• Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan menangani El Nino terhadap bekalan air dan sektor berkaitan di Bangunan Perdana Putra. 
PUTRAJAYA – Kerajaan akan menimbangkan beberapa langkah bagi menjamin bekalan makanan negara mencukupi ketika berhadapan fenomena El Nino.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu melibatkan sektor yang menyumbang kepada penghasilan sumber makanan seperti tanaman, ternakan dan perikanan.

“Kita akan melaksanakan beberapa langkah jangka pendek, sederhana dan panjang seperti memastikan pengurusan pengairan yang cekap, meningkatkan kecekapan pengurusan ladang, membangunkan jenis tanaman tahan kemarau dan cepat matang.

“Kerajaan juga akan berusaha membangunkan model tanaman setempat, mempelbagaikan pendapatan petani, melaksanakan kempen kesedaran dan membangunkan simulasi peramalan El-Nino akan dilaksanakan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Bagi Menangani Fenomena El Nino, semalam.

Menurutnya, jika usaha itu tidak membuahkan hasil dan tetap berlaku penurunan pengeluaran, sebagai alternatif import bekalan makanan akan ditingkatkan.

“Petani, penternak dan pengusaha akan diberi bantuan melalui Tabung Bantuan Bencana Agro Makanan, jika masih terdapat penurunan dalam hasil pengeluaran makanan setelah langkah-langkah tersebut dilaksanakan,” katanya.

Bagi mengawal kesan El Nino terhadap alam sekitar dan kesihatan awam pula, kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara akan menggerakkan pasukan petugas yang dianggotai Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Meteorologi, Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.


ULASAN PANAS: El Nino ini di katakan yang terpanas dalam sejarah yang bakal berlaku pada thaun 2014 atau 2015. Tiba-tiba admin teringat kisah dajjal nak muncul,  3 tahun kemarau panjang. apakah ini tandanya?