran Islam. Keadaan ini juga telah menyebabkan amalanamalan
Islam bercampur aduk dengan adat Melayu yang masih mempunyai saki-baki kepercayaan
animisme.
Bandar-bandar kecil itu menjadi semakin sofistikated dan perbezaan ini begitu ternyata kalau
dibandingkan dengan kawasan-kawasan luar bandar. Bandar-bandar ini mempunyai kadar kenal huruf
yang agak tinggi di mana ciri-ciri pengaruh antarabangsa juga wujud disebabkan oleh penyerapan
budaya dan agama pendatang tadi, dan juga melalui proses kahwin campur.
Agama Islam telah berkembang menjadi benteng yang kukuh bagi orang-orang Melayu dari berubah
kepada lain-lain agama. Selama ini orang-orang Melayu bebas berkahwin dengan orangorang di luar
agama mereka. Akan tetapi Islam kini telah melarang amalan tersebut kecuali apabila syarat-syarat
tertentu dipatuhi. Orang yang melanggar perintah-perintah agama akan menerima hukuman yang amat
memalukan. Oleh itu perkaraperkara yang berbeza dari amalan Islam yang biasa tetap disyaki dan
tidak akan diterima.
Kesultanan Melaka bertambah makmur sewaktu agama Islam sedang tersebar luas di Tanah Melayu.
Melaka telah menarik ramai pedagang asing, dan seterusnya penjajah-penjajah yang hendak
memerintah serta pendatang yang hendak bermastautin. Namun begitu, orang Melayu pada ketika itu
tidak dapat lagi ditembusi oleh pengaruh-pengaruh agama lain. Dengan itu pendatang-pendatang Cina
yang pada mulanya menetap di Melaka dan kemudian di kawasan-kawasan lain di Tanah Melayu telah
terpisah sama sekali dari orang-orang Melayu. Di Negeri Thai ada terdapat orang-orang Cina yang
diserapkan ke dalam masyarkat tempatan, pada hal di Tanah Melayu perkara ini tidak berlaku. Malah
ada orang-orang Cina yang bertutur dalam Bahasa Melayu, berpakaian serta mengikuti beberapa adat
orang Melayu, namun mereka tetap juga tidak diterima disebabkan perbezaan agama. Kahwin campur
antara orang Melayu dan orang Cina jarang sekali berlaku.
Selain daripada pengaruh agama Islam, perubahan yang paling nyata dalam kehidupan orang Melayu
ialah kemasukan secara beramai-ramai pendatang-pendatang Cina. Orang Melayu jati atau peranakan,
sebelum kedatangan orang Cina bukan sahaja terdiri dari golongan petani, bahkan peniagapeniaga
kecil dan ahli tukang dan pekerja mahir dan juga sebagai pentadbir di bawah sistem penghulu dan
raja-raja. Kedatangan orang-orang Cina ke Tanah Melayu mengakibatkan pertelingkahan di antara dua
kaum yang berbeza, baik dari segi pengaruh keturunan mahupun alam sekitar masing-masing. Sebelum
memahami perbezaan ini eloklah dikaji secara ringkas akan latar belakang pendatang-pendatang Cina
itu. Sejarah Negeri China adalah penuh bergelombang dengan berbagai-bagai malapetaka baik dalam
bentuk bencana alam mahupun akibat perbuatan manusia sendiri. Empat ribu tahun yang lalu telah
berlaku bencana banjir yang amat besar, dan banjir besar begini biasanya diikuti pula oleh kekurangan
makanan. Sementara itu, penceroboh dari luar, maharaja-maharaja dan pembesar-pembesar
mengganas di seluruh pelusuk negara tersebut. Bagi orang Cina kehidupan mereka adalah satu
perjuangan yang berterusan. Dalam proses ini mereka yang lemah dari segi mental dan fizikal akan
tewas kepada mereka yang kuat dan rajin berusaha. Proses ini dan juga pertarungan untuk hidup
berlaku generasi demi generasi, selama empat ribu tahun atau lebih, di mana mereka yang kuat sahaja
akan kekal. Se-olah-olah itu belum mencukupi, adat orang Cina melarang perkahwinan dari kalangan
rumpun keluarga yang sama. Ini menyebabkan berlaku lebih banyak peranakan dari keluarga yang
terasing daripada pembiakan keturunan yang sama. Cara ini adalah berbeza dengan orangorang
Melayu yang lebih cenderung kepada amalan perkahwinan selama keturunan. Adat orang Cina ini
ialah untuk melahirkan ciri dan baka yang baik yang boleh memudah-kan kehidupan mereka serta
menambahkan lagi pengaruh alam sekitar ke atas orang-orang Cina.
Di samping menderita akibat malapetaka semulajadi dan peperangan yang berlaku berulang kali,
orang-orang Cina terpaksa pula menghadapi penindasan dari maharaja-maharaja dan pembesarpembesar
serta pegawai-pegawai mereka yang sentiasa mengganas. Dalam keadaan begini, kalau
hendak hidup dan menikmati kesenangan hendaldah pandai memenuhi kehendak-kehendak pemerintah
tadi. Orang-orang Cina sudah begitu cekap dengan keadaan seperti ini hinggakan sistem hubungan di
antara rakyat biasa dengan para pegawai menjadi ciri yang terkenal dalam masyarakat Cina. Pegawaipegawai
itu pula melindungi rakyat kerana menjaga kuasa mereka sendiri lebih daripada sebagai
tanggungjawab mereka. Dari sistem ini maka membiaklah pertubuhan sulit sebagai satu cara untuk
memberi perlindungan yang dikatakan tadi. Orang-orang Cina yang telah berpindah ke pulau-pulau
dan tanah semenanjung Asia Tenggara telah pun mengalami pengaruh alam sekitar, keturunan dan lainlain
faktor. Mereka yang meninggalkan Negeri China untuk mengadu nasib di seberang laut adalah
orang-orang yang berhati cekal dan rajin berusaha. Seperti juga penghijrah-penghijrah yang terdapat
di seluruh dunia, orang Cina yang meninggalkan negerinya adalah mereka yang tidak puas hati dengan
keadaan nasib mereka dan mempunyai keinginan mahu membaiki kehidupan mereka dan sudah tentulah
kerana azam mereka akan berusaha ke arah matlamat itu. Demikian pulalah orang Cina yang datang ke
Tanah Melayu, dan mendapat galakan dari pihak British, mereka lebih cekal menghadapi cabaran dan
rajin berusaha.
Orang-orang Melayu yang selama ini lemah disebabkan oleh pengaruh keturunan dan alam sekitar
tidak berupaya untuk menghadapi cabaran pendatang-pendatang Cina ini, hingga terpaksa mengalah.
Apa sahaja yang boleh dilakukan oleh orang Melayu, orang Cina boleh melakukannya, tetapi dengan
lebih baik dan lebih murah. Lama-kelamaan pendatang-pendatang Cina yang mempunyai keazaman
yang kuat dan rajin bekerja mula mengambil tempat perniagaan-perniagaan kecil dan semua kerja
mahir yang dahulunya diusahakan oleh orang Melayu. Apabila kekayaan mereka mulai bertambah
hubungan sosial mereka juga bertambah. Dari pengalaman yang diperolehi di negeri asal mereka,
pendatang-pendatang Cina ini tidak lama kemudian telah mewujudkan corak hubungan yang serupa
antara pegawai-pegawai dan pedagang-pedagang, seperti yang terdapat di Negeri China.
Dengan memenuhi kehendak-kehendak golongan pemerintah, secara terang-terang orang-orang Cina
telah mengukuhkan lagi kedudukan mereka di bandar-bandar serta membantu mereka menguasai
sepenuhnya kegiatan ekonomi. Bandarbandar mula bertukar wajah. Kedai-kedai kecil milik orang
Melayu kini telah digantikan dengan deretan kedai-kedai Cina. Apabila bilangan pendatang Cina
semakin ramai, maka perniagaan mereka pun turut berkembang, harga tanah di kawasan bandar turut
naik. Orang Melayu mula tertarik dengan tawaran harga yang tinggi bagi tanah-tanah mereka. Mereka
mula menjual tanah mereka lalu berpindah semakin jauh dari pinggir bandar. Pola perubahan begini
telah wujud apa-bila pihak British mula mentadbir negara ini. Pihak British sedar akan daya usaha
orang-orang Cina dan kalau pendatangpendatang Cina itu kaya maka keadaan ini akan menguntungkan
pula perniagaan British. Orang Cina bukan sahaja menyediakan infrasturktur bagi perjalanan
perniagaan importeksport British, malah kekayaan orang-orang Cina akan menguntungkan pasaran
barangan British. Pihak British telah menggalakkan kemasukan lebih ramai pendatang-pendatang Cina
ke Tanah Melayu, dan akhirnya lahirlah bandar-bandar dengan ciri-ciri seperti yang terdapat di
bandar Malaysia pada hari ini.
