Searching...


.
3 Jun 2014
18.55 0

ISU SEMASA: JAKIM YANG WAS-WAS ATAU SABOTAJ ?



tubepanas.blogspot.com
coklat bar CADBURY yang lazat.. lazat kerr?

Baru-baru ini, heboh satu malaya tentang 2 coklat bar dari produk CADBURY yang mengandungi DNA BABI yang mana adalah HARAM untuk di makan. Dari situ, ramai yang terkejut kerana sebelum ini, semua produk CADBURY ada logo HALAL.

Ini menimbulkan amarah umat islam kerana seolah-olah di permain-mainkan oleh agensi kerajaan. Setelah beberapa lama kemudian, JAKIM mengeluarkan kenyataan mahu menyiasat perkara ini. Maka, 11 coklat bar telah di hantar dari kilang CADBURY kepada JAKIM, dan baru-baru ini, JAKIM SAHKAN BAHAWA COKLAT BAR TERSEBUT TIADA DNA BABI. Magikkan?!

tubepanas.blogspot.com
MAKMAL KSM telah keluarkan statement ini dah ianya di siasat habis-habisan

Tidak puas hati lagi, beberapa kakitangan JAKIM ini makan coklat bar tersebut secara live kerana mahu mengembalikan keyakinan umat islam terhadap prestasi JAKIM. Persoalannya, coklat bar tersebut yang baru atau yang sedia ada di market?

tubepanas.blogspot.com
coklat cadbury dah tiada babi, nak makan tak?!

Walaupun kenyataan rasmi dari JAKIM mengatakan bahawa coklat Bar itu halal, tetapi ramai telah was-was dengan pemakanan mereka kini. Lagipun, Jakim mengeluarkan statement mengatakan coklat bar tersebut jatuh dalam perkara DARURAT KERANA IANYA TELAH DI PASARKAN DAN TIDAK DI KETAHUI CARA PROSESANNYA, MAKA IANYA MASIH HALAL (?!)

Kenyataan hukum itu samalah anda tersesat dalam hutan dan hanya ada BABI sahaja di situ untuk anda makan. Untuk elakkan anda mati, anda kena makan BABI tersebut juga. Ia dalam perkara darurat. Samalah isu hukumnya di sini.

Persoalannya, mind-set kita sudah di setting bahawa CADBURY ITU BABI, jadi, mesti ramai kembang tengkuk bila makan coklat. Tak gitu? Jadi, inilah peluang terbaik untuk produk muslim dan IKS untuk naik dan mencabar syarikat luar negara ini. Apapun, perhatikanlah sentiasa pemakanan kita agar jauh dari haram dan syubhah. Ia jadi darah daging kita. Barulah kita dan anak cucu tak jadi setan yang nyata.

0 komentar: