Selepas lebur dalam skim gold investment RGCX pada 2012, aku jadi keliru. Seakan nampak jalan dalam dunia forex tapi RGCX menyebabkan aku jadi sedikit kecewa.
Masa belajar di uitm dulu, ada member aku nak ajar forex. Tapi bila tengok chart MT4, aku jadi kaget seketika. Pening. Minat ada tapi mungkin nak faham apa itu forex dan cara nak buat analisa, akibatnya aku tunda seketika minat aku tu.
Masa tu, aku cuba buat MLM, apa jua nama diberi, tak kira lah network marketing atau network biz, hasilnya memang aku gagal.
Aku gagal dalam MLM ni kerana aku malu nak jumpa orang, share pengetahuan produk dan menarik kepercayaan orang. Kerana aku sendiri gagal untuk percaya pada diri sendiri.
Selepas beberapa tahun berhenti dari MLM, datang pula skim RGCX yang membuka ruang untuk aku kenali dunia forex. Skim ni trade gold tanpa ada margin call. tiap bulan dapat ROI 10% dari jumpa equity.
Memang ROI dapat tapi nak withdraw macam2 alasan kena. Lagipun aku langsung tak tau trade. Nampak graf naik, buy. Nampak je turun, sell. Analisa ntah ke mana. Sebab memang aku tak tau langsung pasal forex masa ni.
Bila RGCX bungkus, aku di tawarkan untuk join group PAMM akaun. Group ni trade guna robot. Tiap bulan dapat ROI. Aku tak perlu buat apa2. Robot akan trade. Akhirnya, semua ke laut dalam. Ada orang rugi puluh2 ribu ringgit. Leh nangis woo.
Bila dah 2 kali kena, aku jadi give up. Tapi, terbit keinginan untuk trade sendiri tanpa skim pelik2 ni.
Pertengahan tahun 2013, kami@team kulim mulai trade forex sendiri. Dengan ilmu yang sedikit, dapat la buat profit besar.
Tapi pada masa tu, aku ada satu penyakit teruk dalam forex yakni TAMAK. Aku hold trade aku sedangkan akaun dah berkembang 500%. Tup2, akaun aku MC.
Trend grow akaun dan MC ni berlanjutan sampai la awal tahun 2014. Selidik punya selidik, money management memang ultimate fail.
Tapi, alhamdulilah 2014 mulai beri sinar harapan, bila aku dah leh start withdraw hasil trade sendiri. Tak perlu skim atau robot merapu. Ada ilmu, ada yakin, displin money management, insyaallah, pasti berjaya. Akaun aku tak la besar tapi cukuplah untuk buat bayar bil.
Kalau ada kemahuan, pasti ada jalan. Tuhan dah janji, rezeki pasti ada walau ulat dalam batu sekalipun. Insyaallah.
1 komentar:
skg tuan stay kulim lg eh??
Posting Komentar