Searching...


.
8 Jul 2015
22.46 0

Star People telah Muncul. Alienkah Mereka ?

Apakah itu Star People...(sila klik sini)
Star people ini ialah satu terma yang di gunakan untuk mendefinisikan seseorang yang mempunyai spiritual yang tinggi dan berbeza dengan manusia biasa. Star people ini adalah agenda dalam New Age movement yang cuba mengaitkan manusia ini adalah jurai yang terpisah dari sistem pleiades. New Age Movement menganggap manusia indigo, kiristal dan rainbow ini adalah keturunan 'alien' yang terpisah atau roh-roh dari Atlantis/Lemuria yang bangkit semula.

New Age Movement adalah satu 'ajaran baru yang mengabungkan segala agama, occult dan pemikiran' untuk mencapai potensi luar biasa bagi manusia demi menghadapi masa depan yang di gelar sebagai 'Aquarius age'.

"The New Age (also known as the New Age Movement, New Age spirituality, and Cosmic Humanism) is a decentralized Western social and spiritual movement that seeks "Universal Truth" and the attainment of the highest individual human potential. " wikipedia.

Sebenarnya, New Age Movement ini amat berbahaya jika tidak di awasi dan di biarkan bebas kerana pada satu tahap, manusia itu akan di anggap sebagai TUHAN. Hal ini akan mengulangi kisah para firaun yang menanggap diri mereka sebagai TUHAN. Kalau dalam terma sufism, memang benar tentang itu (aku adalah dia, dia adalah aku, aku tetap aku, dia tetap dia), tapi kita harus ketahui bahawa kita adalah hambaNYA. Jadi, perkara seperti Star people ini akan menjadikan para indigo,kristal dan rainbow menuju pada konsep AKU ADALAH TUHAN, jika tidak melalui jalan yang benar.

Pada hakikatnya, Star people ini adalah ciri-ciri manusia akan datang. Apa yang saya cuba maksudkan ialah, seluruh manusia akan menjadi dan mendapat ciri-ciri Star People ini, kerana gejala ini bersifat universal. Hal ini bukannya terpilih atau 'the choices one'. Gejala Star people ialah gejala bersifat universal dan manusia sedang di 'naik taraf' sama seperti para indigo,kristal dan rainbow.

Baiklah, saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda. Pada artikel lepas, saya di suruh mencari ayat quran atau hadis yang berkaitan dengan ini. Pada mulanya agak sukar bagi saya unutk mendapatkannya. Tapi alhamdulilah, berkat doa saya. Ada seseorang bernama 'CENCARU' membuat posting di sini (sila klik) Beliau menceritakn hal Star people ini dari persektif sufi dan kaitan masa depan. Ianya amat menarik minat saya.

0 komentar: