Searching...


.
1 Jun 2015
13.33 0

JAHANAM !!! COMPANY BESAR TARAH HUTAN NEGARA










Sebulan lebih teman pusing2 hutan malaysia...kesimpulan teman nampak...tak lama lagi semua tanah dlm malaysia milik company2 beso lagi kroni.... beribu ekar hutan yg terjadi dari proses beribu tahun musnah sbb royalti kerajaan negeri yg tak seberapa...hutan musnah jadi 2. Satu jadi belukar terbiar yg tumbuh pokok semalu dan pokok bunga taik ayam....bersepah tak berguna. Yg kedua ditarah jadi milik koporat2 beribu ekar luasnya... maka rakyat malaysia akan terus jadi burung merpati yg singgah disarang... pagi kluar petang balik menumpang ramai2 atas tiang sebatang.....

Buktinya dulu tok ada tanah 20 ekar. Boleh bagi anak cucu 20 orang sorang seekar....
Hari ni ayah ada tanah seekar..berebut anak 10 orang ke tanah seekar...

Akan datang
1/10 ekar pulak kita jual..maka anak kita nanti duduk atas sarang burung merpati la.... satu tiang kongsi ramai2... 


Hutan simpan kekal adalah signboard untuk mengharamkan sebarang aktiviti rakyat malaysia nak cari rotan seperdu dua..nak cari ikan sekilo dua..nak cari pelanduk seekor dua... dan digantikan oleh jentera2 besar kroni2 kerajaan yg tergilakan royalti sebab takde duit nak memerintah...Dulu sungai lebar 100 kaki...hari ni tinggal sekaki....

Bila hutan tiada..maka air turun mcm tsunami terus kelaut...

Sejak kebelakangan ni kesan2 murka alam dah mula nampak... sbb kerja tangan manusia yg tamak lagi jahil (zolamun jahula kata allah)...

Bila hutan tiada..maka air pun akan hilang...bila air tiada..kene minum air laut le jawabnya.....Tanah musnah...air musnah...Tiadalah lagi tanah airku...

dari:-
Rabiatul Adawiyah

0 komentar: