Searching...


.
11 Jul 2014
22.44 0

TIPS: MENOLAK EMOSI NEGATIF ORANG LAIN DARI DIRI ANDA



Anda mungkin seorang yang memiliki sifat EMPATHY/BELAS KASIHAN yang tinggi. Tapi, ada ketikanya anda terasa tidak enak dengan situasi itu kerana anda juga punyai masalah tersendiri. Tetapi, anda tidak mampu untuk menolaknya. Berikut adalah tips untuk menolak emosi negatif dari orang lain dan membina kendiri sendiri melalu penolakan itu:-

1. KENAL PASTI DIRI ANDA SEORANG YANG MEMILIKI EMPATHY ATAU TIDAK

     - Orang memanggil anda "hyper-sensitif", "terlalu sensitif", dan lain-lain.
     - Anda rasa takut, bimbang, dan rasa tekanan dari orang lain.
     - Anda cepat berasa letih dan tidak senang dengan kehadiran orang ramai.
     - Bunyi, bau, dan bercakap berlebihan boleh rasa ketidakselesaan diri.
     - Anda perlu bersendirian untuk menenangkan diri.
     - Anda bersifat memberi, murah hatidan pendengar yang baik.
     - Keintiman hubungan yang terlalu rapat menyebabkan anda 'lemas'.

2. TENAGA ITU DARI SIAPA? Tanya diri anda sama ada perasaan itu dari anda sendiri atau orang lain. Jika ia datang dari diri anda, pastikan anda sentiasa bertenang, jika ia datang dari diri orang lain, sila jauhi dari kawasan ramai orang dan tenangkan diri.

3. JARAK. Jika anda dalam situasi yang ramai orang. Dan anda tidak mahu melukankan hati orang lain, anda jarakkan diri dari orang ramai dalam 20 kaki dan duduk dahulu sebelum orang menyapa anda.

4. PERNAFASAN.
Belajar untuk bernafas dengan tenang dan fokus. Kuasa minda juga mampu untuk mententeramkan anda seterusnya menyebabkan anda bersifat positif terhadap suasana yang ramai.

5. SOLAR PLEXUS. kawasan ini adalah di dalam bahagian aura otak anda. Anda imaginasi yang indah dan cantik terhadap suasana yang anda sedang hadapi itu. Ia akan menjadikan anda lebih tenang dan kemungkinan, suasana juga anda berubah seperti mana anda inginkan.

note:   Kemurungan atau kebimbangan menjadikan diri anda lebih teruk dari sebelumnya. Ini kerana sifat negatif itu terjadi kerana anda tidak secocok dengan suasana yang terlalu ramai dan terlalu bersosial. Anda jenis yang suka ketenangan dan alam merupakan rakan terbaik anda. Jika begitu, sentiasalah keluar untuk menikmati udara segar dan pemandangan indah ciptaan tuhan ini.

0 komentar: