Terima kasih pasukan badminton negara kerana telah menyatukan hati warga malaysia kerana telah beraksi di pentas akhir Piala Thomas Uber 2014 ini. Tika, semua warga penyiaran sedang bersiap siaga untuk Bola sepak Piala Dunia tidak lama lagi, mungkin mereka terlupa tentang pasukan badminton yang sedang berjuang demi maruah negara di pentas piala thomas yang pernah kita menangi pada tahun 1992 itu. Piala THomas kali ini di adakan di NEW DELHI.
Kejutan paling besar pada tahun ini adalah, kebangkitan pasukan under-dog, JEPUN yang mengalahkan CHINA dan INDONESIA sehingga meraih gelaran juara menentang Malaysia.
Ia suatu yang tidak tersangka dan di anggap magikal. Bila di siasat, rupanya JEPUN mempunyai coach dari Malaysia dan juga Indonesia. Jadi, dengan semangat kamekaze mereka itu, maka layaklah meraka bergelar juara.
Apapun, terima kasih buat pasukan badminton negara kerana perasaan penyatuan ini telah lama pudar dari jiwa umat malaysia semenjak Malaysia menang dalam piala AFC [bola sepak].
Pasukan Malaysia hanya memenangi pingat perak sahaja akan tetapi itu sudah cukup bagus |
0 komentar:
Posting Komentar