10 tanda kebangkitan jiwa itu:-
1- Waktu tidur anda mulai berubah mendadak
Tidak di nafikan, ramai di antara kita lebih aktif di waktu malam
berbanding waktu siang. Seolah-olah, waktu siang itulah waktu rehat kita
dan waktu malam itulah waktu kerja kita. Ini sebenarnya kerana, petanda
bahawa bumi kita bakal beraleh paksi. Hadis berkenaan, akan terbit
matahari dari barat itu semakin nyata. Dan seolah-olah, tanda ini adalah
signal atau praktis kepada apa yang bakal terjadi itu. Bahkan sebuah
peluang dimana, harus di pertingkatkan amalan di kala malam menjelma.
2-Ubun-ubun anda terasa di tekan
Pernahkah anda terasa ubun-ubun anda seperti di usap atau di gosok. Atau terasa ngilu di ubun-ubun?!
Ini adalah antara petanda bahawa 'crown chakra' anda di buka. Ia
berkenaan sektor saya namakan 'eyes of horus' (thalamus-pineal
glance-modula oblagata) yang berkaitan dengan tahap tindak balas bawah
sedar yang semakin aktif. Jangan khuatir kerana ia tak melibatkan
apa-apa jin, setan, dajal, pontianak atau hantu... Ia adalah perubahan
diri anda sendiri yang bertindak balas dengan keadaan dunia yang makin
berubah
3-Emosi yang tiba-tiba datang tanpa sebarang sebab
Pernahkah anda tiba-tiba terasa kosong, sayu, gembira atau marah tanpa
apa-apa sebab. Bahkan, bila anda bersendirian, tiba-tiba anda terasa
kosong, sayu tapi bagaikan hilang sesuatu. Anda cuba mencarinya, tapi
anda tidak tahu apa benda yang harus di cari. Jika pernah alami itu,
makanya, ini adalah salah satu petanda kebangkitan jiwa yang memahukan
anda lebih rapat dengan diri anda... Bukan mencari benda di luar, tapi
mencari benda di dalam diri anda sendiri. Mungkin memori, ilmu, atau
kesedaran yang hilang?!
4-Perkara lama tiba-tiba menerjah fikiran
Takkala anda bersendirian, tiba-tiba suatu memori lama yang dah lama
anda lupakan, tiba-tiba anda teringat balik, bahkan anda baru sedar
kesalahan atau kebanggaan yang pernah anda lakukan itu. Kadang-kala,
anda membuka album gambar anda dan merenung kembali diri anda sendiri.
Memori anda tika kecil. Tindak balas anda dengan persekitaran pada tika
dulu. Ini terjadi kerana, ia mahu mengajar anda tentang siapa diri anda
dan harus memperbaiki apa yang kurang serta kekalkan apa yang terbaik
untuk masa depan
5-Habit anda berubah mendadak
Jika anda suka makan fast-food, tiba-tiba anda berubah mahu makan yang
lebih berkhasiat. Jika anda pemalas, tiba-tiba anda jadi raji mengemas.
Jika anda rasa nak berubah, tapi anda berjaya untuk melakukannya, jiwa
anda memberontak menyuruh anda melakukannya juga sehingga anda melakukan
langkah pertama. Ini adalah tindak balas jiwa anda terhadap perkara
buruk yang menjahanamkan diri anda dan sekeliling anda. Jiwa anda mahu
anda berubah. Anda mulai menyayangi jasad anda dan memeliharanya.
6-Bebola cahaya, flash, kelipan cahaya mendatangi anda
Kadang-kala, anda terasa ada bebola cahaya atau cahaya flash di hujung
anak mata anda. Bila anda menoleh, ianya tiada. Bahkan, kadang kala anda
terasa di panggil tapi bukan suara dari luar, tapi suara dari minda
anda memanggil (nota: jika suara berpunca dari luar jasad kita, itu
permainan jin. jangan menyahut). Jangan khuatir kerana itu adalah jiwa
anda mahu anda sedar akan perubahan diri anda. Jiwa anda kini makin
kuat.
7-Anda mulai sedar masalah dunia
Anda mulai rasa tertekan dengan dunia yang penuh penipuan dan memaksa
anda untuk mengikutinya. Sedangkan itu bukan cara anda. Anda terasa
terkongkong dengan kerenah masyarakat dan sistem. Tapi anda tidak tahu
untuk mengelaknya. Jika ini berlaku, kekallah dengan diri anda sendiri
kerana saat ini, tiada siapa dapat membantu anda kecuali jiwa anda yang
makin berharap terus pada ketuhanan. Rapatkan diri dengan ketuhanan.
Itulah solusi paling rasional untuk hadapi sistem korup dunia tika ini.
8-Anda terasa mahu keluar dari sistem
Jiwa anda memberontak mahu berubah kepada sesuatu yang lebih baik.
Keluar dari habit lama anda yang kurang menyenangkan. Keluar dari sistem
yang sentiasa memaksa anda. Tika ini, keluarlah secara perlahan-lahan
tapi dengan rasional. Jangan bertindak drastik. Langkah paling baik
adalah, sebarkanlah kasih sayang. Cuba sentiasa bersedekah, membantu
mereka yang susah dan menyelamatkan bumi dari pencemaran atau
menyebarkan ilmu yang baik. Itu sajalah pengubat jiwa yang sedang
bergolak.
9-Persoalan anda di jawab tanpa di sangka-sangka
Kadang-kala, anda punyai persoalan dan anda bertanya diri anda.
Tiba-tiba, tanpa di sangka-sangka, petunjuk di berikan dengan pelbagai
cara kepada diri anda. Mungkin antaranya seperti mimpi, dejavu, signal
alam, rakan tiba-tiab berbual topik yang berkaitan dengan persoalan
kita, orang tagged nama kita di dalam facebook kepada topik persoalan
dan banyak lagi. Pernah jadi sebegitu? Saya banyak kali jadi begitu :D
10-Jiwa anda mulai selari dengan pelbagai situasi tanpa di sangka-sangka
Pernahkah anda sedang menonton filem matrix, tiba-tiba rakan anda dalam
facebook bercerita tentang filem itu dan selang dua-tiga hari selepas
itu, filem itu di siarkan dalam TV tanpa di sangka-sangka?!
Apa yang anda buat, fikir dan emosikan tiba-tiba selari dengan apa yang
terjadi di sekitar anda sehinggakan anda terpaku kehairanan. Jika itu
terjadi, ambil iktibar dari isu itu dan kaji kenapa isu itu di bawa-bawa
ke hadapan kita. Mungkin ada signal atau ilmu yang mahu di berikan
tanpa kita sangka. Bersyukurlah bila itu terjadi.
jika hampir ksemuanya berada di dalam diri anda, maka anda memang berjiwa SUPERHERO
0 komentar:
Posting Komentar