Searching...


.
17 Apr 2014
23.21 0

SUNGAI KELANTAN, RAJA DAN ASAL MUASAL

Ini sungai kelantan. Tika dulu, para pedagang lalui sungai besar ini hingga mencipta penempatan di pasir mas dan tanah merah. Dua dearah ini berkaitan dengan EMAS. Di tengahnya bukit panau dan danau tok uban yang di kaitkan dengan peristiwa KILATAN oleh syeikh jamaludin al.kubra.

Kadang kala kajian kita hanya berlegar di kalangan ahli dengan bersebab. jika tak nampak kita di dunia luar, bukan bermakna kita jenis sembang lebat di dunia internet saja. Perkongsian ilmu biar berikhlas bukan dengan suatu kepentingan. Bila nama kita di bicara sana sni, bersiap lah untuk di sudi. Jika di jalan benar, pasti tiada masalah nak hadapinya. Jika tidak yakin, baik diam. Umpama sungai kelantan yang kini diam menyimpan rahsia lama.

kenapa saya bercerita tentang kelantan sedangkan saya bukan anak jati kelantan? Ini sebab, ada yang kata kononnya pelbagai kerahsiaan di simpan pada kisah kerat lintang ni.

Pecah dari kedah, pecah dari kelantan tua, sedikit di ganu dan sedikit di pahang. Dari tengah malaya hingga ke atas, ini lah di namai negeri atas angin.

Segala kisah sejarah negeri atas angin mesti ada unsur mistik dan bketuhanan. Macam fiksyen harry potter, aksi cam matrix. Asbab tu kisah dari negeri-negeri ini sukar di terima sebagai sumber sejarah. Tidak sama seperti manuskrip-manuskrip dari negeri di barat dan selatan malaya. Ia berfakta dan bertarikh.

kenapa kita nak kaji sejarah? rata-rata akan kata saya nak tau asal usul melayu dan dapatkan semangat bangsa yg hilang. Benarkah?

Di sebalik itu pasti ada sesuatu yg terhijap dari riak wajah dan tutur kata. Pasti ada NIAT. Adakah demi naikkan nama dan kuasa susur galur sendiri? Adakah mahu mengetahui nasab ilmu dan wali apakah yang ada pada susur galur itu? Atau, adakah mahu terkait dalam kisah kebangkitan akhir zaman supaya dapat berada di barisan hadapan era perang imam mahdi?

Sejarah ni adalah puaka yg kita akan sentiasa ratib. Menjadi candu supaya kita terasa kuat. Hakikatnya kuat kita bukan pada sejarah bangsa. Kuat kita pada penyatuan. Bersatu teguh bercerai roboh.

Bukannya menguasai orang lain dan mahu orang itu sertai kita dalam misi kebangkitan. Jika tak sertai gerakan mereka, di perli-perli pula. Itu bukan gaya sepatutnya. Melayu itu berakhlak.

Berbalik pada sejarah, sebab tu ia di simpan selepas berlaku kemusnahan. Segala pembangunan rebah smpai jadi bukit, tanah etc.

Tetapi sanubari manusia tetap rasa nak mencari sejarah itu. Mengkaji sejarah keluarga menjadi punca pada mencari yang lebih besar. Kemudian pasti terjumpa tentang sejarah susur galur yang berkaitan dengan kisah raja-raja atau istana.mencari lagi akan dapat ketamadunan. Sambung cari lagi akan dapat kisah penciptaan dan asal usul. kalau terus mencari, di hujungnya pasti temui ketuhanan.

Sebab itu, setinggi bangunan suatu ketamadunan pasti balik ke tanah. balik jadi asal. sejarah bukan tntg bangsa, ketamadunan atau kebanggaan. sejarah adalah tau asal muasal kamu.

Pada sejarah ada simbol, pada simbol ada makna, pada makna ada kisah, pada kisah ada kewujudan. kewujudan ada ketuhanan. di situ ia tersimpan. ibarat sungai kelantan menyimpan segala isi masa lalu. isi itu ada kisah raja2 dan raja2 itu wakil tuhan. wakil tuhan itu tahu ketuhanan dan ketuhanan ada asal muasal.






0 komentar: