Searching...


.
23 Agu 2014
12.46 5

Perbandingan antara Proton Iriz dan Produa Axia

PROTON IRIZ VS PRODUA AXIA

Mungkin ramai tertanya-tanya, apakah perbandingan antara dua kereta terbaru dari industri kereta negara ini. Kelihatannya, dua model terbaru ini membawa ciri kompak dan murah. Biarpun begitu, handling dan penjimatan minyak serta enjin yang mengagumkan di ambil kira dalam pembikinan kali ini. Akan tetapi, kedua model ini di keluarkan dalam masa yang boleh di katakan tersangat hampir di antara keduanya. Jadi, Berikut adalah spec dan keratan berita yang mungkin boleh membantu anda dalam memilih antara IRIZ atau AXIA.

-----------------------------------------------------------------------------------------



 PROTON IRIZ


CODE NAME Proton Compact Car (PCC) dalam segmen B, dihasilkan menerusi dua penekanan utama iaitu tahap keselamatan terbaik dan ekonomi bahan api tetapi ditawarkan pada harga mampu milik.

PCC dibangunkan menerusi platform terkini Proton menggunakan enjin terbaharu VVT bersesaran 1.3 dan 1.6 liter dengan transmisi manual serta automatik ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium.

Selain itu, PCC juga akan menggunakan omboh, blok dan injap baharu, pertama seumpamanya bagi model Proton, sekali gus bakal menampilkan model terbaik keluarannya setakat ini.

"PCC dilengkapkan dengan enam beg udara dan sistem ABS, EPS dan hill hold assist serta enjin VVT 10 peratus lebih menjimatkan minyak berbanding Campro sebelum ini," katanya dalam taklimat di sini baru-baru ini.

PCC menjana 110 kuasa kuda (hp) dan kilas 148 Nm selain mampu mencecah kelajuan lebih 180 kilometer sejam.

PCC juga akan menggunakan stereng kuasa elektrik hidraulik yang menjadikan stereng lebih ringan pada kelajuan rendah dan berat serta seimbang pada kelajuan tinggi. Harga masih tidak di dedahkan
-------------------------------------------------------------------------------------------







PRODUA AXIA



Perodua Axia 1.0 E
Pilihan varian paling rendah atau asas untuk model Axia ini hanya boleh didapati dengan transmisi manual (lima kelajuan) sahaja. Berikut ialah senarai ciri-ciri yang terdapat untuk varian ini;
  • Rim keluli 14 inci dengan penutup plastik
  • Kombinasi Lampu belakang dari LED
  • Tempat duduk jenis fabrik
  • Tingkap berkuasa elektrik
  • Indikator ECO Drive (kawalan untuk cekap bahan bakar)
  • Stereng berkuasa
  • Dua beg udara keselamatan (pemandu dan penumpang hadapan)
  • Immobiliser
Harga
  • 1.0 E Manual – RM24,900 (solid)
  • 1.0 E Manual – RM25,300 (metalik)
Perodua Axia 1.0 G
Kepada yang mahukan transmisi automatik, varian ini merupakan model terendah dengan pilihan transmisi auto. Axia 1.0 G ini turut menawarkan pilihan transmisi manual dengan lima kelajuan.
  • Rim aloi bersaiz 14 inci
  • Remote control entry and alarm
  • Sensor undur
  • Cermin sisi dengan pelarasan elektronik
  • Bilah pengelap cermin belakang serta defogger
  • Pemain CD dengan empat pembesar suara
  • Tempat duduk pemandu dengan pelarasan ketinggian
  • Kotak syiling atau kotak pelbagai guna
  • Isofix untuk tempat duduk bayi atau kanak-kanak
  • Tali pinggan kaledar dengan penggera
Harga
  • 1.0 G Manual – RM32,800 (solid)
  • 1.0 G Manual – RM33,200 (metalik)
  • 1.0 G Automatik – RM34,800 (solid)
  • 1.0 G Automatik – RM35,200 (metalik)
Perodua Axia 1.0 SE
Pilihan Axia 1.0 SE pula mempunyai elemen luaran yang berbeza berbanding dengan pilihan asas E dan G. Senarai ciri-ciri yang ditambah untuk model 1.0 SE berbanding 1.0 G;
  • Lampu hadapan jenis projektor
  • Kit badan SE dengan aero bumpers, skirt sisi serta spoiler belakang
  • Lampu kabus
  • Sensor hadapan untuk parkir
  • Gril hadapan dengan kemasan krom
  • Unit Audio dengan CD, MP3 dan sambungan Bluetooth
  • Tempat duduk jenis Semi-bucket
  • Kemasan dalaman berwarna perak dan krom
  • Hiasan tambahan untuk tombol gear dan brek tangan
  • ABS, EBD dan bantuan brek
  • Filem cermin keselamatan (Security tint film)
Harga
  • 1.0 SE Manual – RM37,900 (solid)
  • 1.0 SE Manual – RM38,300 (metalik)
  • 1.0 SE Automatik – RM40,900 (solid)
  • 1.0 SE Automatik – RM41,300 (metalik)
Perodua Axia 1.0 Advance
Pilihan varian paling tinggi atau premium ialah Perodua Axia 1.0 Advance. Maaf, varian ini cuma ditawarkan dengan transmisi automatik sahaja – tiada manual. Luaran seperti model SE, namun ada penambahan di bahagian dalaman;
  • Sistem audio dengan paparan skrin sentuh bersama DVD, Bluetooth juga GPS
  • Tempat duduk balutan kulit
  • Stereng dengan balutan kulit disamping terdapat butang kawalan audio
Harga
  • 1.0 Advance Automatik – RM44,900 (solid)
  • 1.0 Advance Automatik – RM45,300 (metalik)







5 komentar:

Anonim mengatakan...

Ironinya... kenapa dari dulu RnD proton tak buat design iris as myvi type?knp baru skrg... adakah proton terkejut dgn penjualan perodua..? dulu punya la proton bg syarat ketat pada perodua ... Perodua tak dibenarkan design yang berbonet... korg perasan tak ..semua model perodua tiada bonet? Perodua bermula dengan model kancil je... ini bukan soal dengki..tapi sy kecewa... klo ni la sikap proton yang suka 'ceduk' idea orang... maka sukarlah kita nk tgk kemajuan dalam bidang automotif kat malaysia ni... contoh lain.. exora vs alza... agak korang ,model mana yang lagi byk orang pertikaikan? so...proton spatotnya fikirkan persaingan dgn model dari luar esp. jepun...yang turut pasarkan model mereka... bukannya pandang apa kemajuan yang telah adik(perodua ) capai... sekian...saya suka kemajuan.... tak suka hal 'tamak' dan tandus idea... -kritik bagi membina-

Anonim mengatakan...

Perodua bukan setakat cedok idea org, tapi bina kereta rekaan jepun. Cuma tukar logo dgn aksesori saja. Memang patut pun sbb perodua ni milik jepun. Datanglah ke kilang perodua global malaysia kat rawang, yg keluarkan axia, tengok siapa pegawai2 atasannya. Proton pula milik malaysia, diketuai org Malaysia, direkabentuk, dibina oleh org Malaysia, guna teknologi Malaysia. Kena ingat lotus tu milik siapa. Org jepun pun cedok idea org untuk bina kereta. Kesimpulannya mana yg lebih mengecewakan.

Anonim mengatakan...

yang sangat mengecewakan ialah diri ini yang tak mampu pun memiliki apa2 kereta kecuali motorsikal demak ex90.sekian terima kaseh

hansulaa mengatakan...

bile mase proton bagi syarat kat perodua tak boleh buat kerete sedan mane dapat bende tu?iriz ni dia ceduk design myvi ke ?yang perodua tu pulak ceduk kerete daihatsu boleh pulak.Fikir gune otak dan fakta perodua atau proton yang mengecewekan jawapan saya perodua.

hansulaa mengatakan...

bile mase proton bagi syarat kat perodua tak boleh buat kerete sedan mane dapat bende tu?iriz ni dia ceduk design myvi ke ?yang perodua tu pulak ceduk kerete daihatsu boleh pulak.Fikir gune otak dan fakta perodua atau proton yang mengecewekan jawapan saya perodua.