Searching...


.
22 Apr 2014
23.28 0

DILEMA MELAYU BAHAGIAN 7




DILEMA MELAYU BAHAGIAN 7

Berikut adalah sambungan dari karya TUN DR. MAHATHIR bertajuk DILEMA MELAYU:-
Silalah komen dan share, ya?!

Masalah Melayu
Di Malaysia, atau lebih tepatnya di Tanah Melayu, orang Melayu sedang menghadapi suatu masalah
pribadi. Masalah ini ialah mengenai perasaan hati mereka yang sebenar terhadap Tanah Melayu dan
Malaysia, terhadap berkongsi bumi orang Melayu dengan orang-orang lain. Masalah itu juga berkaitan
dengan harapan mereka apabila kemerdekaan tercapai dan terhempasnya beberapa harapan mereka
apabila berhadapan dengan realiti. Inilah kedudukan berbahaya yang tidak mahu dinyatakan oleh siapa
jua di khalayak ramai oleh kerana beberapa sebab. Orang-orang Cina dan India berpendapat bahawa
orang Melayu sedar bahawa mereka menghadapi masalah yang membingungkan, dan perbincangan
umum mengenai masalah ini mungkin akan menimbulkan reaksi yang kait mengait dan tidak terkawal
serta membawa bencana. Orang Melayu sendiri mengelakkan kenyataan terbuka mengenai masalah ini
sebab masalah itu memalukan mereka dan memalukan orang-orang lain juga. Merekalah yang
terutamanya bertanggungjawab memendam masalah orang Melayu yang khusus ini.
Pada zahirnya, sengaja mengelakkan perbincangan ini nampaknya baik. Perbuatan itu menjaga suasana
tenteram yang disalahertikan sebagai keharmonian kaum di Tanah Melayu. Suasana ini menjadikan
pentadbiran berjalan dengan baik. Ia menggalakkan pelaburan modal dan pembangunan. Namun,
keadaan sebenarnya di sebalik ketenangan dan keharmonian yang zahir ini penuh dengan bahayanya.
Tiap-tiap kaum, sama ada Cina, India mahupun Melayu berpegang teguh kepada kesetiaan kaum, akan
terus membangkitkan masalah Melayu ini. Dan oleh kerana sesuatu golongan tidak mengetahui akan
kekuatan pihak yang lain dan betapa hebatnya perasaan yang terlibat maka persaingan ini cenderung ke
arah ketegangan yang mungkin meletup. Jika hal ini berlaku dan ada kemungkinan besar hal ini akan
berlaku, maka kekurangan pengetahuan bersama akan menyebabkan tidak mungkin berlaku kompromi.
Keadaan itu mungkin tidak terkawal lagi, dan akan terjadilah malapetaka. Apa yang terjadi di Nigeria
akan menimpa Malaysia pula.
Kecualilah bagi orang yang faham sifat orang Melayu, adalah satu paradoks bahawa orang-orang
Melayu sendirilah yang lebih banyak menekan masalah ini. Oleh kerana itu perlulah diketahui keadaan
orang Melayu yang khusus ini. Sifat ini merupakan sebahagian yang tidak dapat dipisahkan dari
masalah ini. Sebenarnya sifat ini menyebabkan masalah tersebut menjadi lebih besar dan lebih
kompleks. Orang Melayu bersifat sopan-santun dan tidak suka menonjol diri. Dunia mereka penuh
dengan golongan bangsawan dan mereka tidak pernah jauh dari raja-raja dan pembesar-pembesar.
Mereka lebih suka mengalah dan memberi hormat. Berbuat begitu adalah tanda bersopan. Perbuatan
itu bukanlah hina. Sesungguhnya kelakuan itu merupakan asuhan yang baik. Sudah menjadi kebiasaan
orang Melayu untuk undur ke tepi dan memberi jalan untuk orang lain lalu. Bukan sahaja mereka
berundur ke tepi, malahan mereka juga menunduk untuk menunjukkan tanda hormat. Orang Melayu
yang menerima penghormatan ini juga akan menunjukkan latar belakang pendidikannya yang baik
dengan tidak mengambil sepenuh kesempatan yang diberikan. Sambil memberi jalan dia juga akan
menunduk. Tiap-tiap seorang mengharapkan budi bahasa ini dari yang seorang lagi. Tetapi harapan ini
akan putus sebaik sahaja pihak lain itu bukan orang Melayu. Orang bukan Melayu itu dikecualikan.
Dia tidak tahu. Dia tidak patut disalahkan. Orang bukan Melayu selalunya diberi keistimewaan.
Dia tidak diharapkan menyesuaikan diri. Dia boleh berkata atau berbuat perkara-perkara yang
dianggap kurang ajar atau kuragn sopan bagi orang Melayu. Malahan dia boleh berkelakuan paling
tidak sopan dari pandangan orang Melayu di depan raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu, dan
tiada siapa jua yang akan berkata apa-apa. Hakikat bahawa orang Melayu bersedia memaafkan dan
membiarkan sahaja orang bukan Melayu berbuat begitu tiap-tiap kali sudah merupakan dia telah
mendapat asuhan yang baik. Memalukan tetamu adalah suatu perbuatan yang buruk dan orang bukan
Melayu itu selalunya dianggap sebagai tetamu oleh orang Melayu, tetamu di negaranya.
Malangnya, amalan yang dianggap sebagai sopan-santun yang baik oleh orang Melayu telah disalahertikan
oleh orangorang bukan Melayu. Pihak British menganggap sifat memberi hormat dan sentiasa
mengalah orang Melayu itu sebagai bukti kelemahan dan rendah diri orang Melayu. Kebiasaan orang
Melayu memanggil mereka `tuan’ dianggap oleh mereka sebagai penerimaan bahawa orang-orang
Eropah adalah `tuan’ kepada orang Melayu.
Malahan salah sebuah kamus Bahasa Melayu-Inggeris karangan Winstedt secara keterlaluan
menyatakan bahawa cara yang betul bagi orang Melayu, termasuk raja-raja, memanggil orang Eropah
ialah dengan meletakkan kata hormat `tuan’ di depan nama mereka. Jika kesombongan ini tidak pernah
ditentang secara terbuka ataupun jika kesalahan ini tidak pernah dibetulkan maka sebabnya ialah orang
Melayu menganggap tidak sopan membetulkan kesalahan tatatertib yang dilakukan oleh orang asing.
Orang-orang Cina dan India yang datang dari negara-negara yang penduduknya sangat ramai tidaklah
begitu mengambil berat tentang tingkah laku dan sopan-santun. Dalam kehidupan mereka, kemuliaan
yang selalunya dikaitkan dengan asuhan tidak pernah wujud. Yang mereka hormati hanyalah umur dan
kekayaan semata-mata. Orang-orang Cina dan India tidak pernah faham akan kebiasaan mengalah diri
oleh orang Melayu. Mereka tidak melihat amalan ini sebagai suatu petanda yang membayangkan
asuhan yang baik. Mereka tidak terasa kagum dan tidak pula pernah mereka merasa perlu menirunya.
Bagaimanapun, mereka dapati kebiasaan itu betul-betul menguntungkan mereka. Mereka dapati bahawa
mereka tidak perlu mematuhinya, dan mereka boleh berbuat apa sahaja tanpa dicela. Mereka
mendapati sangat beruntung kerana mereka dapat melakukan perkara-perkara yang tidak boleh
dilakukan oleh orang Melayu. Sesungguhnya mereka dapati bahawa di bumi Melayu ini mereka
mempunyai kedudukan istimewa.
Sifat orang-orang Melayu yang sopan dan suka merendah diri itu hanyalah salah satu aspek daripada
watak orang Melayu. Perasaan sabar yang selalu dipaksakan oleh orang Melayu ke atas diri sendiri
bukanlah suatu kelaziman. Selalunya ada pergelutan dalam hati sanubari orang Melayu, iaitu satu pertelingkahan,
dan pertelingkahan ini dinyatakan dalam pelbagai cara. Akibat pertama dan paling
penting ialah dia menjadi pendiam dan mengongkong dirinya kepada kaumnya sendiri. Dia tidak
pernah berterus terang kecuali dengan orang-orang yang simpatinya betul-betul dapat dipercayai. Dan
dia betulbetul dapat mempercayai hanya bangsanya sendiri. Oleh kerana itu pendapat-pendapat yang
dilahirkan kepada orang-orang yang bukan sebangsa dengannya berbeza daripada pendapatpendapat
yang dilahirkan kepada orang-orang sebangsanya. Sudah barang tentu perbezaan ini lahir hanya
apabila perkara yang hendak dinyatakan itu sesuatu yang tidak baik dan tidak menyenangkan.
Sekiranya pendapat yang sebenar tidak menyebabkan apa-apa yang tidak baik atau kemarahan, maka
dia tidak akan teragak-agak untuk menyuarakan pendapatnya itu kepada masyarakat sendiri dan juga
kepada masyarakat lain. Oleh kerana itu adalah salah kalau orang Melayu diterima pada lahirnya
sahaja.
Lebih baik jika sopan-santunnya dan perasaan jijiknya terhadap perkara-perkara yang tidak baik
difahami betul-betul. Pertelingkahan dalam dirinya itu sangat berbahaya dan sentiasa sahaja mencari
jalan untuk lahir.
“Amuk” adalah sepatah perkataan Melayu. Perkataan ini sekarang difahami orang di seluruh dunia.
Tidak ada sepatah perkataan lain yang dapat memberi huraian mengenai `amuk’. Dan sebabnya nyata
sekali — kerana `amuk’ itu menerangkan satu lagi sifat Melayu. `Amuk’ merupakan curahan perasaan
jasmaniah mengenai konflik yang terdapat di dalam diri orang Melayu yang timbul disebabkan
pematuhan yang terus-terusan terhadap undang-undang dan peraturan dalam kehidupannya. Mengamuk
merupakan akibat daripada kegetiran dalam hatinya yang meluap-luap dan melimpah ruah.Mengamuk
merupakan putusnya ikatan yang mengikatnya. Itulah pelepasan diri yang terakhir dan yang
selengkapnya dari segi latihan dan pertimbangan akal fikiran. Tekanan dan kongkongan terhadap
dirinya telah dilepaskan, maka dia sudah tidak mempunyai tanggungjawab lagi. Tidak ada suatu apa
yang penting. Dia bebas lepas. Ikatan dengan masa lampau sudah putus dan masa depan tidak
mempunyai apa-apa makna. Yang pentingnya hanyalah sekarang. Dengan pengertian biasa dia naik
darah. Dalam keadaan tidak sedarkan diri itu dia menyerang secara membabi-buta. Sifatnya yang
pemalu, merendah diri itu telah berubah. Dia sekarang menjadi harimau — kejam, tidak berperasaan
dan mahu memusnahkan semua. Akan tetapi, peralihan dari orang Melayu yang sopan-santun dan
merendah diri kepada pengamuk itu selalunya merupakan proses yang sangat perlahan. Proses ini
tersangat perlahan hinggakan kadang-kadang peralihan ini tidak berlaku langsung. Dia mungkin akan
mati sebelum pergolakan dalam dirinya ini meletus.
Sekarang mengamuk hanyalah menjadi legenda. Peradaban telah menundukkan orang Melayu. Dia
masih menyimpan perasaan dendamnya tetapi dia dapat mengawalnya dengan lebih baik. Dengan itu,
dia sudah menjadi orang yang lebih baik kerana sifat itu. Namun begitu, sifat ini masih menjadi
sebahagian penting dari peribadinya, satu sifat asas dalam perwatakannya.
Ada lagi segi-segi lain sifat orang Melayu. Buat masa ini segisegi itu tidaklah mustahak. Semuanya
ada hubungan dengan masalah orang Melayu, tetapi ciri-ciri ini lebih bersangkut paut dengan soal
menyelesaikan masalah tersebut, bukannya memahami kemungkinan bahaya masalah itu. Ciri-ciri ini
akan dibincangkan kemudian nanti.
Kajian ringkas mengenai beberapa aspek sifat orang Melayu hanyalah sekadar untuk menunjukkan
bahawa masalah mereka adalah lebih berbahaya daripada bukti-bukti yang ternampak berkenaannya.
Tujuannya ialah memusatkan perhatian kepada sifat `keanehan’ orang Melayu memendam perasaan
tidak puas hati mereka. Sekarang dapatlah difahami mengapa sepanjangpanjang sejarah orang Melayu
nampaknya berpuas hati berundur selangkah demi selangkah ke belakang. Nampaknya secara lembut
mereka telah menyerahkan setiap kuasa dan kekuasaan di tanah air mereka.
Pihak berkuasa British mengambil alih kuasa di Tanah Melayu secara yang tidak disedari dan seolaholah
dengan kerjasama orang Melayu, dari Sultan hinggalah kepada orang kampung biasa.
Pembunuhan seorang Residen British sedikit pun tidak mengganggu proses ini, malahan perbuatan itu
menyebabkan pihak British lebih bermuslihat dan licik. Mereka mulai mengerti arus tidak puas hati
yang terpendam di kalangan orang Melayu selama ini, dan pertelingkahan di antara perasaan ini
dengan kesopanan semulajadinya. Mereka telah belajar cara melembutkan hati orang Melayu. Tahulah
mereka sejauh mana mereka dapat bertindak. Semenjak itu dan seterusnya usaha mereka untuk
mengambilalih kuasa secara beransur-ansur tidak lagi mengalami peristiwa-peristiwa yang kurang
menyenang-kan. Kemasukan pendatang, pada mulanya hanya menetesnetes telah menjadi arus sewaktu
pemerintahan British, telah mengenepikan orang Melayu, seolah-olah tiada tentangan dari mereka.
Sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua sudah terdapat tanda-tanda bahawa orang Melayu telah
sedia untuk memecahkan belenggu kelemahan yang mereka kenakan ke atas diri mereka sendiri.
Kesatuan Melayu Muda sudah hampir berselisih secara terbuka dengan Residen British apabila Jepun
menyerang. Jabatan Perisik British tahu akan hal ini tetapi pihak Westminster tidak tahu. Demikianlah
rancangan Malayan Union telah disusun oleh Kerajaan British yang tidak mengetahui keadaan di sini.
Rancangan ini bertujuan merampas segala kekuasaan dan kedudukan orang Melayu yang masih ada
pada mereka di Tanah Melayu. Seorang pegawai perkhidmatan awam yang bongkak telah diberi tugas
untuk merancang usaha pura-pura mematuhi kehendak undang-undang, walhal sebenarnya tindakan
telah pun diambil bagi pelaksanaannya. Sekali lagi perasaan tidak puas hati yang terpendam di
kalangan orang Melayu mengancam untuk meletup. Orang Melayu yang menganggap diri mereka hanya
sebagai rakyat kepada raja-raja di negeri masing-masing secara tiba-tiba bersatupadu untuk
menghadapi bahaya yang menggugat mereka. Sekali lagi pihak British, yang sensitif dan sedar akan
peristiwa-peristiwa lalu, mengalah secara terhormat. Sifat budiman orang Melayu sedar akan tindakan
tersebut. Orang yang budiman telah bertindak seperti yang sepatutnya dilakukan oleh orang budiman.
Keduadua pihak berbaik semula. Sesungguhnya perasaan hormat kepada pihak British semakin tinggi.
Setelah diberi jaminan dan ditenteramkan, orang Melayu sekali lagi menjadi budiman yang sopan.
Tetapi tidak lama kemudian nyatalah pihak British hendak mencubanya sekali lagi. Perjuangan
menentang prinsip-prinsip Malayan Union belumlah selesai. Orang Melayu mulai sedar akan tindaktanduk
yang akan digunakan oleh pihak British. Mereka kini sentiasa berhati-hati dan meneliti keadaan
sesudah diperlakukan begitu rupa dalam peristiwa Malayan Union dahulu. Dalam keadaan sentiasa
waspada, mereka menentang tindakan British itu dengan cara tidak langsung. Sampai setakat ini kita
sudah melihat bahawa pihak British pandai mengendalikan orang Melayu. Setiap kali apabila keadaan
nampaknya tidak terkawal maka mereka lazimnya akan berundur secara terhormat. Orang Melayu yang
berada lega ini kemudian berdepan pula dengan tindakan-tindakan barn yang lebih bijaksana.
Kesimpulan dari segala-gala itu orang Melayulah yang rugi.
Semasa pihak British berada di Tanah Melayu mereka menjadi pemisah atau `buffer’ antara orang
Melayu dengan pendatang-pendatang Cina dan India. Perhubungan di antara kedua-dua kaum
pendatang ini dengan orang Melayu dikekalkan ke tahap paling rendah, balk dari segi pentadbiran
mahupun dari segi sosial. Kehadiran Pelindung-pelindung British bagi orang Cina dan agen-agen
untuk orang India bererti bahawa masalah kaum-kaum pendatang itu terletak di luar bidang kuasa
pegawai-pegawai Melayu. Pengasingan dan perbezaan bahasa dan budaya menyekat perhubungan
sosial. Akibatnya pendatang-pendatang ini tidak begitu mengetahui tabiat dan sifat orang Melayu dan
mereka langsung tidak tahu bagaimana hendak berurusan dengan orang Melayu.
Tetapi dengan kemerdekaan British tidak lagi menjadi pemisah atau ‘buffer’. Tiba-tiba sahaja
perhubungan dimulakan bagi semua peringkat di antara orang Melayu dan orang-orang bukan Melayu.
Keadaan beransur-ansur menjadi lebih tegang apabila orang Melayu, dengan sopan-santun lamanya
dan keengganannya memalukan orang lain, berhadapan dengan orang-orang yang tidak menghargai
sifat-sifat ini dan tidak pula tahu bagaimana berurusan dengan mereka.
Mujurlah ada cukup ramai pemimpin bukan Melayu dalam teraju Kerajaan yang tahu akan masalah
orang Melayu dan cara-cara British mengelakkan pergaduhan yang mungkin berlaku itu. Tetapi setelah
bertahun-tahun semenjak Merdeka bilangan pemimpinpemimpin yang bijak ini tidaklah ditambah.
Pemimpinpemimpin bukan Melayu dan generasi yang barn hanya dapat melihat orang Melayu sebagai
penghalang kemahuan kaum mereka untuk maju tanpa sekatan. Mereka melihat sifat sopansantun dan
perasaan takut orang Melayu kepada huru-hara sebagai kelemahan yang hams dipergunakan, bukan
difahami.
Jurang ini semakin lebar. Toleransi digantikan dengan kesetiaan yang sempit. Masalah ini membesar
hari demi hari dan konflik di dalam diri orang Melayu sendiri semakin memuncak. Sopan-santun dan
keinginan mengelakkan keadaan yang tidak diingini bertembung dengan keperluan memelihara diri
sendiri. Berapa lamakah sopan-santun dan asuhan akan terus diutamakan? Sejauh manakah masalah
Melayu dapat digelembungkan sebelum meletus? Jawapannya tentulah terletak pada orangorang
Melayu, Cina dan India. Kita mestilah mempelajari taktik British. Kita hams belajar memahami
masalah ini. Kita hams tahu akan asasnya, besarnya dan dasar kebenarannya. Perkara yang
menyakitkan hati orang-orang Melayu mestilah dileraikan. Satu penyelesaian haruslah dicari, satu
penyelesaian adil yang memberi segala sesuatunya kepada orang lain tetapi dalam pada itu
memberikan kepada orang Melayu tempatnya di bumi Tanah Melayu ini. Masalah orang Melayu itu
haruslah dinyatakan, dianalisa dan dinilaikan supaya kita dapat mencari penyelesaiannya. Masalah ini
haruslah dihadapi dan dihadapkan sekarang juga, iaitu sebelum terlambat.
Secara tiba-tiba sedarlah orang Melayu bahawa dia tidak boleh menganggap Tanah Melayu sebagai
tanah airnya. Tidak ada lagi Tanah Melayu — tanah air bagi orang Melayu. Dia sekarang sudah jadi
orang lain, orang Malaysia, tetapi orang Melayu Malaysia dengan kuasanya di Tanah Melayu — tanah
airnya — sekarang bukan sahaja diperkongsikan dengan orang lain, malahan diperkongsikan secara
tidak sama rata. Tambahan pula dia sekarang diminta supaya melepaskan lebih banyak lagi pengaruh
yang ada padanya.
Inilah pendirian asasi orang Melayu yang ditentang oleh kaum-kaum lain. Orang Melayu mendakwa
Tanah Melayu sejak dahulu hinggalah sekarang adalah tanah air mereka. Jika kewarganegaraan
hendak diberikan kepada kaum-kaum lain yang telah menetap dan menjadikan Tanah Melayu ini
tempat tinggal mereka, maka terserahlah kepada orang Melayu untuk menentukan bentuk
kewarganegaraan, keistimewaan dan tanggungjawab mereka. Setelah menjadi warganegara,
orangorang bukan Melayu bukan sahaja sama-sama berkongsi Malaysia dengan orang Melayu tetapi
juga syarat-syarat bagi seseorang warganegara dan syarat-syarat kewarganegaraan itu sendiri. Ini
termasuklah perkara-perkara yang tidak sepatutnya ditukar oleh warganegara yang baru itu.
Apakah Tanah Melayu tanah air orang Melayu? Sesungguhnya orang Cina dan India pun telah berada
di sini begitu lama dan mereka juga mempunyai hak menuntut yang sama serupa dengan orang Melayu.
Lagi pula orang Melayu bukanlah penduduk pertama di Tanah Melayu. Orang-orang Asli sudah tinggal
di sini sebelum orang Melayu. Jika orang Melayu dapat mengambil tanah ini daripada orang Asli
maka orang Cina dan orang India pun boleh berbuat begitu. Oleh kerana itu orangorang Cina dan India
haruslah duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang Melayu. Kempen yang halus untuk
menafikan hakikat yang telah lama diterima tentang hak asasi orang Melayu ke atas Tanah Melayu
bermula dengan konsep gagasan Malayan Union yang dianjur oleh British.
Kempen ini juga tenggelam timbul seiring dengan perubahan politik Tanah Melayu. Akhirnya yang
menjadi kemuncaknya ialah kenyataan sangat terkenal yang dibuat oleh Perdana Menteri Singapura
Encik Lee Kuan Yew, sebelum Singapura menarik diri dari Malaysia, yakni `kami (orang Cina)
berada di sini kerana hak’. Dengan lain-lain perkataan orang Melayu tidak mempunyai hak yang lebih
terhadap Semenanjung Tanah Melayu daripada orang-orang Cina atau India.
Siapa yang memiliki negara mana sudah menjadi punca peperangan dan pertelingkahan sejak
permulaan zaman lagi. Pihakpihak yang terlibat dalam pertelingkahan ini tidak pernah mencapai
persetujuan biar apa jua kebaikan yang dikemukakan atau akibat pertempuran atau peperangan.
Rasanya sia-sialah mencuba memberikan sebab-sebab dakwaan orang Melayu di sini. Tetapi
mujurlah ada pula negara-negara yang mempunyai masalah seperti di Tanah Melayu dan penerimaan
dunia terhadap dasar kewarganegaraan dan tokoh-tokoh antarabangsa telah menyediakan asas bagi
memperkuatkan tuntutan orang Melayu. Salah satu contohnya ialah Australia. Orang-orang British
yang menetap di Australia hanya baru beberapa kurun yang lalu telah secara sepihak membahagibahagikan
tanah orang-orang Asli Australia itu sesama mereka. Tetapi sekarang tidak siapa pun
secara sungguh-sungguh menganggap bahawa orang putih Australia tidaklah begitu berhak memerintah
Australia seperti penduduk peribuminya. Orang-orang Australia diterima oleh persetujuan
antarabangsa sebagai bangsa Australia.
Penerimaan dan pengiktirafan antarabangsa sangatlah penting bagi menegakkan identiti kebangsaan.
Pengiktirafan ini berlaku dalam berbagai bentuk. Bentuk yang paling konkrit ialah perwakilan
diplomatik, tetapi apabila tidak ada wakil ditauliahkan, kerajaan ataupun pihak yang berkuasa bagi
jajahan yang mana negara-negara asing berunding, membuat perjanjian dan berdagang, menjadi kaum
ataupun pemerintah yang sah bagi kawasan berkenaan. Hakikat bahawa seluruh dunia berunding dan
berurusan dengan orang-orang Australia dan bukan dengan kaum Asli Australia mengukuhkan
pengiktirafan bahawa Australia adalah hak kepunyaan kaum pendatang Australia.
Kita tahu yang pendatang Australia yang pertama adalah dari keturunan British. Kemudiannya datang
pula penduduk yang berketurunan Eropah lainnya. Tetapi menjelang datangnya kaum-kaum lain, orang
Australia telah diiktirafkan sebagai personaliti antarabangsa. Dia bercakap Inggeris, mengamalkan
adat yang pada dasarnya adat resam Inggeris dan menganuti agama Kristian. Dia menerima hubungan
dengan Raja British dan malahan apabila negaranya merdeka sekali pun, dia masih memelihara
hubungan tersebut. Penegakan identiti ini bermakna bahawa pendatang-pendatang Eropah yang datang
kemudian dan pendatang-pendatang Asia juga patut mematuhi identiti ini. Kalau mereka gagal
mematuhi identiti ini bermakna mereka gagal memperolehi kedudukan yang sah sebagai rakyat
Australia. Hakikat bahawa penduduk bukan British telah memutuskan semua hubungan dengan negara
asal mereka dan. tidak berniat hendak meninggalkan Australia, tidaklah secara automatik
menempatkan mereka sebagai rakyat Australia.Penduduk tetap Australia menentukan bila pendatang
baru boleh menyebut dirinya rakyat Australia.
Sekiranya dia mematuhi syarat-syarat yang lazim untuk menjadi rakyat Australia maka barulah dia
memperoleh status yang sah dan keturunannya akan menjadi rakyat Australia. Bagaimanapun, haknya
dan hak anak-anaknya sebagai rakyat Australia tidak melampaui hingga menuntut definisi tentang
rakyat Australia itu diubah supaya bahasa, adat resam dan tradisi sesuai dengan bahasa, adat resam
dan tradisi negara asalnya. Orang Australia dari keturunan Rusia tidak akan menuntut agar bahasa dan
adat resam Rusia patut dijadikan bahasa dan adat resam Australia kerana dia mempunyai hak yang
sama
dengan orang-orang Australia lainnya. Orang Cina Australia tidak akan meminta supaya kebudayaan
dan bahasa Cina diterima sebagai kebudayaan dan bahasa Australia.
Dengan lain perkataan, oleh kerana personaliti antarabangsa Australia telah ditegakkan, dan oleh
kerana orang Australia sendiri ingin memelihara identiti tersebut, maka tidak ada orang Australia yang
boleh mengubahnya mengikut tafsirannya sendiri. Orang-orang Australia yang datang terdahulu dan
yang bercakap Inggeris tidak akan mengizinkan tindakan seperti itu dan mereka akan mengambil
langkah-langkah untuk mencegah agar kedudukan mereka tidak akan menjadi lemah. Mereka akan
menyingkirkan orang-orang neo-Australia dan mencegah kemasukan pendatang-pendatang seperti itu.
Sesungguhnya, seluruh dasar imigrasi, pentadbiran dan pelajaran direncanakan untuk terus
mengekalkan keperibadian orang Australia sebagai orang kulit putih, bercakap Bahasa Inggeris, adat
resam Inggeris dan menganuti agama Kristian pada dasarnya. Imigrasi dikawal sedemikian rupa
hingga senantiasa terdapat cukup orang Australia tetap untuk mengurangkan pengaruh pendatangpendatang
baru ini.
Amerika adalah sebuah lagi negara dengan sejarah dan dasar yang serupa dengan Australia. Walaupun
orang-orang Red Indian Amerika mempunyai organisasi yang lebih baik dan lebih maju daripada
orang-orang Asli Australia tetapi mereka tidak pernah dianggap sebagai pemilik Amerika Syarikat
dari sudut antarabangsa. Orang-orang yang menetap di berbagai bahagian yang sekarang ini disebut
Amerika Syarikat bukanlah semua berketurunan Anglo-Saxon, malah semenjak dari mulanya. Ketigatiga
belas koloni itu ialah koloni British. Ramai orang Belanda menetap di New Amsterdam yang
kemudiannya dinamakan New York. Lousiana di Selatan dihuni oleh orang Perancis. Oleh kerana
bilangan mereka yang besar dan melalui peperangan dan perundingan, keturunan Anglo-Saxon yang
berbahasa Inggeris itu telah menguasai Amerika dan membangunkan imej tetap orang Amerika. Arus
pendatang Eropah yang berturut-turut datang selepas itu akhirnya mengatasi jumlah bangsa British
tulen, tetapi, kerana begitu ketat peraturannya maka bahasa dan kebudayaan Inggeris tetap menjadi
asas keperibadian Amerika.
Di Amerika sekarang ini terdapat kelompok-kelompok orang yang masih menggunakan bahasa negara
asal mereka dan sedikit sebanyak adat resam dan agamanya. Orang-orang Yahudi, Itali, Puerto Rico
dan malahan orang Cina juga tinggal dalam masyarakat yang tersendiri dengan menggunakan bahasa
mereka sendiri. Malahan mereka mempunyai surat khabar sendiri. Mereka masih memelihara ikatan
dengan `negara’ lama mereka. Tetapi sebagai orang Amerika, mereka bertutur dalam Bahasa Inggeris
dan tidak mencuba mengusahakan agar bahasa dan kebudayaan mereka sendiri diiktirafkan sebagai
bahasa dan kebudayaan Amerika Syarikat. Sesungguhnya sesudah mereka mencapai pengiktirafan
umum mereka pun cuba melupakan bahasa dan negara asal mereka, cuba keluar dari kawasan meleset
atau ghetto dan memulakan hidup bare sebagai orang biasa Amerika. Mereka kemudian menjadi lebih
`American’ daripada orang Amerika, dan dengan penuh cemburu mereka mengawal undang-undang
imigrasi, dasar pelajaran dan lain-lain jentera kerajaan agar konsep Amerika yang diterima ramai itu
terus kekal. Lebih dekat dengan tanah air kita ialah Negeri Thai dan Vietnam. Negeri Thai mempunyai
salah satu masyarakat minoriti Cina yang terbesar. Menurut anggaran kasar kira-kira tiga juta orang
Cina terdapat di negara itu yang mempunyai 25 juta orang penduduk. Tambahan pula sebahagian besar
daripada orang Cina ini telah berkahwin dengan orang Thai dan dianggap sebagai orang Thai.
Imigrasi Cina ke Negeri Thai bermula pada masa yang sama sewaktu orang Cina memulakan kembara
mereka ke kawasan-kawasan yang masih mereka sebut kawasan Selatan.
Negara-negara di tanah besar Asia Tenggara dianggap sebagai negara taklukan Maharaja China dan
perwakilan diplomatik Cina lebih dahulu diberi tauliah daripada sebarang negara lain. Akhirnya
hasrat mereka untuk berniaga dan memperolehi kekayaan telah menyebabkan semakin bertambah
orang Cina pindah dan menetap di negara-negara Asia Tenggara. Orang Cina ini tidak ingin menuntut
kerakyatan negara tempat mereka menetap sehinggalah sejak akhir-akhir ini.
Negeri Thai menyedari bahayanya hegemoni ekonomi orang Cina semenjak awal-awal lagi. Tidaklah
diketahui dengan tepat bilakah orang Thai sedar bahawa masyarakat Cina yang besar dan yang tidak
diserap itu mungkin menjadikan Negeri Thai sebuah negara taklukan Maharaja China. Dalam hal ini
perlu pula disedari bahawa Negeri Thai terlalu dekat dengan negeri China. Akan tetapi yang pasti
ialah semenjak awal-awal sejarah Negeri Thai, peraturan untuk menghalang pengaruh masyarakat
Cina yang semakin bertambah daripada menjejaskan identiti kebangsaan dan antarabangsa orang Thai
telah dikenakan secara sewenang-wenangnya. Kahwin campur dan penyerapan kebudayaan, bahasa
dan agama Thai digalakkan melalui sekatan-sekatan pekerjaan dan perniagaan yang dikenakan ke atas
orang Cina tulen. Pentadbiran dipelihara dengan tegas supaya kekal di dalam kekuasaan orang Thai
ataupun dalam tangan orang berketurunan Cina-Thai yang patuh kepada keperibadian Thai. Dalam
sejarah Negeri Thai tidak pernah terjadi pertelingkahan mengenai siapa yang lebih berhak terhadap
Negeri Thai. Walau apa pun masyarakat asing yang datang menetap di Negeri Thai, namun orang Thai
yang tetap inilah yang mempunyai kata putus mengenai siapa yang berhak menjadi warganegara.
Hakikat bahawa sekarang ini ada tiga juta orang Cina yang mempunyai taraf penduduk tetap Negeri
Thai tidaklah bererti mereka mendapat hak menyebut diri mereka sebagai orang Thai dan menuntut
agar kebudayaan dan bahasa mereka diterima sebagai bahasa dan kebudayaan Thai.
Pada asalnya orang Cina berada di Vietnam sebagai pemerintah. Orang Cina tidak pernah diserapkan
sepenuhnya di Vietnam. Semasa pemerintahan Perancis orang Cina hidup berasingan dari orang
Vietnam. Tidak pernah timbul keraguan tentang siapa yang memiliki Vietnam. Orang Vietnam
mewarisi Vietnam dari Perancis. Mereka kemudian mengambil langkah menyekat orang Cina (yang
berjumlah lebih kurang 2 juta) dalam masyarakat mereka. Keturunan Cina yang datang sebagai
penakluk dan juga pedagang Cina yang datang kemudian adalah dianggap sebagai orang asing tanpa
hak kerakyatan. Orang Cina lebih lama tinggal di Vietnam daripada di tempat-tempat lain di Asia
Tenggara. Negara mereka berjiran, agama mereka sama dan nama mereka pula hampirhampir tidak
dapat dibezakan. Tetapi bangsa Vietnam berkeras mengatakan bahawa merekalah yang memiliki
Vietnam dan mereka sahaja yang boleh menentukan siapa dan apa dia orang Vietnam.
Di tempat-tempat lain di Asia Tenggara orang Cina sudah tinggal lama seperti lamanya rnereka
tinggal di Malaysia. Tetapi di mana-mana pun, mereka tidak pernah mendakwa ataupun diterima
sebagai penduduk peribumi negara berkenaan.
Pokok perbincangan saya ialah bahawa orang Melayu adalah pemilik Tanah Melayu yang sah. Jadi
jika sekiranya kerakyatan hendak diberikan kepada kaum-kaum lain yang bukan keturunan Melayu
maka pemberian itu patut dibuat berdasarkan persetujuan orang Melayu. Persetujuan itu bersyarat.

0 komentar: