Searching...


.
29 Apr 2014
23.27 0

NAIKI PUNCAK PIRAMID GIZA

Pernahkah kita terlintas di fikiran, bagaimana keadaan sekeliling jika kita menaiki puncak piramid itu?

Pada bulan lepas, terdapat beberapa orang dari ahli fotografi Rusia telah memanjat Piramid Giza. Untuk pengetahuan semua, memanjat piramid adalah kesalahan dan boleh di penjarakan selama setahun hingga tiga tahun. Mereka adalah suatu kumpulan fotografi yang hanya mengambil gambar dari puncak atau tempat tertinggi. Itulah 'genre' atau 'movement' mereka bawa dalam seni fotografi mereka. Lain kumpulan, lain gerakan dan genre nya. Akan tetapi genre mereka bawa ini tersangatlah bahaya dan boleh bersalahan dengan undang-undang sesuatu negara.


 



Piramid adalah 'barang antik' dunia yang tidak di musium kan tapi masih di bawah akta barangan sejarah dunia. Walaubagaimanapun, sebagai seorang artis, mereka mempunyai keinginan yang 'gila'. Matlamat mereka untuk menangkap gambar dari puncak piramid adalah kebanggaan mereka.

Sebagai ahli fotografi, lebih 'rare' gambar yang di ambil, lebih bernilai bagi mereka dan ini akan melonjatkan nama mereka di mata kesenian fotografi. Bukan senang untuk menangkap gambar yang 'special' bahkan mengambilnya dari suatu tempat yang di anggap mustahil.

Pemuda-pemuda ini memanjat Piramid itu selama 4 jam selepas mereka bersembunyi dari guard pada waktu lawatan. Akhirnya mereka berjaya. Tapi, sudah tentulah, akhirnya mereka akan 'kantoi'. Ini di tambah pula wajah mereka terpampang di gambar-gambar tersebut. tapi, itulah kebanggaan mereka. Mereka berjaya 'takluki' puncak Piramid yang tiada pernah manusia lakukan.

Berikut adalah gambar-gambar mereka di puncak Piramid Giza itu:-













0 komentar: