Searching...


.
30 Des 2013
02.44 0

KOLEKSI KATA-KATA MENTERI MALAYSIA





Selepas PRU ke-13, kelihatannya menteri-menteri di Malaysia sudah tidak memakai otak lagi dalam melemparkan kata-kata. Seolah-olah rakyat di lihat seakan musuh dan semuanya telah jadi ahli pembangkang.

Situasi sebegini memberi impak buruk pada barisan nasional kerana rata-rata yang marah kini adalah golongan muda yang masih dalam penyelidikan, siapa yang harus mereka pilih sebagai pemimpin mereka.

Jika beginilah nasib belia negara kerana keegoan para menteri dan kerajaan sedia ada, rasanya jangka hayat kerajaan sekarang tidak lama. Sepanjang kepimpinan Barisan National selama ini, barisan kali inilah yang paling teruk dan boleh di katakan worst ever.

Cakap tak serupa bikin, membalas dendam kepada rakyat, dan sebagainya menjadi senjata makan tuan. Entah lah... apa nasib negara sebelum 2020. Sukar untuk di ramalkan. Apapun, misi menuju negara maju nampak gayanya menjadi misi negara miskin menjelang 2020. Taniah kepada para menteri yang cukup ego dalam mempertahankan jawatan mereka sambil mengipas-gipas orang atasnya supaya, tika krisis ekonomi sedunia nanti, mereka masih mampu untuk makan sedap walaupun ianya adalah hasil peluh darah rakyat sendiri. Shame on you


0 komentar: