DILEMA MELAYU BAHAGIAN 5
DILEMA MELAYU BAHAGIAN 5
Berikut adalah sambungan dari karya TUN DR. MAHATHIR bertajuk DILEMA MELAYU:-
Silalah komen dan share, ya?!
Pengertian Persamaan Kaum
Persamaan kaum adalah suatu syarat awal bagi keharmonian di antara kaum dan juga perpaduan kebangsaan.
Tidak siapa dapat menafikan perkara ini. Keharmonian antara majikan dan pekerja, antara
golongan kaya dan miskin dan antara pemerintah dan yang diperintah bukanlah harmoni yang
sebenarnya. Itu adalah semata-mata penerimaan terhadap kebiasaan yang tidak dapat diubah lagi,
selagi ia kelihatan tidak dapat diubah. Lama-kelamaan, perubahan nilai dan idea akan mengakibatkan
penolakan terhadap keadaan `status quo’ dan tindakan akan diambil untuk mewujudkan keadaan yang
lebih saksama. Oleh kerana persamaan bererti keuntungan bagi pihak yang tidak berada dan kerugian
bagi yang berada, maka proses pencapaian ini akan mengakibatkan ketegangan dalam hubungan yang
di-katakan `berharmoni’ tadi. Apabila persamaan tercapai, maka akan kuranglah ketegangan dan
tekanan terhadap masyarakat, dan besar kemungkinan keadaan harmoni akan wujud. Persengketaan
pasti akan wujud tetapi sekurang-kurangnya salah satu daripada punca yang diakui telah dapat
dihapuskan.
Walaupun persamaan kaum diakui amat penting untuk mencapai keharmonian kaum, malangnya tidak
ramai orang yang memahami akan makna persamaan kaum. Setiap golongan masyarakat atau individu
akan memberi tafsiran persamaan kaum mengikut cara yang boleh menguntungkan mereka sendiri.
Oleh itu, misalnya dalam soal pemberian biasiswa, persamaan kaum yang dimaksudkan oleh setengahsetengah
orang ialah persamaan untuk bersaing bagi mendapatkan biasiswa tanpa mengambil
perkiraan kaum. Jika tafsiran begini diterima ertinya, setidak-tidaknya di Malaysia, bukanlah
persamaan kaum tetapi perbezaan kaum yang lebih buruk. Dengan lain-lain perkataan, persamaan di
dalam sesuatu bidang boleh mengakibatkan lebih banyak perbezaan dalam bidang yang lain.
Perbezaan kaum bukanlah satu ciri yang terdapat di Malaysia sahaja. Ciri ini terdapat juga di
beberapa buah negara di mana berbagai-bagai kaum hidup bersama. Kewujudan masalah seperti ini di
berbagai negara lain menunjukkan bahawa ia bukan mudah diselesaikan. Lagi pun tidak ada dua
negara yang mempunyai punca yang sama bagi persengketaan kaum. Walau bagaimanapun, tinjauan
terhadap negara-negara lain akan dapat memberi faedah, dan kalaupun tidak dapat menyelesaikan
masalah kita, setidak-tidaknya kita dapat memahami punca masalah itu dengan lebih meluas.
Dalam muka surat selanjutnya saya cuba memberi definisi makna persamaan kaum dengan membuat
rujukan terutamanya kepada masalah kaum di Amerika Syarikat. Ini bukanlah sesuatu yang tidak
memihak, tetapi oleh kerana telah terlalu banyak diperkatakan mengenai keistimewaan orang-orang
Melayu di Malaysia, maka mungkin sudah sampai masanya untuk mendengar pendapat orang Melayu
sendiri mengenai keistimewaan-keistimewaan ini dan tentang persamaan kaum. Sesudah itu
terpulanglah kepada mereka yang ikhlas dan jujur untuk menilai dan kemudian merumuskan suatu
penyelesaian bagi masalah ini.
Dalam mana-mana negara yang mempunyai banyak kumpulan etnik-budaya, persoalan persamaan
kaum akan menjadi satu isu yang sangat mustahak. Sejak lahirnya Malaysia, bahkan sebelum Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan lagi masalah ini telah menimbulkan banyak kepahitan dan
pertengkaran politik yang mendapat perhatian terus menerus.
Kontroversi politik yang bangkit dari persoalan ini tidak luput walaupun sudah dua belas tahun
merdeka dan terdapat sedikit sebanyak keharmonian kaum. Kejadian 13 Mei, 1969 telah mendedahkan
masalah ini. Sekarang tibalah masanya kita memahami dengan lebih jelas akan makna persamaan
kaum di Malaysia.
Persamaan kaum membayangkan nilai-nilai yang tertentu, dan nilai-nilai itu berbeza mengikut taraf
yang diterima oleh sesuatu masyarakat. Untuk memahami makna persamaan kaum adalah penting
mengetahui apakah nilai-nilai yang dibandingkan atau yang dijadikan ukuran. Ia akan menjadi lebih
terang lagi jika nilai-nilai ini dibandingkan dengan nilai-nilai di negaranegara lain.Apabila tajuk
persamaan kaum diperbincangkan, negeri yang mula-mula terlintas di fikiran ialah Amerika Syarikat.
Di Amerika Syarikat semua warganegara, tidak kira warna, kaum atau agama adalah sama di sisi
undang-undang. Namun, ada beberapa negeri dalam persyarikatan itu yang undang-undangnya sendiri
bersifat diskriminasi, tetapi Perlembagaan Persekutuan (Amerika Syarikat), seperti yang ditafsirkan
oleh mahkamah, memberi kaum Negro status yang sama seperti rakyat Amerika yang lain. Perbezaan
kaum yang terdapat di Amerika Syarikat bukanlah disebabkan oleh undang-undang yang bersifat
diskriminasi tetapi adalah oleh sebab pemulauan ekonomi dan sosial. Jika reaksi yang merusuh itu
dianggap sebagai satu petanda, maka kita dapati bahawa pengasingan sosial dan ekonomi adalah sama
atau mungkin lebih dibenci dari perbezaan di sisi undang-undang.
Bagaimanakah kedudukan orang-orang Negro di Amerika Syarikat? Seperti yang telah dinyatakan,
Per-lembagaan Amerika dalam Pindaan yang ke 13, 14 dan 15 memberi orang-orang Negro status
yang sama dengan warganegara lain di Amerika Syarikat. Interpretasi awal Perlembagaan ini adalah
berat sebelah, tetapi Mahkamah Persekutuan Amerika telah dapat mengatasi perasaan prasangka
hakim-hakim yang terdahulu. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa interpretasi sekarang menganggap
bahawa semua warganegara, tidak kira warna, kaum, keturunan ataupun tempat asal, adalah sama di
sisi un-dang-undang dan mempunyai hak yang sama sebagai warganegara. Rang Undang-undang Hak
yang termaktub di dalam Pindaan 14 Perlembagaan Amerika telah menerangkan dengan lebih lanjut
hak-hak warganegara. Oleh kerana Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi Amerika Syarikat
dan mahkamah tinggi mempunyai kuasa ke atas semua negeri dalam Persekutuan itu, maka undangundang
dan amalan diskriminasi dalam sesuatu negeri yang tertentu boleh dimansuhkan dengan rujukan
kepada Perlembagaan Persekutuan. Dengan lain-lain perkataan, tidak dapat dinafikan bahawa dari
segi undangundang, persamaan kaum terdapat di Amerika Syarikat. Jika terdapat gangguan-gangguan
dan rusuhan-rusuhan yang berlaku oleh sebab perbezaan kaum di Amerika Syarikat, ini bukanlah
disebabkan kerana Perlembagaan itu bercorak diskriminasi tetapi adalah kerana wujudnya
diskriminasi dalam bidang sosial dan ekonomi terhadap orang-orang Negro.
Diskriminasi sosial dan ekonomi adalah sama berkesan dan memalukan seperti juga diskriminasi
undang-undang. Malahan is boleh menjadi lebih berkesan daripada diskriminasi undang-undang.
Ghetto (kawasan pengasingan kaum) bukanlah dibina khas sebagai ghetto orang Negro. Pada mulanya
ia adalah tempat-tempat tinggal biasa di kawasan bandar yang terbuka kepada semua warganegara.
Roxbury di Boston, bahagian bandaraya yang diduduki oleh orang-orang Negro, kelihatan serupa
sahaja dengan kawasan-kawasan bandar yang lain di Amerika Syarikat. Apa yang menjadikan
Roxbury sebagai kawasan orang Negro adalah tindakan orang kulit putih berpindah keluar secara
senyap-senyap dari sesuatu kawasan di mana orang kulit hitam pindah masuk. Sebaik sahaja orang
Negro mempunyai cukup wang untuk membeli tempat-tempat kediamannya dalam sesuatu kawasan
bandaraya yang lebih
baik, orang-orang kulit putih akan meninggalkannya beramai-ramai lalu menjadikan kawasan itu suatu
ghetto orang kulit hitam. Oleh kerana bangunan-bangunan yang ditinggalkan itu tidak akan didiami oleh
orang-orang kulit putih yang lebih kaya dari orang kulit hitam, maka harganya mulai turun dan orangorang
kulit hitam yang miskin masuk tinggal di tempat itu. Kawasan bandar tersebut kemudian menjadi
kawasan meleset Negro.
Apa yang menjadikan ghetto ini tiada lain hanyalah kerana permulauan sosial. Proses ini telah berlaku
di seluruh Amerika Syarikat dan ia masih lagi berlaku. Tidak ada undang-undang yang dapat memaksa
orang-orang tinggal di sesuatu tempat jika mereka tidak mahu. Juga tidak ada langkah yang dapat
memaksa orang-orang kulit putih untuk tinggal berhampiran dengan orang-orang Negro. Oleh itu ghetto
akan terus terjadi di Amerika Syarikat dan menyebabkan perbezaan kaum, biarpun ada undang-undang
yang mencegahnya.
Ada banyak lagi contoh-contoh lain mengenai diskriminasi sosial yang berlaku di Amerika Syarikat.
Pemulauan ekonomi merupakan satu lagi faktor yang menyebabkan kedudukan yang tidak seimbang di
antara kaum-kaum di Amerika Syarikat, dan seperti pemulauan sosial, is juga wujud dalam berbagai
bentuk. Jika seseorang itu Cuba mencari sebab-sebab terjadinya diskriminasi ekonomi ini, maka dia
akan diberitahu bahawa apa yang terdapat bukanlah diskriminasi kaum tetapi sesungguhnya
diskriminasi ekonomi. Orang-orang Negro dikatakan lebih inferior, tidak cerdas, tidak berupaya
mengetahui tentang nilai wang, tidak berupaya memperolehi kemahiran dan tidak dapat membuat
penyesuaian kepada cara-cara dan idea-idea baru Tidal( ada orang yang mahu mengambil mereka
bekerja kecuali jika sudah terpaksa. Dalam jangka panjang adalah lebih murah untuk mengambil
orang-orang kulit putih bekerja sebab daya kerja mereka adalah lebih baik dan taraf kerja mereka
lebih tinggi. Dan memandangkan tidak berkemungkinan kurangnya pekerja-pekerja kulit putih dalam
apa bidang pun maka keperluan untuk mengambil orang-orang kulit hitam adalah kecil.
Persoalan yang timbul di sini ialah jika orang-orang Negro tidak berupaya bekerja mengapakah pula
mereka dibawa masuk ke Amerika dahulu? Sebagaimana yang diketahui, orang-orang Negro diangkut
dari hutan pedalaman Afrika untuk bekerja di ladang dan di rumah peneroka-peneroka Amerika.
Mereka bukan sahaja menjadi pekerja-pekerja ladang yang baik tetapi juga menjadi tukang masak dan
pembantu rumah.
Jika orang-orang Negro kini ketinggalan dalam kemahiran dan kecekapan, ini adalah kerana mereka
disingkirkan secara social dan ekonomi sejak beberapa generasi. Generasi orang kulit putih telah
maju mengikut masa, mengubah cara hidup mereka, mendapat pelajaran yang sesuai dan memperolehi
kemahirankemahiran yang baru ketika Amerika Syarikat bergerak dari ekonomi pertanian ke ekonomi
perindustrian yang sofistikated. Apabila jurang di antara orang-orang Negro dengan orangorang kulit
putih bertambah besar, maka orang-orang Negro mula bersikap tidak apa dan dengan itu menjadikan
mereka semakin tidak mahu menyesuaikan diri dan mengurangkan jurang perbezaan tadi. Sikap tidak
apa dan apa yang dianggap pada zahirnya sebagai tiada keupayaan untuk belajar dan menyesuaikan
diri itu kini dijadikan sebagai satu sebab untuk mengasingkan orang-orang Negro dari segi ekonomi
dan dengan itu semakin berterusan dan semakin meluaslah lagi jurang perbezaan mereka dengan
orang-orang kulit putih.
Walau bagaimanapun, ada juga sebilangan kecil orang-orang Negro yang telah mendapat pencapaian
yang baik.
Mereka inilah yang melihat dan merasa tidak puashati dengan masyarakat mereka. Mereka juga
mempunyai kemahuan untuk membetulkan keadaan yang menimpa orang Negro sejak beberapa
generasi. Dengan tidak dapat dielakkan juga mereka telah menggunakan tindakan politik dan kekasaran
yang telah memeranjatkan seluruh dunia. Dalam perjuangan mereka menuntut persamaan kaum,
tindakan merusuh, membakar dan juga membunuh tidak ketinggalan.
Kesimpulan dari perbincangan ringkas mengenai masyarakat Negro di Amerika Syarikat itu ialah
persa-maan di sisi undangundang adalah tidak mencukupi. Persamaan bermakna berkongsi dalam
segala perkara, termasuk perkara-perkara yang baik dalam hidup dan juga tanggungjawab.
Perkongsian yang adil dalam menikmati kehidupan yang sempurna tidak seharusnya menjadi hasrat
Kerajaan sahaja, is mestilah juga menjadi hasrat atau cita-cita rakyat keseluruhannya. Dan hasrat atau
cita-cita itu hendaklah dibuktikan dengan amalan. Kerajaan dan orang-orang Amerika telah berikrar
kepada seluruh dunia bahawa mereka tidak mempunyai tujuan untuk menganggap orang-orang Negro
sebagai warganegara yang inferior. Jika orang-orang Negro tidak dapat sama-sama menikmati
kemewahan negara, maka itu adalah salah mereka sendiri. Tetapi menyalahkan orang-orang Negro
dengan secara ini semata-mata adalah tidak betul dan tidak dapat diterima. Sebenarnya apa yang
menyebabkan jurang di antara orang Negro dan orang kulit putih tidak dapat dikurangkan, adalah
amalan pemulauan ekonomi dan sosial yang telah berlaku sejak beberapa generasi. Jurang ini menjadi
semakin luas dengan sendiri dan menjadikan penyelesaian masalah ini semakin sukar untuk diatasi
dari masa ke semasa. Tidaklah cukup sekadar mengatakan `ambillah, kami tidak melarang. Semuanya
akan kau punyai jika kau sedia berbuat seperti kami’. Kita tahu bahawa orang-orang Negro tidak
mungkin mengatasi jurang kemunduran yang begitu ketara di dalam bidang ekonomi, sosial dan
pelajaran yang telah wujud generasi demi generasi dengan hanya berkata `Saya akan mengatasinya.’
Kerajaan Amerika sedar akan tanggungjawabnya untuk menolong orang-orang Negro mengurangkan
jurang tadi. Berjuta-juta ringgit telah diperuntukkan serta berbagai projek dan rancangan barn telah
dimulakan untuk memberi peluang kepada orang-orang Negro mendapat jenis latihan yang perlu untuk
menyesuaikan mereka kepada corak kemewahan ekonomi Amerika. Tetapi segala usaha-usaha
Kerajaan ini tidak akan berhasil, kecuali rakyat Amerika sendiri secara keseluruhannya berhenti
daripada mendiskriminasikan orang-orang Negro. Kedai, gudang, pejabat dan hotel-hotel mestilah
menerima orang-orang Negro dalam semua peringkat pekerjaan. Lebih mustahak lagi ialah satu
peruntukan khas haruslah diadakan bagi orang-orang Negro dalam masa permulaan penyesuaian ini.
Apa yang diperlukan bukanlah hanya semata-mata layanan yang sama tetapi satu usaha yang besar
untuk memulihkan kedudukan orang-orang Negro ini. Memandangkan diskriminasi telah mengambil
masa beberapa generasi bagi meluaskan jurang antara orang-orang Negro dengan orang-orang kulit
putih, maka proses yang sengaja untuk meningkatkan orangorang Negro akan mengambil masa
beberapa generasi juga sebelum kesannya dapat dilihat. Apabila ini berlaku, maka barulah persamaan
kaum yang tulen akan terlaksana menjadi kenyataan.
Persamaan di sisi undang-undang tidak memberi apa-apa makna jika pemulauan di dalam bidang
sosial dan ekonomi oleh sesuatu kaum dibuat dengan cara yang tidak tertalduk kepada undang-undang.
Seorang majikan yang menolak pengambilan pekerja Negro boleh memberi berbagai alasan yang
kelihatan sah mengenai tindakannya itu. Jika Kerajaan dan masyarakat hanya menerima alasan-alasan
itu tanpa usul periksa maka perbezaan kaum akan terus berlaku dan membawa kepada rasa tidak
puashati, dendam, rusuhan, pembakaran dan pembunuhan.
Kerajaan dan masyarakat yang baik mestilah mengadakan langkah-langkah yang positif untuk perpaduan.
Keduadua pihak harus bertindak menghapuskan perbezaan ini supaya di masa-masa yang akan
datang tidak timbul tindak balas yang tidak diingini. Oleh kerana itu Kerajaan dan masyarakat
haruslah meneliti bukan sahaja tindakan-tindakan awam tetapi juga tindakan sendirian supaya
persamaan kaum itu akan tetap wujud. Seorang tuan punya kedai yang mempunyai seorang penolong
boleh disyaki menjalankan diskriminasi kaum seperti juga suatu kompleks perindustrian yang besar
yang mempunyai beribu-ribu pekerja. Pendapat-pendapat yang liberal di Amerika memanglah sedang
menuju ke arah ini. Tetapi bilangan orang-orang Amerika yang liberal adalah kecil dan kesannya
tidaklah dirasai di seluruh negara tersebut.
Ada satu lagi corak perbezaan kaum yang berlaku di Amerika Syarikat yang kurang mendapat
publisiti. Kaum Red Indian juga menderita akibat perbezaan kaum seperti orang-orang Negro tetapi
oleh sebab bilangan mereka kecil dan mereka hanya tertumpu di kawasan-kawasan yang jarang
dilawati pemberita-pemberita akhbar, maka penderitaan mereka tidak berapa diketahui ramai. Namun
demikian, yang anehnya ialah orang-orang Red Indian ini adalah sebenarnya orang-orang yang
mempunyai keistimewaan di Amerika Syarikat. Mereka mempunyai tanah-tanah yang tidak boleh
dibeli oleh orangorang lain dan mereka juga telah dikecualikan daripada membayar cukai-cukai yang
tertentu. Dari segi undang-undang mereka mempunyai `persamaan’ yang lebih daripada warganegara
lain di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, mereka bukanlah satu bangsa yang kuat di Amerika
tetapi mereka merupakan golongan paria. Satu pendapat umum orang-orang kulit putih Amerika
mengenai orang-orang Red Indian ialah bahawa orang-orang Red Indian ini tidak dapat diperbaiki
lagi. Sekiranya diberi duit mereka lebih suka membeli kereta Cadillac daripada memperbaiki diri
mereka.Walau bagaimanapun, jika seorang kulit putih menang loteri dia tidak semestinya terus
memasuki bidang perniagaan dan memperkukuhkan keuntungannya itu. Dia mungkin juga akan
menggunakan wang kemenangannya untuk membeli barangbarang mewah yang diidamkan pada satu
masa dahulu. Reaksi orang-orang Red Indian tadi sebenarnya bukanlah sahaja ter-had kepada Red
Indian tetapi adalah merupakan reaksi manusia. Apa yang kurang ialah kemahuan untuk menolong Red
Indian bersatu padu dengan masyarakat Amerika yang lain. Dengan lain-lain perkataan, walaupun
orang-orang Red Indian mempunyai banyak status istimewa, mereka dianggap sebagai inferior dan
tidak layak menjadi rakan kongsi yang sama dalam masyarakat Amerika.
Orang-orang Red Indian tidak mengambil tindakan yang ganas seperti orang-orang Negro kerana
bilangan mereka adalah kecil dan mereka pula tinggal di merata-rata tempat, jauh terpisah di antara
satu puak dengan yang lain. Seseorang pelawat yang tinggal di Amerika berbulan-bulan lamanya
mungkin tidak dapat bertemu seorang Red Indian pun. Tetapi walau bagaimanapun, perasaan marah
orang Red Indian memang wujud. Seorang penyanyi Red Indian yang terkenal di seluruh Amerika
Syarikat bernama Buffy St. Marie pernah menyanyikan lagu-lagu folk mengenai tanah-tanah mereka
yang telah dirampas dari nenek moyang mereka dan dia tertanya-tanya apakah yang didapati oleh
orang Red Indian sebagai balasannya. Perbezaan kaum telah mengecewakan orang-orang Red Indian
sama seperti orang-orang Negro. Tidaldah cukup sekadar mendapat keistimewaan dari segi undangundang
sahaja, malahan persamaan yang benar-benar wujud juga adalah perlu. Memang jelas bahawa
orang-orang Red Indian juga perlu mendapat bahagian yang adil dalam kemakmuran ekonomi yang
menjadi ciri-ciri orang kulit putih Amerika. Keistimewaan yang diperolehi oleh orang-orang Red
Indian tidak sepatutnya digunakan untuk menjaga mereka sebagai barangbarang bersejarah yang
mencantikkan lagi pemandangan Amerika Syarikat. Mereka sepatutnya disatupadukan ke dalam
masyarakat Amerika dari segi ekonomi, sosial dan politik.
Jadi apakah maksud persamaan kaum? Adakah ia suatu jenis undang-undang yang boleh ditafsir,
dijeniskan dan dipertahankan oleh undang-undang? Jika inilah ertinya, maka orang-orang Red Indian
adalah kaum yang agung di Amerika Syarikat. Namun demikian, daripada keganasan hasutan orangorang
Negro dan juga daripada rintihan membisu orang-orang Red Indian, kita tahu bahawa status
absah tidaklah cukup. Persamaan bererti sesuatu kaum itu diterima oleh setiap lapisan masyarakat dari
segi sosial, ekonomi dan politik sehingga ia mencerminkan nisbah kaumnya di dalam jumlah penduduk
yang terdiri dari berbagai kaum. Tidaklah cukup sekadar Angkatan Tentera Amerika dipimpin oleh
pegawai-pegawai Negro yang memerintah askar kulit putih. Tidak cukup sekadar Presiden Amerika
melantik ketua biro dan pembantu-pembantu presiden dari orang-orang Negro. Tidak cukup dengan
adanya hakimhakim dan duta-duta orang Negro. Malah perlu juga ada eksekutif-eksekutif Negro dalam
industri swasta, juruterbang, dan pramugari orang-orang Negro, pekedai-pekedai Negro dan restoran
Negro, jurutera, peguam dan doktor Negro. Adalah perlu juga bahawa semua orang dalam kategori ini
tidak diasingkan di tempat-tempat kerja mereka atau tinggal di ghetto atau di tanah simpanan.
Inilah yang difikirkan oleh orang-orang kulit putih dan Negro yang berfahaman liberal dan inilah juga
apa yang diakui akan dilakukan oleh kerajaan Amerika. Tetapi bagi orang-orang kulit putih Amerika
yang biasa, mereka masih mengamalkan diskriminasi dan• menganggap diri mereka superior dan
ekskkusif. Jika Kerajaan tidak mahu mengesahkan status superior orang-orang kulit putih, ini tidak
menjadi masalah. Orang-orang kulit putih dengan sendiri, secara individu dan secara kolektif boleh
menindas orang-orang Negro. Orang-orang kulit putih boleh membekukan peluang kerja atau
perolehan kemahiran, menutup peluang perniagaan, menahan kemudahan kredit atau pengetahuan dan
menutup peluang orang Negro menggunakan jentera-jentera kompleks dalam ekonomi moden. Sejauh
manakah perbezaan kaum di Amerika Syarikat releven dengan keadaan di Malaysia? Jawapannya
ialah `amat releven sekali’, kerana perbezaan kaum di mana-mana sahaja akan menimbulkan perkara
yang sama — perbezaan kaum yang lebih besar, perasaan tidak puashati dan keganasan.
Tahap perbezaan kaum di Malaysia tidaklah begitu hebat seperti yang terdapat di Amerika Syarikat
tetapi bibit-bibit keganasan tetap ada.
Di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa status orangorang Melayu adalah berbeza dengan status
orang-orang bukan Melayu. Kategori orang-orang Melayu dan orang-orang Red Indian di Amerika
Syarikat adalah lebih kurang sama. Orangorang Melayu diiktiraf dan diakui sebagai bumiputera di
negara ini tetapi negara ini bukan lagi menjadi milik mereka sepenuhnya. Walau bagaimanapun, untuk
melindungi dan menjaga status mereka, undang-undang tertentu adalah perlu. Salah satu undangundang
yang paling penting ialah mengenai Tanah Simpanan Melayu. Bagi orang-orang yang tahu
mengenai sejarah kaum Red Indian, mereka akan melihat di sini, bukan sahaja persamaan istilah tetapi
juga persamaan ciriciri sejarah. Undang-undang Tanah Simpanan Melayu diadakan oleh orang-orang
British bukanlah disebabkan keistimewaan kebangsaan yang diberikan oleh mereka kepada orangorang
Melayu. Pen-datang-pendatang pada masa itu memanglah berhak, dari segi undang-undang,
untuk memiliki tanah. Malahan selepas Undang-undang Tanah Simpanan Melayu dikuatkuasakan,
pendatang-pendatang dan orangorang luar masih lagi boleh memiliki geran-geran tanah.
Undang-undang tersebut bukanlah satu manifestasi kesedaran kebangsaan seperti setengah-setengah
undang-undang di beberapa negara yang hanya membenarkan warganegaranya sahaja memiliki tanah.
Undang-undang Tanah Simpanan Melayu ber-tujuan sebagai satu langkah untuk menahan apa yang
terangterang sedang berlaku pada zaman penjajahan: iaitu, orang Melayu telah kehilangan tanah
mereka yang dibeli oleh pendatang-pendatang dan orang-orang asing yang lebih kaya. Jelaslah, jika
langkah undang-udnang tidak diambil akibatnya kelak orang-orang Melayu akan menjadi penyewa
kepada tuantuan tanah pendatang dan asing di dalam negeri orang Melayu sendiri. Jadi dengan lain
perkataan, walaupun orang-orang Melayu memanggil negeri ini Tanah Melayu, namun sebenarnya
mungkin tidak ada tanah yang dimiliki oleh mereka. Kemungkinan akan berlakunya apa yang
diperkatakan ini amat ketara pada suatu masa dahulu.Undang-undang asal Tanah Simpanan Melayu
bukanlah untuk membeli semula tanah-tanah Melayu yang telah dijual. Ia juga bukanlah bertujuan untuk
menahan secara keseluruhannya proses pembelian tanah oleh orang-orang asing. Sebenarnya ia adalah
semata-mata bertujuan untuk menentukan supaya orang-orang Melayu mempunyai ruang untuk hidup,
iaitu ruang yang dapat mereka anggap sebagai kepunyaan sendiri. Apa yang ada di tangan orang-orang
bukan Me-layu, yang juga pada masa dahulu bukan warganegara, akan terus menjadi harta kepunyaan
mereka. Di samping itu, peruntukan-peruntukan dibuat bagi pengeluaran Tanah Simpanan Melayu
supaya orangorang bukan warganegara tidak akan tersekat secara mutlak untuk memiliki tanah-tanah
baru jika dalam pandangan Kerajaan ia adalah penting bagi apa-apa tujuan.
0 komentar:
Posting Komentar