Searching...


.
16 Mei 2015
12.32 0

PERANG GULAI KAWAH ORANG THAI

Gulai Kawah & Sos Keropok Lekor

Sebagaimana orang-orang Thai menciplak tarian dan budaya orang-orang Melayu pada zaman purba (budaya Melayu Segenting Kra) seperti tarian Menora,Lakon Catri/Mak Yong dan sebagainya,mereka juga dipengaruhi cara masakan kita yang di'branded-kan kembali kepada label 'Thai'.

Selain mencedok budaya Melayu purba,isu budaya Thai mencedok ini juga popular ke atas budaya Kemboja.Sebab itu kita lihat senibina dua negara ini lebih kurang sama dan umum tahu Muay Thai dicedok dari Pradal Srei.Di dinding kuil-kuil Angkor ada diukir aksi-aksi tomoi seperti pukulan lutut dan siku.Jadi tomoi Kemboja ni sudah pasti lebih tua dan inilah sebenarnya apa yang dikatakan sebagai Muay Boran oleh orang Thai,merujuk kepada gaya lama Muay Thai sebelum disusun kembali ketika era Chakri bagi menyesuaikan dengan peraturan tinju Barat.

Saya nak 'highlight'kan dua makanan yang berasal dari Melayu Segenting Kra sehingga ke Pantai Timur yang dicedok oleh orang Thai/Siam.Ada makanan lain dan semestinya tersembunyi jika tidak kita mengorek rahsianya.

Pertamanya Massaman Curry.Sebenarnya kari yang paling sedap di dunia ini adalah gulai kawah.Rahsia dia ialah penggunaan gula merah.Hanya dua kari ini sahaja yang pakai gula merah/gula Melaka.
Sejak Massaman Curry ini adalah berasal dari Selatan Thailand dan perkataan 'Massaman' itu sendiri bermaksud 'orang Islam/Musulman' maka tidak syak lagi bahawa tradisi gulai kari dibubuh gula merah ini adalah sebenarnya gulai kawah yang popular di Kelantan sejak zaman-berzaman.

Keduanya ialah sos Thai.Terus terang dan tak payah nak selindung-selindung lagi bahawa sos Thai ini berasal dari sos keropok lekor.Ia sos pencicah untuk keropok dan makanan ringan orang-orang di Pantai Timur.

Tapi orang-orang Thai era Ayutthaya telah 'develop' sos ini jadi sos untuk semua makanan,namun kita tahu dia sama dengan sos keropok lekor jika membeli sos Thai asli yang jual dalam botol-botol besar tu (bukan sos Maggi Thai atau Life tu).
Memang sama dengan sos keropok lekor.

Jadi isunya di sini ialah 'branding'.
Pandai 'branding' maka dia ke depan dalam ilmu 'marketing'.
Saya ada terbaca pasal perdebatan antara orang Kemboja dengan Thailand pasal Muay Thai berasal dari Pradal Srei.Selepas berdebat macam-macam,orang Thai itu kelihatan tidak mampu mengalahkan hujah sejarah dari orang Kemboja.Akhirnya dia membalas,
"Ya...mungkin benar kata kamu bahawa Muay Thai berasal dari seni kamu tapi kamilah yang membangunkan dan membawanya ke seluruh dunia ketika kamu adalah negara mundur dan suka berperang sesama sendiri.Jadi kami berhak ke atas seni ini.."

daripada:-
srikandi

0 komentar: