APA WARNA ANDA ?
Warna Merah adalah warna bagi tenaga, ghairah dan ketegasan.
Pengemar warna ini lebih suka berterus terang dan melakukan perkara dari
menyimpannya dalam hati. Mereka juga cepat sensitif. Tapi cepat juga
berfikir jika berlaku sesuatu yang tidak dimahukan. Ia lambang suka
terikat pada sistem dan logikal dalam sesuatu perkerjaan.
Warna Oren adalah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif
dan emosi. Pemilik warna ini sukakan keceriaan dan tidak suka
perbalahan. Tetapi jika mereka dalam sesuatu diskusi yang menyebabkan
perdebatan, mereka akan cepat-cepat membangkang dan mahukan idea mereka
di terima. Ia lambang kedegilan dan dalam masa yang sama juga, ia
lambang penerimaan. Pemilik warna ini boleh menjadi sahabat yang baik
dan bertanggungjawab.
Warna Kuning adalah satu daripada warna aura yang mula-mula dan
paling mudah untuk dilihat. Warna kuning pucat yang mengelilingi garis
rambut menunjukkan optimis. Kuning adalah warna aktiviti mental. Ia
mempengaruhi peluang pembelajaran yang baru, kepintaran, cerdik dan
intelek. Warna kuning adalah warna yang mempengaruhi kekuatan idea dan
kebangkitan kebolehan fizik.Semakin dalam dan gelap warna kuning itu
akan mempengaruhi sifat yang agak kritikal dan bersifat dogma.
Warna Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan
cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan
ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai,
berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan
penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan.Makin gelap
warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.
Warna Biru adalah warna yang mudah untuk dilihat dalam
banyak-banyak warna aura. Biru warna tenang. Ia juga warna penerimaan
dan mudah berkomunikasi. Mereka akn cuba menenangkan segala sesuatu
walau dia berada dalam keadaan kelam kabut. Walau kelihatan 'slow'
tetapi mereka bijak mengawal keadaan dan mudah mengambil hati orang.
Mereka ini boleh jadi pekerja yang baik dan berdedikasi.
Warna Ungu Violet adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia
adalah warna yang mempemgaruhi hati dan minda , iaitu gabungan fizikal
dan spiritual.Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna
keungu-unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi
hubungan dengan secara praktikal. Warna yang pucat mempengaruhi
kemanusiaan dan hubungan kerohanian. Warna ungu-kemerah-merahan
menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.Semakin keruh warna ungu
tersebut maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga
menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan
untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang
lain.
Merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia
mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura,
ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah
jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu
yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga
seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang
berwawasan.
Warna Emas adalah warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup
dinamik dan seorang yang mempunyai satu kekuatan. Warna emas yang keruh
menunjukkan seseorang itu dalam proses membangkitkan inspirasi yang
tinggi . Ia juga mempengaruhi proses kimia yang masih lagi aktif,
bermakna individu tersebut masih cuba berusaha untuk menukar hidupnya
kepada kehidupan yang lebih sempurna.
Warna Putih selalu dijumpai dalam warna aura. Putih mempunyai
semua warna di dalamnya. Putih tanda jujur. Mereka tidak suka pada
kelam kabut. Pemilik warna ini mungkin kelihatan ego dan mahukan
kesempurnaan. Ada kalanya mereka kelihatan sombong dan cerewet. Tetapi,
pemilik warna ini sememangnya seorang rakan yang baik dan ikhlas. Segala
perbuatan mereka akan cuba menceriakan dan mewarnai kehidupan
sekelilingnya.
Warna Kelabu adalah warna kemasukan. Ia menunjukkan pergerakan ke
arah membongkar kebolehan yang terpendam. Warna kelabu yang hampir
kepada warna perak menunjukkan kebangkitan tenaga kewanitaan. Ia juga
tenaga dan kebolehan untuk iluminasi, intuisi dan daya imaginasi yang
kreatif.Warna kelabu yang agak keruh menunjukkan ketidakseimbangan
fizikal, istimewa kepada aura yang berdekatan pada bahagian badan. Ia
juga menunjukkan keinginan untuk meninggalkan tiada satu kerja yang
diberikan yang tidak akan diselesaikan. Seorang yang mempunyai aura yang
berwarna kelabu adalah seorang yang suka berahsia dan seorang yang suka
bersendirian.
Warna Perang selalunya muncul dalam medan aura. Walaupun
kebanyakan orang mengatakan perang sebagai hasil daripada ketidak
seimbangan atau kurangnya tenaga, ini adalah tidak benar. Perang adalah
warna bumi. Bila ia muncul pada kawasan atas kepala, ia akan
mempengaruhi pembesaran yang baru.Aura perang yang melintasi muka atau
kepala menunjukkan keinginan untuk diskriminasi. Jika ia muncul di
sekitar kawasan cakra, ia menunjukkan bahawa bahagian tesebut perlu
dibersihkan. Warna perang susah untuk ditafsirkan, kerana ia senang
mempegaruhi kawasan masaalah dalam fizikal.
Warna Hitam adalah satu warna yang amat mengelirukan dalam
spektrum aura. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa jika aura hitam
hadir dalam diri seseorang, ia menunjukkan kematian atau jangkitan
penyakit yang berat. Saya mendapatingya adalah tidak benar.Hitam adalah
warna pelindungan. Ia adalah satu warna yang melindungi individu
tertentu daripada tenaga luar. Bila melihat aura ini, menunjukkan
individu tersebut melindungi dirinya sendiri. Ia juga menunjukkan yang
individu tersebut seorang yang ada sesuatu rahsia.Tiada apa yang salah
tentang itu. Warna hitam juga menunjukkan pemahaman mengenai bebanan dan
pengorbanan akan terjadi akhirnya.Hitam juga menunjukkan
ketidakseimbangan. Ketidakseimbangan fizikal ditentukan oleh hitamnya
aura sesuatu kawasan tersebut. Seorang yang mempunyai aura hitam adalah
mangsa penderaan kanak-kanak dan juga seorang pendera yang lazimnya
seorang penagih dadah, penagih alkohol, penghisap rokok dan sebagainya.
Warna Perak berkilauan Ia selalunya amat berkelip-kelip dan
berwarna perak. Ia menunjukkan seorang yang terlalu kreatif . Jika
hadirnya aura berwarna sebegini, ia sebagai penunjuk yang menandakan
individu tersebut , individu tersebut seorang yang terlalu kreatif .
0 komentar:
Posting Komentar