Orang-orang Cina menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada usaha untuk mendapatkan
keuntungan dalam masa yang paling singkat dan masih ingat hendak pulang ke Negeri China. Beginilah
pemikiran yang wujud di kalangan orang Cina kerana mereka berpendapat bekerja sebagai pentadbir
kurang menguntungkan.
Mereka membiarkan pentadbiran negara ini dijalankan oleh orang-orang Melayu walaupun mereka
tidak suka kepada kekuasaan orang Melayu. Hal ini mungkin juga kerana orang Melayu sedar betapa
pentingnya kuasa politik di negara ini dikekalkan. Sebaliknya, kalaulah orang-orang Cina sudah
mengambil berat dalam bidang politik sejak di peringkat awal pentadbiran British, kedudukan orangorang
Melayu hari ini mungkin berada dalam keadaan lebih buruk. Orang-orang Melayu yang tinggal
di bandar-bandar kebanyakannya terdiri daripada pegawai-pegawai rendah dan juga golongangolongan
yang rapat dengan keluarga diraja. Orang-orang Melayu ini menjadi lebih sofistikated, lebih
berpelajaran dan pandangan mereka juga lebih luas oleh kerana hubungan mereka dengan kaum-kaum
pendatang. Mereka telah menjadi pentadbir dan kakitangan awam yang baik. Ada juga di antara orangorang
Melayu ini yang berkahwin dengan golongan pendatang, iaitu dengan orang India Muslim dan
orang Arab.
Perbezaan di antara orang Melayu di bandar dan orang Melayu kampung semakin ketara. Orang
Melayu yang tinggal di kawasan luar bandar adalah masih kekal sebagai Melayu jati. Dari segi sosial
mereka tidak bergaul langsung dengan orangorang bukan Melayu, dan mereka ini hidup sebagai petani
tanpa sebarang minat di dalam perniagaan atau pertukangan. Walaupun golongan Melayu ini
berpegang teguh kepada ajaran agama Islam dan berfahaman ortodoks, namun ada di kalangan mereka
yang masih juga percaya kepada hantu jembalang seperti dalam zaman animisme dahulu. Orang-orang
Melayu di bandar biasanya adalah dari keturunan campuran antara Melayu-India dan Melayu-Arab.
Mereka juga bergaul agak bebas dengan orang-orang Islam bukan Melayu. Tempat mereka ini telah
digantikan oleh orang-orang Cina dalam bidang perniagaan, tetapi mereka telah berjaya sebagai
pegawai-pegawai dan pentadbir-pentadbir. Meskipun mereka ini masih merupakan golongan Islam
yang salih, tetapi mereka lebih bersikap toleran terhadap agama lain dan telah banyak mengenepikan
segala amalan animisme. Namun begitu, pengaruh Hindu masih kuat dan boleh dilihat dalam adat
perkahwinan dan lain-lain adat orang Melayu. Perbezaan yang wujud di kalangan orang Melayu ini
adalah sangat sesuai bagi pihak British menjalankan dasar pecah dan perintah. Dasar ini hampir
menghapuskan orang-orang Melayu sebagai pemerintah negara ini.
Pihak British bukan sahaja memisahkan orang Melayu daripada orang Cina tetapi juga telah memecahbelahkan
orang Melayu di bandar dengan mereka yang di luar bandar. Walaupun pemisahan ini
memang telah sedia wujud tetapi dasar Britishlah yang telah menceraikan hubungan yang sederhana di
antara orang Melayu bandar dengan orang Melayu luar bandar. Proses pemisahan ini dijalankan
secara halus. Mereka telah menggunakan segala kesempatan yang sedia wujud dan menguatkan lagi
keadan melalui rancangan mereka sendiri. Pemisahan mereka dari orang-orang Cina dan pemisahan di
antara orang Melayu bandar dan orang Melayu luar bandar telah mempengaruhi perwatakan orangorang
Melayu hingga menyebabkan mereka semakin kurang kuasa ekonomi dan politik.

0 komentar: