Searching...


.
22 Feb 2015
02.31 0

5 PERKARA LELAKI FIKIR BILA USIA 30AN



Biasanya, bila kamu sedang berumur 20an, moto hidup kamu adalah, 'live long'. Maksudnya, lakukan apa saja yang kamu lakukan. Sebab itulah tika berumur 20an, kamu banyak memberontak. Kamu akan cuba capai matlamat hidup tanpa fikir betul atau salah. Kerana tika itu 'DO IT' adalah perkara utama, 'FIKIR' adalah perkara kedua. Jadi, apa pula seorang LELAKI yang sudah mulai memasuki 30an akan fikirkan?!

1- SANGAT MALAS UNTUK SHOPPING ATAU MELEPAK KECUALI ADA HAL PENTING SAHAJA. Ini kerana kamu fikir tentang kewangan di hari tua kamu. Selain itu, kamu terasa mahu lunaskan hutang dengan secepat mungkin dan ketika ini, segala macam MLM (multilevel Marketing) akan kamu bakul sampahkan kerana kamu sudah nampak realiti kewangan sebenar.

2- MULAI BERHENTI MAKAN JUNK FOOD DAN AMALKAN AKTIVITI KESIHATAN. Point ini mungkin tidak semua orang akan alaminya. Akan tetapi, di sudut hati kamu, anda mahukan kesihatan yang terbaik. Bahkan saat ini kamu mulai nasihati sanak saudara serta rakan-rakan yang lebih muda untuk menjaga kesihatan.

3- FAMILY FIRST. Pada saat ini,anda merasakan famili adalah utama dalam kehidupan kamu. Biarpun sebelum ini, boleh di katakan anda adalah anak derhaka pada ayah ibu kamu. Anda akan sedaya upaya melindungi dan cuba rapat dengan keluarga serta adik beradik kamu. Bahkan akan cuba membina famili sendiri yang lebih baik.

4- TERASA 30an ADALAH PELUANG KEDUA UBAH DIRI. Ya, benar, sama seperti anda memasuki usia 20an selepas habis belajar di sekolah-sekolah. Anda seperti mahu merancang perjalanan anda untuk sedekad lagi. Tetapi untuk usia 30an, perjalanan anda menjadi lebih real dan lebih terancang berbanding dengan usia 20an kerana ketika itu, nafsu dan khayalan masih mencanak tinggi. Jika anda seorang gamers tegar pada usia 20an, anda mungkin akan kurangkan aktiviti itu bahkan mungkin anda akan terlintas untuk membina perisian game sendiri dan seterusnya menjadi suatu perniagaan untuk anda. Itulah yang lelaki 30an akan fikirkan.

5- JODOH TAK SAMPAI? PANIK !!! Ya, ini paling kronik bila berada di usia 30an. Bila anda masih belum berkahwin, anda mulai panik. Tapi pada masa yang sama, anda akan cuba mencari bakal isteri yang benar-benar terpilih untuk hidup anda. Bukan seperti 20an yang mana cinta itu adalah boleh di tukar ganti. Kali ini, anda benar-benar pasti untuk menjaga si dia. Bila anda dapat si dia dan punyai anak, maka itulah fokus anda. Kamu akan berikan 110% fokus untuk membahagiakan si dia dan anak anda.


0 komentar: