Searching...


.
29 Apr 2014
23.24 0

10 tanda kebangkitan jiwa



Berikut adalah 10 tanda kebangkitan jiwa itu:-

1- Waktu tidur anda mulai berubah mendadak
Tidak di nafikan, ramai di antara kita lebih aktif di waktu malam berbanding waktu siang. Seolah-olah, waktu siang itulah waktu rehat kita dan waktu malam itulah waktu kerja kita. Ini sebenarnya kerana, petanda bahawa bumi kita bakal beraleh paksi. Hadis berkenaan, akan terbit matahari dari barat itu semakin nyata. Dan seolah-olah, tanda ini adalah signal atau praktis kepada apa yang bakal terjadi itu. Bahkan sebuah peluang dimana, harus di pertingkatkan amalan di kala malam menjelma.

2-Ubun-ubun anda terasa di tekan
Pernahkah anda terasa ubun-ubun anda seperti di usap atau di gosok. Atau terasa ngilu di ubun-ubun?!
Ini adalah antara petanda bahawa 'crown chakra' anda di buka. Ia berkenaan sektor saya namakan 'eyes of horus' (thalamus-pineal glance-modula oblagata) yang berkaitan dengan tahap tindak balas bawah sedar yang semakin aktif. Jangan khuatir kerana ia tak melibatkan apa-apa jin, setan, dajal, pontianak atau hantu... Ia adalah perubahan diri anda sendiri yang bertindak balas dengan keadaan dunia yang makin berubah

3-Emosi yang tiba-tiba datang tanpa sebarang sebab
Pernahkah anda tiba-tiba terasa kosong, sayu, gembira atau marah tanpa apa-apa sebab. Bahkan, bila anda bersendirian, tiba-tiba anda terasa kosong, sayu tapi bagaikan hilang sesuatu. Anda cuba mencarinya, tapi anda tidak tahu apa benda yang harus di cari. Jika pernah alami itu, makanya, ini adalah salah satu petanda kebangkitan jiwa yang memahukan anda lebih rapat dengan diri anda... Bukan mencari benda di luar, tapi mencari benda di dalam diri anda sendiri. Mungkin memori, ilmu, atau kesedaran yang hilang?!

4-Perkara lama tiba-tiba menerjah fikiran
Takkala anda bersendirian, tiba-tiba suatu memori lama yang dah lama anda lupakan, tiba-tiba anda teringat balik, bahkan anda baru sedar kesalahan atau kebanggaan yang pernah anda lakukan itu. Kadang-kala, anda membuka album gambar anda dan merenung kembali diri anda sendiri. Memori anda tika kecil. Tindak balas anda dengan persekitaran pada tika dulu. Ini terjadi kerana, ia mahu mengajar anda tentang siapa diri anda dan harus memperbaiki apa yang kurang serta kekalkan apa yang terbaik untuk masa depan

5-Habit anda berubah mendadak
Jika anda suka makan fast-food, tiba-tiba anda berubah mahu makan yang lebih berkhasiat. Jika anda pemalas, tiba-tiba anda jadi raji mengemas. Jika anda rasa nak berubah, tapi anda berjaya untuk melakukannya, jiwa anda memberontak menyuruh anda melakukannya juga sehingga anda melakukan langkah pertama. Ini adalah tindak balas jiwa anda terhadap perkara buruk yang menjahanamkan diri anda dan sekeliling anda. Jiwa anda mahu anda berubah. Anda mulai menyayangi jasad anda dan memeliharanya.

6-Bebola cahaya, flash, kelipan cahaya mendatangi anda
Kadang-kala, anda terasa ada bebola cahaya atau cahaya flash di hujung anak mata anda. Bila anda menoleh, ianya tiada. Bahkan, kadang kala anda terasa di panggil tapi bukan suara dari luar, tapi suara dari minda anda memanggil (nota: jika suara berpunca dari luar jasad kita, itu permainan jin. jangan menyahut). Jangan khuatir kerana itu adalah jiwa anda mahu anda sedar akan perubahan diri anda. Jiwa anda kini makin kuat.

7-Anda mulai sedar masalah dunia
Anda mulai rasa tertekan dengan dunia yang penuh penipuan dan memaksa anda untuk mengikutinya. Sedangkan itu bukan cara anda. Anda terasa terkongkong dengan kerenah masyarakat dan sistem. Tapi anda tidak tahu untuk mengelaknya. Jika ini berlaku, kekallah dengan diri anda sendiri kerana saat ini, tiada siapa dapat membantu anda kecuali jiwa anda yang makin berharap terus pada ketuhanan. Rapatkan diri dengan ketuhanan. Itulah solusi paling rasional untuk hadapi sistem korup dunia tika ini.

8-Anda terasa mahu keluar dari sistem 
Jiwa anda memberontak mahu berubah kepada sesuatu yang lebih baik. Keluar dari habit lama anda yang kurang menyenangkan. Keluar dari sistem yang sentiasa memaksa anda. Tika ini, keluarlah secara perlahan-lahan tapi dengan rasional. Jangan bertindak drastik. Langkah paling baik adalah, sebarkanlah kasih sayang. Cuba sentiasa bersedekah, membantu mereka yang susah dan menyelamatkan bumi dari pencemaran atau menyebarkan ilmu yang baik. Itu sajalah pengubat jiwa yang sedang bergolak.

9-Persoalan anda di jawab tanpa di sangka-sangka
Kadang-kala, anda punyai persoalan dan anda bertanya diri anda. Tiba-tiba, tanpa di sangka-sangka, petunjuk di berikan dengan pelbagai cara kepada diri anda. Mungkin antaranya seperti mimpi, dejavu, signal alam, rakan tiba-tiab berbual topik yang berkaitan dengan persoalan kita, orang tagged nama kita di dalam facebook kepada topik persoalan dan banyak lagi. Pernah jadi sebegitu? Saya banyak kali jadi begitu :D

10-Jiwa anda mulai selari dengan pelbagai situasi tanpa di sangka-sangka
Pernahkah anda sedang menonton filem matrix, tiba-tiba rakan anda dalam facebook bercerita tentang filem itu dan selang dua-tiga hari selepas itu, filem itu di siarkan dalam TV tanpa di sangka-sangka?!
Apa yang anda buat, fikir dan emosikan tiba-tiba selari dengan apa yang terjadi di sekitar anda sehinggakan anda terpaku kehairanan. Jika itu terjadi, ambil iktibar dari isu itu dan kaji kenapa isu itu di bawa-bawa ke hadapan kita. Mungkin ada signal atau ilmu yang mahu di berikan tanpa kita sangka. Bersyukurlah bila itu terjadi.

0 komentar: