Searching...


.
14 Jul 2014
23.29 0

INFO: KHASIAT AMALAN SURAH YAASIN




INFO: KHASIAT AMALAN SURAH YAASIN

Sesiapa membaca surah Yasin 7 kali atau 21 kali ataupun 41 kali ketika bermaksud pada sesuatu,nescaya berhasil maksud itu.

Sesiapa menulis surah Yasin 7 kali dengan air mawar yang bercampur za’faran pada suatu bejana dan minum airnya tujuh pagi berturut-turut, nescaya mudah ingat apa-apa yang didengarnya dan boleh kesukaan di dalam perubahannya dan besar darjatnya.

Sesiapa menulis surah Yasin dengan kasturi yang bercampur za’faran dan minum airnya, nescaya mudah menghafaz apa-apa yang dipelajarinya.

Jika ditulis surah Yasin dengan kasturi yang bercampur za’faran, kemudian dihapuskan dengan air dan beri minum kepada perempuan yang menyusukan kanak-kanak, nescaya anak yang menyusu daripadanya itu mendapat susu yang mengenyangkan lagi menjadi ubat baginya.

Sabda rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ertinya; sesiapa yang beriman membaca surahYasin dan surah ad-Dukhan, pada malam hari dengan niat mengharap kurnia Allah Taala nescaya diampunkan dosa-dosanya oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Sabda rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ertinya; bahawasanya dalam al-Quran itu ada satu surah namanya Yasin, dan surah itu mensyafaatkan bagi sesiapa yang membacanya dan menuntut ampuni bagi orang yang mendengarnya.

Sesiapa yang menulis surah Yasin dan minum airnya, nescaya masuk ke dalam rongganya 1000 macam ubat dan seribu nur, seribu berkat dan seribu rahmat dan keluar dari dalamnya sekalian penyakit-penyakit dan kejahatan.

Sesiapa membaca surah Yasin ketika subuh, nescaya sentiasa beroleh sukacita pada siangnya dan apabila dibaca ketika petang, beroleh sukacita pada malamnya hingga sampai subuh.

Sabda rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ertinya; sesiapa membaca surah Yasin pada tiap-tiap malam nescaya diampunkan dosanya oleh Allah Subhanahu Wa Taala pada paginya.

ULASAN PANAS: BACALAH YASIN WALAU APAPUN NIAT KAMU DENGAN TIDAK BERHARAP AKAN PEMBALASAN KERANA MEMBACA DENGAN IKHLAS ITU LEBIH BAIK KAIFIATNYA


0 komentar: