Perbezaan Real Forex Trading dan Skim Pelaburan Forex, kenapa masih menjadi mangsa?
by MOSHEDFX on MARCH 26, 2014
Credit: http://www.moshedfx.com
Ada seorang trader call saya dan ingin join Seminar Forex Percuma yang di adakan pada 6hb April ini, saya pun berbual dengannya tentang info-info pembelajaran seminar dan bertapa bertuahnya beliau dapat belajar FREE dan mungkin dapat indicator daripada forex gurus. Sedang saya menjelaskannya beliau hairan. Beliau tanya saya,” kena trade sendiri ke tuan ?” Saya jawab, “eh tentulah, dah duit sendiri perlu trade sendiri.”
Tiba-tiba dia meragui broker forex yang saya perkenalkan kerana perlu trade sendiri dan dia berkata terdapat rakannya ‘join forex’ tetapi bulan-bulan goyang kaki, lepak saja tunggu return masuk bulan-bulan, tak perlu trade sendiri.
Saya cakap,”Itu bukan trade forex tu, itu skim tu tuan.” Cerita panjang lagi, tetapi saya tamatkan sehingga perbualan itu dan di sini saya nak ulas lanjut tentang kenapa saya katakan itu bukan real forex trading,sebaliknya skim pelaburan money game yang berselindung di sebalik nama forex.
Ok kita mulakan dengan begini. Real forex broker menawarkan platform untuk pelanggan trade forex,maksudnya pelanggan atau trader tersebut perlu trade sendiri, perlu faham apa itu forex trading, belajar buy,sell,ekonomi dan lainnya dan tiada kes di mana forex broker memberi return secara tetap, harian bulanan atau tahunan. Dalam mana-mana bahasa pun broker bermaksud orang tengah. Pelanggan ke broker dan broker hantar order pelanggan ke bank. Real Forex broker ini menyediakan platform dan execute order client ke Bank-bank besar yang memberi Liquidity Provider, transaksi jual beli pelanggan tersebut dan mengambil untung atas “spread” iaitu cas yang dikenakan setiap kali pelanggan masuk order. Pelanggan pula untung atas pair currency yang di jual belinya dan there no such thing as broker trade our money. Jika ada yang cakap, broker akan trade duit kita dan sama-sama untung, dan beri pulangan tetap. Itu ponzi scheme.
Tapi ada yang cakap ada “sebuah broker” boleh beri return atas investment seperti 10% atau 20% sebulan, fixed return kepada pelanggan kerana broker tersebut untung banyak, dan boleh pula buat sistem MLM, pairing, dan lain-lain kerana tidak perlu membayar duit kepada Introducing Broker kerana broker tersebut menjadikan semua pelanggannya adalah IB. Bagi saya ini tidak logik kerana sistem forex broker sebenar, IB di bayar hasil daripada transaksi pelanggan, contoh pelanggan masuk order 1 pip bersamaan 10 usd. Broker untung atas spread katakan 2 pip iaitu 20 usd. Broker beri kepada IB hanya 0.5/1 pip dan selebihnya untung broker iaitu 10 usd. Bagaimana pula kita boleh jadi IB dan dapat untung atas untung bulanan investment orang bawah ? Ini adalah mengarut.
10% dan 20% sebulan adalah return yang tinggi dan jika betul2 ‘broker’ yang beri itu sah dan real, maka akan berduyun-duyun bank-bank besar, mungkin PNB, kwsp dan lain-lain datang melabur. They cannot guarantee anything.
Kebanyakan orang sudah tahu, skim-skim ini bermaharaja lela mengikut zaman dan trend. Pada ketika dahulu, ramai dikejutkan dengan skim Swisscash, kononnya pelaburan minyak, dan apabila emas mula menjadi trend popular, wujud pula pelaburan Emas dan akhirnya lingkup seperti VGMC dan lain-lain. Sekarang pula apabila forex popular, platform digunakan kononnya pelaburan FOREX pula, dan seperti sejarah kita sudah tahu sebelum ini kononnya broker RGCX,GVF dan banyak lagi yang memberi return pulangan tetap setiap bulan juga telah hangus menelan duit-duit para investor apabila sudah cukup ‘haul’ ataupun owner ingin meneruskan program lain, buka moneygame baru ataupun atas alasan sekatan Bank Negara. Sampai bila kita harus terkena ?
Apa jadi bila GVF yang rata-rata ramai terkena daripada kalangan kaum cina, dan RGCX yang rata-rata ramai terkena adalah dari kaum Melayu tutup ?Ramai yang akan anggap FOREX NI SCAM. Padahal ini bukan salah forex..dan mereka ini just skim-skim yang berlindung di bawah nama forex. RGCX pun ada mt4. GVF pun ada. VGMC guna platform java. Semua sudah tahu tentang ini hanyalah skim, tapi mungkin kerana kelabu mata tentang duit, duit dilaburkan di sini, personal loan dan lain-lain. Selepas tutup, tanggung bayar personal loan sehingga hari-hari tua. Anda nak bangsa anda terus menerus ditipu ? Taraf ekonomi menjadi rendah ?
Ok ramai yang berkata, ” eh tidak, program kami sah kerana berdaftar dengan MT4.” Tergelak saya ! Apa makna berdaftar dengan MT4?Saya tahu yang kamu tidak tahu dan terus ditipu oleh ‘upline’ kamu untuk meyakinkan kamu melabur. MT4 itu bukan sebuah badan regulator untuk daftar dan lesen. Kamu jika nak daftar broker sendiri pun boleh, hanya langgan platform dari Metaquotes iaitu pengeluar MT4 dan beli dari mereka. Dan kamu setup broker dan gunakan forex sebagai platform kononnya broker forex sedangkan di dalamnya penuh pairing dan leveling Multi Level Marketing.
Jangan salah faham, saya tak bencikan MLM, MLM bagus jika ada produk dan lain-lain tetapi MLM pelaburan yang menggunakan nama forex amat merisaukan saya. Untuk melihat sebuah broker itu sah atau tidak, ia paling tidak pun perlu berdaftar dengan Lesen Regulator yang kuat dan tidak benarkan moneygame, money laundering dan sebagainya iaitu CySec dari Cyprus, atau FCA dari Government UK, NFA dari USA. Jika badan tersebut kata kami adalah broker sah dari USA. Itu bermaksud mereka perlu berdaftar dengan National Futures Association kerana kesemua company broker forex, atau kewangan yang datang dari US yang sah adalah berdaftar under NFA. Tetapi confirmlah mereka tidak ada lesen-lesen ini kerana mereka hanyalah broker ‘money game’ yang berselindung disebalik nama forex.
Dalam forex trading, ada banyak broker, ada STP broker, market maker broker dan bucket shop broker. Dan yang paling tidak boleh tolerate dan selalu membusukkan nama forex trading adalah bucket shop broker. Broker ini menggunakan MT4 dan melanggan data feed dari broker-broker lain dan mengambil untung atas kerugian trader sewenang-wenangnya. Order trader tidak sampai ke bank, hanya berlegar-legar di dalam server mereka. Broker jenis ini juga yang ramai gunakan sebagai modus operandi utk jadikan “broker fixed return”.
Saya pasti ramai yang marah saya akan pendedahan ini, tetapi ini ditulis demi kebaikan forex trading arena di Malaysia, agar ramai tidak tertipu dengan skim-skim pelaburan forex dan akhirnya menyalahkan forex sekaligus membantutkan usaha-usaha “pihak-pihak tertentu” untuk meng-legalized-kan forex trading di Malaysia yang kini memang tidak dibenarkan. Tetapi jika semua trader berdiam diri, dengan perkara-perkara begini saya yakin, forex akan mendapat nama buruk dan ‘REAL FOREX TRADER’ yang buat duit dari trading semata-mata pun akan malu mengaku trade forex kerana risau dituduh menjalankan pelaburan dan skim forex.
Saya juga terkesan kerana selama ini jika ada orang tanya saya,kerja apa, saya jawab “saya trade forex”, terus akan di pandang dengan pandangan sinis dan mereka anggapkan kita melabur forex dan forex itu sebuah pelaburan bukan trading. Ini amat memberi nama buruk forex, kerana ‘money game’ come and goes, akan still ramai terkena dan yang baru terjebak dalam forex mungkin membenci forex kerana mereka tidak tahu mereka sebenarnya melabur dlm program labu peram dan bukan lah trade forex sebenar.
3 komentar:
Salam saudara owner blog,
Saya dapati artikel ini bersumberkan daripada blog http://moshedfx.com ,iaitu blog saya. Saya menghargai tindakan tuan ingin share artikel ini tetapi saya harap tuan tidak copy paste penulisan saya ke dalam blog tuan tanpa meminta terlebih dahulu kebenaran daripada pihak saya..saya harap ia tidak lagi berlaku di masa hadapan kerana saya rasakan ini adalah satu tindakan tidak wajar, kerana tuan telah mengambil penulisan ini tanpa kebenaran dari pihak saya. Tuan bebas share link blog saya tetapi saya harap jasa baik tuan tidak copy sebegini rupa. Harap tuan dapat ambil tindakan segera.
Terima kasih.
pergh kena sebijik
Hello Everybody,
I've attached a list of the highest ranking forex brokers:
1. Best Forex Broker
2. eToro - $50 minimum deposit.
Here is a list of the best forex instruments:
1. ForexTrendy - Recommended Odds Software.
2. EA Builder - Custom Strategies Autotrading.
3. Fast FX Profit - Secret Forex Strategy.
I hope you find these lists helpful...
Posting Komentar